Monday, May 31, 2010

minat baru + personal collection-- Levi's Part 1





Dulu haram aku tak minat nak collect branded jeans. aku takde passion pun kat Lee ka, Wrangler ka, Diesel ka, Giordano ka,apa ka... jauh dan apatah lagilah Guess Jeans, Giorgio Che Armani, CK, DKNY, Hugo Boss, Evisu, Ed Hardy, dan tahapa2 lagi..

Pada aku, jeans sama saja. sekadar kain denim yang tarak beza antara yang branded dengan apa yang dijual kat pasar malam, kat Giant Hypermarket, kat Keforr,kat Golok, kat supermarket. Tu sebab dulu aku selesa beli Jeans kat pasaraya HARI2 (mottonya kelakar tapi menarik: CANTIK DI HARI, MUDAH DI HATI? cikgu Bahasa Melayu boleh tolong komen? ;p), dan tempat2 yang sewaktu dengannya.

Masa tu aku fikir, ape kejadahnya beli jeans beratus2 ringgit, pakai sama je macam aku, KAT KAKI! aku tak komenlah depan2 orang2 yang dah start collect jeans mahal2 ni, sebab pada aku lantaklah, duit korang, life korang. Tapi sekarang aku sudah faham, itulah yang dinamakan minat. kalau dah nak sesuatu tu, macam mana susahpun, pasti kia akan berusaha untuk dapatkannya...asalkan ia tak bertentang dengan syariat, benda halal...!

Dalam hidup aku, jeans yang pertama aku beli dengan duit sendiri (PTPTN?) ialah masa belajar kat UTM dulu. Tu pun sebab Wan Said (kawan baik aku sekarang ada kat Sarawak, kerja kat Dewan Bahasa & Pustaka) pakai nampak smart, aku pun tertarik dan terpengaruh. Dialah ajar aku jenis-jenis cutting seluar jeans ni. Straight Cutlah, boot cutlah.. masa tu aku beli kat satu kedai tingkat 2 Plaza Angsana JB. Brandnya tak silap aku Wohnan, ke Wohnen (macam nama penyanyi suara serak2 basah 90-an dulu). Seluar ni boot cut, aku pakai sampai BURUK! puas hati!

Pastu 2nd jeans, kain ala2 corduroy, beli sama jenis ramai2 dengan kawan2 kat kolej kediaman KSDS masa pasar Ramadhan kat depan Plaza Kotaraya JB. Seluar yang kami beli tu sama, sampaikan kadang2 silap jugak terambik kawan2 lain punya kat ampai...hahahaha. kenangan manis. Tapi ada sorang gang kami yang kami panggil Macha Steven. Dia pun beli seluar jeans sama2 dengan kami, dan dia haram tak pernah basuh seluar jeans tu sampai habis semester! alasan dia, jeans tu nanti kaler dia turun kalau basuh, so to prevent the kaler daripada turun, maka dia ikut petua tah sapa tah..JANGAN BASUH! macha, warna seluar jeans kau memang kami respect nampak menarik, tapi baaaaaauuuuuu dia macha, maaaak aih, memang tak tahan macha! so, kalau kami nampak macha sarung jeans 'kesayangan' dia tu, maka kami akan dok jaaaauuuhhh jaaauuuh dari dia kat dalam kelas...! hahahahaha, kenangan manis.

Jeans yang last aku beli kat Malaysia adalah di F.O.S kat Alfah Enggel Wangsa Maju. tu pun brand tahapehape. apa2pun, harga murah dan nampak lawalah jugak (50 hengget dapat dua pasang ;p).


Pastu ada satu Corduroy Jeans warna merah maroon aku dapat kat bundle kat Segamat kalau tak silap..beli masa baru2 kawin dulu. memang klasik seluar tu, tapi bini aku cukup menyampah kalau aku keluor dengan dia, aku pakai corduroy merah maroon tu..hahaha! Memang warna dia pada satu pihak nampak rare positively, satu pihak lagi nampak rare jugak tapi negatively..kah kah kah! Masa nak balik ke Melbourne awal tahun haritu, aku nak bawak sekali, tapi bini aku tak bagi daaa...kalau tak mau aku melaram ke opis pakai classic maroon corduroy. hahahaha.

Semenjak duduk kat Melbourne ni
(in particular sejak beberapa bulan yang lepas) aku mula berjinak2 untuk collect jugaklah jeans yang brandnya disebut2 semua orang di dunia. Apa lagi kalau bukan LEVI'S. Ini semua credit to
MR ZAFIRI and MR HAIRIL. orang2 nilah yang bukak pintu hati aku untuk try test cuba tengok seluar2 Levi's ni. Makasehla sebab ajar aku buang duit kat benda yang patut..hehehehe. makaseh jugak kat bini aku yang bagi GREEN LIGHT..hahahaha!


Aku tengok2 jugak di internet, apa sebenarnya istimewa Levi's jeans ni. tengok websites as follows


http://us.levi.com
http://www.levistrauss.com/
http://en.wikipedia.org/wiki/Levi_Strauss_%26_Co.
http://www.the-top-tens.com/lists/top-ten-brands-jeans.asp

Barula aku kenal dunia Levi's ni, kenapa orang obsess sangat dengan dia, apa bestnya pakai seluar ni, apa itu nombor2 501, 201, 511, 527 dan nombor2 jenis Levi's ni..apa cutting Levi's ni, apa beza Engineered Levi's dengan Levi's jeans yang lain, apa itu kepala kain, vintage collection, etc.

Aku pun tengok jugak jenis2 jeans lain yang popular di OZ ni selain Levi's. tempat2 yang boleh tengok trend yang paling latest berkenaan jeans adalah di DFO, Myers, JustJeans outlet, etc. Aku tengok jugak brand jeans yang lain...nampak gayanya, aku lebih cenderung untuk dapatkan Levi's jugak.

So, bermulalah turning point aku. Aku lebih yakin mencari Levi's di Melbourne ni bila baca website ni: http://www.levisguide.com. website simple tapi informative ni memang guide yang bagus untuk beginners macam aku. Aku mula mencari2 Levi's ni di tempat2 yang aku selalu nampak 1-2 tahun kebelakangan ni (tapi tak terlintas langsung nak belek jeans!) dan aku memulakan collection aku!

Ikhlas cakap, kebanyakan Levi's jeans yang aku collect aku carik dari opportunity shops Op-Shop--kedai bundle/2nd hen) kat sekitar rumah aku ni, atau di kedai2 charity atau community outlets macam Salvos, St Vincent, Savers, CitySavers etc. harga murah, kualiti aku bagi rate daripada ok ke superb!serius. Contoh eh, percaya atau tidak, aku boleh dapat sepasang Levi's (condition tip top lagi)dengan harga AUD3.50 saja? kalau convert ke RM kurang lebih 10 hengget je!

Pastu kalau tengok blog2 kedai Bundle Malaysia, jeans2 2nd hand Levi's dijual pada harga yang tinggi jugaklah. boleh rujuk: http://levisbundle.blogspot.com dan links kedai2 bundle online lain dalam blog tu. Ok, berbalik kepada 2nd hand shop di
Melbourne ni, kedai2 macam ni bak kata orang di sebalik
segala trashes, ada banyak juga treasures nya. Macam2
jenis baju branded aku pernah tengok, belek, pegang, try pakai
(tapi tak beli laa..hehehe). just name it, aku berani bet aku penah pegang most of it. ;p

untuk rekod, jelajah kedai2 op-shops paling banyak aku pernah buat adalah 8 kedai dalam setengah hari. dengan encik zafirilah, sapa lagik, hahahaha.


First collection aku untuk Levi's ni adalah Levi's 504. Harga kalau tak silap aku masa aku beli di Savers tu AUD9.99 (dapat diskaun students price 20% jadikla pelas maynes AUD8). Itupun kira mahallah tu untuk pre-owned Levi's 504 jeans... lepas tu aku carik lagi, dan aku carik2 lagi.. jumpa..carik2 jumpa..carik2 jumpa. dapatlah aku beberapa helai 2nd hand, pre-owned, used Levi's jeans yang cantik2, termasuklah jugak Levi's 501 yang berhantu tu.

Selain menjejakkan kaki ke kedai2 op-shops untuk mencari jeans ni, aku pun menjejaki levi's2 kat E-Bay Australia. Berhasil jugaklah aku jumpa pasang2 jeans yang rare mahupun biasa2, 2nd hand mahupun brand new with tag or BNWOT. ;p

Pun begitu, akupun pun nak jugak dapatkan brand new Levi's, sebagai melengkapkan new passion aku nih..hehehehe.tu yang aku lajak2 jugaklah kaki ni pergi ke JustJeans outlet (sini mahal nak mampus), Harbour Town, dan DFO South Wharf. Makluman lanjut pasal lawatan sambil shopping ke tempat2 ni boleh rujuk posting bini aku kat blog dia - Klique di sini. Untuk isteri yang tercinta, aku dapatkanlah jugak dia beberapa helai yang baru untuk ambik hati dia, walaupun dia tak share the same passion! ;p

Peringkat awal2 collect Levi's jeans ni, aku suka nak miliki pelbagai jenis cutting dan pesen. lagi banyak nombor beza2 kat patchnya, laaaagilah aku suka. Zaf pernahlah jugak hint aku, nasihat2 aku, cakap elok ko collect 501 aje, sebab tu lagi orang tengok mantap, especially collectors yang lain. Tapi aku jawab Suka hati akula! ala, bila lagi nak merasa beli macam2 jenis dengan harga murah. ;p Kat Malaysia, jangan harap...kat kedai Bundle mesti akan mahal sket daripada harga yang aku boleh dapat kat sini. hahaha...


Begitupun, aku berhasil jugaklah dapat 2-3 pasang 501, dan yang bestnya aku dapat jugak sehelai 501 Big E. Apa istimewanya Big E tab ni? nantilah, aku cerita lagi dalam entry yang lain ye? Syukur aku panjatkan pada Allah, dapatlah jugak nikmati peluang dan kemampuan untuk memuaskan keperluan kehendak sendiri, jauuuuhhh sekali untuk menunjuk-nunjuk. itu sebabnya nama entry kali ni minat baru dan personal collection, sekadar menggembirakan diri yang bersemangat nak habiskan Program Hiburkan Diri nih! ;p


p/s: tido pun pakai libaih sekarang! ;p

Thursday, May 27, 2010

Tak Lama Lagi Dah Nak PHinisheD!

(entry ni aku tulis sempena ambik peluang beberapa minit sebelum maghrib kat Graduate School of Management)
Semenjak dua menjak ni, memang hari-hari yang dilalui terasa sangat cepat berlalu. cepat sangat! kehidupan kami sekeluarga di Waterdale Road macam biasa, tapi terasa begitu singat. Kata kawan aku, aaaa dunia dah nak kiamat...kata kawan aku yang lain, kalau happy gitula kita rasa (macam masa dating dengan gelfren2 dulu2 laaa ;p kejap sangat rasanyer!). atau kawan aku ada kata jugak...tu tandanya tak lama lagi dah.... nak r.i.p hahahaha.

Pada aku masa terasa sangat singkat sebab kami dah tak lama lagi dah. tak lama lagi dah nak tinggalkan bumi Melbourne ni dan memulakan kembali kehidupan di Malaysia, atau secara spesifiknya bumi aku cari makan...Nilai, Nogori 9.

Memang, semenjak dua menjak ni, selalu bercakap pada diri sendiri..ehh kejapnya rasa, dah kena balik dah. Macam baru minggu lepas je kami jejakkan kaki di Tullamarine Airport buat pertama kalinya. Hmmm, aku akui, memang seronok sangat melalui kehidupan di Melbourne. Melbourne menjadi saksi aku sekeluarga dalam melalui pengalaman2 baru, yang tak terbanding dengan pengalaman2 hidup sebelum ini. Melbourne banyak menjadi saksi jatuh bangun aku sekeluarga di sini. Aku, Julie dan anak2 banyak menempuh dugaan, cabaran, pancaroba, tekanan, krisis...dan tak kurang juga menerima rahmat, rezeki melimpah ruah, kesenangan, kegembiraan. Itu semua yang kami lalui sejak tiga tahun lebih ni di sini dan ia sangat-sangat membantu mematangkan diri dalam hidup. Jauh dipisahkan daripada keluarga dan duduk di bumi asing. Kami sungguh terkesan. tak lama lagi dah segala kenangan dan pengajaran hidup ini akan kami bawak balik ke Malaysia dan jadikan panduan..semoga Allah permudahkan, aminnn...

Banyak benda yang kami peroleh di sini akan kami bawak balik ke Malaysia sebagai aset kehidupan kami kelak. Selain Corelle, Tefal, Corning Ware, Vision, Russel Hobs, Levi's, Pumpkin Patch, dan segala material rumah (collection bini aku mostly..hehehehe, kami juga berhasil membawa KHAIRUNNAUFAL balik ke Malaysia! Cucu kedua selepas Niesreena bagi kedua-dua keluarga aku dan Julie. Naufal dibersalinkan di bumi Melbourne. Memang banyak cabarannya, tapi kami sangat2 bersyukur bahawa Niesreena & Naufal menambahkan keceriaan dan kebahagian rumahtangga kami! :,) Insya Allah, tak lama lagi dah atok2 dan pakcik makcik yang merindukan dua2 cucu ni akan dapat mendakap sepuas2nya cucu2 kesayangan ni.

Juga, satu benda yang akan aku bawak balik ke Malaysia tak lama lagi dah... apa lagi kalau bukan PhD yang ditagih oleh universiti dan anak2 bangsaku. Insya Allah, walaupun aku tak semampu orang-orang lain yang boleh menamatkan pengajian mereka dengan cepat dan on-time, aku tak kisah, aku tahu sikit je lagi aku akan dapat menyempurnakan PhD aku ini. Ini amanah Allah pada aku, ini amanah universiti aku, ini amanah kerajaan aku, ini amanah negara aku, ini amanah rakyat negaraku, ini amanah anak-anak bangsa aku! aku akan realisasikannya...tak lama lagi dah! insya allah...

Ok nak solat dan get back to work!



p/s: biniku sayang dun wuri... tak lama lagi dah.. abang balik rumah lepas PHinisheD buat kije sikeeetttt je lagi! ;p

Wednesday, May 26, 2010

Pada-Mu kubersujud!

syahdu sungguh bibit2 lirik lagu Afgan: Pada-Mu Kubersujud ni... Sememangnya hanya pada-Nya tempat kita memohon segala sesuatu...

Semoga Allah lindungi semua hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh! aminn..



Tuesday, May 25, 2010

TERIMA KASIH...CINTA!!!!

sesetengah kita sukar mengungkapkan perkataan TERIMA KASIH. macam akan keluar sejuta ketulan-ketulan emas dari dalam mulut hilang begitu saja andai TERIMA KASIH diucapkan.

sesetengah kita begitu mudah mengungkapkan perkataan TERIMA KASIH. umum menerima bahawa itulah gaya seseorang menghargai akan sesuatu yang dibuat oleh pihak lain terhadap dirinya.

sesetengah orang mengungkapkan TERIMA KASIH kerana mahukan bukan sekadar jawapan SAMA-SAMA atau KEMBALI, tapi lebih dari itu...balasan. Balasan atas kebaikan yang dibuatnya kepada pihak lain. bak kata orang 'aku dapat kau dapat,kau dapat aku pun nak dapat'. Dalam satu keadaan, ya itu ok, diterima, takda masalah. feirr en skueerrr. tapi dalam satu keadaan lain, TERIMA KASIH itu seakan2 dibuat2, dipaksa2 demi kepentingan diri sendiri yang mengharapkan a.k.a mewajibkan pihak yang menerima TERIMA KASIH membalas kebaikan atau budi yang telah dihulurkannya.

**********************
itu sekadar ulasan tentang kategori-kategori pengungkap terima kasih. Suka tak suka, itu mungkin kenyataan...aku sendiri dalam kategori mana? jujur aku katakan...aku pernah berada dalam KESEMUA kategori TERIMA KASIH...hehehehe. well, manusia tak purfek maaa...

Aku ingin mengucapkan TERIMA KASIH seluhur-luhurnya dan pertama-tamanya kepada ALLAH SWT tuhan sekalian alam. syukur alhamdulillah....aku bahagia dengan segala nikmat yang KAU berikan, dan aku bersyukur aku masih dapat menempuh segala dugaan dan cabaran yang KAU berikan...alhamdulillah.

Aku ingin jua mengucapkan jutaan TERIMA KASIH buat emak dan ayah yang kuhormati dan kusayangi, isteri nan satu yang tercinta, adik2 yang aku rindui, anak-anak buah hatiku, keluargaku, kawan2ku, dan semua orang yang berkait-mait dalam kehidupan aku...terima kasih kerana mencorakkan warna warni kehidupan aku laksana persembahan citrawarna 1 Malaysia di Shanghai China World Expo...jatuh bangun, ketawa menangis, atas bawah kehidupanku banyak dicorakkan oleh kalian....TERIMA KASIH.

tak kisahlah kalau lirik dalam lagu si Afgan ni signifikan atau tidak untuk kalian semua...yang pasti aku nak sebut dan tujukan lagu TERIMA KASIH CINTA ini buat kalian...... sekali lagi:

TERIMA KASIH CINTA!


Kenapa perlu atau jom kejar penarafan universiti bertaraf ANTARABANGSA?

Satu ketika dulu, sebelum aku sambung belajar, memang aku akui penarafan THES-QS ni menjadi kegilaan/igauan universiti-universiti di Malaysia. Kami para pensyarah selalu diingat2kan oleh orang-orang atasan universiti supaya berusaha meningkatkan mutu kerja demi meletakkan nama universiti dalam ranking THES-QS ini. Biarlah usaha itu memakan masa 5,10 tahun pun, asalkan mutu dan kualiti kerja kami berhasil (mungkin) untuk dapat menginjakkan universiti dalam kumpulan 100 terbaik di dunia, atau setidak-tidaknya 500 yang terbaik di dunia!

sesetengah kami rasa seronok dan teruja. ini peluang untuk meluaskan kemampuan diri sebagai pendidik! ini peluang untuk menjadi pensyarah bertaraf dunia!

tapi sesetengah kami rasa terbeban... benchmark untuk meletakkan universiti dalam 500 terbaik THES-QS ini dianggap terlalu sukar(THES --The Times Higher Education Supplements-kini sudah berpecah dengan entiti QS!) . Cuba rujuk website QS ini: http://www.topuniversities.com/university-rankings/world-university-rankings/methodology/simple-overview

Academic Peer Review
The Academic Peer Review is the centrepiece of the QS World University Rankings™ and is based on an online survey distributed to academics worldwide. Results are compiled based on three years worth of responses totaling 9,386 in 2009. Respondents are not permitted to submit their own institution or to respond more than once (their latest response is counted). Weightings are applied both geographically and by discipline to ensure as fair a representative spread as possible.

Employer Review
Similar to the Academic Peer Review, this indicator is based on a global online survey, this time distributed to employers. Results are again based on three years worth of "latest response" data. Geographical weightings are again applied to ensure fair representation from key regions of the world.

Faculty Student Ratio
Faculty Student Ratio is used in many ranking systems and evaluations in the world, and whilst it may not be a perfect measure of teaching quality, it is the most globally available and accessible measure of commitment to teaching. An indication that the institution in question has sufficient staff to teach its students.

Citations per Faculty
Citations are a widely used, conventional measure of research strength. A citation is a reference to one academic publication in the text of another. The more citations a publication receives the better it is perceived to be, the more highly cited papers a university publishes, the stronger it can be considered to be. As a measure this is somewhat geared towards scientific and technical subjects, which is why it doesn't carry more weight. The source used in this evaluation is Scopus, the world's largest abstract and citation database of research literature. The latest five complete years of data are used. The total citation count is factored against the number of faculty in order to take into account the size of the institution.

International Factors
In today's increasingly globalized world, the most successful universities have to attract the world's bet students and faculty. Simple evaluations of the proportion of international students and international faculty serve as indicators of an institution's international attractiveness.
These indicators are then combined using standard statistical methods to yield the overall scores you will see in the results tables. If you are interested in greater detail, this section of the website contains a wealth of in depth information on how the rankings are compiled.

kriteria-kriteria atau indikator-indikator yang ditetapkan oleh badan penarafan Quacquarelli Symonds di atas misalnya, kelihatan seperti 'boleh' untuk dicapai oleh setiap universiti (dalam konteks perbincangan artikel ini, 'universiti' adalah universiti awam) walaupun tidak 100%. Tapi hakikatnya diakui ramai ahli akademik sekarang, indikator-indikator ini tidak bersifat universal, berat sebelah, bahkan ianya adalah indikator yang memberi ruang kepada universiti-universiti 'kaya dan berpengaruh' dan berada di 'sana' (di eropah dan us dan sekutu-sekutunyalah, mana lagi!) untuk menempatkan diri dengan mudah dalam ranking top 100!

Apatah lagi pengakuan yang dibuat oleh orang-orang besar dalam gagasan THES-QS yang sudah terpecah ini bahawa selama beberapa tahun 'gelombang penarafan' ini mengharung dan menjadi momokan alam menara gading secara global, penarafan ini sememangnya MERAGUKAN, TIDAK ADIL, TIDAK VALID, KURANG RELIABILITI, DAN BERHASIL MENAIKKAN NAMA UNIVERSITI-UNIVERSITI YANG MAMPU MENAJA badan-badan penaraf tersebut.

aku tertarik dengan artikel Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak,Naib Canselor Universiti Sains Malaysia yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, 19/5/2010:


Muslihat penarafan IPT kini terbongkar
Masing-masing mendakwa yang pangkalan data merekalah yang lebih baik dan berwibawa untuk tujuan penarafan - sedang tujuan pangkalan data sebenarnya adalah terhad untuk rekod dan rujukan dan tidak berhasrat untuk tujuan perbandingan yang jitu!

BENCANA musim panarafan universiti tiba awal pada kali ini. Teringat saya lebih kurang enam tahun yang lalu, apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi ingin memasukkan penarafan sebagai salah satu kriteria kecemerlangan bagi sesuatu universiti di Malaysia, saya mencadangkan kita menolak ura-ura tersebut.
Ini adalah kerana pada asasnya usaha penarafan terbanyak dikritik sebagai sesuatu yang tidak munasah dari segi prinsipnya, terutama dari sudut akademik dan intelektual.

Apatah lagi kini terdapat pelbagai bentuk penarafan yang ada dilambakkan, dan yang mana satu pula yang diwajar disasarkan untuk tujuan kita di Malaysia. Pada masa itu penarafan gabungan antara Times Higher Education Supplement (THES) dan syarikat Quacquarelli Symonds (QS), atau lebih dikenali sebagai THES-QS adalah begitu popular sekali.

Dan kita ada kecenderungan ke sana kerana ramai yang lebih mudah memahami tentang 'angka' daripada isu 'isi' berkaitan dengan aktiviti tersebut. Malah ini jugalah strategik pemasaran yang digunakan oleh penaja penarafan. Walaupun tiada kata putus dalam hal ini, namun ada semacam kesepakatan bahawa THES-QS adalah penarafan yang paling 'diiktiraf' oleh pihak yang berwajib. Lagipun pejenamaannya adalah sebagai "World University Ranking" - atau Penarafan Universiti Sedunia.

'Dunia' siapa yang dimaksudkan tidak pun dihiraukan bagi mereka yang lebih gemar kepada publisiti dan populariti murahan!

Oleh itu mahu tidak mahu setiap kali THES-QS membuat pengumuman suasana di negara ini menjadi hiruk-pikuk oleh berbagai-bagai pihak. Ada pula yang menangguk di air keruh baik di Parlimen sekali pun seolah-olah merekalah yang faham benar tentang perkara ini. Tidak kurang pula mempolitikkannya tidak ubah sebagai ejen yang menganjurkan sistem yang diuar-uarkan oleh pihak THES-QS! 'Bencana' besar mutakhir berkaitan ini adalah pada 8 Oktober tahun lalu apabila penulis terpanggil membuat ulasan mengenainya dalam Utusan Malaysia (13 Oktober 2009). Namum perkembangan yang berlaku baru-baru ini telah mengubah segala-segalanya! Ia telah membuka berbagai-bagai tembelang yang mempamerkan muslihat tentang penarafan THES-QS ekoran lafaz talak tiga antara pihak THES dan QS tidak lama dahulu.

Apa yang ketara bahawa jangkaan bahawa penarafan bukan satu ukuran yang mantap dan tidak melambangkan apa yang mereka dakwakan telah menjadi kenyataan. Ini dikukuhkan lagi oleh pegawai utama THES, Phil Baty, yang mengulas akan kepincangan penarafan tersebut dari sudut kaedah dan pemilihan serta penakrifan kriteria yang digunakan.

Pendedahan ini pada mula dibuat dalam sebuah persidangan antarabangsa "Going Global 4" di London pada Mac lalu. Penulis berkesempatan mendengar sendiri kritikan tersebut. Malah pegawai THES itu memulakan pembentangan kertas kerjanya pada sesi Flawed ranking or key benchmarking? dengan mengakui 'kesilapan' yang pernah dilakukannya sebagai antara yang bertanggungjawab dengan penarafan THES-QS di bawah penyeliaannya untuk selama enam tahun bermula pada tahun 2004 lagi.

Kritikannya terus terang mengatakan bahawa THES-QS tidak cermat dan teliti dalam usaha melakukan penarafan tahun itu, di samping lemah dari berbagai-bagai sudut, termasuk kaedah dan pengutipan maklumat!

Anehnya keinsafan ini hanya timbul selepas enam tahun sedangkan pada tahun pertama lagi perkara ini telah ditonjolkan kepada mereka, tetapi tidak dipendulikan sama sekali. Dan dengan angkuh terus memperagakan produknya yang meleset.
Lebih aneh lagi masih ramai pula yang membelinya termasuk politikus-politikus yang agak dangkal kefahamannya tentang isu ini!

Jika ini tidak memadai, pegawai yang sama kini sibuk menulis makalah di akhbar-akhbar berbahasa Inggeris Malaysia bagi mengutarakan hujah yang hampir sama. Antara lain beliau mengulangi bahawa QS tidak berlaku adil semasa beliau turut serta mengendalikan penarafan tersebut. Natijahnya ialah usaha penarafan yang telah digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak sebenarnya merupakan sesuatu yang sia-sia dan hanya bak meludah ke langit sahaja! Jelas mereka tidak (mahu) memahami isu sebenarnya dan mudah terpengaruh dengan penilaian yang dibuat tanpa keinginan menyiasat dengan mendalam akan asal-usul penarafan berkenaan, mahupun prinsip serta kerelevannya. Sebab itu kini rata-rata ramai yang terperangkap dengan pengakuan Baty tentang THES-QS, sehingga kelantangan mereka sekarang ini amat memalukan. Termasuk para sarjana yang bermati-matian menjadi pengikut setia THES-QS! Begitu juga dengan mereka yang sering apologetik setiap kali THES-QS membuka mulutnya.

JIka dahulu ada pihak yang mengandaikan bahawa sektor pengajian tinggi negara menghadapi krisis dan memalukan negara, kini Baty dengan yakin menyangkal bahawa ini tidak benar sama sekali. Kata beliau, pencemuh ini tersilap dan wajar dimaklumkan yang mereka telah terheret dengan dakyah THES-QS selama ini. Kini mereka terpaksa menelan semula kata-kata keji yang dihamburkan pada satu ketika dahulu!

Pada mata ramai kita rasa sedih kerana kita terlalu mudah menjadi kerbau dicucuk hidung, tanpa usul periksa. Asalkan ada pihak 'luar' - apa lagi dari Barat, memberi keyakinan, kita menyerah saja!

Ternyata sekarang ini selepas kita diyakini oleh pihak luar yang sama tentang sebaliknya, apa pula persepsi kita kini?Apa pun pendedahan yang telah dilakukan oleh pihak THES terhadap QS menjelaskan beberapa hal yang tersembunyi tentang penarafan institusi pengajian tinggi selama ini. Dan tidak seperti yang diuar-uarkan.

Pertama, usaha seperti ini lebih berbau komersial daripada ilmiah. Yakni bertujuan untuk melariskan jualan penerbitan masing-masing dengan menjadikan penarafan sebagai tarikannya. Oleh yang demikian, sebab itu begitu banyak akhbar serta majalah menaja usaha penarafan ini, dan akan berakhir hanya apabila penerbitan tersebut terkubur seperti majalah Asiaweek beberapa tahun lalu.

Kedua, wujud sepakatan untuk melariskan pangkalan data tertentu sebagai satu perkongsian perniagaan yang menaja penarafan. Oleh itu tidak hairan THES-QS dahulu (dan kini QS sahaja) memilih pangkalan data yang berbeza dengan penarafan yang akan dilakukan THES secara persendirian.
Pemilihan ini sahaja menampakkan yang aktiviti penarafan ini agak sewenang-wenang (arbitrary) bentuknya, dan tidak pula mantap. Malah THES-QS pernah berubah pangkalan data sejak ini mula dilancarkan dengan alasan yang sama.

Ketiga, penarafan lebih cenderung kepada nilai dan amalan norma Barat, misalnya dengan mengambil kira penerbitan berbahasa Inggeris atau Sepanyol (mengapa Sepanyol pula?) sahaja, atau sumber yang mirip kepada budaya Barat. Ini bermakna kekuatan ilmu yang bukan dalam bahasa serta amalan Barat tidak mendapat tempat langsung dalam pengiraannya. Jadi jelas ini berat sebelah kepada dunia bukan Barat, maka sejauh manakah ketepatan penilaiannya?

Keempat, kerangka penarafan dilakukan tanpa mendapat pandangan mahupun suabalik daripada institusi yang disasarkan sebagai 'peserta' dalam penarafan yang dicadangkan. Selain itu kriteria acap kali berubah dari tahun ke tahun. Maksudnya mereka menetapkan apa yang baik untuk kita, sama ada sesuai atau tidak bukan isunya!
Kelima, tidak kurang juga para 'peserta' menaja aktiviti penarafan tersebut secara langsung atau tidak - termasuk membuat pengiklanan tertentu - di laman sesawang pihak penaraf. Ini jelas menunjukkan percanggahan dan tidak beretika (conflict of interest) dan menggambarkan amalan songsang dengan dunia akademik.

Apa lagi segala data dan maklumat yang dihantar terbukti tidak langsung disemak dengan teliti, sehingga berlaku berbagai-bagai keaiban. Maka tidak hairanlah terdapat pihak-pihak yang mengambil kesempatan memalsukan data dan maklumat mereka semata-mata untuk mendapat penarafan yang lebih selesai. Dengan kata lain ketelusannya amat diragukan sama sekali.
Walaupun banyak lagi yang boleh diperkatakan, namun ini adalah antara isu yang agak ketara yang menjadi aktiviti penarafan tidak menyenangkan malah agak remeh! Malangnya dalam keremehan ini pulalah kita cuba menempah nama dan kedudukan. Sekiranya dahulu ini tidak jelas dan kurang (mahu) difahami, sekarang perbalahan antara THES dan QS dikhalayak ramai dan secara terangan sewajar menyedarkan kita tentang keadaan sebenarnya. Sewajarnya kita lebih peka lagi matang akan segala muslihat yang dibongkar oleh Baty secara bebas dan terbuka.


Dan aku juga amat-amat tertarik dengan pendapat dan kritikan Dr Anant Graf (pernah berkhidmat sebagai profesor di USM) tentang keberhasilan/natijah penarafan universiti global dalam Utusan Malaysia, 25/5/2010.

Apa sebenar penarafan universiti sedunia?

Debat tentang penarafan universiti sedunia sedang semakin hangat, khususnya sejak Phil Baty dari Times Higher Education World University Rankings dan Times Higher Education (THE) magazine baru-baru ini mengaku bahawa penarafan dari THE selama ini mempunyai beberapa masalah besar dan oleh kerana itu tidak sah.


Sayang sekali, sebelum pengakuan yang mengejutkan itu dibuat, sejumlah universiti di seluruh dunia termasuk di Malaysia, selama ini ditipu oleh data-data yang tidak sah itu. Oleh kerana mereka percaya pada data-data penarafan universiti sedunia itu, banyak wang dikeluarkan untuk 'naik' dalam penarafan yang digembar-gemburkan itu, termasuk untuk meningkatkan jumlah pensyarah 'antarabangsa.'

Beberapa hari lalu Nunzio Quacquarelli, Pengarah Urusan Quacquarelli Symonds (QS), pula mengatakan bahawa "Apa yang mengejutkan ialah kecenderungan pemimpin universiti dan kerajaan menggunakan ranking untuk menentukan sasaran strategik."

Namun, kejutan demi kejutan bahawa penarafan THE dan QS itu palsu mungkin juga membawa untung. Kini kita semua boleh merenung kembali mengapa sebenarnya penarafan universiti sedunia seperti yang dilakukan oleh THE dan QS boleh menjadi begitu penting dalam kurun waktu beberapa tahun sahaja. Bagaimana situasi dahulu sebelum syarikat swasta seperti THE dan QS menerbitkan penarafan mereka?

Harus diakui bahawa universiti-universiti sedunia dulu juga ditarafkan, iaitu secara tidak formal dan berdasarkan kriteria yang amat bermasalah. Misalnya, pada zaman kolonial dan mungkin sampai akhir-akhir ini, banyak profesor di Eropah atau di Amerika Syarikat dan Australia kurang mengakui mutu universiti-universiti di luar Barat secara umum.

Saya sendiri termasuk orang yang diminta pandangan oleh THE dan QS dalam penarafan universiti-universiti sedunia, dan saya seperti semua profesor lain yang ditanya, diminta untuk memberi persepsi subjektif saya. Kebetulan saya sedikit tahu tentang sistem universiti di Malaysia, kerana saya telah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia selama dua setengah tahun sebagai Profesor Madya dan seterusnya Profesor.
Namun, bagaimana dengan profesor asing lain yang pandangannya masuk ke penarafan THE dan QS? Apakah mereka memang tahu bahawa Universiti Malaya, umpamanya institusi yang berbeza dari Universiti Kebangsaan Malaysia?

Di luar negara, istilah "Malaya" dan "Malaysia" sampai sekarang sering dicampur-aduk!

Jelas, penarafan universiti-universiti sedunia berdasarkan kriteria yang jelas dan rasional akan merupakan kemajuan kalau faktor-faktor stereotaip dan prasangka dapat diatasi. Ini membawa kepada pertanyaan, apa sebenarnya faedah penarafan universiti sedunia? Untuk negara seperti Malaysia yang ingin menarik banyak pelajar asing, jawapannya jelas: Kedudukan yang tinggi dalam penarafan universiti sedunia berfungsi sebagai maklumat kepada pelajar asing bahawa universiti di Malaysia dapat dipercayai, walaupun umur daripada banyak universiti di Malaysia belum begitu panjang kalau dibandingkan dengan universiti-universiti lama di Eropah.

Dari segi itu, penarafan boleh membantu universiti muda dan negara berkembang dalam usaha mereka untuk menarik pelajar asing. Ini dapat menjadi faktor ekonomi dalam persaingan dengan negara industri yang lama.
Walau bagaimanapun, erti dan faedah sebenar penarafan universiti sedunia akan tetap amat terbatas. Hal ini kerana aktiviti penarafan tidak mungkin mengukur semua kegiatan akademik di semua universiti sedunia secara rasional, jelas dan sah.

Bidang penyelidikan dan penerbitan sahaja amat kompleks - dan amat berbeza umpamanya antara sains dan ilmu kemanusiaan. Begitu juga dari aspek bahasa. Misalnya, apakah kita semua harus mengabaikan penerbitan dalam bahasa ibunda kita masing-masing, hanya kerana dalam penarafan universiti sedunia hanya terbitan dalam bahasa Inggeris?

Tentu tidak! Bahasa Melayu, Perancis, Rusia, Arab, China, Jerman dan lain-lain mesti terus digunakan sebagai bahasa ilmiah.

Kalau perlu, yang patut dihapuskan adalah penarafan universiti sedunia, bukan bahasa ibunda kita masing-masing.

PENULIS ialah Pengerusi Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman.



ironinya, aku yakin hari ini masih banyak pihak di Malaysia yang ber'kiblat'kan THES atau QS dalam menarafkan diri universiti sebagai 'tanda' universiti itu sudah hebat,cemerlang,mantap,terpelihara mutunya... Persoalannya, apakah kita masih mahu berpaksikan kedua-dua badan penarafan ini yang hakikatnya sama-sama telah memecahkan pekung di dada lawan masing-masing (dulu sahabat rapat!) bahawa kualiti penarafan mereka adalah bertaraf SAMPAH? tepuk dada, tanyalah selera.

Dan sebagai penutup entry aku kali ini, pendapat Shaharudin Idrus tentang usaha universiti mengejar penarafan dunia boleh dijadikan gagasan 'kata hati' aku sendiri iaitu: berpijaklah di bumi yang nyata, berpeganglah pada sesuatu yang meyakinkan, berusahalah sekadar yang mampu tak kira apa pun kata orang, jangan memaksa2 diri kelak ia merosakkan keikhlasan hati! ;p


Budaya penarafan universiti
Oleh SHAHARUDIN IDRUS--- dinn6358@gmail.com


Mengambil kira sindiran tajam yang dikemukakan oleh pemain perseorangan utama China, Lin Dan bahawa kedudukannya di ranking nombor 2 dunia bukanlah penghalang utama untuk beliau berasa merendah diri dan sukar untuk menundukkan pemain nombor 1 dunia ketika ini iaitu Datuk Lee Chong Wei dalam pertemuan separuh akhir kejohanan Piala Thomas di antara Malaysia dan China baru-baru ini.

Menurut Lin Dan apa yang lebih penting dan utama ialah menjuarai kejohanan-kejohanan utama seperti Olimpik, Kejohanan Dunia, All England dan membantu pasukannya menjuarai kejohanan Piala Thomas daripada memikirkan tentang ranking peribadi sendiri.

Pandangan ini agak menarik sekiranya sindiran ini diaplikasi dan disesuaikan dengan kedudukan ranking universiti di Asia dan di dunia. Tidaklah sukar untuk mengatakan bahawa ranking yang dikejar oleh kebanyakan universiti di Malaysia terutamanya untuk berada di dalam senarai 100 mahupun di 10 ranking terbaik dunia bukanlah sesuatu yang wajar dengan menggemblengkan seluruh tenaga, usaha dan masa warga universiti untuk terlibat sama dalam proses tersebut.

Sementelahan pula senarai kedudukan universiti yang dikeluarkan untuk menarafkan universiti itu bukanlah datang dari sebuah badan yang benar-benar berwibawa dan diiktiraf di peringkat antarabangsa serta menggunakan indikator-indikator yang sepunya serta pengadil yang mendapat latihan dan menggunakan peraturan dan garis panduan yang sama sebagaimana yang digunakan dalam badan sukan antarabangsa, misalnya Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) atau Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Laporan sebuah akhbar baru-baru ini mengenai senarai kedudukan universiti-universiti di Asia dengan meletakkan empat universiti penyelidikan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM); dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengikut kedudukan 100 di Asia menunjukkan bahawa ranking ini tidaklah menunjukkan sesuatu yang begitu penting dan utama.

Oleh yang demikian, apa yang membuatkan sesebuah universiti itu lebih dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat antarabangsa adalah sumbangan besar yang diberikan oleh universiti tersebut walau dalam apa juga bidang yang ditumpukan dan bukannya ranking itu semata-mata.

Salah satu tugas utama universiti adalah untuk menjana pelbagai ilmu baru yang dapat dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat negara ini dan dunia amnya. Tenaga para ahli akademik universiti perlu digembleng untuk menjalankan penyelidikan yang berterusan dalam bidang kepakaran masing-masing dan mampu menghasilkan teori dan ilmu baru yang mungkin merubah pandangan dunia.

Kerja penyelidikan dan penelitian bersungguh-sungguh yang dilakukan secara berterusan, sistematik, berkala dalam tempoh jangka masa yang panjang (misalnya satu generasi) untuk meneliti pokok persoalan dalam konteks bidang yang dikaji dan disokong oleh dana yang berterusan akan menghasilkan sesuatu yang baru -- teori, konsep, epistemologi, metodologi - yang akan mengubah pandangan dunia serta mengiktiraf kedudukan penyelidik di negara ini.

Penyelidikan yang dijalankan pula tidak seharusnya terkongkong dalam kelambu penyelidikan monodisiplin tetapi harus melewati sempadan penyelidikan bersifat multi-disiplin mahupun trans-disiplin sebagaimana kajian yang dilakukan oleh penyelidik luar negara terutamanya oleh universiti-universiti tersohor dunia.

Penyelidikan yang dijalankan dengan bersungguh-sungguh ini akan mengungkap pemahaman dari fenomena sedia ada dan berdasarkan budaya setempat yang terhasil daripada kekayaan ruang yang diteliti serta keluwesan epistemologi yang dipilih.

Persoalan pokok yang dikaji tersebut sedikit demi sedikit difahami, diperhalusi, dirungkai, digarap dan seterusnya dapat diartikulasikan agar menyerlahkan hubung kait di antara persoalan pokok yang dikaji tadi dengan rangkaian pemacu-pemacunya bagi mendapat bentuk dan memahami proses realiti setempat sepenuh mungkin.

Hasil penyelidikan secara berterusan ini membantu keyakinan dan kejelasan hubung kait fenomena tersebut serta menambah nilai kepada pemacu sedia ada. Penelitian sebegini yang dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tertentu berasaskan kerangka persoalan bidang penyelidikan akan membantu dalam menjana model, metodologi dan teori setempat.

Pembinaan dan peneguhan model, penjanaan metodologi dan teori yang didukung oleh budaya setempat akan menjadi lebih bermakna dalam mengungkapkan ruang dan persekitaran bidang penyelidikan pada masa kini dan akan datang. Teori atau hipotesis yang diungkapkan itu akan mampu menyanggah dan memperdebatkan teori atau model luar yang dipamerkan dan seterusnya meningkatkan wacana dan perbahasan dalam sesuatu bidang penyelidikan yang berhadapan dengan persoalan yang lebih mendalam.

Penyelidikan berasaskan realiti dan budaya setempat ini akan menjadi penyumbang kepada pembinaan korpus ilmu dalam bidang yang diselidiki itu sendiri dan pada masa yang sama akan mencorakkan pembangunan hala tuju bidang tersebut pada masa hadapan.

Perenungan yang dibuat mengandaikan bahawa setelah memerhatikan sekian lama pola dan aturan sesuatu kejadian itu, maka terungkaplah pula dakwaan, hipotesis, metodologi, model dan akhirnya teori yang diasaskan kepada budaya tempatan yang mampu mengungkapkan dan pentafsiran ilmu dalam kosmologi tempatan, melahirkan falsafah dan epistemologi ilmu berdasarkan nilai, pemikiran dan budaya kita sendiri.
Justeru, jika berdasarkan pandangan dan sindiran Lin Dan, menghasilkan seorang penyelidik yang bergelar Nobel Prize atau setaraf dengannya adalah jauh lebih baik daripada mengejar ranking sehingga tersenarai dalam kedudukan 100 mahupun 10 universiti terbaik di dunia.

Janganlah usaha mengejar ranking ini menjadi suatu rally yang cukup panjang dan terlalu terikut-ikut dengan rentak yang tidak mendatangkan keuntungan kepada sesiapa pun dan akhirnya "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran" atau sekadar "menang sorak kampung tergadai".

PENULIS ialah Felo Penyelidik/Pensyarah Kanan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari), Universiti Kebangsaan Malaysia


**********************************************
aku: BANGGA BEKERJA DI USIM!

Tuesday, May 18, 2010

AKU DAH BERCERAI DENGAN FACEBOOK--TALAK 1

pedih ulu hati aku harini...

tapi, itu demi kebaikan. satu-satu pengorbanan itu memang pahit, tapi apakan daya, aku harus meninggalkan sesuatu yang 'baik' demi sesuatu lain yang lebih lebih lebih lebih baik!

memang tak dinafikan aku dikategorikan sebagai orang yang ketagih bukak Facebook hari-hari. memang mengkhayalkan. bak kata orang "makan: Facebook, minum: Facebook, tido: Facebook, berak:Facebook!"

Kadang teringat balik ramai orang ada cakap, inilah hasil kejayaan orang2 Yahudi dalam mengambil masa2 keemasan bangsa2 lain, duduk tercongok depan lappy, pc atau monitor henset, melayan facebook. Tapi harus juga diakui, kalau bijak macam orang2 lain2, pasti tooluntuk meranapkan bangsa lain oleh Yahudi seperti facebook ni boleh bertukar jadi tools untuk menjayakan misi dakwah Islamiyyah.

Dari segi dakwah tu, aku ucap terima kasihla pada pelopor dan pencipta social networking facebook ni, sapa lagi kalau bukan Mark Zuckerberg. Memang selalula dapat sampaikan secubit/secebis ilmu yang aku ada melalui facebook ni. tapi dari segi penggunaan masa melayari coretan-coretan kawan2 dalam facebook...memang aku kalah! kalah teruk!

untuk itu, demi kebaikan dan kelancaran proses menulis thesis aku yang dah masuk kategori weow weow weow bunyi siren embulen dalam waktu kebelakangan ini, maka secara rasminya aku lafazkan:

AKU DAH BERCERAI DENGAN FACEBOOK!

tunggulah nanti bila2 waktu dah habes edahnya, aku rujuk kembalilah dengan kau..hehehehe.

oh facebook, kenangan2ku bersamamu sangat2 kurindui...tapi, demi kebaikan diri aku sendiri...aku terpaksa buang kau jauh2 dari hidup aku buat sementara. kenang daku dalam doamu.... ;p

Thursday, May 13, 2010

take 5

Bukan mudah nak buat PhD ni.

Macam roda, selalu di atas selalu di bawah, selalu jua di tengah-tengah. Syukur Allah permudahkan aku dari segi sokongan keluarga yang tidak berbelah bahagi. terutamanya isteri tersayang Julie. aku lepaskan kebanyakan urusan melayan kerenah anak-anak pada dia, urusan rumahtangga dan sebagainya. dia antara manusia paling tabah yang pernah aku jumpa. cukup setia denganku dan menyokong aku melalui susur-susur perjuangan PhD aku ini. aku sendiri tak sekuat dia..sungguh!

Syukur kepada Allah kerana mengurniakan aku, emak dan ayah yang sangat tabah dan bijak mendidik aku sehingga aku mampu berdiri sendiri dan mampu ke tahap yang aku capai sekarang. terima kasih tidak terhingga buat emak dan ayah.

Syukur jua aku pada Allah kerana sumber-sumber sekitar yang sangat mudah untuk aku peroleh demi menyempurnakan penulisan aku. Syukur jua kerana dianugerahkan dua mak angkat 'mat salleh' yang sangat sporting, memahami, tidak pernah sesekali menekan, menggasak atau membuli aku dalam kerja-kerja PhD aku... setakat ini. sapa lagi kalau bukan supervisors aku.

Syukur jua kerana aku diberi ruang untuk melakar kenangan dalam hidup aku melalui dunia 'permanent head damage' ini. lantaran beratus ribu bahkan jutaan umat manusia di Malaysia tak berpeluang menikmati peluang seperti ini, aku berjanji akan aku curahkan segala jasa dan bakti semampu aku buat semua orang bila aku sudah balik Malaysia nanti. akan aku kongsikan sebaik mungkin segala pengalaman dan pengetahuan ciput yang aku ada ini untuk kebaikan semua, terutamanya anak-anak bangsa aku di USIM nanti.


memang perit kebelakangan ni selalu stay up di office di Graduate Skul of Manajemen ni. Kena kuat bekerja...padan muka aku, awal2 dulu banyak main ;p

ahhh back to work!

Related Posts with Thumbnails