Wednesday, October 29, 2008

kawan makan kawan, atau kawan bagi kawan makan?

ini ngomelan aku tahun lepas dalam friendster blog aku. entahla, nape sampai tahap macam ni sekali aku meluahkan perasaan pasal KAWAN. anyway, mane yang elok, dipersilakanlah buat tauladan..tak elok kalu..buanglah jauh2 jadkan sempadan yerk!

kawan makan kawan ka, atau kawan bagi kawan makan?

Monday, June 11th, 2007

Friends…Whomsoever has experienced of being a friend of Khairunneezam, I bet that you’ve labelled me with lil’ good attributes and damn sure satanic bad characteristics. Hehehehe, tak kuasa nak muhasabah diri buat masa ni. Most important thing, sapa2 rasa jengkel, bengang, benci, dendam, meluat, menyampah, rasa macam nak bunuh aku, atau doakan aku mati katak tak sempat nak mengucap…aku dengan rendah hati dan penuh rasa keinsafan…mintak ampun mintak mahap. Heheheheh, tak mau tunggu raya daaa…memang aku ikhlas mintak ampun. But, at the other side of the coin, for those who r really enjoy 2b my pal…I do hope we could tighten our immense spirit of friendship from time to time, even we are separated far far away from each other. Bohong kalau kita dalam dunia ni hidup senang tanpa kawan. Joyful and happy moments always become much more meaningful if we share it with somebody, friends inter alia. Tu sebab orang tua2 kata berkawan biar seribu, berkasih biar sepuluh, berkahwin biar satu dulu… (don’t read this statement scrupulously! Nanti bengang..heheh). Jangan marah ah, terutamanya mama kepada cucu bapak aku… tak sengaja gurau. J

I’ve no specific purpose or intention for this time’s entry. Just now, I thought that I only want to have a 5 minutes rest after my nerve-wracking readings. But, what can I say… sometimes 50 minutes could easily gone and I still though that alah belum sampai 5 minit pun. It stemmed from the hardness of taking away my sight from this laptop screen. Anak kepada isteri aku dan mak kepada anak aku pun dah lama flyyyyy…heheheh, comel muka diorang masa tido….mesti bapak dan suami diorang pun comel masa tido Kan?Kan?

Friends…

a friend in need is a friend in deed…gosh, cakap pasal kawan2 ni, memang bestlah. Kawan kat sekolah, kawan kat university, kawan kat tempat kerja are among those that really created huge impacts and significances in my entire life to this extent. Masa sekolah rendah kat Jementah dan Gemereh, kawan2 lah manusia yang paling best. Dengan diorang belajar main teng-teng, batu seremban, nyorok2, bola sepak, sepak takraw and so forth.

Antara yang aku tak lupa, ikut kawan2 pegi mandi sungai belakang sekolah rendah kat Jementah, main bola sepak dalam hujan lebat– selamba badak tak hirau petir dan kilat sabung menyabung. Sebab aku tak boleh lupa—kerana inilah balik rumah bapak aku sesah aku sampai lunyai sebab—IKUT KAWAN2 PUNYA PASAL! Heheheh…

Masuk secondary skul kat STS, Sekul Teknik JB dan STAR Ipoh, kawan2 bukak dimensi baru dalam hidup. Kawan2 yang aku mixed around ada yang bertanduk, ada yang berlebai.Ada yang tarik pergi ke hala kanan, ada yang heret pergi ke hala kiri. Masa ni aku rasa any decision I’ve made whether it’s good or bad…will leads to the pattern of my whole life. Masa kat 2ndry skul ni, aku belajar tentang adolescent dilemma, melihat sejauh mana best dan tidak kawan2 menjadi bohjan dan bohsia, melihat kebodohan kawan2 masa form 1 lagi dah ‘pandai’ smoking, melihat dan belajar cara2 dan kaedah2 yang pelbagai daripada kawan2 bagaimana nak mengorat perempuan, merasakan pengalaman di ragging( tiup lampu kalimantang sampai padam, senior mandikan air telur tembelang dan air longkang) dan meragging, fly pegi Benteng kat TC atau main game kat Yik Fong Ipoh. Alhamdulillah, because of the wise and precise judgment at these skooling period, hari ni aku jadik rakyat yang berguna Insya Allah buat Negara aku.

1st degree at UTM Skudai added bright colours in my life. Kawan2 sekuliah di SHP have broaden my limited social perspective and life style. Banyak jenis kawan2 aku masa ni. Kawan2 pondan dan lembut, kawan2 mat motor kapcai (Hidup Yamaha SS!!!), kawan2 library, kawan2 syukbah dan tazkirah di surau, kawan2 minah kereta (geng2 si Pakea!), kawan2 anak2 angkat Mawai (hoiii mak bapak angkat kita apa cerita kat Kampung Mawai tuuuu? Kmie ajela yang rajin menjenguk diorang…), kawan2 dok kat KSDS, Kawan2 JKM yang ada berfungsi dan ada yang tak berfungsi macam aku…heheheh, kawan2 yang sama2 naik Gunung Kinabalu (it was a very hard-to-be-forgotten moments when I reached the peak up there! Rugi maaa sapa jadik rakyat Malaysia but you can’t afford to be at the highest peak of south east Asia…rugi rugi!), kawan2 SUKAM (ada sorang kawan perempuan yang aku kenal masa SUKAM ni dah duduk tinggal serumah dengan aku, makan sama2 dengan aku, tidur sama2 dengan aku, beranakkan anak aku, jaga anak aku, masak untuk aku, berenti kerja sebab nak ikut aku fly haritu….hehehe, TQ banyak2lah sebab sudi jadi bini aku yang pert..silap, bini yang ‘the only’!! heheheh), dan ramai lagi.

Masa buat 2nd degree, kawan2 yang aku mingled 99% adalah orang tua…mintak mahap tuan2 dan puan2, sepatutnya saya guna orang2 senior dan berpengalaman. J. Classmates’ background bukan calang2, D.O., Pegawai PTD, Pegawai Kastam, Tok Penghulu, Pengetua Kolej, Exect Multinational Company, and so on. I assumed at this level of study, I really learned how to be matured. Besides, aku belajar jugak pasal politik wang, bodek style orang tua2, macam mana nak tunjuk gaya korporat, dan belajar buat duit (tolong kawan2 tua2 ni buat assignment diorang—belakang, itu duit upah kocek ada masuk lah deyy!!).

Since I’ve been working as an attachment teacher, I realised that my colleagues at workplace were also impacting myself until now. Experience for almost 1 year at PTPL before switched to be a government servant at KUIM a.k.a USIM, membuatkan aku menghargai sangat2 pengalaman bergaul dengan kawan2 masa kat sekolah dan unibersiti. Masa kerja ni ni aku belajar dari kawan2 sekerja tentang ‘jangan kacau periuk nasik orang’, kesan positif dan negative pijak kepala orang lain for our own benefit, kaedah bodek boss or superior dengan berhemah dan tanpa dilihat ‘berlebih2an’ in the eyes of others, and so on…heheheh, tak aku sangka…kawan2 di tempat kerja banyak juga yang sama perangainya dengan kawan2 sekolah rendah di pandangan aku yang naïve ni. Banyak yang suka main wayang dan tidak kurang yang suka main2. Banyak jua yang pakai topeng muka supaya nampak cantik, dan tutup nanah dan kudis sebenar yang dia ada. Wujud golongan yang suka melaga2kan kawan2 dan nampakkan diri sendiri sebagai hero sepanjang zaman. Heheheh…mungkin begitu jugak pandangan orang lain pasal aku, siapa tahu kan?

Hmmmm…entahlah, biar macam mana busuk pun kawan2 kita, selagi busuknya mereka itu tidak turut membusukkan diri kita….biarlah dia terus menjadi kawan kita. Mungkin, kita lagi busuk daripada dia. Maka kita letakkanlah harapan supaya kawan kita bantu kita hilangkan kebusukan kita dan dia sekali. Mungkin kalau dia busuk dan kita tidak, apa salahnya kita Bantu dia supaya tidak jadi busuk dan bertukar jadi elok, ranum, segar dan wangi. Atau sekurang2nya bantu mereka kurangkan busuk mereka sedikit demi sedikit. Kawan2 tempat sekerja ni, adalah kawan2 yang kita akan tengok muka dia dalam jangka masa panjang. 5 tahun, 10 tahun atau 25 tahun..itulah dia muka yang kita akan mengadap atau sekurang2nya berselisih saban hari dalam kehidupan kira…aku cukup suka mengumpul kawan, sebab pada aku lebih ramai kawan, lebih aku rasa seronok dengan nilai2 sosial. Ada kawan yang boleh diajak berbincang hal2 akademik. Ada kawan2 boleh diajak main bowling atau snuker. Ada kawan2 boleh dikongsi semua hal hidup, suka atau sedih. Ada kawan yang boleh membantu redakan tension, bengang atau marah sebab sama2 sekepala dan faham situasi masing2. Tapi tulah, aku tak nafikan, kawan2 jugak yang kadang2 bawak sengsara. Tidak semua, tapi khas aku maksudkan jenis2 kawan yang makan kawan, kawan yang tikam dari belakang, dan bila duduk sama2 dalam selimut dia jadi musuh…pernah lah jugak 2-3 kali kena kat batang hidup aku, kawan sebelah menyebelah yang hari2 senyum dan ketawa sama2, rupa2nya adalah gunting dalam lipatan yang dah cekik darah aku sampai kering…sampaikan aku dilihat seumpama penjenayah di mata masyarakat dek kerana tikaman gunting ini secara senyap ke badan aku…heheheheh, aku terimanya dalam dua keadaan: inilah kifarah yang Alah bagi atas dosa dan kesalahan aku yang lepas; kedua, ujian Allah untuk buat aku berhati2 dalam memilih kawan yang boleh tolong kesat air mata aku, bukan kawan yang ketawa terbahak2 sambil terajang aku masa aku menangis.

Hai, itulah ngomelan aku pasal kawan. Tu sebab awal2 tadi aku mintak mahap banyak2 pada kawan2. Why? I really afraid that, I fall on the bad categories of friend yang aku cerita tadi from your views my friends….the thing is, aku tak blamed kawan2 aku yang ‘nakal’ dan ‘busuk’…itulah cara hidup dia. Aku Cuma nak tau kenapa kawan2 sebegini buat macam tu pada aku…mungkin, masih aku yakini, aku pernah atau selalu berbuat ‘nakal’ dan ‘busuk’ kepada mereka.

Ok, inilah dia entry aku yang tak bersifat akademik langsung…heheheh. Aku nak sambung readings aku yang dah…2 jam tertanggguh, in spite of 5 minutes rest…heheheh! Besok nak jumpa supervisor aku, nak bagi progress report. Hmmm, masaklah!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails