Ini entry aku dalam frenster blog aku awal tawun 2008...
Thursday, January 3rd, 2008
Aku adaptasi karya seorang ’sahabat’ yang terkilan dengan apa yang dikatakan sebagai ‘usaha menggalakkan untuk berkarya, tetapi dibataskan dengan pelbagai had dan ketetapan yang melemaskan’…makasih kak Emy sebab bagi saya url website yang best nih.
meh kita kongsi bersama:
http://universitipts.com/index.php/site/comments/surat_pilihan_isu_jerung_akademik_dan_pensyarah_muda/
Surat Pilihan: Isu “Jerung Akademik “ dan Pensyarah Muda
Assalamualaikum. Seorang sahabat mengundang saya untuk menelusuri laman web ini. Hati saya cukup tersentuh membaca ‘nota kuliah’ puan berkenaan pensyarah muda yang seharusnya berani menulis karya-karya yang bukan dalam bidang mereka. Inilah hakikat yang berlaku di depan mata saya. Sememangnya saya cukup suka menulis, tidak kira temanya adalah berpaksikan bidang dan kemahiran ikhtisas saya ataupun bertunjangkan bidang lain yang menjadi minat dan keseronokan untuk berkarya. Banyak platform penulisan yang telah saya ceburi, dan alhamdulillah ada kalanya karya saya diterima untuk dikongsi bersama jutaan rakyat malaysia pada waktu-waktu tertentu. Pada hemat saya, kalau tentera berkhidmat kepada bangsa dan negara dengan mengangkat senjata di medan perang, maka begitu jugalah perjuangan yang tulus suci dilaksanakan oleh penulis-penulis yang menggunakan pena berjuang memberi ilmu dan pengetahuan kepada anak-anak bangsa. Ironinya, minat saya dan juga sesetengah penulis muda yang lain untuk menulis secara aktif ini ada kalanya dibunuh secara kejam oleh sesetengah ‘pak guru’ atau ‘jerung besar’ yang memandang rendah akan kebolehan kami kerana kami ini adalah hanya ‘ikan-ikan bilis’ dalam dunia penulisan. Bayangkan apa perasaan seseorang yang baru mahu berjinak-jinak berkarya dan menerbitkan buku, tiba-tiba disangkal akan kualiti buku tersebut hanya kerana pengarangnya atau editornya adalah seorang ‘ikan bilis’? Lebih memeranjatkan lagi tatkala jawatankuasa ‘jerung-jerung besar’ yang telah menerbitkan berpuluh-puluh buku mencadangkan agar nama salah seorang jerung ini dimasukkan sekali sebagai pengarang atau editor bersama dengan ‘si ikan bilis’ ini demi meningkatkan kualiti (kononnya) dan menarik minat pembaca-pembaca untuk membeli buku tersebut. Ini yang dikatakan sebagai lembu punya susu, sapi senang-senang menjaja nama! Apakah ertinya semua ini? Mengapa perlu ada mentaliti bahawa buku ‘ikan bilis’ tidak ada upaya pergi jauh, sejauh hebatnya buku ‘si jerung besar’? Mengapa tidak ‘si ikan bilis’ ini dipimpin sebaiknya untuk bertatih, berjalan dan mampu berdikari dalam dunia penulisan? Pada saya, salah satu sebabnya kerana kebanyakan penulis-penulis muda terutamanya di IPT tidak diberikan kepercayaan, peluang dan platform sewajarnya untuk menulis. Kedua, sikap tamak sesetengah ‘jerung besar’ yang mahu menempelkan nama mereka sebanyaknya dalam mana-mana karya penulisan ‘si ikan bilis’. Walhal mereka sekadar menjadi parasit atau ‘sleeping partner’ yang mahu mengumpul sebanyak mungkin bilangan buku yang berjaya diterbitkan untuk ditonjolkan dalam Borang Penilaian Tahunan, dan seterusnya berupaya mendapat kenaikan gaji atau pangkat. Tidak rasa bersalahkah? Tidak malukah?
‘Penulis Ikan Bilis’
Melbourne, Australia
p/s: sebenarnya ini adalah artikel aku sendiri, bukan adaptasi 'sahabat' mana2 pun..baru harini nak admit..hehe.
Nabi dulu Mazhab apa?
-
*Ada orang tanya: kenapa di Malaysia ikut Mazhab Syafee, tapi Akidah ikut
Asyaari? Kenapa tidak akidah Imam Syafee juga? Nabi dulu Akidah apa? Mazhab
apa...
1 week ago
0 comments:
Post a Comment