Perghh, setelah seminggu dodok kat rumah mak ayah di Segamat ni, memang tak dinafikan ada beberapa benda yang dah berubah pada diri kami sefamili, espesyeli aku. bertambah - berat badan, bintat2 kena geget nyamuk, malas, etc. berkurang - kerajinan, waktu tak tido, eksesais, waktu tak main Wii.
ok2 malas nak citer dan type ape terjadi kat kami seminggu ni..sebab malas tu beratnya dah bertan-tan kat jari-jemari aku.
Tadi lepas sarap roti telur bawang kat sebelah taman bendahara, kami nak pi Giant beli barang dapor. aleh2, aku terrrrsinggah lak kat satu kedai bundle ni. Rambe Bundle.
Perghhh, memang menyingkap kembali nostalgia masa di Melbourne, saat2 aku menyelak2 baju2 sekenhen di kedai2 op shop, savers, salvos, dan sewaktu dengannya. banyak treasures dalam trashesnya di Rambe Bundle ni. Mata aku memang tak tercari2 macam2 kecuali gantungan jeans2 dan jins2 dalam kedai ni.
Levi's melambak2! macam2 cutting termasuklah engineered jeans. Yang aku tak sempat nak jumpa, Big E.
Yang aku perasan, regenya secara relatifnya di bundle ini kurang lebih opp shop di Melbourne. cuma kualiti di Melbourne tu lebih baiklah untuk rege yang ditawarkan. Kat Rambe Bundle ni, Levi's yang nampak cantek lagi, regenya pun makin canteklah.
Tak sempat aku nak belek2 lebih lama, bini aku sudah berteriak manja dari luar kedai "Bang, jomlaaaa!!!" (baca dengan nada marah 20%, manja 70%, dan 10% lagi geram ;p)
Naufal dah mengantuk dan mengamuk nak shushu..haaaiii, kacola anak ayah ni!! ;p
Sempat gak mata aku melirik2 Levi's kepala kain yang digantung2 seperti spesyel jua adanya di satu sudut dinding Rambe Bundle ni. nantilah, aku akan datang lagi..mana tau ada 'rezeki' dan 'jodoh' aku dengan mana2 levi's tu, akan adalah jua 'ole2' untuk aku di segamat ni.. hehehehehe.
Sehingga ketemu lagi wahai Rambe Bundle...jua Nain Bundle, dan kedai2 bundle lain di Segamat. takdak kerja kalu, aku ziarah korang lagi...dan lagi...dan lagi....dan lagi......! ;p
p/s: damainya hidup di Segamat.... :,)
Thursday, July 22, 2010
Levi's dan kedai Bundle di Segamat!
nukilan neezam at 12:32 PM 2 comments
Labels: kedai bundle Segamat, LEVI'S, Personal Collection
Wednesday, July 7, 2010
mixed feelings and stress...atoooiii...
Gila ah, lagi seminggu aje nak bermastautin di Melbourne.
Gila ah, penghujung waktu sebegini, banyak betul benda-benda yang tercatat dalam diari dan perlu dilangsaikan dalam satu-satu hari.
Gila ah, tak sabar nak balik ke Gemereh, nak jumpa mak, ayah, adik2 dan famili, nak makan derian, panjat pokok rambutan, bawak budak2 naik moto jalan2 sekitar kampung, tidur tak pakai baju (kat Melben winter gegel-gegel weh!), bangun subuh pakai real kokokan ayam, dan macam2 lagi.
Gila ah, genap dah 3 tawun setengah kami jadi Melburnians, dan dah takde ikatan lagi secara absah di bumi asing ini.
Gila ah, dalam seminggu ni nak release rumah, barang2 rumah, kereta, gelfrens (?), dan sebagainya.
Gila best ah!, hujung2 waktu cenggini nak memenuhi undangan makan rakan2 yang mulia meraikan pemergian kami (kenyang fizikal, kenyang juga tuntutan hablumminannas!).
Gila ah, memikirkan assignment terakhir sebelum balik Malaysia yang mak-mak angkat aku mintak antor hari Jemaat ni! Dah siap A nak B, dah siap B nak C, ni dah buat C nak D plaaakkkk...abes takkan nak sampai Z plak wahai mak-mak angkatku oiii...adoooiiiiiii. ikutkan ajela ;p

Gila ah, nak mengemas2 rumah sebelum orang datang buat inspeksyen.
Gila ah, nak mengemas2 barang nak bawak balik Malaysia sekarang dan kendian. Syukur Alhamdulillah, ada bini yang rajin dan sanggup setelkan most of the things.
Tak sabarnya nak langsaikan semua Gila Ah ini... ;p
p/s: nyut nyut nyut kepala...rasanya mao pecah!!!! hahahaha...bestnya nyanyi lagu si Doyok yang feymes satu masa dulu.
nukilan neezam at 9:02 PM 3 comments
Thursday, July 1, 2010
My Personal Collection: Levi's 501xx Big E a..k.a Levi's Big Capital E Part 2
Satu lagi Levi's 501 Big E aku adalah jugak 1966 repro. Kalau tengok reference on how to spot a fake Big E kat internet, memang alhamdulillah, ini bukan fake. Ini memang ori. :)
Aku dapat Big E 1966 repro ni juga dari Ebay awal bulan enam lepas.
pandangan depan
Tak terfikir pun akan menang bid sebab aku bubuh harga bidding aku tak tinggi mana pun. Aku expect yang aku akan kalah sebab based on pengalaman aku tengok Ebay bidding untuk seluar LVC camni buleh cecah ribuan ringgit. Itupun 2ndhen, 3rdhen dan dah buruk punya pair of Levi's Jeans!
Yang aku dapat ni brand new, unwashed, made in USA tapi ebay sellernya based in France.
Antara ciri2 Big E 1966 reproduction yang aku ingat adalah:
1. Kat bawah button fly atau zip fly tak ada rivet LS&COSF macam sesetengah vintage Big E lain--e.g. 1955 atau Big E 201.
3. Kepala kain adalah satu kemestian buat sepasang Big E
Tapi untuk repro 1966 memang takde.
contoh v stitches kat back pockets 1966 repro aku.
Ni contoh v stitches yang biasa pada Levi's jeans
6. ciri-ciri untuk 501 pun perlu jugak ditengok. ikutkan seluar big E aku yang ini, oke betul ini memang 501 punya cutting. kalau tengok line untuk tali pinggang sebelah tepi kiri dan kanan, akan attached dengan lining/jahitan lurus kat belakang jeans nih. so, memang sah ini Levi's 501 .
7. Dan satu lagi ciri yang menunjukkan keoriginalan levi's ni adalah ditunjukkan melalui 'finger test'...ni kawan2 bagitaula, kalau salah maklumat aku, maka salahlah maklumat diorg tu jugak..hehehe. Levi's yang ori kita boleh masukkan jari kelingking bawah rivets pocket depan kiri dan kanan. Ini disebabkan jahitannya akan ada lubang sikit antara rivets dengan belt punya lining tu (sebut pun tak pandai, main taram je ;p).
tu ajelah yang aku tau pasal 1966 repro Big E ni. Alhamdulillah puas hati aku. cukuplah dengan koleksi aku ni. pakai pun bukan dapat hari2. tapi bak kata orang, dah ade kat obesey ni, barang2 murah (2nd hand lah banyak), so ambiklah peluang.
ada kawan aku sorang tu siap pesan "kau nanti kalau dah bosan pakai big E yang ni, kau make sure jual kat aku, jangan jual kat orang lain!" hahahahaha....dun wuri brother, aku takkan jual kat sapa2 pun. tapi kau buleh tuntut kat bini aku nanti kalau aku dah arwah (provided tak arwah masa pakai seluar ni la...sanggup ke ko nak pakai? ;p)
So ini surat yang 'konon-konon'nya levi's strauss ni kirim kat akulah sebagai pemilik 501 Big E nih:

p/s: alhamdulillah.
nukilan neezam at 1:52 PM 1 comments
Labels: LEVI'S, ngocoh di alam maya, Personal Collection
Wednesday, June 30, 2010
OUR MAMA IS NOW 30!
30 JUN 2010...tarikh bersejarah untuk Julie. Hari ni dia sudah berusia 30 tahun!!!
Syukur dipanjatkan kepada Allah SWT, masih panjang lagi usia aku untuk menyambut hari bersejarah ini dengan isteri tersayang.
Selamat hari jadi buat isteri tersayang JULIEANA MANGSOR.
Unik juga sebab inilah tahun terakhir untuk Julie sambut birthdaynya di Melbourne ni (mungkin? mana taw dah tua2 sok nak datang sini sambut besdey dia lagi kan? ;p) dengan aku dan anak-anak yang disayangi.
Julie dengan 'bekas boyfren'nya
Julie dengan Hasbennya yang tak senonoh ;p
Julie dengan emak dan ayah mertua yang sporting (kot? ;p)

mama yang sangat-sangat tabah melayan keletah anak-anak...dan suami :,)
Julie isteri dan mama yang kami sayangi...
Semoga Allah limpahkan segala rahmat-Nya buat dirimu...aminnn.
Kasih dan sayang kami tiga KHAIRUNS serangkai sentiasa akan
bertambah-tambah-tambah-tambah-tambah
dan tidak sesekali akan berkurangan....

Sorrylah tahun ni tadak hadiah besdey untuk mama.... :,(
from the three of us:
Khairunneezam, Khairunniesreena & Khairunnaufal
nukilan neezam at 12:15 AM 3 comments
Labels: JULIEANA MANGSOR, kisah hidup di perantauan, ngocoh di alam maya
Tuesday, June 29, 2010
My Personal Collection: Levi's 501xx Big E a..k.a Levi's Big Capital E
So, aku nak sambung sket pasal collection Levi's aku. Kali pasal Big E. Alhamdulillah, aku berjaya jugak dapatkan dua helai Levi's Big Capital E di Australia ni. Big E yang ini aku dapat thru' Ebay. Harga? memang-memang-memang-memang tak terjangkau dek akal para collectors sekelian akan kemurahannya berbanding kualiti yang ada pada jeans nih! Walaupun 2nd hen, tapi masih lagi terserlah nilai ke'vintage'annya dan masih cantik sangat-sangat-sangat untuk dipakai. Seluar ni warna biru tua, straight cut,pre-washed, bukan stonewash, made in USA.
Aku dah bawak jumpa 2 pakar penilai Big E nih (Encik Zafiri dan Encik Hairil), memang diakui original, memenuhi ciri-ciri Big E yang di percayai 1966 reproduction Levi's Jeans.
Syukur alhamdulillah...
nukilan neezam at 6:47 PM 1 comments
Labels: LEVI'S, ngocoh di alam maya, Personal Collection