Rentetan daripada the chronicle of 'ThewizardofOZ', kawan saya si Melayu Jawa ini melayarilah segala bagai websites yang berkaitan untuk memahami sebaik-baiknya apa hak dirinya dalam kes ini, apakah hak si ThewizardofOZ selaku landlord, saluran perundangan manakah yang tepat untuk menyelesaikan dispute ini, etc. Dipertimbangkan jualah segala cadangan, pandangan, nasihat dan buah fikiran rakan-rakan DesaBundoora yang terlalu mengambil berat dan menyokongnya. Kepada Allah yang Maha Berkuasa jualah dipanjatkan segala doa dan harapan agar dipermudahkan segala urusan.
Maka, pada hari-hari selepas mendapat email daripada ThewizardofOZ, berikut adalah apa yang berlaku, seperti mana yang diceritakan oleh Melayu Jawa dalam emailnya kepada rakan-rakan warga Desa Bundoora.
********************************
Assalamualaikum wmt wbrkth and gud deyy..
Lanjutan daripada the apartment saga-- kes saya dengan tuan rumah lama, berikut adalah kronologi apa yang berlaku semalam (18/5/09) dan pagi ini (19/9/09).
1. Semalam pagi, selepas puas berfikir2, melayari websites yang berkaitan, pertimbangkan segala cadangan rakan2 Desa Bundoora dan berbekalkan doa yang dipohon tak putus2 ke hadrat Allah SWT, maka saya ditemani I.R. Zafiri memberanikan diri untuk berdepan dengan si WizardofOZ di officenya.
2. Mula2, saya ke rumah lama saya, berjumpa dengan tok Arab yang dah menghuni rumah tu. Saya minta dia bersedia dahulu di rumah sementara saya dengan I.R. Zafiri ke office apartment tu (konon2 nak perangkaplah si WizardofOZ dulu untuk dengar dia mengaku saya kena bayar sewa bulan May). Then, baru ajak si tok Arab ni berdepan dengan si penipu tu.
3. Saya dengan I.R. Zafiri masuk ke office, kebetulan si WizardofOZ ada di kaunter (BAGAI ORANG MENGANTUK DISORONGKAN BANTAL!), saya terus question dia macam2 sambil saya rakam perbualan kami menggunakan henset dan I.R. Zafiri rakam gunakan video kamera.
4. Awal2nya, saya tanya apa saya kena bayar? Jawapan si WizardofOZ tetap sama macam email dia kepada saya minggu lepas. Saya kena bayar SEWA BULAN 5, dan bil-bil yang berkaitan. Saya buat2 tak tau pasal org/tok arab dalam rumah lama saya, awal2nya dia kata WE CAN'T FIND ANY TENANT FOR YOUR APARTMENT, I'M AFRAID IT WILL ALSO BE THE SAME FOR JUNE, alasannya sebab bulan June adalah semester break, tadak orang mau masuk sewa rumah.
5. Lepas beberapa ketika, mungkin dia dah jadi takut, curious, suspicious, maka dia tukar plak statement dia daripada takde tenant kepada berikut: I NEED TO TELL YOU THAT PHYSICALLY THERE WAS A TENANT WHO STAYED IN YOUR APARTMENT AT THIS MOMENT. ANYWAY, HE'S NOT THE TENANT OF THE APARTMENT, WE PUT HIM THERE FOR A WHILE BEFORE WE GIVE HIM ANOTHER ONE BEDROOM APARTMENT WHICH WILL BE AVAILABLE IN MONTHS. Saya cakap kat dia, ini tak adillah, sebab sah-sah tok Arab tu duduk / jadi tenant kat apartment saya, apa kehalnya nak dikira sebagai 'physically rent the apartment' pulak? Soalan saya: Kalau tak duduk kat satu2 rumah tu secara physically, habeh tu nak duduk sewa rumah secara apa? emotionally? spiritually? baik jadi HANTU, bole dok rumah sapa2 spiritually! habehla rumah Kevin Rudd, Barrack Hussin Obama, Siti Nurhaliza, Pamela Anderson, atau sapa2 lagi kita pakat dok spiritually ramai2...gitu?
6. Si WizardofOZ kata, dia ada hak untuk rotate sapa2 duduk di mana2 apartment yang available. Siap buat contoh lagi kasik saya paham -- "contohnya, kami ada 10 rumah, you broke the lease, tinggal sembilan, so ada satu kosong. Kami boleh letak siapa2 di antara 9 tenants untuk take over rumah you". Buat masa ini kononnya Tok Arab tu duduk sementara saja, dia akan duduk rumah satu bilik yang lain. So, permanent tenant takde lagi untuk apartment saya tu. Saya cakap kat si WizardofOZ,"Kalau tenant sekarang yang physically duduk situ kononnya nak duduk di rumah tu sampai dia habis belajar, maksudnya saya kena tanggunglah sewa rumah tu sampai habis least saya November ni"? jawapan si WizardofOZ -- YA. "so, si tok arab tu pun dalam masa yang sama kena bayar sewa apartment yang samalah?" jawapan si WizardofOZ -YA. "maksudnya, tak adillah sebab dua orang bayar satu rumah yang sama? " jawapan si WizardofOZ-- "you tak faham konsep, you kena bayar sebab tamat lease sebelum waktunya, si arab tu kena bayar sebab duduk di rumah tersebut, takda konsep dua org bayar satu apartment yang sama di sini." si WizardofOZ menambah " Saya nak awak faham betul2, ini akibatnya kalau tak ikut kontrak betul2." AMBOIII, pandai betul dia manipulate / auta / ting-tong / kongkalikong keadaan kan?
7. Saya malas nak bising2, saa mintak dia print kan invoice / account statement saya. So total saya kena bayar kat dia adalah seperti berikut:
a. Bill Elektrik -- 142.90 dollar (untuk tempoh 1 bulan setengah yang saya rasa agak tinggi berbanding bil elektrik yang saya biasa dapat sebelum ni)
b. Bill Air dan pembetungan najis -- 22.70 untuk 1 bulan setengah
c. Bill untuk Carpet and house cleaning -- 178.50 (walhal saya dah bersihkan rumah sehabis mungkin, cantik berkilat, berseri2, sampai tahap yakin untuk jilat lantai toilet sebab bersih sangat!! cuma karpet je yang ada capuk sikit2 sini dan sana...ridiculous and pelik kena jugak charge semahal ni).
d. sewa rumah bulan May -- 910 (ini yang paling kontroversi)
e. Cleaning -- 25.00 (tak tau ntah hape yang dia cleaning lagi ntah! lantaklah, malas nak query lagi)
TOTAL SAYA KENA BAYAR KAT DIA KONON2NYA = AUD 1272.05
7. saya end up conversation semalam dengan kata kat si WizardofOZ " I'll get a legal advise on this matter"... dan dia dengan angkuh, sombong dan bergaya menjawab lebih kurang gini "do whatever you like. I don't easily take people's money, which is not mine!".
Tapi yang respectnya si WizardofOZ ni tak tergagap2 sangat tau bercakap, sungguh confident dan masih ada unsur2 berlagak nak mampus...semua aksi dan percakapannya ada dalam kamera yang I.R. Zafiri rakam..sapa2 nak tengok, bolehlah datang ke rumah saya.
Pada saya, level of confidence yang ditunjukkan oleh si WizardofOZ ni membuktikan bahawa kerja jahat dia ni dah selalu sangat dia buat. Dah beratus2 kes agaknya yang saling tak tumpah macam kes saya ni berlaku, dan dia silap2 gaya dah songlap beribu2 dollar secara kreatif, inovatif, bergaya dan kononnya being abided by law (ini statement emosional saya, mungkin sebenarnya juga dia baik, berbudi pekerti, berakhlak mulia, bersopan santun dan seumpamanya).
8. Saya dan I.R. Zafiri terus balik ke Wallawey Rd dan tak ajak Tok Arab tu untuk bersemuka dengan si WizardofOZ. Saya rasa no point since Si WizardofOZ tu tetap akan deny dan mengatakan tok Arab tu transit sementara je di rumah saya. So, saya ingat nak pergilah ke campus dan dapatkan legal advise daripada pihak university macam yang dicadangkan oleh rakan2.
9. Sampai rumah saya dapat replied email dari Tenants Union of Victoria berkenaan masalah yang saya adukan pada mereka last Friday. So, antara advises yang mereka beri adalah jangan bayar sewa rumah bulan 5 ni. Adukan kepada Consumer Affair, dan datang juga ke pejabat Tenants Union di Fitzroy.
10. Akhirnya pagi ni (19/5/09)...Si WizardofOZ pagi2 buta lagi dah email saya. Dan emailnya saya attach di bawah ni...
Melayu Jawa,
I have decided to release you from May 1st. You only have outstanding billswhich total $362.05 to pay. You have a bond of $910 so your refund is$547.95. Please provide me with your postal address so I can forward you thebond form.
Thank you
TheWizardofOZ
Alhamdulillah, akhirnya dia mengaku kalah jugak! dan akhirnya saya dapat keadilan yang perlu saya peroleh. Syukur, syukur sangat pada Allah. Bukanlah saya hadap sangat duit tu...tapi dalam keadaan di mana saya dah keluarkan banyak duit untuk urusan kelahiran anak baru2 ni, saya rasa terkilan sebab ada pontianak busuk sundal malam nak hisap tengkuk dan poket saya ni kasik habis segala duit secara paksa...ini tidak adillah. Kalau benar cara dan tuntutannya, saya redha.
Keduanya, saya rasa dia dah banyak kali buat benda yang sama kat orang lain. Saya tak mahu tergolong dalam golongan 'mangsa penipuan' dia ni. Itu yang saya cuba gagah2kan diri memberi sedikit tentangan dan mencabar2 apa yang patut secara aman, damai dan berdikit-dikit. Akhirnya, saya rasa dia buat pertama kalinya terpaksa angkat tangan 'SURRENDER' demi survival kerjaya dia. Kalau katalah ini merupakan skandal peribadi dia..saya yakin, universitymews boleh ambik tindakan disiplin kat dia kalau saya report ape yang patut.
Tapi, andai ini adalah komplot seluruh warga kerja universitymews yang mentekedarah duit orang2 secara bijak dan teratur, saya rasa apartment ini bukan tempat selamat untuk didiami secara 'emotionally' dan 'monetary'. Kita perlu bingkas beritahu ramai orang untuk berhati2 kalau nak sewa unit di apartment ini. Kerana 'sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya'. Personally, saya rasa kami sekeluarga sungguh teruja, aman, seronok, bahagia berada di universitymews selama setahun setengah di sana. Tapi bila berlaku kes begini, kami rasa macam duduk dalam 'syurga dalam neraka' (complicated eyy).
Saya fikir, saya kena ikut cakap mak ayah saya. Diorg pesan 2-3 hari lepas, "kalau katalah kes ni selesai dengan si WizardofOZ, sudahlah lupakan sajalah nak buat aduan kat pihak itu dan ini...biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Awak fokusla kat study awak je.. tak yah pening2 nak mengenakan orang tu semula.lagipun awak di negara orang... " Jadi, saya dengan isteri takmo buat apa2 action dah. ckuplah kot nanti, at the end of the day bila dah dapat semula duit bond saya tu, saya akan cakap kat dia BERTAUBATLAH!
Di kesempatan ini. saya nak ucapkan ribuan, bahkan jutaan terima kasih kepada semua rakan2 yang memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kami sekeluarga. Ramai yang beri nasihat melalui email, sms, telefon, face2face kepada saya. Ramai juga yang secara 'physically, emotionally dan spiritually' tampil tanpa berkira untuk membantu saya. Kalaulah dapat saya petik cahaya bulan, akan saya hadiahkan ia buat anda semua yang cukup mulia budinya, agar terus bersinar, membantu orang2 seperti saya mengharungi malam pekat yang penuh dengan pancaroba dan halangan yang tak terduga.
Saya nak ubah pepatah Melayu -- dalam hidup saya "Kawan Ketawa ada beribu, Kawan Menangis ada BERJUTA".
**************************
Begitulah adanya cerita benar riwayat hidup sang pengembara di bumi asing. Kalau tak kena gaya, mudahlah tertipu dengan orang-orang sebegini, lantaran pandangan skeptikal mereka bahawa orang asing seperti Melayu Jawa bahkan kami sendiri adalah fragile, mudah ditindas, mudah dimanipulasi, mudah dikencing, mudah diperkotak-katik, atas alasan "AKU RAJA DI NEGARA AKU!".
Nasihat aku kepada diri sendiri dan teman-teman semua: Harap janganlah juga kita buat benda sama pada orang lain...bersabarlah dan berfikir dengan waras jika ditimpa musibah atau kesukaran.
Allah SWT berfirman, mafhumnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaran (di medan perjuangan) serta kuatkan pertahanan dan bertakwalah kepada Allah. Semoga kamu beroleh kejayaan." (Surah ali-Imran, ayat 200).
-Melayu Jawa-
Wednesday, May 20, 2009
Manipulasi, Penipuan, Akal Fikiran, Kesabaran, Konfrontasi, Kebenaran, Kepuasan! -- Part 2
nukilan neezam at 9:02 PM 0 comments
Labels: kisah hidup di perantauan
Manipulasi, Penipuan, Akal Fikiran, Kesabaran, Konfrontasi, Kebenaran, Kepuasan! -- Part 1
Ini ada satu kisah benar, terjadi kepada seorang perantau Malaysia yang bermastautin sementara di bumi Melbourne. Aku namakan dia 'Encik Melayu Jawa'. Masalah dia ini tidaklah begitu severe, jauh daripada mampu menimbulkan situasi pandemic seteruk kesan wabak H1N1 pembawaan 'ba alip ba ya'. Begitupun kerana dia berada di 'rumah orang dan laman orang', masakan dia mampu nak bersuara sekuat mana bila berada di 'rumah sendiri dan laman sendiri'. Jadi, kawan2 yang 'setanah dan sebahasa'lah yang menjadi tempat untuk mengadu nasib.
Baru-baru ini Encik Melayu Jawa telah mengirimkan e-mail berikut kepada seisi warga Desa Bundoora. Tak mahulah aku menjadi narrator mengolah-olah dan menceritakan semula cerita yang diceritakan Encik Melayu Jawa dalam e-mail tersebut. Adalah elok untuk aku 'potong dan tampal' sahaja kandungan e-mail Encik Melayu Jawa untuk menjadi tatapan pelawat blog aku yang dihormati sekelian.
Tarikh e-mail: 16 May 2009, Sabtu.
Assalamualaikum and greetings Entahla, saya tak tahu macam mana nak explain secara detail problem saya ni. Nampak complicated, tapi rasanya tidak kot. Mungkin pada saya complicated, since saya pun baru je 'selesai' urusan kelahiran anak saya baru-baru ni, banyak kena buat benda tanpa disangka-sangka. Kisah di bawah ni adalah kronologi penghijrahan saya keluar ke rumah baru.
Secara simplenya (TAK SIMPLE PON) saya rumuskan begini:
1. Saya keluar rumah sewa lama untuk cari rumah baru. Alasan2: a.rumah lama yang ada satu bilik saja TAK SESUAI untuk kami berempat tinggal, unhealthy. b. jiran sebelah yang TAK RETI BAHASA suka buat bising sampai 2-3 pagi, dan bila kami buat aduan, seolah2 kami yang bersalah dan tak boleh nak buat apa2.
2. Saya punya lease tamat November 2009. Saya nak keluar awal bulan lima. Nak ikutkan memang saya salah sebab keluar lebih awal. Tapi undang2 OZ tak pulak kata TAK BOLEH KELUAR RUMAH selagi tak habis lease. So, syarat yang saya kena akur adalah SAYA KENA BAYAR SEWA RUMAH LAMA TU SAMPAI ADA ORANG LAIN TAKE OVER RUMAH TERSEBUT. Itu saya maklum.
3. Saya bagi 28-day notice pada 2 April 2009 kepada apartment administrator melalui e-mail since dia kata e-mail is the simplest medium to give them the notice. Selewat2nya saya kena keluar rumah 1 May 2009. Masa bagi notis, administrator (saya panggil WizardofOZ) tu kata akan ada orang take over rumah kami. Kebetulan ada orang yang datang rumah kami buat inspection (kenalan based on words of mouth) dan berminat nak take over as soon as possible. Saya bawak jumpa WizardofOZ, dia refused, dan kata ada orang dah nak ambik alih rumah saya, dan refused untuk process application orang tu. so saya confident NEXT MONTH (WHICH IS MAY 2009), saya dah tak perlu risau nak kena bayar sewa rumah lama dah.
4. Saya dah dapat rumah baru di Whallawey Road, 15 hb April saya dah dapat kunci. So, lepas angkat2 barang, saya dengan Isteri setuju untuk hand over kunci rumah lama lebih awal untuk BAGI PELUANG WizardofOZ DAN APARTMENT ADMNISTRATORS ready untuk new tenant take over our apartment. So, kami pulangkan kunci rumah pada 21 APRIL 2009, seminggu lebih awal dari tarikh sepatutnya kami keluar. Saya tinggalkan alamat rumah baru dan no telefon, just in case ada apa2 saya perlu dihubungi.
5. Saya datang semula pada 30 April 2009 ke office apartment sebab isteri saya kata ada tertinggal barang. Dengan angkuh si WizardofOZ kata, saya tak boleh masuk dah rumah tu, sebab diorang dah kemas untuk orang baru masuk. Saya akur, sebab saya dah pulang kunci dan tak ada apa2 authority untuk masuk rumah tu. Saya mintak tolong simpankan surat2 penting (maklumlah, isteri bersalin, ada banyak surat2 dari hospital, insurance, surat gelfrens lama saya, etc). Mana sempat saya nak tukar alamat saya dengan semua pihak. Si WizardofOZ kata itu bukan masalah dia, dia akan dispose semua surat2 tenant lama kalau diposkan ke unimews (sebenarnya diaorang kena simpan at least 90 hari kalau ikut law OZ!). Saya akur, sebab saya tak tahu law masa tu. Si WizardofOZ sekali lagi bagitahu saya pada hari itu, in a few days, there will be new tenant accommodate my apartment. Saya diberitau JANGAN RISAU KAMI AKAN BAGITAU SECEPAT MUNGKIN kalau ada new tenant.
6. Saya menunggulah berhari2 email ka, telepon ka, telegram ka, daripada si WizardofOZ tentang hal bond, bill elektrik dan air, etc. Sampailah ke hari Jumaat lepas, 15 April 2009, saya sudah tarak tahan, saya bagi email kat WizardofOZ. Then after a couple of hours si WizardofOZ jawab email saya. Email dia ada saya attach kat bawah ni, boleh baca.
Hi Melayu Jawa, We are still waiting on someone to replace you at the moment. So Currently we have not been able to replace you. This is the unfortunate risk of breaking a lease early. This means that rent needs to be paid for this month. If we find someone before the end of the month then we will reimburse you Your bills have been done and I will forward them on shortly. You can either pay for these or I am happy to wait until you’ve been replaced and deduct them from the bond. This is your choice I hope your family is well and everyone is settling in with the new baby
7. Saya terperanjat!!!!! Sebabnya, kalaulah saya tak email dia, dah sah-sah dia takkan email saya bagitau yang tak ada orang take over rumah lama saya, dan saya still kena bayar sewa bulan May 2009 ni. Dah la tu..bills untuk elektrik dengan air dia bagi kaw-kaw punya..mahal 2 kali ganda daripada yang biasa, wal hal kami tak pakai banyak pun elektrik dan air, itu kami pasti.
8. Saya pergi ke apartment office petang Jumaat tu jugak nak tengok betul ke takde orang lagi dalam rumah. Hampa, sebab saya ketuk pintu, takde orang bukak. Saya tunggu dalam 2 jam dengan oenuh debaran, tapi still hampa. So, saya balik rumah baru, dan datang semula lepas maghrib, akhirnya memang Allah itu maha kaya, rupa2nya memang ada orang dah accommodated rumah saya tu! saya nampak lampu terbukak kat bilik, kat dapur, kat living hall. SAH!!! MEMANG ADA ORANG DAH MASUK RUMAH TU!!! Saya bulatkan hati, kuatkan semangat, baca doa, saya ketuk pintu rumah lama saya. Sambil tangan saya tengah rakam video cam just in case boleh buat bukti nak tunjuk kat mahkamah ke, kat si WizardofOZ tu ke.
9. Akhirnya, sorang lelaki Arab Saudi bukak pintu, dan saya terus explained problem saya. Kebetulan, saya call Datuk Mahathir kawan saya yang duduk di apartment tu juga, dan Datuk Mahathir turun untuk bantu saya convinced mat arab tu yang saya dan dia kena kencing (tipu) dengan si WizardofOZ tu. So, Datuk Mahathir pun siap ambik dah gambo2 saya dengan Mat arab tu sebagai bukti jugak. Conclusionnya, Mat Arab tu offer saya untuk bantu settlekan masalah ni, dan ajak saya jumpa di office apartment tu bersama2 untuk pertemuan 3 PIHAK UTAMA DALAM INI CERITA. Saya setuju..
10. Ada kawan2 cadangkan terus contact Consumer Affairs of Victoria. Buat report, biar padan muka si WizardofOZ tu. Tapi saya ikut juga cakap diorang, relax, jangan melatah, sikit2 dulu, fikir2 dulu. Makaseh banyak Tan Sri Jeff, Datuk Mahathir, Dato' Jimin, I.R. Zafiri dan Tengku Din. Saya hantar email ni sebagai langkah kedua saya dalam tangani masalah ni. Saya nak dapatkan feedback daripada kawan2 semua. Langkah pertama saya dah buat tadi, hantar query kat Tenants Union of Victoria... .
so, WHAT SAY YOU FRIENDS??? PLEASE, BAGILAH NASIHAT SEBAIKNYA PADA SAYA. HARI ISNIN NI, SAYA NAK PERGI BERTARUNG JUMPA si WizardofOZ TU. TAPI MENGGELETAR DALAM HATI NI TUHAN SAJA TAU, BUKAN SEBAB TAKUT, TAPI SEBAB SAYA ADA DI NEGARA ORANG, TAKUT KENA MANIPULATE WALAUPUN SAYA YAKIN SAYA DI PIHAK BENAR.
maaf, sibuk2 je kacau masa anda semua semata2 kes tak complicated saya ini....
Hasil daripada e-mail kawan saya si Melayu Jawa ni, ramailah yang kemudiannya warga Desa Bundoora yang pakar2 dalam selok-belok dispute, undang-undang, memberikan khidmat nasihat dan kaunseling yang tidak ternilai harganya kepada tuan punya badan. Diberitahu kepada saya bahawa ini antara intipati nasihat2 yang dirangkumkan oleh encik Melayu Jawa sebagai penyelesaian apartment saga ini:
1. Kena fight Melayu Jawa! .....Baca paper Preston Leader memang sekarang banyak kes manipulate oversea student dr India..Malaysia tak dengar lagi...takkan kau first case kot.
2. ko dah cuba minta pandangan legal drpd uni tak? mungkin depa dapat tolong...
3. aku turut simpati...cuma setakat nie, tindakan ko memang betul lah.....teruskan jer....insyaAllah....ini kes ko di aniaya. cuma pada aku, baik ko bawak sorang lagi orang OZ (maybe lecturer ko ke, or siapa2) yang boleh bertutur dengan laju untuk mengelakkan dari di pesong2 oleh "WizardofOZ nie".......kalau ada org OZ yg defend ko, maybe "WizardofOZ" nie boleh dikalahkan.....
4. Jangan jumpa dengan staff tu..ia akan lebih menimbulkan masalah, sebab ini dah masuk law and fraud and salah fakta/penipuan dll.. Do not represent yr own case, it will make things more miserable..
5. Siapkan semua bahan docements terlibat/salinan perjanjian sewa rumah/salinan bayaran sewa/print out semua emails terlibat between u and her. Yang dah ada dalam email tu cantikkan lagi. Mudahkan plot perjalanan cerita.. Terus ke Victorian Tenants Union.. biar depa decide w/er u have a case to proceed or not..
6. Bahan bukti bahawa you have already met the pakcik Arab tu jangan dibawa pada Staff terlibat. Terus bawa pada VTU, they can decide w/er he can be yr witness or not..
7. Kwn saye dulu penah ade problm dgn land lord.. and kes2 menipu mcm tu.. She also took pictures from the house and all for evidence.. and what she did was, she went to uni's legal service which was a free service for La Trobe uni students around 2 or 3 yrs ago and they handled the case for her.. Tak payah bayar.. die cume had to go to court once n tunjuk muke je. Our uni very good eh.. Tanak students terganggu with studies.
8. I'm really sorry to hear about your misfortune. Kak nasihatkan buat report terus as that is the only way to stop the management from further abuse of power. Maybe boleh consult Latrobe University Housing advisor. Kak rasa this is not the first time diaorang take advantage of international students. Be strong and I'll pray that everything will work out for you and wife. Let me know if there's anything I can do to help.
Jadi...Apa pendapat anda?
nukilan neezam at 7:54 PM 0 comments
Labels: kisah hidup di perantauan
Tuesday, May 12, 2009
Selamat Hari Guru, Makaseh Banyak Cikgu!
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa patah kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.
Darjatnya guru selepas bapa dan ibu,
Katanya dipatuh dirinya dihormat,
Jasa guru dikenang selalu,
Tetap subur dunia dan akhirat.
Selamat hari guru. Ucapan khas untuk guru terbaik dalam hidup aku, emak--Puan Zaliha Ismail dan ayah--Encik Mohd Noor Abdullah yang masing-masing adalah guru di sekolah masing-masing (?). Artikel yang disiar di Berita Harian hari ini khas untuk emak, ayah, semua cikgu yang pernah mengajar aku dan kepada penjawat profesion mulia ini di seluruh negara. Semoga Allah merahmati kalian!
*************************************
Profesion Perguruan Profesion Mulia
MASIH terngiang-ngiang di telinga penulis ucapan bertalu-talu anak murid pada sambutan Hari Guru ketika penulis menjadi guru sandaran di sebuah sekolah menengah beberapa tahun lalu. Sambil dihulurkan pelbagai hadiah dan kad ucapan, mereka tidak henti-henti bersalaman dan menguntum senyuman. Lebih menyentuh perasaan, apabila ada murid yang berasal daripada keluarga miskin turut bersusah payah mencarikan hadiah untuk penulis.
Hakikatnya, seorang guru tidak memerlukan murid membalas jasanya. Cukuplah hanya dengan membuktikan bahawa mereka boleh menjadi insan cemerlang dan mampu menyumbangkan sesuatu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Ketika itu, apabila penulis bersama-sama dengan guru lain membaca ikrar sebagai pendidik dan menyanyikan lagu ‘Guru Malaysia’, terdetik di hati penulis bahawa karier perguruan mempunyai nilai yang unik.
Bak kata sesetengah orang, selain doktor, guru adalah insan yang akan memahat erat ‘jawatan’ dengan namanya sehinggalah ke akhir hayatnya. Bertemakan ‘Guru Pembina Negara Bangsa’, sambutan Hari Guru yang ke-38 tahun ini menyerlahkan hakikat bahawa menjadi guru bukan tugas mudah dan menuntut kecekalan serta semangat mendidik yang tinggi. Guru adalah orang yang paling bertanggungjawab selepas ibu bapa dalam memberi didikan, pedoman dan bimbingan terhadap anak bangsa. Daripada semudah mengajarkan konsep mengeja, menulis dan mengira sehingga formula saintifik dan teks kesusasteraan, guru tidak akan jemu menaburkan bakti tanpa mengira penat dan lelah.
Begitu juga dalam usaha membentuk modal insan cemerlang, kadangkala nasihat dan pujuk rayu guru tidak memadai untuk mendisiplinkan sesetengah anak murid. Oleh itu, denda dan hukuman lebih tegas yang difikirkan wajar diaplikasikan semata-mata untuk mendisiplinkan murid. Namun, tidak semua pihak terutama ibu bapa dan murid faham niat murni guru, lantas mengambil pelbagai tindakan ‘terburu-buru’ dengan menghukum dan mengheret guru ke pengadilan. Itu adalah antara cabaran yang perlu dilalui guru zaman sekarang dan guru perlu terus menunjukkan wibawa diri dan memartabatkan profesion keguruan mereka.
Selagi hayat dikandung badan, kita semua pasti tidak dapat melupakan budi dan jasa guru yang diibaratkan lilin membakar diri demi menerangi kehidupan anak bangsanya. Mungkin ada di kalangan kita yang tersenyum sendirian apabila terkenangkan betapa dulu kita amat membenci guru yang garang dan merotan serta mendenda atas sebab kenakalan diri sendiri.
Apabila sudah dewasa, baru kita sedar tanpa tunjuk ajar dan bimbingan guru, pasti kita terumbang-ambing menghadapi gelora kehidupan yang penuh berliku. Terima kasih cikgu.
Khairunneezam Mohd Noor,
La Trobe University, Melbourne, Australia.
nukilan neezam at 7:48 AM 0 comments
Labels: newspaper articles
Friday, May 8, 2009
Assalamualaikum and gud deyy!
Hari Ahad ni Insya Allah, berbondong2lah hadiah, ucapan tahniah, ucapan terimakasey, kucupan, pelukan dan seumpamanya diterima oleh insan-insan yang bergelar ibu. Signfikannya hari ibu ini diadakan lantaran kegigihan, kesungguhan, kecekalan, kekuatan, ketabahan, kesabaran, kemampuan, kejerihpayahan, dan seribu satu 'ke-an' ditanggung ibu sejak mula mengandungkan kita sampailah anak2 boleh berdiriataskakisendiri a.k.a berdikari. Untuk itu, aku sumbangkan satu artikel untuk tatapan umum yang keluar di Utusan Malaysia hari ini, 8 May 2009 khas untuk menyatakan penghargaan aku dan insan2 lain buat ibu yang tersayang.
Khas untuk Puan Zaliha Binti Ismail -- Takkan cukup segala kemampuan orang untuk balas jasa-jasa mak. Sampai orang mati pun, takkan terbalas segala air mata, jerit perih, peluh keringat, dan titisan darah yang mak korbankan demi mendewasakan orang. Makaseh banyak mak. Akan orang kejar syurga yang ada di bawah telapak kaki emak!
**************************************************
Peranan anak-anak memelihara darjat ibu sepanjang hayat
Oleh KHAIRUNNEEZAM MOHD. NOOR
SESUNGGUHNYA, seorang wanita yang bernama ibu perlulah sentiasa ditabalkan sebagai antara insan yang paling dihormati dan dikasihi. Masakan tidak peranan dan jasa ibu bukan calang-calang tahapnya. Ibulah insan yang bertarung nyawa semasa mengandung dan melahirkan anak-anaknya ke dunia.
Saat anak-anak masih kecil, ibulah yang menyuapkan makanan, memberikan susu, mendodoikan tidur, mengajar bertatih dan sebagainya.
Apabila anak-anak sedang membesar dan meningkat dewasa, ibu tidak putus-putus melaksanakan peranannya menjadi pendidik, menjadi tempat anak-anak bermanja dan mengadu nasib, menjadi penghibur dan pengubat rasa sedih dan nestapa.
Untuk itu sebagai anak-anak, kita bertanggungjawab meraikan dan memuliakan ibu sepanjang hayat.
Daripada perspektif Islam dan budaya masyarakat kita, martabat seorang ibu sangat-sangat tinggi. Jangan sesekali seorang ibu itu disakiti hati dan perasaannya.
Allah SWT menegaskan dalam Surah al-Israa', ayat 23 maksudnya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".
Bayangkan, untuk anak-anak berkata "Ha" pun ditegah oleh Allah SWT untuk dilakukan kepada ibu, apatah lagi jika kita bersikap kasar, membentak atau ke tahap memukul mereka. Kita harus ingat keredaan Allah SWT itu terletak kepada keredaan ibu. Murkanya ibu bermaksud, murka jualah Allah SWT terhadap kita.
Nabi Muhammad SAW juga telah memberi banyak isyarat yang jelas akan tingginya martabat seorang ibu dalam kehidupan kita. Dikatakan pada suatu hari datang seorang lelaki bertemu Rasulullah SAW dan lelaki itu berkata: "Saya ingin melaksanakan Jihad dan ikut pergi berperang di jalan Allah, tetapi ibu tidak sepenuh hati melepaskan saya untuk berbuat demikian." Rasulullah SAW kemudian menjawab, "Pulanglah kamu dan beradalah di sisi ibumu. Aku bersumpah dengan nama Tuhan yang mengutusku untuk menyampaikan kebenaran, bahawa untuk berada di sisi ibu bagi satu malam (dan melayan serta berbuat baik kepadanya) adalah lebih baik daripada mengikut berperang dan berjihad di jalan Allah selama setahun".
Begitu juga cerita di mana seorang lelaki telah bertemu dengan Rasulullah SAW di mana lelaki itu menyoal, "Siapakah orangnya dalam dunia ini yang perlu saya hormati dan hargai?' Lalu Rasulullah SAW menjawab "Ibumu'. Lelaki itu bertanya lagi sebanyak dua kali "Siapakah selepas ibu?" dan jawapan Rasulullah SAW tetap "Ibumu". Akhirnya bila ditanya lagi 'Siapakah selepas ibu?' barulah Rasulullah SAW menjawab "Bapamu".
Jelas bahawa mesej Rasulullah SAW ini menganjurkan agar seorang ibu yang kaya dengan sifat lemah lembut dan kasih sayangnya itu perlu diberikan penghargaan yang lebih tinggi berbanding insan-insan lain di dunia ini.
Secara rasminya Hari Ibu akan disambut di Malaysia setiap tahun pada 11 Mei sebagai tanda penghargaan kepada golongan wanita yang bergelar ibu. Banyaklah aktiviti yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak untuk meraikan golongan ibu pada tarikh tersebut.
Namun, untuk meraikan ibu bukan sekadar tertakluk pada tarikh tertentu semata-mata, bahkan kita perlu meraikan ibu sepanjang mana yang kita mampu.
Begitu juga meraikan ibu bukan sekadar dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti seperti menghadiahkan jambangan bunga atau mengucapkan rasa sayang, tetapi perlu diserlahkan melalui amalan-amalan lain yang bersifat lebih realistik dan bermakna.
Sebagai anak, ibu perlu diberikan perhatian. Bantu dan sokonglah ibu sebaik-baiknya tidak kira dari segi material, fizikal mahupun emosional. Patuh dan ikut segala nasihat dan permintaan mereka selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Sebagai anak, kita juga memainkan peranan untuk menegur ibu kita jika mereka ada membuat sebarang kesilapan yang mungkin boleh mendorong mereka tersasar daripada batasan yang disyariatkan Islam dan norma-norma budaya dan masyarakat.
Bagi anak-anak yang menetap berjauhan dengan ibu, jenguk-jenguklah mereka selalu atau setidak-tidaknya keraplah bertanyakan khabar berita mereka. Jika dirasakan sesuai dan dipersetujui keluarga dan ibu sendiri, apa salahnya untuk ibu yang telah mencecah usia 'emas'nya itu menetap bersama-sama supaya boleh dijaga makan minum dan pakainya.
Kalau dulu ibu berupaya menyuap makan dan menguruskan kehidupan semua anaknya, takkanlah anak-anak yang sebegitu ramai tidak boleh menjaga seorang ibu yang telah tua dan kurang kudrat dan upayanya itu.
Penghormatan dan usaha meraikan ibu tidak terhenti pada saat terakhir nafas ibu dihembuskan di dunia ini. Walaupun ibu kita sudah meninggal dunia dan tidak lagi berada di hadapan mata, sebagai anak, kita perlu terus mendoakan kesejahteraan roh ibu agar sentiasa dirahmati Allah SWT dan diletakkan dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh.
Seseorang ibu lazimnya tidak meminta-minta untuk kita membalas segala jasa dan pengorbanannya. Apa yang ibu lakukan adalah ikhlas kerana kita adalah zuriat kesayangannya.
Namun, kerana wujudnya hubungan dan 'naluri' yang telah terjalin di antara kita dengan ibu sejak berada dalam rahimnya lagi menuntut kita untuk menghargai, menyanjungi dan menyayangi mereka.
nukilan neezam at 1:15 PM 1 comments
Labels: newspaper articles