Wednesday, July 7, 2010

mixed feelings and stress...atoooiii...





Gila ah, lagi seminggu aje nak bermastautin di Melbourne.

Gila ah, penghujung waktu sebegini, banyak betul benda-benda yang tercatat dalam diari dan perlu dilangsaikan dalam satu-satu hari.

Gila ah, tak sabar nak balik ke Gemereh, nak jumpa mak, ayah, adik2 dan famili, nak makan derian, panjat pokok rambutan, bawak budak2 naik moto jalan2 sekitar kampung, tidur tak pakai baju (kat Melben winter gegel-gegel weh!), bangun subuh pakai real kokokan ayam, dan macam2 lagi.

Gila ah, genap dah 3 tawun setengah kami jadi Melburnians, dan dah takde ikatan lagi secara absah di bumi asing ini.

Gila ah, dalam seminggu ni nak release rumah, barang2 rumah, kereta, gelfrens (?), dan sebagainya.

Gila best ah!, hujung2 waktu cenggini nak memenuhi undangan makan rakan2 yang mulia meraikan pemergian kami (kenyang fizikal, kenyang juga tuntutan hablumminannas!).

Gila ah, memikirkan assignment terakhir sebelum balik Malaysia yang mak-mak angkat aku mintak antor hari Jemaat ni! Dah siap A nak B, dah siap B nak C, ni dah buat C nak D plaaakkkk...abes takkan nak sampai Z plak wahai mak-mak angkatku oiii...adoooiiiiiii. ikutkan ajela ;p

Gila ah, nak mengemas2 rumah sebelum orang datang buat inspeksyen.

Gila ah, nak mengemas2 barang nak bawak balik Malaysia sekarang dan kendian. Syukur Alhamdulillah, ada bini yang rajin dan sanggup setelkan most of the things.

Gila ah = ting tong = nyut nyut nyut kepala = bengong = stress.

Tak sabarnya nak langsaikan semua Gila Ah ini... ;p


p/s: nyut nyut nyut kepala...rasanya mao pecah!!!! hahahaha...bestnya nyanyi lagu si Doyok yang feymes satu masa dulu.


3 comments:

JUMEE ZAILA AHMAD said...

kami akan merindui mu wahai adikku neezam....!!!

*juliet le sweetheart said...

sian lakiku ini... stressss jugak!!!!!

Suria said...

wahh.. saya pun termasuk dalam kategori gila ah ni... tp rambut tak mencacak macam kucing tu lagik! ;p

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails