Showing posts with label newspaper articles. Show all posts
Showing posts with label newspaper articles. Show all posts

Thursday, December 2, 2010

artikel agama di Berita Harian: Judi gadai akidah, jejas keharmonian masyarakat



Alhamdulillah, artikel aku disiarkan dalam Berita Harian harini 2 Disember 2010. Artikel ni adalah artikel lama yang aku olah sedikit dengan mencampurkan pengalaman sendiri berjudi..haha, taklah, pengalaman sendiri tercanguk melihat TAIK-TAIK JUDI yang aku yakin beragama Islam mengunjungi kedai nombor ekor. Muka diorang bercampur-baur. Mungkin, sekadar mungkin...kalau yang muka selamba masuk kedai tu, orangnya dah 'tegar' beli nombor ekor. bak kata worang, alah bisa tegal biasa. ada pulak, yang jalan laju2, pakai helmet bervisor hitam, tertunduk2..orang macam ni mungkin baru berjinak2, atau pun takut ada orang kenal...malu ooo...hahaha.

apa yang pentingnya, bukan senang nombor nak naik..

kalau nombor terkena pun, berkatnya tu tak kena sama. kawan aku ada cerita dulu, mak dia (bukan islam), selalu kena nombor ekor. tak banyakla, dalam ribu2an aje. dia pun pandai cakap, duit mak aku tu 'tak berkat'. kejap je abis. ada aje benda yang menyebabkan duit tu akan cepat habis dan lesap begitu aje. kereta rosakla, rumah kena pecahla, barang2 hilangla...

lepas tu, ada satu kes famous dulu2 kat daerah aku ni, sorang pengawal (Islam) menang 3 juta nombor ekor! Baik dia tu, duit dia menang tu selalu aje dia sedekah dan tabur sana-sini. tapi sudah jadi ketentuan Allah, berkat tu tak mengiringi kemenangan dan sifat baik hati dia. rumahtangganya kucar-kacir, bercerai-berai, dapat penyakit dan musibah, dan lain2. End up dengan orang kaya tu jadi pengawal semula.

Pengawal-orang kaya-orang miskin-pengawal.

Gitula...

Baiklah, eloklah kita terus baca sumbangan rencana dakwah aku seperti di bawah ni.

****************************************


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Judigadaiakidah_jejaskeharmonianmasyarakat/Article

Judi gadai akidah, jejas keharmonian masyarakat
Oleh Khairunneezam Mohd Noor

2010/12/02

Pertaruhan, tikam ekor perlu dibanteras secara menyeluruh demi kesejahteraan ummah

BERJUDI adalah satu jalan singkat yang salah untuk mengejar kekayaan dan wang ringgit. Judi atau al-maisir ditafsirkan sebagai suatu bentuk permainan beradu nasib yang menggunakan wang atau harta benda sebagai taruhan dan pemenang pertaruhan akan mendapat hasil berlipat kali ganda.

Perjudian amnya dimainkan dalam pelbagai bentuk. Antaranya menggunakan dadu dan daun terup, tikam, loteri, pertaruhan permainan sukan, mesin slot atau nombor ekor. Lebih canggih lagi, mutakhir ini berjudi turut boleh dilaksana dengan mudah melalui internet.
Baru-baru ini, penulis berkesempatan membuat tinjauan secara langsung berkenaan perangai keji tahi judi yang mengunjungi sebuah premis menjual nombor ramalan di kampung halaman dan melihat sendiri masih ramai umat Islam yang ghairah mengunjungi premis perjudian itu.

Walaupun tertera jelas di hadapan kaunter premis nombor ramalan peringatan bahawa ‘Umat Islam adalah dilarang memasuki premis ini’ dan pernyataan ‘Berjudi adalah haram di sisi Islam’, namun tidak diendahkan pengunjung beragama Islam ini.

Kira-kira sejam kajian itu, daripada 26 orang pengunjung, 12 daripadanya beragama Islam. Secara statistiknya, pengunjung kedai nombor ramalan yang beragama Islam dalam tempoh sejam ini hampir mencecah 50 peratus.

Lebih memilukan, sesetengah mereka yang kental mengunjungi premis perjudian ini boleh dikategorikan sebagai warga emas yang ada kala membawa bersama cucu mereka singgah untuk membeli nombor atau bertaruh tanpa ada perasaan malu dan segan.
Apabila berjudi, seseorang tidak perlu mengerah keringat dan tulang empat kerat. Bahkan modal yang diperlukan tidaklah besar. Bak kata orang, goyang kaki pun boleh dapat hasil lumayan. Inilah antara faktor yang menyemarakkan semangat kaki judi untuk terus terjebak dengan gejala buruk itu.

Apatah lagi, jika pernah sekali dua ‘tuahnya terkena’ dan menang sejumlah wang, bertambah galak dan bersemangatlah si kaki judi melaburkan wangnya ke premis judi kononnya untuk mengaut keuntungan lebih besar lagi.

Jika si kaki judi beranggapan judi adalah satu bentuk usaha untuk memperbaiki taraf kehidupan, mereka sememangnya silap kerana matlamat tidak akan sesekali menghalalkan cara. Demi mengejar sesuatu matlamat, kita sepatutnya berusaha bersungguh-sungguh, menggunakan saluran yang betul dan mengerah sepenuh akal fikiran dan tenaga.

Islam meletakkan keutamaan kepada pencarian rezeki dan nafkah hidup yang bersih lagi halal. Bukannya mencari jalan singkat mengumpul harta melalui judi yang hukumnya adalah haram daripada perspektif Islam.

Islam menegah umatnya daripada bergelumang dengan perjudian yang ternyata bersifat keji dan amalan warisan syaitan.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” (Surah al-Maidah: 90-91).

Dari segi akhlak, seseorang kaki judi akan menjadi lalai beramal ibadah, malas berusaha, tamak dan haloba, iri hati, dendam, khianat, suka berhutang, membazir, bercakap bohong dan berputus harap kepada Allah. Apabila penyakit berjudi semakin kronik membelenggu, kaki judi sanggup pula menggadaikan akidah dengan melakukan perbuatan syirik dan menyekutukan Allah seperti menilik nasib, memuja kubur, mendapatkan bantuan bomoh atau memakai azimat.

Buktinya seperti ditunjukkan seorang pengunjung kedai nombor ramalan yang kelihatan mencium-cium sebentuk batu yang dibuat rantai berkali-kali sebelum dan selepas memasuki premis perjudian sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu. Perbuatan syirik seperti ini dimurkai Allah dan akan menerima balasan setimpal dengan perbuatan terkutuknya.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT tidak mengampunkan dosa orang yang menyekutukan-Nya dan dia akan mengampunkan dosa selain itu bagi mereka yang dikehendaki-Nya.” (Surah an-Nisa’: 48)

Andai kata, seseorang meraih hasil daripada perjudian, ketahuilah ia adalah sumber yang haram dan tidak diberkati Allah. Maka kesan seterusnya yang terpaksa ditanggung akibat berjudi adalah ahli keluarga sendiri. Apabila rezeki haram disogok ke mulut isteri serta anak dan sebati menjadi darah daging mereka, tidak mustahil kesan negatif akan terserlah sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.

Sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, kita harus membendung gejala judi secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat merentasi pelbagai umur. Mereka harus dibimbing dan dikawal dari usia muda untuk tidak berjinak dengan dunia perjudian serta sedar akan kesan buruknya.

**************************************

sekadar nak kongsi jua, satu cerita berkait judi yang menarik.

aku cite dari Blog Abgreds (http://abgreds.wordpress.com/2010/08/01/nombor-ekor-nombor-kepala/). hahahahaha....

Tarikh : bila – bila serba boleh

Lokasi : dalam dewan serba guna

Penceramah : tukang cakap serba tahu

Pencatat : tukang catit serba merah tahu!…..

Catatan 1 :

“Okey tuan-puan, sedara sedari, siapa kat sini kaki nombor, angkat tangan?”

“Hai, sorang pun tak de?. Baiknya sedara semua ni? Takkan saya sorang kot?”, tuan penceramah masih mengangkat tangannya.

“Wah, tak baik betul saya ni, kan?…”. Dewan masih penuh dengan dahi-dahi yang berkerut.

“Sedara semua dengar betul-betul. Siapa kat sini kaki nombor…kalau tuan semua tak mengaku, itu bohong.”

“Bangun pagi tengok nombor. Masuk kerja tengok nombor. Balik rumah pakai nombor. Kira bini ikut nombor…ha ha…ni yang ada bini lebih la, kot satu jer nak kira hape?..”

“Jadi tuan-tuan sedara sedari, kita ni kaki nombor. Hari-hari tengok nombor. Hari-hari kira nombor, kira kaki nombor lah,betul tak?”

Satu dewan mula tersengih. Tukang cakap ni lawak jugak ya, bisik sesetengahnya.

“Kalau kita ni kaki nombor, itu betul. Tak salah. Tapi kalau saya kata kita ni kaki nombor ekor, yaaa…itu baru betul kita salah”.

“Ada ke yang kaki nombor ekor kat sini, angkat tangan?”

“Sorang pun tak ada?. Wei… baiknya orang sini. Betul ke Tok, tak ada kaki nombor ekor ni?”, penceramah menjeling Tok penghulu.

Tok penghulu sengih-sengih sumbang. Beberapa hadirin terbatuk-batuk kecil.

“Iyelah tu, Tok…, saya percaya. Kalau ada pun, mana nak ngaku. Lagi mahu tanya, nak cari nahas, ha ha …”

“Okey. Kita sambung… nombor ni tuan-tuan, memang ada kepala, ada ekor. Tapi yang dok orang perambat ramai-ramai…tu ha, ekor nombor”.

“Ekor nombor ni duduknya kat belakang kepala nombor. Dari nombor 4 sampai 9, sampai 0 balik. Itulah ekor nombor”

“Tapi kaki nombor ekor ni tamak. Di jamak semua dari nombor 1 sampai 9, sampai 0. Dipusing-pusing. Lepas tu, tikam!”

“Berbomoh berpawang dia orang nak beli nombor ekor. Betul punya bangang. Kalau tok bomoh tu pandai, baik dia tikam sendiri. Boleh dia jadi jutawan . Tak payah kerja jadi bomoh lagi…”

Ha ha…dewan bergema. Tertawa sakan para hadirin mendengar celoteh tukang cakap serba tahu itu.

“Tuan-tuan, sedara sedari,… tak payah lah nak main nombor ekor ni. Memang pun dah dilarang agama. Mudaratnya pun banyak”.

“Banyak lagi cara cari rezeki yang halal dan berkat. Cuba belajar kira nombor, sekurang-kurangnya kita tahu mengira. Tak lah nanti kena tipu dengan orang…”

“Nak expert lagi, belajar dengan Dr. Azizan Othman. Kira nombor tarikh lahir. Untung-untung bakal jadi jutawan!”.

Dewan agak riuh rendah, tawa bicara sama sendiri. Dan hari semakin petang. Sessi kali ini hampir ke hujung waktu.

“Eh, saya belum sampai point dah habis masa? Saya nak cerita pasal kepala nombor. Dok cerita nombor ekor memanjang, dah habis masa. Jadi, kita tutup dulu tajuk ni, ya”.

“Insya Allah, pada sessi akan datang, saya akan highlight pada tajuk kepala nombor. Tajuk yang lebih penting dari ekor nombor ni, atau nama glamernya nombor ekor”.

“Tuan-tuan, sedara sedari, balik dulu. Rehat cukup-cukup. Ingat, jangan tikam nombor ya, berdosa”.

“Jadi kaki nombor – OK! Jadi kaki nombor ekor – KO!….haha…”

Tuesday, November 30, 2010

artikel aku di Berita Harian: Sambutan Aidiladha di perantauan tuntut pengorbanan

assalamualaikum

alhamdulillah. artikel aku berkaitan sambutan raya haji di melbourne keluar dalam paper berita harian 18 November 2010 yang lepas. bukan mudah sebenornya nak organise majlis se'grand' ini di perantauan kalau takdak ahli2 kariah yang mantap, sumber kewangan yang cukup, resource yang cantek. tahniah buat rakan2 di desa bundoora. semoga Allah balas segala usaha murni tuan2 dan puan2 yang berusaha keras menjayakan ibadah mulia kita ini.

nak baca lanjut buleh rujuk url di bawah....check it out.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SambutanAidiladhadiperantauantuntutpengorbanan/Article/

Sambutan Aidiladha di perantauan tuntut pengorbanan
Pelajar di Desa Bundoora anjur majlis solat sunat, kenduri bagi pupuk semangat dan kecekalan


Pastinya semua umat Islam di Malaysia ternanti-nanti akan tibanya Hari Raya Aidil Adha atau hari raya korban yang secara rasminya akan disambut pada tanggal 17 November ini. Hari raya korban memberikan makna yang sungguh mendalam terutamanya bagi rombongan jemaah haji ke Mekah yang menjadi ‘tetamu Allah’ menyempurnakan Rukun Islam yang kelima. Begitu juga di seluruh pelosok negara, kemeriahan sambutan perayaan ini begitu terasa dengan amalan solat sunat Aidil Adha pada hari pertama dan laungan takbir sehinggalah tamat hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah. Ditambah lagi dengan penganjuran aktiviti korban dan menyembelih binatang al-An'am seperti lembu, kambing dan unta yang dilakukan demi memperingati sejarah pengorbanan simbolik Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S dan kejayaan menepis godaan syaitan, memenuhi syariat dan tuntutan agama Islam dan menambahkan rasa takwa dan taat kepada Allah SWT. Ibadah korban juga sangat berkesan dalam merapatkan silaturrahim di antara penduduk setempat dan memberikan ruang untuk bergembira menyambut hari raya korban bagi golongan miskin dan yatim piatu yang menerima sumbangan daging-daging korban.

Menyambut hari raya korban di perantauan kebiasaannya tidaklah semeriah seperti yang dirasakan seperti di tanahair. Menitip pengalaman penulis yang merantau ke Melbourne, Australia sejak beberapa tahun lepas, para perantau sekadar dapat peluang bersolat sunat hari raya Aidil Adha sama ada di masjid atau surau. Ada juga dalam kalangan komuniti perantau seperti pelajar-pelajar atau pekerja-pekerja yang menganjurkan majlis kenduri kecil-kecilan atau takbir beramai-ramai, sama ada di Dewan Malaysia, di rumah atau di dewan komuniti.

Namun begitu, suasana perayaan Aidil Adha pada tahun ini agak berbeza bagi kami para perantau Malaysia yang bermastautin di sebuah kawasan persisiran kota Melbourne yang kami suka namakan Desa Bundoora. Dalam sambutan Aidil Adha pada tahun ini, komuniti Desa Bundoora (rata-ratanya pelajar pasca siswazah) menganjurkan majlis solat sunat hari raya dan kenduri sempena menyambut hari raya yang mulia ini. Begitu juga, sebilangan daripada ahli komuniti kami turut menyertai ibadah korban dan aqiqah yang mana ianya menjadi suatu ibadah yang besar ganjarannya daripada Allah bersempena Aidil Adha.

Seluruh warga Desa Bundoora, telah bertungkus-lumus dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan program-program ini sejak beberapa minggu yang lalu. Misalnya, usaha menempah dewan untuk solat sunat hari raya, menguruskan tempahan dan penyembelihan lembu dan kambing, majlis rewang dan masak-memasak untuk kenduri, dan sebagainya.
Semua pihak rela 'berkorban' masa, tenaga dan wang demi menjayakan majlis kami ini.

Bukan mudah untuk melihat suasana harmoni seperti ini dalam sesebuah masyarakat, apatah lagi seperti kami yang berada jauh beribu batu dari Malaysia. Peluang untuk berhimpun beramai-ramai seperti ini memberikan ruang kepada semua untuk melepaskan rindu terhadap sanak-saudara di Malaysia, bertukar-tukar fikiran, berkongsi suka dan duka, dan sama-sama menghayati erti yang tersurat dan tersirat tentang pengorbanan.

Sambutan perayaan yang dibuat mungkin sederhana, tetapi jauh di lubuk hati, kami para perantau Malaysia sedar bahawa kami sedang melaksanakan erti pengorbanan yang bukan calang-calang.
Pengorbanan untuk meninggalkan keluarga yang tercinta di tanahair, menimba ilmu dan mencari pengalaman di bumi asing, mengangkat senjata membantu menjaga keharmonian dan keselamatan negara-negara yang sedang dilanda krisis, dan seumpamanya, adalah contoh pengorbanan yang cukup berbeza dan unik jika dibandingkan dengan ibadah korban yang biasa diamalkan di tanahair. Namun, semua pengorbanan ini tetap bersandarkan kepada matlamat mendapatkan keredaan Allah SWT, membawa balik segala ilmu dan pengalaman yang ditimba di luar negara untuk dikongsi bersama dengan anak-anak bangsa, dan meningkatkan martabat negara dan bangsa di mata dunia.

Hari raya korban memberikan maksud yang cukup signifikan tentang kewajiban menunaikan tanggungjawab sebagai insan yang berguna dalam menyumbangkan kepakaran dan tenaga kepada pembangunan dan kemakmuran insan sejagat. Sambutan hari raya korban membuka pintu hati dan minda golongan perantau akan perlunya bersabar, melipatgandakan usaha dan lebih gigih dalam urusan dan kerja masing-masing dan akhirnya bertawakkal kepada Allah SWT. Akhirnya, tidak dinafikan bahawa menyambut hari raya korban di perantauan benar-benar memupuk kesedaran tentang maksud sebenar pengorbanan yang tidak boleh disalahertikan dengan melakukan perbuatan yang tidak bersesuaian pada perspektif masyarakat dan juga agama. Untuk melaksanakan pengorbanan, seseorang perlu mengikut saluran dan cara yang diredai Allah SWT dan selaras dengan aspirasi agama, bangsa dan negara.

Monday, September 13, 2010

Didik anak sambut Ramadan, Aidilfitri bertunjangkan syariat

Alhamdulillah. suasana raya tahun ni cukup indah buat aku, isteri dan anak-anak. perjalanan merentas negeri2 di sebelah pantai barat untuk raya kali ini cukup lancar dan aku tak 'berperang' dengan kesesakan lalu lintas dan kesesakan napas.

Raya di Tapah Road rumah Embah kami, nenek sebelah Julie cukup signifikan bagi aku. Pertama kali dalam hidup aku berpeluang bantu masak lemang dan ketaput sekaligus. lemang, bukan sesuatu yang tak sinonim dengan mulut dan perut aku, tapi cukup asing untuk aku dalam hal membakarnya. Ketupat, aku tak heran, memang sebelum2 ni aku dan adik2 aku dah macam ada 'kontrak' jadi tukang masak ketupat di kampung Batu Pahat bertahun-tahun-tahun lamanya, hehehe.

Begitupun, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, sambutan raya dalam suasana hujan renyai2 kali ini, indah sekali.

Ini ada buah tangan aku untuk tatapan semua orang. Telah disiarkan dalam surat khabar Berita Harian harini, 13 September 2010 dalam ruangan Agama. sekadar meneruskan warisan Nabi SAW untuk tak putus2 sebarkan dakwah Islamiyyah, walaupun hanya dengan sepotong ayat...

***********************************************************

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DidikanaksambutRamadan_Aidilfitribertunjangkansyariat/Article

Didik anak sambut Ramadan, Aidilfitri bertunjangkan syariat
Oleh Khairunneezam Mohd Noor

AIDILFITRI hari umat Islam menikmati rahmat kegembiraan dan kebahagiaan lantaran banyaknya anugerah Allah dikecapi sepanjang Ramadan kepada semua hamba-Nya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bagi orang yang berpuasa itu akan dikurniakan dua kegembiraan, kegembiraan ketika Aidilfitri dan kegembiraan ketika bertemu Allah SWT.”


Tidak dapat dinafikan kanak-kanak adalah golongan paling seronok apabila menjelang Aidilfitri saban tahun. Bagi kanak-kanak yang berlatih berpuasa pada Ramadan, hari raya adalah kemuncak kesyukuran kerana berjaya menyempurnakan ibadah menjadi salah satu tunjang Rukun Islam.

Ditambah lagi, budaya menyambut hari raya di Malaysia cukup meriah, menyemarakkan lagi perasaan gembira di hati kanak-kanak. Pada hari itu mereka akan berpeluang memakai baju serba baru, makan pelbagai juadah istimewa, mengutip angpau berisi dan menonton rancangan hari raya.

Tidak ada salah dan silapnya untuk kanak-kanak merasai keseronokan sebegini sepanjang sambutan hari raya. Namun, mereka perlu dibimbing dan difahamkan konsep ‘wasadtiah’ atau bersederhana menyambut Aidilfitri mengikut lunas Islam.

Selama sebelas bulan manusia bergelumang dengan tuntutan keduniaan dan kehendak nafsu, selama itu jugalah fitrah asal manusia sudah tercemar. Maka, dengan izin Allah, manusia dikurniakan ruang terbaik pada Ramadan untuk berpuasa dan melaksanakan amalan menguatkan serta menyucikan semula fitrahnya.

Dari perspektif Islam, sambutan Aidilfitri bermaksud hari yang disambut sebagai tanda kejayaan dalam mengembalikan fitrah seseorang hamba Allah kepada keadaan asalnya yang suci dan bersih.

Mendidik kanak-kanak menyambut kejayaan mengembalikan fitrah yang suci pada hari raya tidak sepatutnya disulam dengan unsur negatif. Contohnya, boros berbelanja pakaian, terlalu leka menonton hiburan di televisyen, makan terlalu banyak dan membazir, lalai melaksanakan solat dan bermain mercun.

Kanak-kanak perlu diasuh meneruskan kesinambungan amal ibadah yang bersifat khusus atau umum dilaksanakan sepanjang Ramadan pada bulan berikutnya. Ibadat khusus seperti berpuasa boleh diteruskan dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal serta puasa sunat Isnin dan Khamis.

Begitu amalan qiamullail yang diakui kelebihan dan faedahnya daripada pandangan Islam dan perspektif sains. Bertandang ke masjid atau surau untuk solat berjemaah perlu digalakkan. Ajarkan kanak-kanak memperbanyakkan membaca al-Quran, memahami maksudnya, berzikir dan berdoa.

Amalan khusus seperti ini berupaya membentuk jiwa kanak-kanak yang ikhlas untuk beribadah, sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dengan izin-Nya.

Ibadah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) yang sukar untuk ditemui pada bulan lain seperti solat sunat Aidilfitri dan bertakbir juga perlu diterapkan sebagai ‘istimewa’ buat anak-anak kerana kedua-dua ibadah sunat ini menjadi simbolik sifat kesyukuran dan kekuatan umat Islam melaksanakan ibadah wajib berpuasa sepanjang Ramadan.

Pentingnya galakan menunaikan solat sunat hari raya dinyatakan Imam Al-Bukhari dalam riwayat hadis Ummu `Athiyah, beliau berkata: “Kami sekalian diperintahkan keluar pada solat sunat dua hari raya sehingga wanita yang haid pun keluar, kemudian menempatkan diri di belakang kaum muslimin, mereka turut bertakbir mengiringi takbir kaum muslimin.”

Begitu juga tuntutan bertakbir dan bertahmid mengagungkan kebesaran Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu supaya kamu menjadi orang yang bersyukur.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Amalan mulia lain seperti menziarahi pusara sanak saudara dan menghadiahkan mereka bacaan ayat suci al-Quran, menyertai perkumpulan marhaban, menghadiri majlis ilmu, berjimat cermat berbelanja, bersedekah, bantu-membantu orang yang tidak berkemampuan, hormat kepada orang tua, adalah ibadah umum yang perlu disuburkan dalam diri kanak-kanak.

Tujuannya supaya mereka faham konsep ‘amal makruf, nahi mungkar’ iaitu memperbanyakkan amalan mulia dan meninggalkan perbuatan dilarang.

Teguhnya peribadi mulia kanak-kanak yang dibentuk sepanjang Ramadan tidak akan bermakna jika ibu bapa atau penjaga tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai ikutan mereka meraikan Aidilfitri.

Bersederhana dan wujudkan suatu anjakan paradigma untuk beramal ibadah bertunjangkan syariat Islam semasa menyambut hari lebaran ini.

Didikan tepat akan mengubah tanggapan anak-anak yang selama ini menyatukan makna Aidilfitri dengan duit raya, mercun dan bunga api semata-mata kepada terbitnya kemanisan iman serta rasa tawaduk dan syukur ke hadrat Ilahi.

Penulis ialah pensyarah di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

********************************************************

Buat semua kaum keluargaku, khususnya ayah, emak, isteri, adik-adikku, mak dan bapak mentua, kaum keluarga, sahabat handai, dan semua para pembaca blog ini, aku ingin susun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran, salah silap, kekhilafan, dan kedaifanku andai ia pernah sengaja atau tidak sengaja, sedar mahupun tidak sedar, telah berupaya membuat anda semua terluka, terhiris perasaan, termakan hati, dan sebagainya. Bagi pihak diri aku sendiri, aku redha dan ampunkan semua salah dan silap anda semua...Insya Allah.

Semoga sambutan hari raya Aidilfitri kali ini memberi seribu satu kebahagiaan buat kita semua dengan berpayungkan rahmat dan iradat pemberian Allah Azzawajalla. amin...

Tuesday, May 25, 2010

Kenapa perlu atau jom kejar penarafan universiti bertaraf ANTARABANGSA?

Satu ketika dulu, sebelum aku sambung belajar, memang aku akui penarafan THES-QS ni menjadi kegilaan/igauan universiti-universiti di Malaysia. Kami para pensyarah selalu diingat2kan oleh orang-orang atasan universiti supaya berusaha meningkatkan mutu kerja demi meletakkan nama universiti dalam ranking THES-QS ini. Biarlah usaha itu memakan masa 5,10 tahun pun, asalkan mutu dan kualiti kerja kami berhasil (mungkin) untuk dapat menginjakkan universiti dalam kumpulan 100 terbaik di dunia, atau setidak-tidaknya 500 yang terbaik di dunia!

sesetengah kami rasa seronok dan teruja. ini peluang untuk meluaskan kemampuan diri sebagai pendidik! ini peluang untuk menjadi pensyarah bertaraf dunia!

tapi sesetengah kami rasa terbeban... benchmark untuk meletakkan universiti dalam 500 terbaik THES-QS ini dianggap terlalu sukar(THES --The Times Higher Education Supplements-kini sudah berpecah dengan entiti QS!) . Cuba rujuk website QS ini: http://www.topuniversities.com/university-rankings/world-university-rankings/methodology/simple-overview

Academic Peer Review
The Academic Peer Review is the centrepiece of the QS World University Rankings™ and is based on an online survey distributed to academics worldwide. Results are compiled based on three years worth of responses totaling 9,386 in 2009. Respondents are not permitted to submit their own institution or to respond more than once (their latest response is counted). Weightings are applied both geographically and by discipline to ensure as fair a representative spread as possible.

Employer Review
Similar to the Academic Peer Review, this indicator is based on a global online survey, this time distributed to employers. Results are again based on three years worth of "latest response" data. Geographical weightings are again applied to ensure fair representation from key regions of the world.

Faculty Student Ratio
Faculty Student Ratio is used in many ranking systems and evaluations in the world, and whilst it may not be a perfect measure of teaching quality, it is the most globally available and accessible measure of commitment to teaching. An indication that the institution in question has sufficient staff to teach its students.

Citations per Faculty
Citations are a widely used, conventional measure of research strength. A citation is a reference to one academic publication in the text of another. The more citations a publication receives the better it is perceived to be, the more highly cited papers a university publishes, the stronger it can be considered to be. As a measure this is somewhat geared towards scientific and technical subjects, which is why it doesn't carry more weight. The source used in this evaluation is Scopus, the world's largest abstract and citation database of research literature. The latest five complete years of data are used. The total citation count is factored against the number of faculty in order to take into account the size of the institution.

International Factors
In today's increasingly globalized world, the most successful universities have to attract the world's bet students and faculty. Simple evaluations of the proportion of international students and international faculty serve as indicators of an institution's international attractiveness.
These indicators are then combined using standard statistical methods to yield the overall scores you will see in the results tables. If you are interested in greater detail, this section of the website contains a wealth of in depth information on how the rankings are compiled.

kriteria-kriteria atau indikator-indikator yang ditetapkan oleh badan penarafan Quacquarelli Symonds di atas misalnya, kelihatan seperti 'boleh' untuk dicapai oleh setiap universiti (dalam konteks perbincangan artikel ini, 'universiti' adalah universiti awam) walaupun tidak 100%. Tapi hakikatnya diakui ramai ahli akademik sekarang, indikator-indikator ini tidak bersifat universal, berat sebelah, bahkan ianya adalah indikator yang memberi ruang kepada universiti-universiti 'kaya dan berpengaruh' dan berada di 'sana' (di eropah dan us dan sekutu-sekutunyalah, mana lagi!) untuk menempatkan diri dengan mudah dalam ranking top 100!

Apatah lagi pengakuan yang dibuat oleh orang-orang besar dalam gagasan THES-QS yang sudah terpecah ini bahawa selama beberapa tahun 'gelombang penarafan' ini mengharung dan menjadi momokan alam menara gading secara global, penarafan ini sememangnya MERAGUKAN, TIDAK ADIL, TIDAK VALID, KURANG RELIABILITI, DAN BERHASIL MENAIKKAN NAMA UNIVERSITI-UNIVERSITI YANG MAMPU MENAJA badan-badan penaraf tersebut.

aku tertarik dengan artikel Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak,Naib Canselor Universiti Sains Malaysia yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, 19/5/2010:


Muslihat penarafan IPT kini terbongkar
Masing-masing mendakwa yang pangkalan data merekalah yang lebih baik dan berwibawa untuk tujuan penarafan - sedang tujuan pangkalan data sebenarnya adalah terhad untuk rekod dan rujukan dan tidak berhasrat untuk tujuan perbandingan yang jitu!

BENCANA musim panarafan universiti tiba awal pada kali ini. Teringat saya lebih kurang enam tahun yang lalu, apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi ingin memasukkan penarafan sebagai salah satu kriteria kecemerlangan bagi sesuatu universiti di Malaysia, saya mencadangkan kita menolak ura-ura tersebut.
Ini adalah kerana pada asasnya usaha penarafan terbanyak dikritik sebagai sesuatu yang tidak munasah dari segi prinsipnya, terutama dari sudut akademik dan intelektual.

Apatah lagi kini terdapat pelbagai bentuk penarafan yang ada dilambakkan, dan yang mana satu pula yang diwajar disasarkan untuk tujuan kita di Malaysia. Pada masa itu penarafan gabungan antara Times Higher Education Supplement (THES) dan syarikat Quacquarelli Symonds (QS), atau lebih dikenali sebagai THES-QS adalah begitu popular sekali.

Dan kita ada kecenderungan ke sana kerana ramai yang lebih mudah memahami tentang 'angka' daripada isu 'isi' berkaitan dengan aktiviti tersebut. Malah ini jugalah strategik pemasaran yang digunakan oleh penaja penarafan. Walaupun tiada kata putus dalam hal ini, namun ada semacam kesepakatan bahawa THES-QS adalah penarafan yang paling 'diiktiraf' oleh pihak yang berwajib. Lagipun pejenamaannya adalah sebagai "World University Ranking" - atau Penarafan Universiti Sedunia.

'Dunia' siapa yang dimaksudkan tidak pun dihiraukan bagi mereka yang lebih gemar kepada publisiti dan populariti murahan!

Oleh itu mahu tidak mahu setiap kali THES-QS membuat pengumuman suasana di negara ini menjadi hiruk-pikuk oleh berbagai-bagai pihak. Ada pula yang menangguk di air keruh baik di Parlimen sekali pun seolah-olah merekalah yang faham benar tentang perkara ini. Tidak kurang pula mempolitikkannya tidak ubah sebagai ejen yang menganjurkan sistem yang diuar-uarkan oleh pihak THES-QS! 'Bencana' besar mutakhir berkaitan ini adalah pada 8 Oktober tahun lalu apabila penulis terpanggil membuat ulasan mengenainya dalam Utusan Malaysia (13 Oktober 2009). Namum perkembangan yang berlaku baru-baru ini telah mengubah segala-segalanya! Ia telah membuka berbagai-bagai tembelang yang mempamerkan muslihat tentang penarafan THES-QS ekoran lafaz talak tiga antara pihak THES dan QS tidak lama dahulu.

Apa yang ketara bahawa jangkaan bahawa penarafan bukan satu ukuran yang mantap dan tidak melambangkan apa yang mereka dakwakan telah menjadi kenyataan. Ini dikukuhkan lagi oleh pegawai utama THES, Phil Baty, yang mengulas akan kepincangan penarafan tersebut dari sudut kaedah dan pemilihan serta penakrifan kriteria yang digunakan.

Pendedahan ini pada mula dibuat dalam sebuah persidangan antarabangsa "Going Global 4" di London pada Mac lalu. Penulis berkesempatan mendengar sendiri kritikan tersebut. Malah pegawai THES itu memulakan pembentangan kertas kerjanya pada sesi Flawed ranking or key benchmarking? dengan mengakui 'kesilapan' yang pernah dilakukannya sebagai antara yang bertanggungjawab dengan penarafan THES-QS di bawah penyeliaannya untuk selama enam tahun bermula pada tahun 2004 lagi.

Kritikannya terus terang mengatakan bahawa THES-QS tidak cermat dan teliti dalam usaha melakukan penarafan tahun itu, di samping lemah dari berbagai-bagai sudut, termasuk kaedah dan pengutipan maklumat!

Anehnya keinsafan ini hanya timbul selepas enam tahun sedangkan pada tahun pertama lagi perkara ini telah ditonjolkan kepada mereka, tetapi tidak dipendulikan sama sekali. Dan dengan angkuh terus memperagakan produknya yang meleset.
Lebih aneh lagi masih ramai pula yang membelinya termasuk politikus-politikus yang agak dangkal kefahamannya tentang isu ini!

Jika ini tidak memadai, pegawai yang sama kini sibuk menulis makalah di akhbar-akhbar berbahasa Inggeris Malaysia bagi mengutarakan hujah yang hampir sama. Antara lain beliau mengulangi bahawa QS tidak berlaku adil semasa beliau turut serta mengendalikan penarafan tersebut. Natijahnya ialah usaha penarafan yang telah digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak sebenarnya merupakan sesuatu yang sia-sia dan hanya bak meludah ke langit sahaja! Jelas mereka tidak (mahu) memahami isu sebenarnya dan mudah terpengaruh dengan penilaian yang dibuat tanpa keinginan menyiasat dengan mendalam akan asal-usul penarafan berkenaan, mahupun prinsip serta kerelevannya. Sebab itu kini rata-rata ramai yang terperangkap dengan pengakuan Baty tentang THES-QS, sehingga kelantangan mereka sekarang ini amat memalukan. Termasuk para sarjana yang bermati-matian menjadi pengikut setia THES-QS! Begitu juga dengan mereka yang sering apologetik setiap kali THES-QS membuka mulutnya.

JIka dahulu ada pihak yang mengandaikan bahawa sektor pengajian tinggi negara menghadapi krisis dan memalukan negara, kini Baty dengan yakin menyangkal bahawa ini tidak benar sama sekali. Kata beliau, pencemuh ini tersilap dan wajar dimaklumkan yang mereka telah terheret dengan dakyah THES-QS selama ini. Kini mereka terpaksa menelan semula kata-kata keji yang dihamburkan pada satu ketika dahulu!

Pada mata ramai kita rasa sedih kerana kita terlalu mudah menjadi kerbau dicucuk hidung, tanpa usul periksa. Asalkan ada pihak 'luar' - apa lagi dari Barat, memberi keyakinan, kita menyerah saja!

Ternyata sekarang ini selepas kita diyakini oleh pihak luar yang sama tentang sebaliknya, apa pula persepsi kita kini?Apa pun pendedahan yang telah dilakukan oleh pihak THES terhadap QS menjelaskan beberapa hal yang tersembunyi tentang penarafan institusi pengajian tinggi selama ini. Dan tidak seperti yang diuar-uarkan.

Pertama, usaha seperti ini lebih berbau komersial daripada ilmiah. Yakni bertujuan untuk melariskan jualan penerbitan masing-masing dengan menjadikan penarafan sebagai tarikannya. Oleh yang demikian, sebab itu begitu banyak akhbar serta majalah menaja usaha penarafan ini, dan akan berakhir hanya apabila penerbitan tersebut terkubur seperti majalah Asiaweek beberapa tahun lalu.

Kedua, wujud sepakatan untuk melariskan pangkalan data tertentu sebagai satu perkongsian perniagaan yang menaja penarafan. Oleh itu tidak hairan THES-QS dahulu (dan kini QS sahaja) memilih pangkalan data yang berbeza dengan penarafan yang akan dilakukan THES secara persendirian.
Pemilihan ini sahaja menampakkan yang aktiviti penarafan ini agak sewenang-wenang (arbitrary) bentuknya, dan tidak pula mantap. Malah THES-QS pernah berubah pangkalan data sejak ini mula dilancarkan dengan alasan yang sama.

Ketiga, penarafan lebih cenderung kepada nilai dan amalan norma Barat, misalnya dengan mengambil kira penerbitan berbahasa Inggeris atau Sepanyol (mengapa Sepanyol pula?) sahaja, atau sumber yang mirip kepada budaya Barat. Ini bermakna kekuatan ilmu yang bukan dalam bahasa serta amalan Barat tidak mendapat tempat langsung dalam pengiraannya. Jadi jelas ini berat sebelah kepada dunia bukan Barat, maka sejauh manakah ketepatan penilaiannya?

Keempat, kerangka penarafan dilakukan tanpa mendapat pandangan mahupun suabalik daripada institusi yang disasarkan sebagai 'peserta' dalam penarafan yang dicadangkan. Selain itu kriteria acap kali berubah dari tahun ke tahun. Maksudnya mereka menetapkan apa yang baik untuk kita, sama ada sesuai atau tidak bukan isunya!
Kelima, tidak kurang juga para 'peserta' menaja aktiviti penarafan tersebut secara langsung atau tidak - termasuk membuat pengiklanan tertentu - di laman sesawang pihak penaraf. Ini jelas menunjukkan percanggahan dan tidak beretika (conflict of interest) dan menggambarkan amalan songsang dengan dunia akademik.

Apa lagi segala data dan maklumat yang dihantar terbukti tidak langsung disemak dengan teliti, sehingga berlaku berbagai-bagai keaiban. Maka tidak hairanlah terdapat pihak-pihak yang mengambil kesempatan memalsukan data dan maklumat mereka semata-mata untuk mendapat penarafan yang lebih selesai. Dengan kata lain ketelusannya amat diragukan sama sekali.
Walaupun banyak lagi yang boleh diperkatakan, namun ini adalah antara isu yang agak ketara yang menjadi aktiviti penarafan tidak menyenangkan malah agak remeh! Malangnya dalam keremehan ini pulalah kita cuba menempah nama dan kedudukan. Sekiranya dahulu ini tidak jelas dan kurang (mahu) difahami, sekarang perbalahan antara THES dan QS dikhalayak ramai dan secara terangan sewajar menyedarkan kita tentang keadaan sebenarnya. Sewajarnya kita lebih peka lagi matang akan segala muslihat yang dibongkar oleh Baty secara bebas dan terbuka.


Dan aku juga amat-amat tertarik dengan pendapat dan kritikan Dr Anant Graf (pernah berkhidmat sebagai profesor di USM) tentang keberhasilan/natijah penarafan universiti global dalam Utusan Malaysia, 25/5/2010.

Apa sebenar penarafan universiti sedunia?

Debat tentang penarafan universiti sedunia sedang semakin hangat, khususnya sejak Phil Baty dari Times Higher Education World University Rankings dan Times Higher Education (THE) magazine baru-baru ini mengaku bahawa penarafan dari THE selama ini mempunyai beberapa masalah besar dan oleh kerana itu tidak sah.


Sayang sekali, sebelum pengakuan yang mengejutkan itu dibuat, sejumlah universiti di seluruh dunia termasuk di Malaysia, selama ini ditipu oleh data-data yang tidak sah itu. Oleh kerana mereka percaya pada data-data penarafan universiti sedunia itu, banyak wang dikeluarkan untuk 'naik' dalam penarafan yang digembar-gemburkan itu, termasuk untuk meningkatkan jumlah pensyarah 'antarabangsa.'

Beberapa hari lalu Nunzio Quacquarelli, Pengarah Urusan Quacquarelli Symonds (QS), pula mengatakan bahawa "Apa yang mengejutkan ialah kecenderungan pemimpin universiti dan kerajaan menggunakan ranking untuk menentukan sasaran strategik."

Namun, kejutan demi kejutan bahawa penarafan THE dan QS itu palsu mungkin juga membawa untung. Kini kita semua boleh merenung kembali mengapa sebenarnya penarafan universiti sedunia seperti yang dilakukan oleh THE dan QS boleh menjadi begitu penting dalam kurun waktu beberapa tahun sahaja. Bagaimana situasi dahulu sebelum syarikat swasta seperti THE dan QS menerbitkan penarafan mereka?

Harus diakui bahawa universiti-universiti sedunia dulu juga ditarafkan, iaitu secara tidak formal dan berdasarkan kriteria yang amat bermasalah. Misalnya, pada zaman kolonial dan mungkin sampai akhir-akhir ini, banyak profesor di Eropah atau di Amerika Syarikat dan Australia kurang mengakui mutu universiti-universiti di luar Barat secara umum.

Saya sendiri termasuk orang yang diminta pandangan oleh THE dan QS dalam penarafan universiti-universiti sedunia, dan saya seperti semua profesor lain yang ditanya, diminta untuk memberi persepsi subjektif saya. Kebetulan saya sedikit tahu tentang sistem universiti di Malaysia, kerana saya telah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia selama dua setengah tahun sebagai Profesor Madya dan seterusnya Profesor.
Namun, bagaimana dengan profesor asing lain yang pandangannya masuk ke penarafan THE dan QS? Apakah mereka memang tahu bahawa Universiti Malaya, umpamanya institusi yang berbeza dari Universiti Kebangsaan Malaysia?

Di luar negara, istilah "Malaya" dan "Malaysia" sampai sekarang sering dicampur-aduk!

Jelas, penarafan universiti-universiti sedunia berdasarkan kriteria yang jelas dan rasional akan merupakan kemajuan kalau faktor-faktor stereotaip dan prasangka dapat diatasi. Ini membawa kepada pertanyaan, apa sebenarnya faedah penarafan universiti sedunia? Untuk negara seperti Malaysia yang ingin menarik banyak pelajar asing, jawapannya jelas: Kedudukan yang tinggi dalam penarafan universiti sedunia berfungsi sebagai maklumat kepada pelajar asing bahawa universiti di Malaysia dapat dipercayai, walaupun umur daripada banyak universiti di Malaysia belum begitu panjang kalau dibandingkan dengan universiti-universiti lama di Eropah.

Dari segi itu, penarafan boleh membantu universiti muda dan negara berkembang dalam usaha mereka untuk menarik pelajar asing. Ini dapat menjadi faktor ekonomi dalam persaingan dengan negara industri yang lama.
Walau bagaimanapun, erti dan faedah sebenar penarafan universiti sedunia akan tetap amat terbatas. Hal ini kerana aktiviti penarafan tidak mungkin mengukur semua kegiatan akademik di semua universiti sedunia secara rasional, jelas dan sah.

Bidang penyelidikan dan penerbitan sahaja amat kompleks - dan amat berbeza umpamanya antara sains dan ilmu kemanusiaan. Begitu juga dari aspek bahasa. Misalnya, apakah kita semua harus mengabaikan penerbitan dalam bahasa ibunda kita masing-masing, hanya kerana dalam penarafan universiti sedunia hanya terbitan dalam bahasa Inggeris?

Tentu tidak! Bahasa Melayu, Perancis, Rusia, Arab, China, Jerman dan lain-lain mesti terus digunakan sebagai bahasa ilmiah.

Kalau perlu, yang patut dihapuskan adalah penarafan universiti sedunia, bukan bahasa ibunda kita masing-masing.

PENULIS ialah Pengerusi Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman.



ironinya, aku yakin hari ini masih banyak pihak di Malaysia yang ber'kiblat'kan THES atau QS dalam menarafkan diri universiti sebagai 'tanda' universiti itu sudah hebat,cemerlang,mantap,terpelihara mutunya... Persoalannya, apakah kita masih mahu berpaksikan kedua-dua badan penarafan ini yang hakikatnya sama-sama telah memecahkan pekung di dada lawan masing-masing (dulu sahabat rapat!) bahawa kualiti penarafan mereka adalah bertaraf SAMPAH? tepuk dada, tanyalah selera.

Dan sebagai penutup entry aku kali ini, pendapat Shaharudin Idrus tentang usaha universiti mengejar penarafan dunia boleh dijadikan gagasan 'kata hati' aku sendiri iaitu: berpijaklah di bumi yang nyata, berpeganglah pada sesuatu yang meyakinkan, berusahalah sekadar yang mampu tak kira apa pun kata orang, jangan memaksa2 diri kelak ia merosakkan keikhlasan hati! ;p


Budaya penarafan universiti
Oleh SHAHARUDIN IDRUS--- dinn6358@gmail.com


Mengambil kira sindiran tajam yang dikemukakan oleh pemain perseorangan utama China, Lin Dan bahawa kedudukannya di ranking nombor 2 dunia bukanlah penghalang utama untuk beliau berasa merendah diri dan sukar untuk menundukkan pemain nombor 1 dunia ketika ini iaitu Datuk Lee Chong Wei dalam pertemuan separuh akhir kejohanan Piala Thomas di antara Malaysia dan China baru-baru ini.

Menurut Lin Dan apa yang lebih penting dan utama ialah menjuarai kejohanan-kejohanan utama seperti Olimpik, Kejohanan Dunia, All England dan membantu pasukannya menjuarai kejohanan Piala Thomas daripada memikirkan tentang ranking peribadi sendiri.

Pandangan ini agak menarik sekiranya sindiran ini diaplikasi dan disesuaikan dengan kedudukan ranking universiti di Asia dan di dunia. Tidaklah sukar untuk mengatakan bahawa ranking yang dikejar oleh kebanyakan universiti di Malaysia terutamanya untuk berada di dalam senarai 100 mahupun di 10 ranking terbaik dunia bukanlah sesuatu yang wajar dengan menggemblengkan seluruh tenaga, usaha dan masa warga universiti untuk terlibat sama dalam proses tersebut.

Sementelahan pula senarai kedudukan universiti yang dikeluarkan untuk menarafkan universiti itu bukanlah datang dari sebuah badan yang benar-benar berwibawa dan diiktiraf di peringkat antarabangsa serta menggunakan indikator-indikator yang sepunya serta pengadil yang mendapat latihan dan menggunakan peraturan dan garis panduan yang sama sebagaimana yang digunakan dalam badan sukan antarabangsa, misalnya Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) atau Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Laporan sebuah akhbar baru-baru ini mengenai senarai kedudukan universiti-universiti di Asia dengan meletakkan empat universiti penyelidikan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM); dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengikut kedudukan 100 di Asia menunjukkan bahawa ranking ini tidaklah menunjukkan sesuatu yang begitu penting dan utama.

Oleh yang demikian, apa yang membuatkan sesebuah universiti itu lebih dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat antarabangsa adalah sumbangan besar yang diberikan oleh universiti tersebut walau dalam apa juga bidang yang ditumpukan dan bukannya ranking itu semata-mata.

Salah satu tugas utama universiti adalah untuk menjana pelbagai ilmu baru yang dapat dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat negara ini dan dunia amnya. Tenaga para ahli akademik universiti perlu digembleng untuk menjalankan penyelidikan yang berterusan dalam bidang kepakaran masing-masing dan mampu menghasilkan teori dan ilmu baru yang mungkin merubah pandangan dunia.

Kerja penyelidikan dan penelitian bersungguh-sungguh yang dilakukan secara berterusan, sistematik, berkala dalam tempoh jangka masa yang panjang (misalnya satu generasi) untuk meneliti pokok persoalan dalam konteks bidang yang dikaji dan disokong oleh dana yang berterusan akan menghasilkan sesuatu yang baru -- teori, konsep, epistemologi, metodologi - yang akan mengubah pandangan dunia serta mengiktiraf kedudukan penyelidik di negara ini.

Penyelidikan yang dijalankan pula tidak seharusnya terkongkong dalam kelambu penyelidikan monodisiplin tetapi harus melewati sempadan penyelidikan bersifat multi-disiplin mahupun trans-disiplin sebagaimana kajian yang dilakukan oleh penyelidik luar negara terutamanya oleh universiti-universiti tersohor dunia.

Penyelidikan yang dijalankan dengan bersungguh-sungguh ini akan mengungkap pemahaman dari fenomena sedia ada dan berdasarkan budaya setempat yang terhasil daripada kekayaan ruang yang diteliti serta keluwesan epistemologi yang dipilih.

Persoalan pokok yang dikaji tersebut sedikit demi sedikit difahami, diperhalusi, dirungkai, digarap dan seterusnya dapat diartikulasikan agar menyerlahkan hubung kait di antara persoalan pokok yang dikaji tadi dengan rangkaian pemacu-pemacunya bagi mendapat bentuk dan memahami proses realiti setempat sepenuh mungkin.

Hasil penyelidikan secara berterusan ini membantu keyakinan dan kejelasan hubung kait fenomena tersebut serta menambah nilai kepada pemacu sedia ada. Penelitian sebegini yang dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tertentu berasaskan kerangka persoalan bidang penyelidikan akan membantu dalam menjana model, metodologi dan teori setempat.

Pembinaan dan peneguhan model, penjanaan metodologi dan teori yang didukung oleh budaya setempat akan menjadi lebih bermakna dalam mengungkapkan ruang dan persekitaran bidang penyelidikan pada masa kini dan akan datang. Teori atau hipotesis yang diungkapkan itu akan mampu menyanggah dan memperdebatkan teori atau model luar yang dipamerkan dan seterusnya meningkatkan wacana dan perbahasan dalam sesuatu bidang penyelidikan yang berhadapan dengan persoalan yang lebih mendalam.

Penyelidikan berasaskan realiti dan budaya setempat ini akan menjadi penyumbang kepada pembinaan korpus ilmu dalam bidang yang diselidiki itu sendiri dan pada masa yang sama akan mencorakkan pembangunan hala tuju bidang tersebut pada masa hadapan.

Perenungan yang dibuat mengandaikan bahawa setelah memerhatikan sekian lama pola dan aturan sesuatu kejadian itu, maka terungkaplah pula dakwaan, hipotesis, metodologi, model dan akhirnya teori yang diasaskan kepada budaya tempatan yang mampu mengungkapkan dan pentafsiran ilmu dalam kosmologi tempatan, melahirkan falsafah dan epistemologi ilmu berdasarkan nilai, pemikiran dan budaya kita sendiri.
Justeru, jika berdasarkan pandangan dan sindiran Lin Dan, menghasilkan seorang penyelidik yang bergelar Nobel Prize atau setaraf dengannya adalah jauh lebih baik daripada mengejar ranking sehingga tersenarai dalam kedudukan 100 mahupun 10 universiti terbaik di dunia.

Janganlah usaha mengejar ranking ini menjadi suatu rally yang cukup panjang dan terlalu terikut-ikut dengan rentak yang tidak mendatangkan keuntungan kepada sesiapa pun dan akhirnya "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran" atau sekadar "menang sorak kampung tergadai".

PENULIS ialah Felo Penyelidik/Pensyarah Kanan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari), Universiti Kebangsaan Malaysia


**********************************************
aku: BANGGA BEKERJA DI USIM!

Thursday, March 4, 2010

Mengatur tabiat makan anak

Harini jugak, satu lagi artikel aku tersiar di Utusan Malaysia (4/3/2010). Ia berkisar kepada perbincangan tentang bagaimana mendidik anak-anak untuk mempunyai tabiat pemakanan yang sihat dan seimbang.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm

Mengatur tabiat makan anak


Tabiat mengambil makanan ringan di kalangan kanak-kanak tidak digalakkan.


KECENDERUNGAN kanak-kanak memilih makanan segera dan makanan rapu (junk food) sebenarnya mewujudkan tabiat pemakanan tidak sihat.

Memburukkan keadaan, hampir saban hari kanak-kanak ini terdedah dan tertarik dengan iklan-iklan makanan segera berjenama terkenal yang menggiurkan.

Kebanyakan makanan segera dan makanan ringan di pasaran hari ini mengandungi emulsifier, bahan pewarna dan perisa yang antaranya boleh mendatangkan mudarat.

Begitu juga dengan kandungan lemak tidak tepu, gula dan garam yang tinggi ditambah lagi kandungan serat yang sangat rendah dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan sesiapa sahaja terutama anak-anak.

Ada ibu bapa yang tidak mengambil pusing akan hal ini, ditambah lagi mereka sendiri mempunyai tabiat pemakanan yang kurang sihat.

Ada juga ibu bapa yang beranggapan tiada salahnya anak-anak tidak dihidangkan makanan sewajarnya seperti sayur-sayuran atau buah-buahan dalam menu harian, lantaran begitu banyak pil-pil vitamin yang boleh dibeli untuk anak-anak di pasaran.

Ironinya, pakar pemakanan sendiri tidak menggalakkan masyarakat untuk terlalu bergantung kepada pil-pil suplemen seperti ini.

Menurut Coughlin (2003) dalam penulisan jurnalnya bertajuk 'Body image dissatisfaction in children: prevalence and parental influence' terdapat tiga faktor yang menyebabkan anak-anak mempunyai tabiat makanan yang tidak sihat.

Pertama, apabila anak-anak mempunyai pilihan makanan ringan yang banyak di rumah.

Misalnya melambakkan sebegitu banyak stok makanan ringan, gula-gula atau air berkarbonat di dapur sekadar tujuan untuk dinikmati secara ringan sambil bersantai menonton televisyen.

Keadaan ini membuka ruang dan pengaruh kepada anak-anak untuk lebih tertarik menikmati makanan ringan tersebut berbanding makanan berat yang lebih berkhasiat.

Memang tidak salah untuk sesekali anak-anak makan makanan ringan, namun ibu bapa perlu menyediakan pilihan makanan ringan yang berkhasiat seperti biskut, roti berkrim, bertih jagung rendah lemak, yogurt atau pun kismis.

Faktor kedua, keperluan anak-anak untuk memilih makanan kegemaran. Kadang kala, ada anak-anak yang dipaksa ibu bapa untuk makan satu-satu jenis makanan sahaja.

Ia akan menyebabkan anak-anak kebosanan dan tidak berminat untuk terus menikmati sajian makanan yang serupa.

Maka ibu bapa harus bijak mempelbagaikan jenis atau cara masakan yang disajikan sama. Yang pentingnya, khasiat makanan tetap terpelihara dan memberi faedah kepada perkembangan tubuh badan dan mental anak-anak.

Jika anak-anak mahu makan burger, sosej atau ayam goreng seperti mana yang dijual di restoran makanan segera, ibu bapa sendiri sebenarnya mampu untuk menyediakan makanan segera tersebut dengan jaminan khasiat yang lebih tinggi.

Faktor ketiga pula adalah emosi. Kanak-kanak yang mengalami kesedihan, ketakutan atau krisis kekeluargaan cenderung memiliki tabiat kurang makan atau terlebih makan.

Jika ibu bapa melihat emosi anak-anak yang terganggu sebegini turut memberi kesan negatif kepada tabiat pemakanan mereka, maka dicadangkan agar masalah yang menghantui anak-anak itu diselesaikan dahulu, bukan terfokus kepada membetulkan kaedah makan mereka.

The American Academy of Peadiatrics misalnya mencadangkan beberapa perkara dalam menyusun-atur semula jadual pemakanan dan tabiat makanan seharian anak-anak yang sihat.

Banyak ibu bapa yang risau anak-anak mereka makan mungkin terlalu sedikit atau terlalu banyak. Maka, untuk mengelak kerisauan dan membimbing anak-anak makan dengan betul, kedua-dua pihak perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing.

Tanggungjawab ibu bapa adalah menyediakan pilihan makanan berkhasiat dalam hidangan makanan utama (sarapan, makan tengahari dan makan malam) dan makan ringan seperti minum petang.

Ibu bapa menentukan apa untuk dimakan, di mana dan bila. Tanggungjawab anak-anak pula untuk memilih berapa banyak mereka perlu makan makanan yang disediakan ibu bapa.

Kaedah ini mungkin mengambil masa jika ia baru hendak dipraktikkan, namun ia akan membentuk disiplin makan yang baik untuk anak-anak di mana mereka memperoleh jumlah makanan berkhasiat yang sepatutnya, pada waktu yang tepat dan tempat yang betul.

Ibu bapa sendiri patut mengamalkan tabiat pemakanan harian yang sihat supaya anak-anak akan melihat dan mengikutnya sebagai contoh yang baik.

Begitu juga ibu bapa yang merokok perlu seboleh-bolehnya mengelakkan diri daripada merokok di hadapan anak-anak, atau lebih baik lagi berhenti terus daripada merokok.

Membuat aktiviti fizikal dan jasmani secara tekal dan kerap bersama anak-anak akan membantu mereka menjadi sihat. Senaman yang dilakukan mampu membakar kalori yang diambil dalam makanan, mengeluarkan toksik di samping merapatkan hubungan sesama ahli keluarga.

Makan secara bersama-sama dalam keluarga sekerap mungkin. Sediakan menu makanan yang menarik, pelbagai dan segar. Dalam sesi makan seperti inilah ibu bapa dan anak-anak lebih mudah untuk mendapatkan kata sepakat tentang tabiat pemakanan dan jenis makanan yang baik untuk seisi keluarga.

Jika mampu, bawa anak-anak berjumpa pakar pemakanan atau ke pusat kesihatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan khidmat nasihat yang sewajarnya.

Kadang kala, anak-anak akan lebih terpengaruh dan mempercayai kata-kata seorang doktor berkaitan tabiat makan yang betul daripada nasihat ibu bapanya. Namun ia bukanlah satu isu yang besar, asalkan anak-anak dapat terus sihat dan membesar dengan normal dan baik.

Kesimpulannya, jika tabiat makan anak-anak tidak diselaraskan dan dikawal sebaiknya oleh ibu bapa, dikhuatiri mereka akan mudah menghidap penyakit-penyakit kronik yang boleh mengundang kesan negatif dalam jangka masa pendek mahu pun panjang.

Pemilihan makanan yang tepat turut mampu membantu seisi keluarga untuk berjimat-cermat sekali gus memiliki tubuh badan yang sihat.

Duit tidak dibazirkan membeli makanan yang tidak berkhasiat lagi 'beracun', bahkan jimat daripada terpaksa membayar bil-bil perubatan kerana keadaan ahli keluarga sakit dek tabiat makan yang buruk.

***********************

aku sendiri bagaimana? harap2 dapatlah bentuk kaedah pemakanan anak aku yang bagus. takmolah anak2 aku kena obes, atau terbalik kong, kena anerox plak... ;p

ANAK AKU JOIN RAMAI-RAMAI ROGOL ANAK DARA ORANG !




Anak dara kena rogol beramai-ramai, anak dara kena rogol bergilir-gilir.


Bercampur baur pendapat orang kalau baca statement ni.

Kesian.. sanggup dan tergamak orang buat macam tu sekali?
Ada orang cakap, lantaklah, bukan masalah aku.
Lain pulak orang yang fikir, tula..salah sendiri cari penyakit, dah kena haaa baru padan muka kau.
Tak kurang yang salahkan mak bapak bila anak jadi lauk.
Gang2 sekepala dengan lahabau2 tu pulak, confirm jerit: BRAVOOO!!! korang memang hebat meratah 'ayam free!'


ok, ok...cuba pulak baca statement ni, bubuh sikit sifat empati...

Anak dara AKU kena rogol beramai-ramai, anak dara AKU kena rogol bergilir-gilir.

Apa pulak kata mak bapak anak yang dah jadi lauk?
Apa pulak kata mak bapak lahabau2 pemusnah hidup anak dara orang ni?
Cuba bayang kalau kita ketemukan mak bapak mangsa dan mak bapak pemangsa...haru biru jadinya, mungkin.

ok, ok, untuk itu cuba baca pulak statement ni...bubuh jugak perasaan 'aku letakkan diri aku dalam situasi ini' ...agak2 apa rasa?

Anak AKU join beramai-ramai rogol anak gadis orang, anak AKU join bergilir-gilir rogol anak dara orang.

telan air liur? tak sangka? berderau darah? sedih? suka? tak tau nak cakap? respect?

kalau respect, jawapannya KEPALA HOTAK KAU!

Aku ulas akan kes rogol beramai-ramai ni di akhbar Utusan Malaysia, dan ia tersiar pada hari ini, 4 Mac 2010. Aku tambah sikit nasihat2 (based on pengalaman sendiri dan pengalaman orang2 lain juga) selain daripada apa yang tertera dalam Utusan Malaysia tu KHAS buat anak2 dara dan anak2 teruna muda belia, remaja pembela harapan bangsa di masa depan:

1. anak2 dara, jagalah KEHORMATAN diri kau. jagalah sebaik2nya. jangan bagi peluang walau seorangpun anak teruna usik KEHORMATAN kau. KEHORMATAN tu tak spesifik pada satu, dua benda saja ye, macam2 yang bersifat lahiriah, batiniah, tersurat, tersirat, extinsic, intrinsic, tangible mahupun intangible. kenapa? demi KESEJAHTERAAN hidup kau duniawi wa ukhrawi, indeed!

2. anak2 dara, jagalah KEHORMATAN mak ayah kau. jagalah betul2. kadang, mak ayah bagi 'chance' untuk kau bersosial, bukan sebab apa...sebab nak kau bahagia. tapi kalau chance tu kau tukarkan jadi 'golden chance' untuk merosakkan diri, nanti ianya berubah jadi HANTU yang akan ekor kau sampai mati. hantu macam mana? hantu yang boleh buat jiwa mak ayah kau runtun, luluh, hancur sebab kau jatuhkan kehormatan mereka. hantu yang boleh buat jiwa kau sendiri jadi takut, traumatik, malu, stress sebab KEHORMATAN kau dan KEHORMATAN mak ayah kau dah terbayang melayang meninggalkan kau dengan 1001 sesalan yang....tak berguna dah!

3. anak2 teruna, jagalah dan peliharalah KEJANTANAN kau itu kepada benda2 yang baik dan dihalalkan dalam Islam. bayangkan eh, konsep domino, kita susun satu persatu petak domino tu dan kita jatuhkan...setiap satu domino itu akan menjatuhkan domino yang lain, dan ia berterusan, dan berterusan...macam tulah kita, andai kita buat sesuatu walau baik mahupun buruk, ianya akan berterusan memberi kebaikan atau keburukan kepada pihak lain, berterusan dan berterusan. kalau kau buat dosa, dapat satu saham, pastu orang lain tu tertekan dengan dosa yang kau buat, sampaikan dia contohnya membunuh diri, kau pun dapat saham dosa dia. faham kan? jangan buat2 tak faham ye?

4. anak2 teruna, zaman2 muda ni memang syiok, semua benda dibuat dengan kawan2 ko memang nampak best...tapi ingat tau, satu hari nanti kau jadi BAPAK juga, Allah tu maha kaya, maha membalas, maha adil. andai kau buat buruk kat anak dara orang, pastu kau nampak macam selamat sejahtera je, kau tunggula, andai Allah balas benda yang sama pada ZURIAT KESAYANGAN BUAH HATI PENGARANG JANTUNG kau...masa tu kau rasa apa agaknya kan? bengang? tak, tak, tak, jangan bengang dulu...tapi, masa tu kau rasalah BANGANGnya kau, kerdilnya kau di sisi Allah yang Maha Kuasa. menyesal pun tak guna bro! faham kan?

so, inilah dia artikel aku bertajuk Kes Rogol Kini Menjadi-jadi di Utusan Malaysia harini:

************************************************
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

LAPORAN kes rogol bergilir-gilir kelihatannya, semakin menjadi-jadi dan membimbangkan kebelakangan ini. Selaklah akhbar-akhbar, dengarlah berita di corong radio, atau tontonlah televisyen, pasti kita akan menemukan berita 'panas' dan menyedihkan seperti ini. Kelihatannya, maruah anak gadis hari ini sangat murah harganya, lantaran begitu mudah diratah-ratah oleh golongan lelaki bernafsu binatang.

Penulis rasa begitu tersentuh hati dan sedih membaca laporan Utusan Malaysia semalam bahawa seorang pelajar perempuan yang masih menuntut dalam tingkatan tiga mendakwa dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan 15 lelaki di Felda Sungai Klah dekat Sungkai, kelmarin.

Nauzubillah! Penulis yakin bukan sahaja penulis, bahkan semua orang akan berdoa agar tidak berlaku perkara yang sama terhadap zuriat dan keluarga sendiri.

Jika diamati kronologi kebanyakan kes sebegini, terdapat banyak punca yang perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh semua pihak. Antaranya faktor kepercayaan dan kebebasan tanpa batasan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Kononnya generasi zaman sekarang tidak boleh dikongkong dan perlu diberi ruang memilih jalan hidup sendiri. Maka, anak-anak diberikan 'lampu hijau' untuk bercampur-gaul dengan golongan rakan yang disenangi mereka. Akibatnya, anak-anak ini tersalah memilih rakan-rakan.

Sikap ingin mencuba perkara negatif di kalangan anak remaja selalunya membawa padah. Mereka terdorong untuk mencuba sesuatu yang nampak menyeronokkan sambil bergaul bersama rakan-rakan tanpa memikirkan kesan buruk hasil sikap suka mencuba itu. Dalam kes rogol beramai-ramai ini, remaja lelaki kelihatan lebih 'berani' melakukan perkara negatif dan jenayah apabila berada dalam kumpulan rakan-rakan yang ramai.

Selain itu, wujud juga faktor 'kerelaan' anak gadis dalam perlakuan seks bebas dengan rakan-rakan. Bak kata orang, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Bermula dengan aksi ringan yang kemudian mengundang kepada aktiviti seks yang lebih menyeronokkan pada mata kepala mereka. Akhirnya, mereka tumpas menjadi 'lauk' mangsa rogol teman lelaki sendiri dan rakan-rakannya.

Pengaruh gaya hidup bersosial yang terlalu terbuka seperti yang dipaparkan di Internet dan media massa banyak mempengaruhi keperibadian dan pemikiran anak remaja kini. Berpeleseran, pergaulan tanpa batas antara lelaki dan perempuan, gaya hidup mewah dan menunjuk-nunjuk, kesemua ini adalah paparan gaya hidup yang kononnya menepati trend kehidupan yang didahagai remaja masa kini.

Begitu juga sumber bahan lucah terlalu mengujakan buat anak remaja yang begitu mudah diperoleh di Internet atau di sesetengah kedai telekomunikasi. Semua ini berupaya menjadi perangsang nafsu dan mendorong mereka mencari teman dan mangsa untuk melampiaskan nafsu seksual yang membuak-buak hasil dorongan bahan lucah tersebut.

Usia remaja belasan tahun adalah peringkat remaja melalui transformasi fizikal, tahap kematangan fikiran dan bertingkah laku ke arah kedewasaan. Namun dalam masa yang sama, mentaliti dan gaya 'kanak-kanak' itu masih juga wujud dalam diri mereka. Dalam hal ini, mereka sentiasa bereksperimen dan berkonflik dengan diri sendiri untuk memilih dan menentukan jenis dan cara gaya hidup yang ingin dibentuk. Ada kalanya langkah mereka tepat, tetapi selalu juga ia tersasar daripada batasan yang digariskan oleh agama dan budaya.

Andai anak-anak ini pernah tersilap langkah, maka sebagai ibu bapa dan keluarga, sokongan moral yang padu perlulah diberikan supaya mereka tidak rasa tersisih dengan kesilapan yang dibuat. Jangan mudah menghukum mereka tanpa kompromi dan terburu-buru.

Sebagai ibu bapa, anak remaja sememangnya perlu diberikan kebebasan, tetapi toleransi yang diberi perlu mempunyai batasan yang jelas dan tegas berasaskan prinsip keagamaan, moral dan kebudayaan. Tidak salah untuk anak-anak bersahabat, tetapi kita sebagai ibu bapa berperanan besar dalam membimbing anak-anak untuk memilih sahabat mereka yang tepat.

Masyarakat sekeliling juga berperanan sebagai ejen pelengkap dalam mencegah berlakunya masalah sosial di kalangan remaja. Tegur dan cegah jika mampu andai kita terlihat perilaku anak remaja yang kelihatannya menyimpang. Atau sekiranya tidak mampu melakukannya sendiri, laporkanlah kepada pihak yang sewajarnya seperti polis.

Secara spesifik, langkah perawatan sewajarnya perlu bagi golongan remaja yang telah menjadi mangsa dalam kes rogol beramai-ramai ini. Remaja seperti ini wajar diberikan rawatan pemulihan, bimbingan kerohanian dan kaunseling supaya mereka dapat mengatasi trauma dan tekanan jangka panjang yang dilaluinya. Ia menunjukkan bahawa masih ada sokongan padu diberikan oleh keluarga dan institusi kemasyarakatan di sekeliling mereka walaupun mereka pernah tersilap langkah atau menjadi mangsa tanpa kerelaan.

Bagi mereka yang bersalah seperti perogol beramai-ramai yang tidak berperikemanusiaan ini perlu dihukum melalui saluran perundangan sebagai balasan setimpal atas sifat dan nafsu kebinatangan mereka. Seterusnya, menjadi pengajaran berguna kepada mereka dan pihak-pihak lain agar tidak sewenang-wenangnya melakukan kejahatan dan merosakkan kehidupan orang lain yang tidak berdosa.

Sebagai peringatan kepada perogol yang masih tidak sedarkan diri dan semua remaja, ingatlah setiap sesuatu yang kita lakukan pasti akan mendapat balasannya kelak. Andai baik amalan yang kita lakukan maka baiklah balasan yang akan kita terima, begitu juga sebaliknya. Itulah janji Allah SWT kepada kita sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya), dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula." (surah al-Zalzalah, ayat 7-8).

Saturday, October 31, 2009

jalan2 dan artikel paper: lelap sekejap

Beberapa hari ni aku memang bz. bz sangat2 berjalan2 dengan Dr Amirul dan Dr Ainul dan anak comel mereka Damia dari Kangar Perelih. Depa kawan Hairil dan Isma, datang ke Melbourne nak bercuti2. Maka, aku pun didrag sama dek Hairil dan Isma pi ikut bercuti2 jugak ke sekitar Victoria. Kami pergi Great Ocean Road, Port Campbell, tido di Peterborough. Tengok2 pantai, laut, Twelve Apostles, London Bridge, and some more lookouts yang cantek2. Then, kami ke Ballarat, apa lagi kat situ wajib ke Sovereign Hill dan Gold Museum. Ni kira kali ketigalah aku ke Great Oceon Road dan Ballarat (tak mau gi lagi dooohhh...haha). Then, kami bawak Dr Amirul dan Dr Ainul ke Phillip Island. Trip ni Kak June Unimews join. Memang best dapat feed kanggaroo,tgk koala, tgk biawak, tgk alam sekitar, feed the seagulls, tgk balam2 French island, dan the concluding remark--tgk penguins parade! memang best..sampai rumah pukul satu malam! gilos..

Memang tak sempat nak bukak email, nak bukak internet. pagi b4 aku ke Phillip Island, aku bukak la sekejap utusan online. Keluar rupa2nya artikel aku on the same day kami bertolak ke Great Oceon Road (27th Oct). So, saja mau share dgn anda semua artikel tersebut kat bawah nih. Semoga jadi iktibar.

p/s: masih tebal rindu aku pada anak2 dan julie.

**************************************************


Faedah lelap seketika kepada pekerja


banyak organisasi di Barat yang menggalakkan para pekerja untuk mengamalkan tidur sebentar di waktu siang. - Gambar hiasan


SESETENGAH daripada kita menganggap bahawa lelap atau tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas. Tidak kurang juga yang berandaian bahawa rutin tidur sebegini mengganggu kesihatan.

Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa tidur sebentar pada waktu siang merupakan suatu amalan harian yang telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat mahupun umat Islam sejak dahulu.

Ia dianggap sebagai praktis berkesan untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai power nap.

Menyedari pentingnya isu itu telah menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat beberapa tahun lalu membangunkankan National Sleep Disorder Association sebagai agensi khas untuk mengkaji dan mempromosikan akan kesan positif tidur di waktu siang kepada semua pihak terutama para pekerja.

Sebagai golongan pekerja dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap di waktu siang ini belum begitu popular di negara kita.

Bayangkan daripada pagi hinggalah ke petang kita terlalu terfokus kepada tugasan dan kerja sehingga kita lupa untuk memberikan tubuh badan dan minda waktu rehat yang optimum dengan kaedah yang tepat.

Banyak kajian yang telah dilaksanakan oleh para sarjana dalam mengkaji akan kesan tidur sebentar di waktu siang. Mereka juga menghasilkan bahan-bahan ilmiah yang memberikan fakta tentang kebaikan tidur di waktu siang ini.

Contoh buku popular yang boleh diperoleh di pasaran adalah seperti The Art of Napping at Workkarya Anthony dan Anthony, Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping oleh Dinges dan Broughton dan sebagainya.

Para sarjana ini cuba menghimpunkan bukti-bukti secara saintifik tentang kebaikan tidur sebentar di waktu siang terutamanya bagi para pekerja dalam mengekalkan produktiviti kerja seharian yang mantap.

Telah dibuktikan secara saintifik bahawa waktu tengah hari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika.

Sistem pekerjaan yang kebiasaannya memperuntukkan waktu rehat pada waktu tengah hari perlu dimanfaatkan sebaiknya untuk tidur sejenak selain daripada makan tengah hari, berbual-bual kosong dengan rakan-rakan, melayari Internet dan sebagainya.

Pada masa inilah sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatkan fasa berehat setelah berjam-jam keletihan akibat dipengaruhi oleh faktor suhu persekitaran serta pendedahan dan penggunaan tenaga fizikal dan mental ketika bekerja.

Keletihan bekerja memuncak pada waktu tengah hari yang mana ia boleh mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah.

Fasa tengah hari ini dipanggil oleh para sarjana sebagai fasa kelesuan pada pertengahan hari. Tempoh untuk tidur pula dikatakan mencukupi dalam lingkungan 30 hingga 40 minit.

Ini adalah kerana waktu tidur yang berlebihan pula akan menyebabkan gangguan kepada tubuh badan yang akan menjadi lesu dan malas untuk bekerja semula.

Daripada segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot-otot yang digunakan secara aktif semasa bekerja sejak pagi.

Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif, berkesan dan efisien menganjur ke petang hari.

Daripada perspektif Islam, tidur di waktu siang turut diiktiraf sebagai salah satu amalan yang baik.

Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa 'hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari'.

Tidur sekejap di waktu siang bertujuan untuk menyegarkan semula bukan sahaja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadah dan melaksanakan rutin hariannya.

Atas kesedaran tentang implikasi positif daripada tidur sekejap di waktu siang ini, banyak organisasi di Barat yang menggalakkan para pekerja untuk mengamalkannya.

Sehingga ke satu tahap, dikatakan terdapat majikan yang menyediakan ruang yang khas untuk tidur sementara (yang lengkap dengan kerusi malas, kusyen, tuala muka dan haruman) bagi para pekerjanya selain daripada pantri atau kantin untuk makan.

Majikan atau pengurusan organisasi diharapkan faham akan keperluan rehat para pekerja. Cuba elakkan untuk mengadakan mesyuarat atau memberi sebarang tugas kepada pekerja sehingga mengganggu waktu rehat tengah hari mereka.

Begitu juga dalam kalangan pekerja yang perlu mengikis pandangan serong apabila terjumpa rakan-rakan yang tidur di pejabat dan tidak memberikan banyak masa untuk makan atau bersosial pada waktu rehat.

Begitu juga dengan para pelanggan di kaunter-kaunter perkhidmatan yang perlu faham dan tidak bersungut apabila sesetengah kaunter ditutup untuk memberi ruang rehat seadilnya kepada semua pekerja.

Mungkin amalan tidur sekejap sebegini belum kelihatan praktikal dan janggal dalam kalangan warga pekerja di negara kita. Pun begitu, pokok pangkalnya sebagai orang yang bekerja kita boleh cuba untuk mengadaptasi amalan tidur sekejap ini yang telah terbukti keberkesanannya dalam mengekalkan kecergasan dan kecerdasan diri.

Sebagai pekerja, jika fizikal, mental dan emosi kita dapat direhatkan sebentar pasti kita dapat mengekalkan prestasi kerja yang baik sehingga ke minit terakhir kita bekerja sehari-harian.


Wednesday, September 9, 2009

Poh Ling Yeow bukan girlfriendku!

090909-- tarikh cantek untuk berkahwin biar nampak memorable dan ada significant value kata orang. 090909 juga tarikh yang significant bagi aku, sebab setelah beberapa bulan hantar artikel ke Utusan Malaysia, keluar juga pada hari yang unik ni (diterbitkan di dalam sisipan Mega, Utusan Malaysia). Kalau kawan2 di Australia baca artikel ni, mesti kata "ala cerita ni sudah basilah". apa kan dayaku, janji maksud artikel aku itu sampai ke tatapan umum, walaupun lambat. Artikel ini aku tulis bukan semata-mata teruja dengan usaha Poh, tapi teruja juga dengan nilai estetika makanan ala Malaysia yang 'kena' dengan lidah masyarakat dunia, secara spesifiknya masyarakat di bumi Kanggaroo ini. Nilaikanlah maksud artikel aku ini berdasarkan tanggapan anda sendiri.
**********************************

Fenomena Poh Ling Yeow dan Masakan Malaysia di Australia

Nama Poh Ling Yeow , mungkin begitu asing di Malaysia , tetapi tidak di Australia mutakhir ini. Nama gadis berusia 35 tahun dan berbangsa Cina yang lebih dikenali sebagai Poh ini , telah meniti dari bibir ke bibir masyarakat di sini hasil kejayaannya menjadi naib juara progam ‘MasterChef Australia’ yang julung-julung kali diadakan di sini baru-baru ini. MasterChef Australia merupakan pertandingan masakan berkonsepkan realiti tv yang diadaptasi daripada versi MasterChef di United Kingdom. Dengan berteraskan kepada kepelbagaian tema masakan dan resipi , program ini berjaya menarik minat 7500 peserta dari seluruh Australia . Ironinya , para peserta yang diambil menyertai program ini majoritinya bukanlah berlatarbelakangkan kerjaya sebagai tukang masak profesional atau chef. Namun , rata-rata para peserta pertandingan ini menunjukkan kebolehan memasak yang mengagumkan dan memikat hati para juri profesional.

Juri yang dilantik dalam program ini bukanlah calang-calang individu. Tiga juri tetap iaitu Chef George Calombaris , Chef Gary Mehigan dan pengkritik makanan terkenal Matt Preston , di samping beberapa chef undangan dari dalam mahupun dari luar Australia , menjadi penentu hidup mati para peserta dalam program ini. Pemenang edisi sulung MasterChef ini menerima habuan wang tunai AUD100 ribu , selain peluang belajar memasak bersama-sama chef terkemuka di seluruh Australia , serta mempunyai kolum tetap dalam majalah masakan terhebat di sini.




Poh , yang dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1973 , berhijrah mengikut keluarganya untuk bermastautin di South Australia sejak dia berumur 9 tahun. Poh bukanlah seorang chef , tetapi merupakan seorang pelukis yang cukup berjaya di Australia . Menurut Poh , motivasi yang mendorongnya untuk menyertai pertandingan MasterChef ini adalah kerana sebelum ini dia berasa seperti kehilangan ‘identiti dan budaya Malaysia’ sejak berhijrah ke Australia. Untuk itu , dia cuba untuk menyuburkannya kembali. Poh yakin bahawa masakanlah medium tunggal yang membolehkan dirinya mengenali dan mengekalkan kembali identiti dan budaya Malaysia yang diwarisinya itu. Dengan cara menyertai pertandingan MasterChef ini , dia akan lebih bersungguh-sungguh ‘mengorek’ rahsia resipi masakan ala Malaysia terutamanya daripada ibu dan makciknya yang turut berhijrah ke sini.

Perkara yang membanggakan penulis bahkan beribu-ribu lagi rakyat Malaysia yang mengikuti program MasterChef Australia ini adalah , Poh seakan-akan menjadi duta negara kita kerana
tidak segan silu dan bersungguh-sungguh memperkenalkan menu dan resipi masakan berasaskan Malaysia dalam pertandingan ini. Beberapa jenis masakan yang ‘berkonsepkan’ Malaysia seperti nasi ayam , roti jala , martabak , pengat ubi keledek , otak-otak , karipap , nasi lemak , sambal petai dan lain-lain lagi merupakan antara percubaan berani yang diketengahkan Poh dalam pertandingan ini.

Penulis pada awalnya bersikap agak skeptikal apabila memikirkan jangkaan komen para juri yang sememangnya ‘sebati berlidahkan masakan ala Eropah’ seperti masakan Itali , Perancis dan Greek terhadap percubaan masakan Poh. Tetapi , perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Para juri terpikat dan memuji keenakan setiap resipi ala Malaysia ciptaan Poh sehingga memberikan gelaran ‘Poh Yang Agung’ kepada gadis kecil molek ini. Walaupun tidak berjaya menggondol tempat pertama dalam pertandingan MasterChef ini , Poh telah membuka mata kepala ramai pihak di Australia bahawa masakan Malaysia mempunyai kelasnya yang tersendiri dan setanding dengan masakan negara-negara lain di peta dunia. Bagi penulis Poh adalah juara yang sebenar-benarnya bagi seluruh rakyat Malaysia di sini!

Pada hemat penulis , terdapat beberapa intipati menarik daripada kisah kejayaan Poh ini. Pertamanya , penulis yakin ramai yang teruja untuk melihat berkembangnya program realiti tv ‘hiburan dan bermaklumat’ yang serupa disiarkan di televisyen Malaysia . Jika dibandingkan dengan kebanyakan rancangan realiti tv tanahair , program sebegini sangatlah kurang , namun sebenarnya berupaya memberikan pengetahuan yang berguna dan berfaedah. Para peserta pertandingan masakan ini mungkin nanti berpeluang menambahkan kemahiran memasak secara profesional dan kelak menceburi industri masakan secara serius. Para penonton pula bukan sekadar berpeluang mengundi peserta kesayangan , atau berendam air mata melihat peserta pilihan tersingkir daripada pertandingan , malah berpeluang menterjemahkan apa yang ditonton di televisyen ke dalam periuk dan kuali di rumah mereka sendiri.

Keduanya , sudah ramai ‘pakar memasak’ atau chef yang telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Baru-baru ini Redzuawan Ismail atau Chef Wan telah menerima anugerah Celebrity Chef terbaik di dunia bagi tahun 2009 di Gourmans Award kerana kehebatannya dalam industri masakan ini. Selain Chef Wan , (sekadar menamakan beberapa individu) Chef Florence Tan , Chef Ismail , Chef Kamarul , Chef Liza Zainol dan lain-lain begitu gigih menjelajah ke seluruh pelosok dunia untuk mempromosikan masakan Malaysia. Begitu juga hidangan makanan di hotel-hotel bertaraf bintang di Malaysia dan di luar negara yang banyak mengetengahkan masakan berkonsepkan Malaysia yang memikat cita rasa masyarakat global. Inilah antara faktor paling berkesan dalam menarik minat para pelancong dari luar negara untuk bertandang dan bercuti di Malaysia . Ia sekali gus mampu merancakkan ekonomi negara dan memajukan sektor pelancongan tempatan.

Ketiganya , medium masakan dan makanan ini telah sekian lama menyerlahkan betapa Malaysia mempunyai identiti yang bersifat ‘warna-warni’ hasil ramuan rempah ratus dan resipi warisan pelbagai bangsanya. Namun , ia tetap berhasil mewujudkan keharmonian dan perpaduan yang sukar diperoleh di mana-mana negara lain di seluruh dunia. Tidak sukar untuk berjumpa sebuah kedai makan atau restoran di Malaysia yang dikunjungi pelanggan pelbagai bangsa saban hari. Tidak juga menjadi sesuatu yang pelik jika bangsa yang berbeza mampu memasak dan menjual menu makanan bangsa lain dan mendapat sambutan yang cukup hangat. Inilah antara kelebihan masyarakat Malaysia , yang sangat-sangat dicemburui oleh kebanyakan masyarakat dunia.

Sebagai kesimpulannya , bagi penulis penangan masakan ala Malaysia oleh Poh Ling Yeow sememangnya telah mewujudkan fenomena yang tersendiri di Australia ini. Begitu juga , seiring dengan populariti masakan Poh , identiti unik Malaysia yang tak akan lekang dek panas dan tak akan lapuk dek hujan turut sama menjadi popular dan menjadi buah mulut masyarakat Australia .

********************


p/s: Secara peribadi, Chef Julieana Mangsor(chef aku seumur hidup) juga yang sedap masakannya!

Tuesday, July 14, 2009

SAYA YANG MENURUT PERINTAH!

Tak dapat dinafikan, kalau kita selalu terima surat daripada mana2 agensi atau pejabat swasta dan kerajaan terutamanya, di penghujung surat sebelum tandatangan pengirim pasti ada satu clause 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH'. Saya- penjawat jawatan, menurut- patuh dan setia, perintah - arahan, permintaan, suruhan. Secara umumnya, ini menunjukkan pengirim surat ini adalah pekerja, kakitangan, orang bawahan, orang suruhan yang berdedikasi, amanah. Ini bagus, barulah namanya ikut dan taat kepada suruhan pemimpin.


Tapi, ada kalanya, Saya Yang Menurut Perintah ini membuta tuli saja dalam menuruti kata-kata dan perintah orang atasannya. Tiada kompromi, kena buat, terpaksa, dipaksa, tak boleh persoal. Turut saja perintah, jangan bantah, jangan betah! Kalau arahannya 'kau pergi buat itu benda' tujuannya positif, tak ape. tapi, kalau perintahnya itu 'kau pergi buat itu benda' tujuannya jahat, negatif...aaa itu kenalah kita fikir2kan masak2.

Aku mengomel hal Saya Yang Menurut Perintah ni, bukan apa. Melalui pengalaman kerja di organisasi-organisasi lepas, aku tengok ada sebilangan kawan2 especially dalam barisan perkeranian atau PAR-pembantu am rendah, selalu terpaksa sebut 'Saya Yang Menurut Perintah' dalam konteks yang salah..sedih. Saya Menurut Perintah, pergi bayarkan bil2 api air boss kat pos opis..walhal, perintah itu PERLU dilaksanakan dalam waktu bekerja. Saya Yang Menurut Perintah, pergi belikan teh tarik dan roti canai untuk supervisor, walhal itu tak termasuk dalam deskripsi kerja masa mula2 sain kontrak kerja dulu. Dan macam2 lagilah kes-kes saya yang menurut perintah yang bersifat sembrono..tak boleh kata tidak.

Kesian, kadang2, bila difikir, orang-orang ni berada di ranking bawahan di opis, jadi mereka tak ada 'suara' untuk menidakkan perintah yang tak betul. Bos atas dia ada degree, ada jawatan..mereka? Sorang kakak sama tempat kerja dulu2 ada pernah cakap "kalau betah karang, kena buang kerja". "Nak muncung2 pun tak guna, dia bukan paham kita". Aku diberitahu sesetengah kawan2, based on pengalaman kerja mereka dulu2, sampai terasa macam tak aman nak bekerja, sebab asyik sangat ikut perintah orang atas. Contoh kes--Hari ahad pun kena datang office, atau pergi buat promotion ke hulu ke hilir..tak boleh tidak..kalau tak, tak boleh confirm kerja, tak boleh 'menyinar', takde 'prospek' di masa depan, silap2 senang2 je dapat surat cinta terakhir daripada boss b4 di'kick-out' dari opis..perghhh kata mereka..macam mana nak produktif kalau workloads terlalu tinggi, work-life balance takde, rehat tak cukup kan? Sesetenah orang ni, kejar sangat kekayaan, sampai lupa nak jaga perasaan pekerja. Dalam tangan ada kuasa kan? tu yang rasa cam meleh-leleh air liur sebab rasa seronok perintah orang buat itu dan buat ini.. upah yang diberi, tak setimpal pulak tu dengan beban kerja yang diberi....kesian mereka.

Itu yang buat aku rasa bersyukur sangat kepada Allah SWT. sebab aku dapat tempat kerja yang 'saya yang menurut perintah tetapi bersifat munasabah saja bah!'.

Artikel di Berita Harian hari ini 14 Julai 2009 menarik perhatian aku. Aku ingin sangat kongsi2kannya dengan anda semua. Berpada2lah memerintah orang dan menerima perintah. Maksud aku, selagi perintah itu tak terkeluar dari landasan syarak dan mampu kita laksanakan...maka dipersilakanlah mengikut perintah itu. Andai perintah itu memudaratkan, silalah fikir2kan, dan cari kaedah terbaik untuk bekerja secara halal. Maksud aku, sebagai pemberi perintah, kau fikirlah apakah pertimbangan yang kau akan peroleh di akhirat kelak akibat perintah 'tak betul' yang kau berikan pada pekerja kau. Sebagai penerima perintah, berdoalah kepada Allah dan bertawakkal, andai sudah tiada daya dan tiada kemampuan untuk menolak perintah 'tak betul' dan tiada daya untuk oppose bos/org atas ko. Semoga kita mendapat hidayah-Nya amin.

*****************************

Tafsiran salah ‘ Saya yang menurut perintah’ harus diperbetul

SAYA yang menurut perintah” adalah amalan yang sebati dipegang dalam sektor awam. Frasa itu difahami dan diamalkan secara menyeluruh, baik pada peringkat jawatan rendah mahupun yang tinggi. Pasti ada sebabnya kenapa frasa itu begitu sinonim dengan penjawat awam.

Bagi penulis sendiri, frasa itu mempunyai tujuan baik iaitu untuk melancarkan kerja dan memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Bagaimanapun, adakah kefahaman penulis turut difahami seluruh penjawat awam? Atau, timbul salah faham sehingga menyebabkan kewujudan frasa itu menimbulkan pelbagai masalah lain.

Penulis berpendapat, wujud salah faham tertentu terhadap penggunaan frasa ‘Saya yang menurut perintah’. Salah faham itu akhirnya menimbulkan masalah tertentu yang memberi kesan kepada mutu kerja di kalangan penjawat awam.

Pertamanya, frasa itu menyebabkan ramai penjawat awam bekerja tanpa berfikir. Setiap arahan dilaksanakan tanpa ada yang berani menyoal kembali arahan itu. Malah, adakala pekerja memilih melaksanakan juga arahan walaupun ada cara lain lebih mudah dan menjimatkan.

Justeru, salah faham terhadap frasa itu boleh mengekang kreativiti dan inovasi kakitangan awam. Perkara ini sebenarnya diakui, jika tidak masakan kerajaan bersungguh-sungguh mengadakan anugerah inovasi yang bertujuan menggalakkan inovasi di kalangan penjawat awam.

Malah, dalam keadaan tertentu, ramai kakitangan awam tidak berani melakukan sesuatu perkara baru, walaupun diakui perkara baru adalah satu bentuk perkhidmatan yang dapat memuaskan hati pelanggan atau rakyat.

Oleh itu, sering kali kita mendengar jawapan: “Saya tidak tahu encik, saya ini menjalankan tugas saja”. Ia juga sebenarnya adalah bayangan salah faham terhadap arahan ‘Saya yang menurut perintah’ tadi.

Oleh kerana menurut tanpa usul periksa, maka ramailah pekerja membuat kerja mengikut rentak ketua semata-mata. Ia akhirnya menutup ruang untuk perkembangan kreativiti dan inovasi. Akhirnya, sektor awam kekal cara kerjanya yang lambat, tidak konsisten dan tidak berani membuat keputusan.

Selain menutup ruang kreativiti dan inovasi, amalan ‘Saya yang menurut perintah’ juga dikhuatiri boleh menimbulkan penindasan di kalangan kakitangan awam terutama pada peringkat rendah. Amalan itu boleh disalahgunakan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab untuk kepentingan sendiri atau mengenakan orang lain.

Sebenarnya, menurut perintah adalah dituntut dalam pandangan Islam seperti wajib menurut perintah pemerintah. Arahan untuk mengikut perintah bukan bertujuan menyeksa umat Islam tetapi demi kesejahteraan dan kelancaran hubungan antara pemerintah dan rakyat. Jika dilaksanakan dengan baik, tuntutan itu akan menguatkan negara.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kamu wajib patuh dan setia sama ada dalam keadaan susah mahupun senang, disukai atau dibenci dan biarpun merugikan kepentinganmu.” (Hadis riwayat Muslim)

Bagaimanapun, dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mendengar dan mematuhi itu wajib ke atas setiap orang Islam sama ada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka, selagi ia tidak disuruh melakukan maksiat. Apabila disuruh melakukan maksiat, tidak harus lagi didengar dan dipatuhi.” (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Jelas pada pandangan hidup Islam, ada syarat tertentu yang perlu diikuti jika sesuatu perintah ingin dipatuhi. Oleh itu, kenapa wujudnya kepatuhan amalan ‘Saya yang menurut perintah’ tanpa ada kekecualian? Bukankah kita semua diberi akal fikiran untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu arahan yang tidak munasabah?

Oleh itu, amalan ‘Saya yang menurut perintah’ yang menidakkan peluang untuk berfikir dan menyatakan pandangan seseorang sebenarnya sudah ketinggalan zaman. Pada masa ini, pekerja seharusnya diberi peluang melaksanakan kerja mengikut kreativiti masing-masing.

Ia tidaklah bermakna ketua tidak perlu langsung memberikan arahan atau tunjuk ajar. Pekerja perlu dibimbing dan pada masa sama, kebolehan dan bakat mereka melaksanakan kerja perlulah diiktiraf, bukannya semata-mata berpegang kepada amalan ‘Saya yang menurut perintah’.

Oleh itu, kewujudan salah faham sebegini harus diperbetulkan dengan segera jika kita ingin menjadikan perkhidmatan awam lebih berkesan.

Penulis ialah Felo Pusat Sains dan Teknologi Institut Kefahaman Islam Malaysia


Related Posts with Thumbnails