Wednesday, June 9, 2010

NOT SO GREAT personal collection-- Levi's Part 2 : Engineered Jeans




Okeh, sementelah aku balik dari opis lambat... so tak berapa nak ade mood ngadap 'academic business', aku nak buat sambungan cerita kepada posting aku tentang collection Levi's jeans aku yang ciput dan tahapa2 ni...kali ni aku nak cerita pasal Levi's Engineered Jeans pulak.





Nak tahu lebih lanjut pasal Engineered Jeans ni bolehlah tuan2 dan puan2 bukak2 sites ni:

http://www.ap.levi.com/freetomove/
http://www.thetwistedoriginals.com/collection/
http://www.streetsoul.eu/zoom_brand/20/0/0
http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-84843049/levi-uses-freedom-theme.html

ni pulak contoh sites orang2 Malaysia yang bisnes vintage, rare, collectable jeans kat Malaysia..a.k.a gang2 Bundle online...tabik sama lu orang! adalah jugak diorang ni jual Engineered jeans nih..rare lagi tuuu:

http://loserkidz-free.blogspot.com/2009/08/levis-engineer.html
http://minatlevis.fotopages.com/
http://almariku2u.blogspot.com/
http://trendbundle.blogspot.com/2009_02_01_archive.html

Engineered Jeans ni pada aku menarik, kelihatan belia rumaja gitu dan nampak funky. Cuttingnya yang twisted dan tak macam cutting Levi's jeans yang biasa membuatkan aku rasa ianya adalah salah satu Levi's jeans yang special untuk aku. Dengan menggunakan model-model Engineered yang aku ada, aku cerita sket pasal ciri2nya yang lain sket daripada kebanyakan Levi's jeans:

1. dari depan memang tak banyak beza dengan levi's versi lain, tapi cuba perati coins pocket belah kanan seluar tu....ada besar sket berbanding dengan yang biasa kan..cooolll



yang atas Engineered version lama dan kat bawah version baru sket





2. Kocek belakang pun lebih besor sket daripada yang biasa. Disengetkan dan dijahit ke bawah sikit (paras2 peha gitu). Kocek kat belakang Levi's Engineered ni edition yang awal2 ada satu je. Kalau yang latest ni, aku tengok banyak jugak yang ada dua kocek. aku ada selai engineered version 1999 yang koceknya ade dua.









3. Boleh kata kebanyakan Engineered jeans ni kat belakang ada buckle atau dipanggil cinch back, especially edition engineered yang awal2.




4. Banyak yang tadak patch kat belakang macam levi's yang lain, camni punya style dipanggil shadow patch (kalau tak silapla..aku tak pandai ;p). tapi ada jugak versi2 engineered yang ada patch kat belakang, tapi special sketla..tak macam patch Levi's biasa.



yang atas ni shadow patch, manakala yang bawah ni patch special levi's engineered





5. Engineered ni patternya dipanggil Twisted jeans di mana jahitan seluarnya terpusing dan tak luruuuuss bendul macam normal. twisted stiches ni membezakan engineered dengan yang lain. Itu yang datang beberapa pilihan untuk Engineered jeans nih, sama ada kita nak pakai yang tight fit, boot cut, straight fit atau comfort fit. Jahitannya sebegini membuatkan kita selesa nak mengangkang ke, nak melompat ke, nak berlari ke...serius konsep freedom tu terserlah kat engineered jeans nih.


6. Metal rivets kat seluar ni tak tulis L.S.&C.O. S.F. macam levi's jeans yang lain. tapi dia tuleh Levi's.


Perkataan Levi's menggantikan L.S.&C.O kat setiap rivets






7. Sesetengah butang seluar engineered jeans ni akan tulis Levi's Strauss and Co...tapi specialnya jugak untuk sesetengah engineered yang tulis 'Levi's Engineered Jeans'. Seluar aku sehelai ade mendalah nih:



***********************************************


So gitula lebih kurang citer pasal Levi's Engineered jeans aku yang tak seberapa ni. Haa lupa nak mention yang setakat ni aku dapat Engineered ni semuanya button fly, tarak lagi yang ada zip. Aku dapat kat Melbourne ni pun tadak lah mahal. Beli pun kat kedai2 2nd hen... Buat apa nak pakai seluar mahal2. Aku beli ikut kemampuan dan ikut 'dan'...hahaha. Pakai pun untuk suka2 sendiri, bukan nak dijual ka hapa ka...payah nak jumpa wooo, so takkan aku lepaskan kat sapa2...hehehehe (walaupun untuk bini pakai ;p)




Ini rangkuman gambar2 engineered jeans yang aku sempat download dari internet...
check it out.. ingat yee,

b e r m i n a t k a l u , c a r i l a s a t u !









p/s: alhamdulillah.....

1 comments:

Anonymous said...

tanya skit. setiap levis mesti ada tab kat dalam ke? aku punya engineered jeans langsung takde tab kat dalam. cuma kat pinggang dia je tulis enginereed jeans. Pastu setiap rivet dia pakai yang lambang yang kaki seluar bell bottom tu.. just curious. tq


p.s. tah tah celup punya kot?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails