assalamualaikum
alhamdulillah. artikel aku berkaitan sambutan raya haji di melbourne keluar dalam paper berita harian 18 November 2010 yang lepas. bukan mudah sebenornya nak organise majlis se'grand' ini di perantauan kalau takdak ahli2 kariah yang mantap, sumber kewangan yang cukup, resource yang cantek. tahniah buat rakan2 di desa bundoora. semoga Allah balas segala usaha murni tuan2 dan puan2 yang berusaha keras menjayakan ibadah mulia kita ini.
nak baca lanjut buleh rujuk url di bawah....check it out.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SambutanAidiladhadiperantauantuntutpengorbanan/Article/
Namun begitu, suasana perayaan Aidil Adha pada tahun ini agak berbeza bagi kami para perantau Malaysia yang bermastautin di sebuah kawasan persisiran kota Melbourne yang kami suka namakan Desa Bundoora. Dalam sambutan Aidil Adha pada tahun ini, komuniti Desa Bundoora (rata-ratanya pelajar pasca siswazah) menganjurkan majlis solat sunat hari raya dan kenduri sempena menyambut hari raya yang mulia ini. Begitu juga, sebilangan daripada ahli komuniti kami turut menyertai ibadah korban dan aqiqah yang mana ianya menjadi suatu ibadah yang besar ganjarannya daripada Allah bersempena Aidil Adha.
Seluruh warga Desa Bundoora, telah bertungkus-lumus dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan program-program ini sejak beberapa minggu yang lalu. Misalnya, usaha menempah dewan untuk solat sunat hari raya, menguruskan tempahan dan penyembelihan lembu dan kambing, majlis rewang dan masak-memasak untuk kenduri, dan sebagainya. Semua pihak rela 'berkorban' masa, tenaga dan wang demi menjayakan majlis kami ini.
Bukan mudah untuk melihat suasana harmoni seperti ini dalam sesebuah masyarakat, apatah lagi seperti kami yang berada jauh beribu batu dari Malaysia. Peluang untuk berhimpun beramai-ramai seperti ini memberikan ruang kepada semua untuk melepaskan rindu terhadap sanak-saudara di Malaysia, bertukar-tukar fikiran, berkongsi suka dan duka, dan sama-sama menghayati erti yang tersurat dan tersirat tentang pengorbanan.
Sambutan perayaan yang dibuat mungkin sederhana, tetapi jauh di lubuk hati, kami para perantau Malaysia sedar bahawa kami sedang melaksanakan erti pengorbanan yang bukan calang-calang. Pengorbanan untuk meninggalkan keluarga yang tercinta di tanahair, menimba ilmu dan mencari pengalaman di bumi asing, mengangkat senjata membantu menjaga keharmonian dan keselamatan negara-negara yang sedang dilanda krisis, dan seumpamanya, adalah contoh pengorbanan yang cukup berbeza dan unik jika dibandingkan dengan ibadah korban yang biasa diamalkan di tanahair. Namun, semua pengorbanan ini tetap bersandarkan kepada matlamat mendapatkan keredaan Allah SWT, membawa balik segala ilmu dan pengalaman yang ditimba di luar negara untuk dikongsi bersama dengan anak-anak bangsa, dan meningkatkan martabat negara dan bangsa di mata dunia.
0 comments:
Post a Comment