Ayah aku mintak carikkan di internet contoh dokumen perjanjian sewa rumah. Atok aku ada bina dua rumah dan disewakan pada orang baru-baru ni. Jadi, kata ayah perlulah secara bertulisnya ada ikatan perjanjian yang lengkap demi kebaikan penyewa dan tuan punya rumah.
Ada orang cakap, perjanjian bertulis sebegini seakan-akan satu tanda ketidakpercayaan tuan rumah kepada penyewa. Seolah-olah penyewa ni jahat sangat, nak lari dari bayar sewa, lari dari tanggungan kerosakan rumah dan sebagainya.
Tapi harus diingat tau, inilah dia perjanjian bertulis yang sebenarnya memudahkan urusan penyewaan agar jadi jelas, ada mutual agreement dan boleh dijadikan bahan bukti dari segi legal kalau ada dispute di masa hadapan.
Inilah konsep profesional. Tuan rumah tetapkan syarat, penyewa terima syarat. dengan SYARAT juga, syarat-syarat dan terma-terma perjanjian tidak bersifat one sided dan menghenyak hak pihak yang satu lagu.
Kalau tak jadila macam cerita 3 Abdul, tak boleh makan tapi boleh cium bau, tak boleh tido dengan bini tapi kena tido dalam kandang kuda, dan tak boleh marah kalau tak nanti kena JUAL! hahahaha.
aku nak kongsikan draf perjanjian sewa rumah yang aku dengan ayah buat sama-sama tadi. Mungkin tak selengkap sesetengah perjanjian sewa rumah orang-orang lain, tapi pada kami ini sudah memadai. Kami juga akan berbincang juga dengan para penyewa rumah atok nanti kalau-kalau ada terma dalam perjanjian ini yang mereka kurang setuju, atau tak mampu nak penuhi.
Insya Allah, terma-terma ni boleh diubahsuai.... janji belum ditandatangani. kalu perjanjian tak complete, kita dah turun tandatangan, alamat jadikla penipuan dan salah guna tandatangan macam kes-kes laki2 yang mintak bini tandatangan surat2..dalam surat2 tu ada terselit surat kebenaran nikah satu lagi...haiiii...hati2 ye.
******************************************
PERJANJIAN SEWA RUMAH
PERJANJIAN ini dibuat pada tarikh ______________________________________________
di antara __________________________________(No.K/P_________________________)
yang beralamat di _______________________________________________________
(Kemudian ini dinamakan “Penyewa”)
DAN
Saya __________________________________________(No. K/P________________________)
Yang beralamat di ________________________________________________________
(Kemudian ini dinamakan “Tuan Punya Rumah”)
BAHAWASANYA saya _____________________________bersetuju untuk menyewakan rumah beralamat ____________________________________________________________ kepada penyewa dengan harga sewa rumah sebanyak RM______________sebulan. Bayaran bulanan dibuat pada _________________ haribulan pada setiap bulan ke dalam akaun bank _________________________
(no akaun) ________________________ atau secara tunai kepada Tuan Punya Rumah.
Bersama ini juga disertakan syarat-syarat tambahan sewaan rumah:
1. Bayaran deposit sewaan rumah sebanyak ___________ bulan berjumlah_______________
2. Bayaran deposit bil air sebanyak RM ____________
3. Bayaran deposit bil elektrik sebanyak RM _______________
4. Rumah hendaklah dijaga sepenuhnya oleh penyewa.
5. Penyewa tidak dibenarkan untuk menambah / mengurangkan apa-apa bahagian bangunan rumah
sewaan kecuali dengan persetujuan daripada Tuan Punya Rumah.
6. Penyewa hendaklah menanggung semua kos pembaikan terhadap sebarang kerosakkan rumah (jika
ada) semasa dalam tempoh penyewaan jika kerosakan tersebut adalah disebabkan kelalaian
penyewa.
7. Penyewa juga tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran bertulis daripada
Tuan Punya Rumah. Tuan Punya Rumah akan diberikan pendua kesemua kunci yang dipasang
atas tanggungan penyewa, sebelum ia dipasang.
8. Notis perlu diberi oleh Penyewa kepada Tuan Punya Rumah untuk menamatkan perjanjian sewaan
sekurang-kurangnya SATU BULAN daripada tarikh penamatan kontrak.
9. Penyewa hendaklah menyerahkan rumah sewaan kepada Tuan Punya Rumah dalam keadaan
baik, bersih, dan sedia untuk disewakan kepada orang lain serta membersihkan semua sampah
dengan teratur dan sempurna. Penyewa juga hendaklah mengeluarkan semua peralatan,
kelengkapan atau apa juga barangan miliknya yang telah dipasang dan akan membaiki apa juga
kerosakan akibat daripada pemasangan atau pembukaan peralatan, kelengkapan atau barangan
yang dipasang.
10. Tuan Punya Rumah berhak menamatkan perjanjian sewa rumah ini dengan memberikan notis
dalam tempoh sekurang-kurangnya DUA BULAN kepada penyewa atau dengan membayar ganti rugi
yang sewajarnya.
11. Tuan punya rumah perlu memaklumkan kepada penyewa niat untuk menetapkan kadar sewaan
yang baru sekurang-kurangnya dua bulan sebelum penetapan kadar sewaan baru.
12. Sebarang perubahan atau penambahan tentang perjanjian sewa rumah ini yang tidak disenaraikan
dalam butiran perjanjian ini boleh dirujuk kepada perbincangan antara Tuan Punya Rumah dan
Penyewa dari semasa ke semasa.
*******************************
BAHAWANYA, saya (penyewa) ______________________________ memahami segala syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas dan saya bersetuju untuk menyewa rumah yang beralamat seperti di atas.
Tandatangan Penyewa: Tandatangan Tuan Punya Rumah:
.............................................. ............................................
Nama:.................................... Nama:....................................
No K/P:................................. No K/P:.................................
Tarikh: _________________ Tarikh: __________________
8 comments:
Minta izin copy surat perjanjian di atas...tq
Hendak minta izin jugak. tq
sy pun, tq
saya pun ye. tima kasih banyak..
ASKM, MINTA IZIN UNTUK COPY CONTOH PERJANJIAN SEWA RUMAH, TQ SO MUCH
minta izin nak copy.... tq
terbaik...tqvm..mintak kebenaran sbg rujukan
waalaikumussalam.
maaf saya dah lamaa tak update blog. dipersilakan untuk digunakan. :)
Post a Comment