sesetengah kita sukar mengungkapkan perkataan TERIMA KASIH. macam akan keluar sejuta ketulan-ketulan emas dari dalam mulut hilang begitu saja andai TERIMA KASIH diucapkan.
sesetengah kita begitu mudah mengungkapkan perkataan TERIMA KASIH. umum menerima bahawa itulah gaya seseorang menghargai akan sesuatu yang dibuat oleh pihak lain terhadap dirinya.
sesetengah orang mengungkapkan TERIMA KASIH kerana mahukan bukan sekadar jawapan SAMA-SAMA atau KEMBALI, tapi lebih dari itu...balasan. Balasan atas kebaikan yang dibuatnya kepada pihak lain. bak kata orang 'aku dapat kau dapat,kau dapat aku pun nak dapat'. Dalam satu keadaan, ya itu ok, diterima, takda masalah. feirr en skueerrr. tapi dalam satu keadaan lain, TERIMA KASIH itu seakan2 dibuat2, dipaksa2 demi kepentingan diri sendiri yang mengharapkan a.k.a mewajibkan pihak yang menerima TERIMA KASIH membalas kebaikan atau budi yang telah dihulurkannya.
**********************
itu sekadar ulasan tentang kategori-kategori pengungkap terima kasih. Suka tak suka, itu mungkin kenyataan...aku sendiri dalam kategori mana? jujur aku katakan...aku pernah berada dalam KESEMUA kategori TERIMA KASIH...hehehehe. well, manusia tak purfek maaa...
Aku ingin mengucapkan TERIMA KASIH seluhur-luhurnya dan pertama-tamanya kepada ALLAH SWT tuhan sekalian alam. syukur alhamdulillah....aku bahagia dengan segala nikmat yang KAU berikan, dan aku bersyukur aku masih dapat menempuh segala dugaan dan cabaran yang KAU berikan...alhamdulillah.
Aku ingin jua mengucapkan jutaan TERIMA KASIH buat emak dan ayah yang kuhormati dan kusayangi, isteri nan satu yang tercinta, adik2 yang aku rindui, anak-anak buah hatiku, keluargaku, kawan2ku, dan semua orang yang berkait-mait dalam kehidupan aku...terima kasih kerana mencorakkan warna warni kehidupan aku laksana persembahan citrawarna 1 Malaysia di Shanghai China World Expo...jatuh bangun, ketawa menangis, atas bawah kehidupanku banyak dicorakkan oleh kalian....TERIMA KASIH.
tak kisahlah kalau lirik dalam lagu si Afgan ni signifikan atau tidak untuk kalian semua...yang pasti aku nak sebut dan tujukan lagu TERIMA KASIH CINTA ini buat kalian...... sekali lagi:
Satu ketika dulu, sebelum aku sambung belajar, memang aku akui penarafan THES-QS ni menjadi kegilaan/igauan universiti-universiti di Malaysia. Kami para pensyarah selalu diingat2kan oleh orang-orang atasan universiti supaya berusaha meningkatkan mutu kerja demi meletakkan nama universiti dalam ranking THES-QS ini. Biarlah usaha itu memakan masa 5,10 tahun pun, asalkan mutu dan kualiti kerja kami berhasil (mungkin) untuk dapat menginjakkan universiti dalam kumpulan 100 terbaik di dunia, atau setidak-tidaknya 500 yang terbaik di dunia!
sesetengah kami rasa seronok dan teruja. ini peluang untuk meluaskan kemampuan diri sebagai pendidik! ini peluang untuk menjadi pensyarah bertaraf dunia!
Academic Peer Review The Academic Peer Review is the centrepiece of the QS World University Rankings™ and is based on an online survey distributed to academics worldwide. Results are compiled based on three years worth of responses totaling 9,386 in 2009. Respondents are not permitted to submit their own institution or to respond more than once (their latest response is counted). Weightings are applied both geographically and by discipline to ensure as fair a representative spread as possible.
Employer Review Similar to the Academic Peer Review, this indicator is based on a global online survey, this time distributed to employers. Results are again based on three years worth of "latest response" data. Geographical weightings are again applied to ensure fair representation from key regions of the world.
Faculty Student Ratio Faculty Student Ratio is used in many ranking systems and evaluations in the world, and whilst it may not be a perfect measure of teaching quality, it is the most globally available and accessible measure of commitment to teaching. An indication that the institution in question has sufficient staff to teach its students.
Citations per Faculty Citations are a widely used, conventional measure of research strength. A citation is a reference to one academic publication in the text of another. The more citations a publication receives the better it is perceived to be, the more highly cited papers a university publishes, the stronger it can be considered to be. As a measure this is somewhat geared towards scientific and technical subjects, which is why it doesn't carry more weight. The source used in this evaluation is Scopus, the world's largest abstract and citation database of research literature. The latest five complete years of data are used. The total citation count is factored against the number of faculty in order to take into account the size of the institution.
International Factors In today's increasingly globalized world, the most successful universities have to attract the world's bet students and faculty. Simple evaluations of the proportion of international students and international faculty serve as indicators of an institution's international attractiveness. These indicators are then combined using standard statistical methods to yield the overall scores you will see in the results tables. If you are interested in greater detail, this section of the website contains a wealth of in depth information on how the rankings are compiled.
kriteria-kriteria atau indikator-indikator yang ditetapkan oleh badan penarafan Quacquarelli Symonds di atas misalnya, kelihatan seperti 'boleh' untuk dicapai oleh setiap universiti (dalam konteks perbincangan artikel ini, 'universiti' adalah universiti awam) walaupun tidak 100%. Tapi hakikatnya diakui ramai ahli akademik sekarang, indikator-indikator ini tidak bersifat universal, berat sebelah, bahkan ianya adalah indikator yang memberi ruang kepada universiti-universiti 'kaya dan berpengaruh' dan berada di 'sana' (di eropah dan us dan sekutu-sekutunyalah, mana lagi!) untuk menempatkan diri dengan mudah dalam ranking top 100!
Apatah lagi pengakuan yang dibuat oleh orang-orang besar dalam gagasan THES-QS yang sudah terpecah ini bahawa selama beberapa tahun 'gelombang penarafan' ini mengharung dan menjadi momokan alam menara gading secara global, penarafan ini sememangnya MERAGUKAN, TIDAK ADIL, TIDAK VALID, KURANG RELIABILITI, DAN BERHASIL MENAIKKAN NAMA UNIVERSITI-UNIVERSITI YANG MAMPU MENAJA badan-badan penaraf tersebut.
aku tertarik dengan artikel Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak,Naib Canselor Universiti Sains Malaysia yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, 19/5/2010:
Muslihat penarafan IPT kini terbongkar
Masing-masing mendakwa yang pangkalan data merekalah yang lebih baik dan berwibawa untuk tujuan penarafan - sedang tujuan pangkalan data sebenarnya adalah terhad untuk rekod dan rujukan dan tidak berhasrat untuk tujuan perbandingan yang jitu!
BENCANA musim panarafan universiti tiba awal pada kali ini. Teringat saya lebih kurang enam tahun yang lalu, apabila pihak Kementerian Pengajian Tinggi ingin memasukkan penarafan sebagai salah satu kriteria kecemerlangan bagi sesuatu universiti di Malaysia, saya mencadangkan kita menolak ura-ura tersebut. Ini adalah kerana pada asasnya usaha penarafan terbanyak dikritik sebagai sesuatu yang tidak munasah dari segi prinsipnya, terutama dari sudut akademik dan intelektual.
Apatah lagi kini terdapat pelbagai bentuk penarafan yang ada dilambakkan, dan yang mana satu pula yang diwajar disasarkan untuk tujuan kita di Malaysia. Pada masa itu penarafan gabungan antara Times Higher Education Supplement (THES) dan syarikat Quacquarelli Symonds (QS), atau lebih dikenali sebagai THES-QS adalah begitu popular sekali.
Dan kita ada kecenderungan ke sana kerana ramai yang lebih mudah memahami tentang 'angka' daripada isu 'isi' berkaitan dengan aktiviti tersebut. Malah ini jugalah strategik pemasaran yang digunakan oleh penaja penarafan. Walaupun tiada kata putus dalam hal ini, namun ada semacam kesepakatan bahawa THES-QS adalah penarafan yang paling 'diiktiraf' oleh pihak yang berwajib. Lagipun pejenamaannya adalah sebagai "World University Ranking" - atau Penarafan Universiti Sedunia.
'Dunia' siapa yang dimaksudkan tidak pun dihiraukan bagi mereka yang lebih gemar kepada publisiti dan populariti murahan!
Oleh itu mahu tidak mahu setiap kali THES-QS membuat pengumuman suasana di negara ini menjadi hiruk-pikuk oleh berbagai-bagai pihak. Ada pula yang menangguk di air keruh baik di Parlimen sekali pun seolah-olah merekalah yang faham benar tentang perkara ini. Tidak kurang pula mempolitikkannya tidak ubah sebagai ejen yang menganjurkan sistem yang diuar-uarkan oleh pihak THES-QS! 'Bencana' besar mutakhir berkaitan ini adalah pada 8 Oktober tahun lalu apabila penulis terpanggil membuat ulasan mengenainya dalam Utusan Malaysia (13 Oktober 2009). Namum perkembangan yang berlaku baru-baru ini telah mengubah segala-segalanya! Ia telah membuka berbagai-bagai tembelang yang mempamerkan muslihat tentang penarafan THES-QS ekoran lafaz talak tiga antara pihak THES dan QS tidak lama dahulu.
Apa yang ketara bahawa jangkaan bahawa penarafan bukan satu ukuran yang mantap dan tidak melambangkan apa yang mereka dakwakan telah menjadi kenyataan. Ini dikukuhkan lagi oleh pegawai utama THES, Phil Baty, yang mengulas akan kepincangan penarafan tersebut dari sudut kaedah dan pemilihan serta penakrifan kriteria yang digunakan.
Pendedahan ini pada mula dibuat dalam sebuah persidangan antarabangsa "Going Global 4" di London pada Mac lalu. Penulis berkesempatan mendengar sendiri kritikan tersebut. Malah pegawai THES itu memulakan pembentangan kertas kerjanya pada sesi Flawed ranking or key benchmarking? dengan mengakui 'kesilapan' yang pernah dilakukannya sebagai antara yang bertanggungjawab dengan penarafan THES-QS di bawah penyeliaannya untuk selama enam tahun bermula pada tahun 2004 lagi.
Kritikannya terus terang mengatakan bahawa THES-QS tidak cermat dan teliti dalam usaha melakukan penarafan tahun itu, di samping lemah dari berbagai-bagai sudut, termasuk kaedah dan pengutipan maklumat!
Anehnya keinsafan ini hanya timbul selepas enam tahun sedangkan pada tahun pertama lagi perkara ini telah ditonjolkan kepada mereka, tetapi tidak dipendulikan sama sekali. Dan dengan angkuh terus memperagakan produknya yang meleset.
Lebih aneh lagi masih ramai pula yang membelinya termasuk politikus-politikus yang agak dangkal kefahamannya tentang isu ini!
Jika ini tidak memadai, pegawai yang sama kini sibuk menulis makalah di akhbar-akhbar berbahasa Inggeris Malaysia bagi mengutarakan hujah yang hampir sama. Antara lain beliau mengulangi bahawa QS tidak berlaku adil semasa beliau turut serta mengendalikan penarafan tersebut. Natijahnya ialah usaha penarafan yang telah digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak sebenarnya merupakan sesuatu yang sia-sia dan hanya bak meludah ke langit sahaja! Jelas mereka tidak (mahu) memahami isu sebenarnya dan mudah terpengaruh dengan penilaian yang dibuat tanpa keinginan menyiasat dengan mendalam akan asal-usul penarafan berkenaan, mahupun prinsip serta kerelevannya. Sebab itu kini rata-rata ramai yang terperangkap dengan pengakuan Baty tentang THES-QS, sehingga kelantangan mereka sekarang ini amat memalukan. Termasuk para sarjana yang bermati-matian menjadi pengikut setia THES-QS! Begitu juga dengan mereka yang sering apologetik setiap kali THES-QS membuka mulutnya.
JIka dahulu ada pihak yang mengandaikan bahawa sektor pengajian tinggi negara menghadapi krisis dan memalukan negara, kini Baty dengan yakin menyangkal bahawa ini tidak benar sama sekali. Kata beliau, pencemuh ini tersilap dan wajar dimaklumkan yang mereka telah terheret dengan dakyah THES-QS selama ini. Kini mereka terpaksa menelan semula kata-kata keji yang dihamburkan pada satu ketika dahulu!
Pada mata ramai kita rasa sedih kerana kita terlalu mudah menjadi kerbau dicucuk hidung, tanpa usul periksa. Asalkan ada pihak 'luar' - apa lagi dari Barat, memberi keyakinan, kita menyerah saja!
Ternyata sekarang ini selepas kita diyakini oleh pihak luar yang sama tentang sebaliknya, apa pula persepsi kita kini?Apa pun pendedahan yang telah dilakukan oleh pihak THES terhadap QS menjelaskan beberapa hal yang tersembunyi tentang penarafan institusi pengajian tinggi selama ini. Dan tidak seperti yang diuar-uarkan.
Pertama, usaha seperti ini lebih berbau komersial daripada ilmiah. Yakni bertujuan untuk melariskan jualan penerbitan masing-masing dengan menjadikan penarafan sebagai tarikannya. Oleh yang demikian, sebab itu begitu banyak akhbar serta majalah menaja usaha penarafan ini, dan akan berakhir hanya apabila penerbitan tersebut terkubur seperti majalah Asiaweek beberapa tahun lalu.
Kedua, wujud sepakatan untuk melariskan pangkalan data tertentu sebagai satu perkongsian perniagaan yang menaja penarafan. Oleh itu tidak hairan THES-QS dahulu (dan kini QS sahaja) memilih pangkalan data yang berbeza dengan penarafan yang akan dilakukan THES secara persendirian. Pemilihan ini sahaja menampakkan yang aktiviti penarafan ini agak sewenang-wenang (arbitrary) bentuknya, dan tidak pula mantap. Malah THES-QS pernah berubah pangkalan data sejak ini mula dilancarkan dengan alasan yang sama.
Ketiga, penarafan lebih cenderung kepada nilai dan amalan norma Barat, misalnya dengan mengambil kira penerbitan berbahasa Inggeris atau Sepanyol (mengapa Sepanyol pula?) sahaja, atau sumber yang mirip kepada budaya Barat. Ini bermakna kekuatan ilmu yang bukan dalam bahasa serta amalan Barat tidak mendapat tempat langsung dalam pengiraannya. Jadi jelas ini berat sebelah kepada dunia bukan Barat, maka sejauh manakah ketepatan penilaiannya?
Keempat, kerangka penarafan dilakukan tanpa mendapat pandangan mahupun suabalik daripada institusi yang disasarkan sebagai 'peserta' dalam penarafan yang dicadangkan. Selain itu kriteria acap kali berubah dari tahun ke tahun. Maksudnya mereka menetapkan apa yang baik untuk kita, sama ada sesuai atau tidak bukan isunya! Kelima, tidak kurang juga para 'peserta' menaja aktiviti penarafan tersebut secara langsung atau tidak - termasuk membuat pengiklanan tertentu - di laman sesawang pihak penaraf. Ini jelas menunjukkan percanggahan dan tidak beretika (conflict of interest) dan menggambarkan amalan songsang dengan dunia akademik.
Apa lagi segala data dan maklumat yang dihantar terbukti tidak langsung disemak dengan teliti, sehingga berlaku berbagai-bagai keaiban. Maka tidak hairanlah terdapat pihak-pihak yang mengambil kesempatan memalsukan data dan maklumat mereka semata-mata untuk mendapat penarafan yang lebih selesai. Dengan kata lain ketelusannya amat diragukan sama sekali.
Walaupun banyak lagi yang boleh diperkatakan, namun ini adalah antara isu yang agak ketara yang menjadi aktiviti penarafan tidak menyenangkan malah agak remeh! Malangnya dalam keremehan ini pulalah kita cuba menempah nama dan kedudukan. Sekiranya dahulu ini tidak jelas dan kurang (mahu) difahami, sekarang perbalahan antara THES dan QS dikhalayak ramai dan secara terangan sewajar menyedarkan kita tentang keadaan sebenarnya. Sewajarnya kita lebih peka lagi matang akan segala muslihat yang dibongkar oleh Baty secara bebas dan terbuka.
Dan aku juga amat-amat tertarik dengan pendapat dan kritikan Dr Anant Graf (pernah berkhidmat sebagai profesor di USM) tentang keberhasilan/natijah penarafan universiti global dalam Utusan Malaysia, 25/5/2010.
Apa sebenar penarafan universiti sedunia?
Debat tentang penarafan universiti sedunia sedang semakin hangat, khususnya sejak Phil Baty dari Times Higher Education World University Rankings dan Times Higher Education (THE) magazine baru-baru ini mengaku bahawa penarafan dari THE selama ini mempunyai beberapa masalah besar dan oleh kerana itu tidak sah. Sayang sekali, sebelum pengakuan yang mengejutkan itu dibuat, sejumlah universiti di seluruh dunia termasuk di Malaysia, selama ini ditipu oleh data-data yang tidak sah itu. Oleh kerana mereka percaya pada data-data penarafan universiti sedunia itu, banyak wang dikeluarkan untuk 'naik' dalam penarafan yang digembar-gemburkan itu, termasuk untuk meningkatkan jumlah pensyarah 'antarabangsa.'
Beberapa hari lalu Nunzio Quacquarelli, Pengarah Urusan Quacquarelli Symonds (QS), pula mengatakan bahawa "Apa yang mengejutkan ialah kecenderungan pemimpin universiti dan kerajaan menggunakan ranking untuk menentukan sasaran strategik."
Namun, kejutan demi kejutan bahawa penarafan THE dan QS itu palsu mungkin juga membawa untung. Kini kita semua boleh merenung kembali mengapa sebenarnya penarafan universiti sedunia seperti yang dilakukan oleh THE dan QS boleh menjadi begitu penting dalam kurun waktu beberapa tahun sahaja. Bagaimana situasi dahulu sebelum syarikat swasta seperti THE dan QS menerbitkan penarafan mereka?
Harus diakui bahawa universiti-universiti sedunia dulu juga ditarafkan, iaitu secara tidak formal dan berdasarkan kriteria yang amat bermasalah. Misalnya, pada zaman kolonial dan mungkin sampai akhir-akhir ini, banyak profesor di Eropah atau di Amerika Syarikat dan Australia kurang mengakui mutu universiti-universiti di luar Barat secara umum.
Saya sendiri termasuk orang yang diminta pandangan oleh THE dan QS dalam penarafan universiti-universiti sedunia, dan saya seperti semua profesor lain yang ditanya, diminta untuk memberi persepsi subjektif saya. Kebetulan saya sedikit tahu tentang sistem universiti di Malaysia, kerana saya telah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia selama dua setengah tahun sebagai Profesor Madya dan seterusnya Profesor. Namun, bagaimana dengan profesor asing lain yang pandangannya masuk ke penarafan THE dan QS? Apakah mereka memang tahu bahawa Universiti Malaya, umpamanya institusi yang berbeza dari Universiti Kebangsaan Malaysia?
Di luar negara, istilah "Malaya" dan "Malaysia" sampai sekarang sering dicampur-aduk!
Jelas, penarafan universiti-universiti sedunia berdasarkan kriteria yang jelas dan rasional akan merupakan kemajuan kalau faktor-faktor stereotaip dan prasangka dapat diatasi. Ini membawa kepada pertanyaan, apa sebenarnya faedah penarafan universiti sedunia? Untuk negara seperti Malaysia yang ingin menarik banyak pelajar asing, jawapannya jelas: Kedudukan yang tinggi dalam penarafan universiti sedunia berfungsi sebagai maklumat kepada pelajar asing bahawa universiti di Malaysia dapat dipercayai, walaupun umur daripada banyak universiti di Malaysia belum begitu panjang kalau dibandingkan dengan universiti-universiti lama di Eropah.
Dari segi itu, penarafan boleh membantu universiti muda dan negara berkembang dalam usaha mereka untuk menarik pelajar asing. Ini dapat menjadi faktor ekonomi dalam persaingan dengan negara industri yang lama. Walau bagaimanapun, erti dan faedah sebenar penarafan universiti sedunia akan tetap amat terbatas. Hal ini kerana aktiviti penarafan tidak mungkin mengukur semua kegiatan akademik di semua universiti sedunia secara rasional, jelas dan sah.
Bidang penyelidikan dan penerbitan sahaja amat kompleks - dan amat berbeza umpamanya antara sains dan ilmu kemanusiaan. Begitu juga dari aspek bahasa. Misalnya, apakah kita semua harus mengabaikan penerbitan dalam bahasa ibunda kita masing-masing, hanya kerana dalam penarafan universiti sedunia hanya terbitan dalam bahasa Inggeris?
Tentu tidak! Bahasa Melayu, Perancis, Rusia, Arab, China, Jerman dan lain-lain mesti terus digunakan sebagai bahasa ilmiah.
Kalau perlu, yang patut dihapuskan adalah penarafan universiti sedunia, bukan bahasa ibunda kita masing-masing.
PENULIS ialah Pengerusi Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman.
ironinya, aku yakin hari ini masih banyak pihak di Malaysia yang ber'kiblat'kan THES atau QS dalam menarafkan diri universiti sebagai 'tanda' universiti itu sudah hebat,cemerlang,mantap,terpelihara mutunya... Persoalannya, apakah kita masih mahu berpaksikan kedua-dua badan penarafan ini yang hakikatnya sama-sama telah memecahkan pekung di dada lawan masing-masing (dulu sahabat rapat!) bahawa kualiti penarafan mereka adalah bertaraf SAMPAH? tepuk dada, tanyalah selera.
Dan sebagai penutup entry aku kali ini, pendapat Shaharudin Idrus tentang usaha universiti mengejar penarafan dunia boleh dijadikan gagasan 'kata hati' aku sendiri iaitu: berpijaklah di bumi yang nyata, berpeganglah pada sesuatu yang meyakinkan, berusahalah sekadar yang mampu tak kira apa pun kata orang, jangan memaksa2 diri kelak ia merosakkan keikhlasan hati! ;p
Budaya penarafan universiti Oleh SHAHARUDIN IDRUS--- dinn6358@gmail.com Mengambil kira sindiran tajam yang dikemukakan oleh pemain perseorangan utama China, Lin Dan bahawa kedudukannya di ranking nombor 2 dunia bukanlah penghalang utama untuk beliau berasa merendah diri dan sukar untuk menundukkan pemain nombor 1 dunia ketika ini iaitu Datuk Lee Chong Wei dalam pertemuan separuh akhir kejohanan Piala Thomas di antara Malaysia dan China baru-baru ini.
Menurut Lin Dan apa yang lebih penting dan utama ialah menjuarai kejohanan-kejohanan utama seperti Olimpik, Kejohanan Dunia, All England dan membantu pasukannya menjuarai kejohanan Piala Thomas daripada memikirkan tentang ranking peribadi sendiri.
Pandangan ini agak menarik sekiranya sindiran ini diaplikasi dan disesuaikan dengan kedudukan ranking universiti di Asia dan di dunia. Tidaklah sukar untuk mengatakan bahawa ranking yang dikejar oleh kebanyakan universiti di Malaysia terutamanya untuk berada di dalam senarai 100 mahupun di 10 ranking terbaik dunia bukanlah sesuatu yang wajar dengan menggemblengkan seluruh tenaga, usaha dan masa warga universiti untuk terlibat sama dalam proses tersebut.
Sementelahan pula senarai kedudukan universiti yang dikeluarkan untuk menarafkan universiti itu bukanlah datang dari sebuah badan yang benar-benar berwibawa dan diiktiraf di peringkat antarabangsa serta menggunakan indikator-indikator yang sepunya serta pengadil yang mendapat latihan dan menggunakan peraturan dan garis panduan yang sama sebagaimana yang digunakan dalam badan sukan antarabangsa, misalnya Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) atau Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Laporan sebuah akhbar baru-baru ini mengenai senarai kedudukan universiti-universiti di Asia dengan meletakkan empat universiti penyelidikan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM); dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengikut kedudukan 100 di Asia menunjukkan bahawa ranking ini tidaklah menunjukkan sesuatu yang begitu penting dan utama.
Oleh yang demikian, apa yang membuatkan sesebuah universiti itu lebih dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat antarabangsa adalah sumbangan besar yang diberikan oleh universiti tersebut walau dalam apa juga bidang yang ditumpukan dan bukannya ranking itu semata-mata.
Salah satu tugas utama universiti adalah untuk menjana pelbagai ilmu baru yang dapat dimanfaatkan oleh seluruh masyarakat negara ini dan dunia amnya. Tenaga para ahli akademik universiti perlu digembleng untuk menjalankan penyelidikan yang berterusan dalam bidang kepakaran masing-masing dan mampu menghasilkan teori dan ilmu baru yang mungkin merubah pandangan dunia.
Kerja penyelidikan dan penelitian bersungguh-sungguh yang dilakukan secara berterusan, sistematik, berkala dalam tempoh jangka masa yang panjang (misalnya satu generasi) untuk meneliti pokok persoalan dalam konteks bidang yang dikaji dan disokong oleh dana yang berterusan akan menghasilkan sesuatu yang baru -- teori, konsep, epistemologi, metodologi - yang akan mengubah pandangan dunia serta mengiktiraf kedudukan penyelidik di negara ini.
Penyelidikan yang dijalankan pula tidak seharusnya terkongkong dalam kelambu penyelidikan monodisiplin tetapi harus melewati sempadan penyelidikan bersifat multi-disiplin mahupun trans-disiplin sebagaimana kajian yang dilakukan oleh penyelidik luar negara terutamanya oleh universiti-universiti tersohor dunia.
Penyelidikan yang dijalankan dengan bersungguh-sungguh ini akan mengungkap pemahaman dari fenomena sedia ada dan berdasarkan budaya setempat yang terhasil daripada kekayaan ruang yang diteliti serta keluwesan epistemologi yang dipilih.
Persoalan pokok yang dikaji tersebut sedikit demi sedikit difahami, diperhalusi, dirungkai, digarap dan seterusnya dapat diartikulasikan agar menyerlahkan hubung kait di antara persoalan pokok yang dikaji tadi dengan rangkaian pemacu-pemacunya bagi mendapat bentuk dan memahami proses realiti setempat sepenuh mungkin.
Hasil penyelidikan secara berterusan ini membantu keyakinan dan kejelasan hubung kait fenomena tersebut serta menambah nilai kepada pemacu sedia ada. Penelitian sebegini yang dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tertentu berasaskan kerangka persoalan bidang penyelidikan akan membantu dalam menjana model, metodologi dan teori setempat.
Pembinaan dan peneguhan model, penjanaan metodologi dan teori yang didukung oleh budaya setempat akan menjadi lebih bermakna dalam mengungkapkan ruang dan persekitaran bidang penyelidikan pada masa kini dan akan datang. Teori atau hipotesis yang diungkapkan itu akan mampu menyanggah dan memperdebatkan teori atau model luar yang dipamerkan dan seterusnya meningkatkan wacana dan perbahasan dalam sesuatu bidang penyelidikan yang berhadapan dengan persoalan yang lebih mendalam.
Penyelidikan berasaskan realiti dan budaya setempat ini akan menjadi penyumbang kepada pembinaan korpus ilmu dalam bidang yang diselidiki itu sendiri dan pada masa yang sama akan mencorakkan pembangunan hala tuju bidang tersebut pada masa hadapan.
Perenungan yang dibuat mengandaikan bahawa setelah memerhatikan sekian lama pola dan aturan sesuatu kejadian itu, maka terungkaplah pula dakwaan, hipotesis, metodologi, model dan akhirnya teori yang diasaskan kepada budaya tempatan yang mampu mengungkapkan dan pentafsiran ilmu dalam kosmologi tempatan, melahirkan falsafah dan epistemologi ilmu berdasarkan nilai, pemikiran dan budaya kita sendiri. Justeru, jika berdasarkan pandangan dan sindiran Lin Dan, menghasilkan seorang penyelidik yang bergelar Nobel Prize atau setaraf dengannya adalah jauh lebih baik daripada mengejar ranking sehingga tersenarai dalam kedudukan 100 mahupun 10 universiti terbaik di dunia.
Janganlah usaha mengejar ranking ini menjadi suatu rally yang cukup panjang dan terlalu terikut-ikut dengan rentak yang tidak mendatangkan keuntungan kepada sesiapa pun dan akhirnya "yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran" atau sekadar "menang sorak kampung tergadai".
PENULIS ialah Felo Penyelidik/Pensyarah Kanan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari), Universiti Kebangsaan Malaysia
********************************************** aku: BANGGA BEKERJA DI USIM!
tapi, itu demi kebaikan. satu-satu pengorbanan itu memang pahit, tapi apakan daya, aku harus meninggalkan sesuatu yang 'baik' demi sesuatu lain yang lebih lebih lebih lebih baik!
memang tak dinafikan aku dikategorikan sebagai orang yang ketagih bukak Facebook hari-hari. memang mengkhayalkan. bak kata orang "makan: Facebook, minum: Facebook, tido: Facebook, berak:Facebook!"
Kadang teringat balik ramai orang ada cakap, inilah hasil kejayaan orang2 Yahudi dalam mengambil masa2 keemasan bangsa2 lain, duduk tercongok depan lappy, pc atau monitor henset, melayan facebook. Tapi harus juga diakui, kalau bijak macam orang2 lain2, pasti tooluntuk meranapkan bangsa lain oleh Yahudi seperti facebook ni boleh bertukar jadi tools untuk menjayakan misi dakwah Islamiyyah.
Dari segi dakwah tu, aku ucap terima kasihla pada pelopor dan pencipta social networking facebook ni, sapa lagi kalau bukan Mark Zuckerberg. Memang selalula dapat sampaikan secubit/secebis ilmu yang aku ada melalui facebook ni. tapi dari segi penggunaan masa melayari coretan-coretan kawan2 dalam facebook...memang aku kalah! kalah teruk!
untuk itu, demi kebaikan dan kelancaran proses menulis thesis aku yang dah masuk kategori weow weow weow bunyi siren embulen dalam waktu kebelakangan ini, maka secara rasminya aku lafazkan:
AKU DAH BERCERAI DENGAN FACEBOOK!
tunggulah nanti bila2 waktu dah habes edahnya, aku rujuk kembalilah dengan kau..hehehehe.
oh facebook, kenangan2ku bersamamu sangat2 kurindui...tapi, demi kebaikan diri aku sendiri...aku terpaksa buang kau jauh2 dari hidup aku buat sementara. kenang daku dalam doamu.... ;p
Macam roda, selalu di atas selalu di bawah, selalu jua di tengah-tengah. Syukur Allah permudahkan aku dari segi sokongan keluarga yang tidak berbelah bahagi. terutamanya isteri tersayang Julie. aku lepaskan kebanyakan urusan melayan kerenah anak-anak pada dia, urusan rumahtangga dan sebagainya. dia antara manusia paling tabah yang pernah aku jumpa. cukup setia denganku dan menyokong aku melalui susur-susur perjuangan PhD aku ini. aku sendiri tak sekuat dia..sungguh!
Syukur kepada Allah kerana mengurniakan aku, emak dan ayah yang sangat tabah dan bijak mendidik aku sehingga aku mampu berdiri sendiri dan mampu ke tahap yang aku capai sekarang. terima kasih tidak terhingga buat emak dan ayah.
Syukur jua aku pada Allah kerana sumber-sumber sekitar yang sangat mudah untuk aku peroleh demi menyempurnakan penulisan aku. Syukur jua kerana dianugerahkan dua mak angkat 'mat salleh' yang sangat sporting, memahami, tidak pernah sesekali menekan, menggasak atau membuli aku dalam kerja-kerja PhD aku... setakat ini. sapa lagi kalau bukan supervisors aku.
Syukur jua kerana aku diberi ruang untuk melakar kenangan dalam hidup aku melalui dunia 'permanent head damage' ini. lantaran beratus ribu bahkan jutaan umat manusia di Malaysia tak berpeluang menikmati peluang seperti ini, aku berjanji akan aku curahkan segala jasa dan bakti semampu aku buat semua orang bila aku sudah balik Malaysia nanti. akan aku kongsikan sebaik mungkin segala pengalaman dan pengetahuan ciput yang aku ada ini untuk kebaikan semua, terutamanya anak-anak bangsa aku di USIM nanti.
memang perit kebelakangan ni selalu stay up di office di Graduate Skul of Manajemen ni. Kena kuat bekerja...padan muka aku, awal2 dulu banyak main ;p
Artikel aku yang ini dimuatkan dalam buku khas Koleksi Rencana Merdeka terbitan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan USIM pada 2007. Artikel ni dah obsolete dari segi contentnya yang terkini, tapi masih berupaya memberikan gambaran perkembangan sektor pengajian tinggi di Malaysia selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.Fokus audien untuk artikel ini? sudah tentu yang berminat saja..hahaha. enjoy.
Umum mengiktiraf bahawa universiti adalah institusi yang memiliki reputasinya yang tersendiri harus dihormati kerana ia adalah gedung penyebar ilmu. Pengiktirafan sebegini secara asasnya adalah satu kontrak sosial yang telah diletakkan oleh masyarakat yang mengharapkan universiti dan para pensyarahnya terus menjaga martabat dan kemurnian ilmu pengetahuan.
Jika diamati perkembangan dunia pengajian tinggi secara global, ternyata bahawa pengajian tinggi merupakan sektor yang sangat berpengaruh dalam menjana pembangunan sesebuah negara. Sektor pengajian tinggi tidak lagi sekadar berperanan sebagai institusi penyebaran ilmu pengetahuan, bahkan lebih kepada penyumbang aktif dan agen perubahan kepada kemajuan dan keharmonian ekonomi, politik dan sosial (Thillaisundaram, 2003). Begitu jua senarionya yang berlaku kepada pengajian tinggi di Malaysia. Sejak tertubuhnya Universiti Malaya sebagai universiti awam yang pertama pada 1962 sehinggalah kepada penubuhan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada 2006, dunia pengajian tinggi di Malaysia terus mengorak langkah yang progresif dalam menyokong pembangunan sosio-ekonomi negara. Ditambah dengan perkembangan kolej dan universiti swasta yang mencatat sejumlah 560 institusi pada awal 2007 yang merancakkan lagi kepesatan sektor pengajian tinggi di Malaysia.
Pengajian tinggi selepas era kemerdekaan telah dinobatkan antara institusi utama dalam mendukung dan menjayakan pelbagai polisi dan dasar negara. Misalannya, Dasar Ekonomi Baru (1970-1990) dan Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) telah berjaya mencapai matlamat pembasmian jurang kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat secara adil dan saksama melalui peranan yang dimainkan oleh universiti tempatan. Universiti tempatan berperanan menyediakan ruang pengajian yang luas dan saksama dalam bidang-bidang kritikal seperti perundangan, perubatan, sains dan teknologi untuk semua bangsa di Malaysia. Impaknya, universiti tempatan berupaya melahirkan sumber manusia berpengetahuan tinggi dan berakhlak mulia yang menjana pembangunan ekonomi negara di pelbagai sektor, selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Sebagai usaha kerajaan untuk memantapkan sektor pengajian tinggi, pelbagai polisi, dasar dan strategi telah diimplementasikan. Penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun 2004 adalah satu mekanisme sokongan kerajaan terhadap perkembangan universiti-universiti tempatan. Sokongan kerajaan juga turut terserlah melalui peruntukan yang besar untuk sektor pengajian tinggi dalam setiap bajet Rancangan Malaysia. Dalam rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) umpamanya sejumlah RM16 bilion diperuntukkan oleh kerajaan bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan di sektor pengajian tinggi. Dan seharusnya di pihak universiti, sokongan padu kerajaan ini dibalas dengan memantapkan kredibiliti dan kualiti di dalam pelbagai aspek.
Kualiti menjadi isu teras yang menentukan tinggi rendahnya reputasi sesebuah universiti. Untuk itu, semua universiti baik awam mahu pun swasta telah meletakkan sasaran untuk menjadi ‘universiti kelas dunia’ sebagai nilai ukur kualiti institusi mereka. Natijahnya, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia telah berjaya tersenarai di antara universiti terbaik di dunia dalam kajiselidik Times Higher Education Supplement beberapa tahun kebelakangan ini. Begitu juga kejayaan para pensyarah universiti tempatan yang meraih anugerah dan pengiktirafan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) di peringkat dunia, menjawat jawatan utama di peringkat antarabangsa seperti di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan pelbagai lagi pencapaian membanggakan, telah menyerlahkan lagi kualiti pengajian tinggi Malaysia di mata dunia.
Dalam usaha mengekalkan kualiti sesebuah institusi pengajian tinggi swasta pula, kerajaan menetapkan bahawa institusi ini tertakluk kepada prinsip dan peruntukan yang tertakluk di dalam Akta Pendidikan 1996, Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996, dan Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996. Jelas akta-akta ini telah membantu institusi pengajian tinggi swasta dalam menjaga reputasi institusi masing-masing. Buktinya sehingga ke hari ini, terdapat lebih 20 institusi pengajian tinggi bertaraf universiti dan kolej universiti yang berjaya menarik minat pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di institusi mereka. Kredibiliti dan kualiti yang diserlahkan oleh institusi pengajian awam dan swasta ini diyakini dapat merealisasikan hasrat kerajaan menarik sejumlah 100 ribu pelajar asing menuntut di universiti-universiti tempatan.
Di alaf baru ini, terdapat banyak cabaran yang perlu diharungi oleh sektor pengajian tinggi negara dalam pengekalan weltanshauung dan survivalnya. Krisis ekonomi negara genap sedekad yang lalu dan hambatan arus globalisasi misalnya telah mengubah perspekstif pengajian tinggi Malaysia agar tidak bersifat konvensional iaitu terarah kepada aktiviti pengajaran dan penghasilan penyelidikan semata-mata. Universiti tempatan menyedari, jika tidak beralih arah kepada keterbukaan dan persaingan di peringkat global, maka universiti mereka akan terus ketinggalan ditelan arus perkembangan pendidikan dunia. Untuk itu, melalui dasar pengkorporatan pengajian tinggi awam yang diperkenalkan sejak 1998, banyak universiti awam telah melonjakkan kualiti mereka dengan mengkomersialkan produk dan perkhidmatan serta hasil penyelidikan dan pembangunan ke peringkat antarabangsa. Begitu juga dengan dasar penswastaan pengajian tinggi yang berjaya menarik minat bukan sahaja para konglomerat tempatan bahkan universiti tersohor dari luar negara seperti Australia dan United Kingdom untuk menyuburkan sektor pengajian tinggi negara.
Sektor perindustrian dan para majikan masa kini seringkali mempersoalkan mengapa graduan keluaran universiti tempatan terutamanya universiti awam tidak mampu memenuhi keperluan semasa mereka. Isu seperti graduan yang lemah penggunaan Bahasa Inggeris, kurang pengetahuan dalam bidang ICT, memiliki kemahiran yang sudah lapuk dan tidak lagi relevan, tiada ketrampilan peribadi dan seumpamanya menunjukkan bahawa pihak universiti perlu melihat kembali keberkesanan sistem pendidikan yang ditawarkan mereka. Begitu juga dengan hasil penyelidikan universiti yang dianggap tidak mempunyai nilai komersil, bersifat terlalu akademik dan tidak memenuhi keperluan industri.
Sebagai usaha membantu universiti menangani isu-isu sebegini, beberapa rancangan jangka panjang dan jangka pendek telah dirangka dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan universiti awam khususnya. Contohnya, kerajaan telah menetapkan pelaksanaan sistem rating bagi kesemua IPTA dan IPTS yang akan bermula pada tahun ini. Ia dilihat sebagai pencetus kepada kesedaran dan sifat berkumba-lumba di kalangan universiti untuk menjadi institusi pengajian tinggi yang terbaik.
Mengkhusus kepada strategi di universiti awam, kerajaan mensasarkan pada tahun 2010, terdapat sekurang-kurangnya 60% pensyarah di setiap universiti awam telah memiliki PhD. Ianya bertujuan untuk memastikan tenaga pengajar di universiti terdiri daripada pakar bertaraf dunia dan berupaya membentuk mahasiswa yang terkehadapan. Maka, jumlah pensyarah yang dibiayai kerajaan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran ditambah untuk memenuhi aspirasi tersebut. Di dalam aspek penyelidikan dan pembangunan, kerajaan telah mewujudkan banyak geran pembiayaan seperti geran IRPA yang ditawarkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Geran penyelidikan dan pembangunan sebegini turut merintis kepada usaha pembentukan hasil penyelidikan yang mempunyai nilai komersil, bertaraf antarabangsa dan berkualiti tinggi.
Demi mengekalkan sistem dan kualiti pengajaran dan pembelajaran pula, KPT menggalakkan agar ahli akademik turun ke lapangan industri dan menyertai latihan industri serta melaksanakan program pertukaran pensyarah antara universiti awam dan universiti luar negara dalam sektor kritikal seperti bioteknologi, kejuruteraan marin, perubatan dan sebagainya.
Universiti swasta turut aktif memacu perkembangan institusi mereka bagi menjamin pertumbuhan keuntungan mereka serta memenuhi tuntutan industri dan sosio-ekonomi negara. Universiti Limkokwing sebagai contoh, mengadakan memorandum persefahaman bersama kerajaan negeri Kelantan bagi membantu mengembangkan kegiatan ekonomi luar bandar negeri itu. Begitu juga kebanyakan universiti swasta mengadakan usahasama dengan universiti luar negara untuk menawarkan Twinning Program sebagai usaha menarik minat para pelajar dalam dan luar negara menuntut di universiti mereka.
Jelas, pada hari ini selepas 50 tahun negara mengecapi kemerdekaan, sektor pengajian tinggi adalah agen pemacu ke arah kestabilan sosio-ekonomi, politik dan indusri negara. Institusi pengajian tinggi tempatan berjaya mengorak langkah kemajuan mereka, seiiring kepesatan pembangunan global dan nasional. Tidak dapat tidak, cabaran dan isu-isu yang kritikal pasti akan sentiasa wujud mengiringi perkembangan dunia pengajian tinggi. Namun, jika ianya bijak ditangani dan dimanipulasi, cabaran dan isu-isu tersebut dapat dijadikan pemangkin kepada penambahbaikan kualiti dan kredibilit sesebuah institusi pengajian tinggi.
Pelik Tapi Benar? Space Time Cube?
-
Pelik tapi benar.
Dikampung saya ada tok bomoh rupanya, ada kawan dari jauh datang hantar
ayahnya sakit berubat, yang mana saya yang dekat ni tak pernah ...
Risik Pada Hati
-
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Habis dah *#risikpadahati*. Best cerita ni. Suka tengok lakonan Ummi
Nazeera. Wajahnya lembut sangat dan berkesan ...
KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan
-
Assalamualaikum wbt
5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021
Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu,
sis sekeluarga berbuka di r...
Dragon Fruit Health Benefits
-
What Absolutely Everybody Is Saying About Dragon Fruit Health Benefits and
What You Must Do [image: dragon fruit health benefits]
Dragon fruit is extremely...
Untuk saudaraku Muslimat.
-
Dont judge a book by it cover adalah sangat tidak sesuai untuk membalas
hujah kepada seruan menutup aurat.Kerana buku yang baik dan disayangi
pemiliknya ak...
rokok. nikmat di mata. siksa di jiwa.
-
tak payah aku terangkan secara MENDALAM terlebih dulu...silalah nikmati
gambar2 dan mesej2 berikut.SERONOK KAN BUAT LAWAK MACAM
NI?hahahahahaha...kelako, k...
لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيبْ
-
لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيبْ
Kalaulah kekasih itu (Nabi) ada di sisi kita (zaman kita), …
لَدَنَى الْقَاصِي وَالْقَرِيبْ
… nescaya yang jauh dan dek...
HP baru
-
Pagi-pagi lagi bangun ada kejutan..
"nah yang, hubby hulur kotak ..kotak tu tulis Nokia N97..
isinyer ntah...
sekali bukak betulla..tepon baru..
ish ish ish....
Menjengah 2010
-
Salam
Agak lama aku menyepikan diri daripada menulis di blog ini...
Hampir-hampir enam bulan rasanya. Maaf lah, mungkin kerana kasibukan
bekerja membuatkan ...
Salam Takziah
-
Salam takziah buat Makmor Hassan sekeluarga atas kehilangan ibu tersayang
pada pagi semalam, 25 November 2009. Arwah menghembuskan nafas terakhir
setelah b...
RA
-
I've been neglecting this blog for quite sometime now. Too busy with life
i.e. Zade, research work, travelling home etc. Anyway, today I just got an
offici...
Meet-up for new students in Victoria!
-
Malaysian Students Department of Australia is planning to organize a
get-together with the new students who just arrived in Victoria. In
collaboration with...