Untuk fit 538 ni, aku boleh cakap yang ianya antara yang aku suka tengok, suka pakai. Aku banyak kali jugak jumpa orang kat sini (especially Chinese mainland) pakai 538 color yang aku tunjuk dalam entry ni. Tak tahu kenapa warna biru camni menarik perhatian aku ;p
Ni aku dapat kat DFO South Wharf selai, dan kat Harbour Town selai. kat Melbourne ni, nilah dua Levi's Outlet yang aku pernah pergi dan harganya reasonable (espesyelli kalau ade sale!).
Cutting seluar ni pun jenis straight cut dan ade sikit scuffs here and there yang sengaja dibuat kat seluar ni yang menambahkan 'rencah' ke'jeans'an 538 nih ;p
Cutting macam ni memang selesa untuk orang berkaki 'besor' sket macam aku. Loose and relaxed. Fit 758 ni ikut ape aku pernah try2 kat Levi's Outlet kat Harbour Town atau DFO South Wharf, agak sama dengan fit atau cutting Levi's 569. Tak tahulah apa orang lain rasa. tapi Ke'loose'annya itu kurang lebih samalah antara kedua2 758 and 569.
Yang buat aku tertarik nak beli 758 ni adalah selain sebab sifat loosenya, sebab warna seluar ni dan 'misai kucing'nya yang cun. Satu lagi sebab masa aku jumpa seluar ni kat Levi's Harbour Town, tengah ada sale gila2...beli 5 helai dapat 50% less! ;p
Next is Levi's 550. Kalau 758 tadi adalah loose fit, 550 ni lebih kepada relaxed fit. Seluar ni aku dapat di kedai 2nd hen St. Vinnies kat The Mall Heidelberg. 550 yang aku dapat ni jeans pendek yang harganya alamak tak sampai pun 5 dolar!
Seorang pengunjung dan pengikut blog aku, Mr Cekodok bertanyakan pasal tips berkaitan malas. Makaseh untuk permintaan tersebut. Untuk itu, aku kongsikan tips yang aku ceduk dari buku Resipi Istimewa Untuk Belajar karya Prof Madya Sapora dan aku (2008) untuk tatapan semua worang.
*********************
TAKTIK MENGATASI TABIAT MELENGAH-LENGAHKAN KERJA
Dr. Norman Vincent Peale, seorang menteri yang ternama, penulis yang prolifik (bukunya yang hebat bertajuk "The Power of Pisitive Thinking") serta juga seorang pemidato, mengaku melakukan perlengahan kerja adalah sukar untuk mencapai kejayaan. Berdasarkan kepada pengalamannya sendiri, apabila melibatkan dirinya dalam projek yang kurang menarik, Dr. Peale mula berlengah tetapi kemudiannya terpaksa bekerja dengan tergopoh gapah. Akibatnya, dia telah bekerja hingga ke tahap yang memenatkan dirinya dan gagal memenuhi semua perkara yang dilibatinya. Lima strategi yang dihasilkan oleh Dr. Peale untuk mengatasi tabiat melengah-lengahkan kerja adalah:
1. Pilih satu aspek masalah melengah-lengahkan kerja dan selesaikan masalah tersebut secara eksklusif sehingga masalah tersebut dapat dikawal. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menghapuskan perlengahan kerja dalam semua aspek kehidupan, maka anda akan dapati yang matlamat anda adalah terlalu banyak dan tidak terbuat. Sekiranya anda dapat mengawal sebahagian daripada masalah anda, bermakna anda telah bersedia untuk menyelesaikan sebahagian yang lain.
2. Tentukan keutamaan dan tumpukan kepada satu masalah pada satu masa. Ingat bahawa kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk bertindak balas terhadap semua perkara yang kita perlu lakukan. Disebabkan kita dapat memenuhi semua kehendak dalam masa yang ada, maka adalah penting bagi kita untuk menumpukan usaha pada tugas-tugas berkeutamaan tinggi. Menyelesaikan masalah satu demi satu akan menolong anda untuk menumpukan perhatian dan tenaga anda. Hasilnya anda dapat menyelesaikan masalah dalam jangka masa yang singkat.
3. Tentukan tarikh akhir untuk diri sendiri kerana ia membolehkan anda menumpukan perhatian dan tenaga terhadap tugas-tugas tertentu. Ramai orang yang bekerja bertungkus-lumus dalam keadaan tertekan boleh menghasilkan banyak usaha apabila tarikh akhir semakin hampir. Dalam kebanyakan hal, anda boleh mengatasi perlengahan kerja hanya dengan menentukan tarikh akhir dan berpegang padanya.
4. Jangan cuba mengelakkan diri daripada masalah yang sangat rumit. Tangani masalah yang paling sukar dahulu. Menyelesaikan masalah yang paling sukar dengan berkesan akan melenyapkan rasa takut dan membina keyakinan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran yang serupa tahap kesukarannya pada masa akan datang.
5. Orang yang ketagih kerja (workaholic) sering mencemuh mereka yang lembab bekerja. Terlalu sibuk sehingga tidak sempat untuk bercuti merupakan satu lambang kebanggaan orang yang ketagih kerja. Namun begitu, orang yang terlalu asyik bekerja jarang-jarang produktif seperti pengurus masa berimpak yang mampu mengimbangkan antara waktu kerja, masa lapang dan perhubungan peribadi.
Produktiviti bergantung kepada apa yang berjaya dilakukan, masa lapang dan rekreasi. Dalam hal ini, mahasiswa perlu memperuntukkan sebahagian daripada masa untuk berekreasi dan membuat perhubungan yang mesra dengan rakan-rakan melalui aktiviti-aktiviti seperti bersukan, berinteraksi secara berhadapan atau melalui internet, berbincang, beribadah dan sebagainya.
Cara hidup yang seimbang memerlukan perhubungan yang bermakna. Cara yang boleh dilakukan ialah dengan menumpukan masa untuk memupuk dan mengekalkan hubungan. Kualiti perhubungan bergantung kepada beberapa faktor. Masa perlu untuk membina hubungan.
Hubungan dipupuk berdasarkan minat yang sama, saling hormat- menghormati antara satu sama lain. Misalnya hubungan harmoni antara mahasiswa dengan rakan sebilik atau serumah amat penting di dalam menjalani kehidupan seharian seperti bertukar- tukar pendapat, berkongsi masalah dan sebagainya.
**************************
p/s: Baru nak ke opis lepas Zohor ni, maklumla, semalam ada 3 game best World Cup berturut2! adoiyyyaaiii, demam bola punya pasal! ;p
Rentetan persoalan mudah kawan-kawan yang bertanyakan 'macam mana nak mengurus masa ye dalam musim demam World Cup ni? hahaha...aku suka cakap 'tepuk dada tanya selera' + pandai2lah.
Begitu pun, aku nak juga bagi tips mudah bagaimana nak menguruskan masa berdasarkan prinsip yang dah dihuraikan dalam buku Resipi Istimewa Untuk Belajar karya Prof Madya Dr. Sapora Sipon dan Khairunneezam Mohd Noor (2008) untuk dikongsi bersama.
Apa yang dibincang dalam buku ni terfokus pada siswa atau pelajar, tapi boleh jugak dipraktikkan oleh sesiapa saja.
*****************
PENGURUSAN MASA BERPANDUKAN PRINSIP
Untuk menguruskan masa dengan baik, anda perlu memulakan dengan menetapkan matlamat hidup. Sekiranya matlamat hidup seseorang individu itu tidak diuruskan secara tepat, akibatnya masa akan diuruskan secara lintang-pukang. Kebanyakkan mahasiswa hanya memikirkan soal nilai semasa yang kadang kala berubah-ubah mengikut perubahan masa dan keadaan. Justeru, pengurusan masa mestilah berpusatkan prinsip, bukan semata-mata nilai. Oleh itu, sebagai seorang mahasiswa, sebelum menguruskan masa, perlulah anda selesaikan dahulu persoalan utama iaitu apakah matlamat anda?
Pengurusan masa yang tidak berdasarkan prinsip, akan menyebabkan seseorang tertumpu kepada matlamat jangka pendek atau pada tugas hariannya tanpa terfikir apakah yang perlu dicapai dalam hidup yang singkat ini. Seperti kata pepatah "kalau bulat mudah bergolek, kalau pipih mudah melayang". Maka begitulah pengurusan masa bergantung kepada prinsip hidup kita. Sebagai seorang mahasiswa, anda perlulah berpandukan prinsip kerana prinsip adalah matlamat jangka panjang yang sentiasa mengatasi matlamat jangka pendek. Cita-cita, wawasan dan matlamat hidup anda sepatutnya menjadi dominan dalam pengurusan masa anda berbanding rutin hidup harian yang 'stereotype' sifatnya. Selalunya terdapat tiga kategori perkara yang perlu anda susun mengikut keutamaan masa:
i) Penting dan segera
Ini adalah tugas yang wajib dilaksanakan pada masa itu juga atau pada waktu yang terdekat. Contohnya, jika hari ini seorang pensyarah meminta anda untuk menyempurnakan satu tugasan akademik dan menyerahkannya pada pukul 11 pagi esok. Selalunya, seseorang dapat melaksanakan tugas dalam kategori ini dengan tepat. Seseorang itu mampu melaksanakan dengan baik kerana didorong oleh sifat ' segera ' dan kepentingannya. Tetapi sering juga terjadi pengabaian sekiranya hidup seseorang itu tidak berdasarkan prinsip yang tepat. Contohnya, apabila sudah masuk waktu solat, masih ramai yang mengabaikannya walaupun pada hakikatnya adalah persoalan yang penting dan segera.
ii) Penting tetapi tidak segera
Kejayaan melaksanakan tugas dalam kategori kedua inilah yang membezakan antara individu yang berkesan dan yang tidak berkesan. Malangnya, kebanyakkan perkara- perkara penting dalam hidup seseorang tidak termasuk dalam kategori 'segera'. Contohnya perkara- perkara dalam kategori ini ialah kursus yang perlu dihadiri untuk mempertingkatkan kemahiran profesional, kertas kerja yang perlu dibentangkan, jurnal yang perlu diterjemahkan. Ini akan dapat mengelakkan 'pengangguran masa' dan akan dapat mendisiplinkan diri anda sebagai seorang mahasiswa.
Mahasiswa adalah golongan yang dianggap intelek dalam masyarakat. Misalnya jika mahasiswa membuat projek bakti siswa seperti yang dilakukan oleh para siswa dari program Komunikasi dan Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan di rumah anak-anak yatim dan sekolah-sekolah, di mana program-program ini mendapat sambutan yang baik di kalangan peserta dan masyarakat setempat. Sikap seumpama ini telah menonjolkan kewibawaan dan taraf yang diberikan oleh masyarakat kepada mahasiswa. Mahasiswa perlu mengelakkan diri daripada kerja yang membuang masa atau tidak berfaedah. Akhirnya, adalah penting masa diuruskan berdasarkan prinsip kerana hal iniakan dapat mengkategorikan pekerjaan dan aktiviti seharian secara automatik.
Seterusnya pengurusan yang unggul dapat dicapai melalui kebijaksanaan pengurusan masa. Anda perlu tahu bahawa sumber yang paling penting yang perlu diagihkan pada setiap masa ialah masa itu sendiri. Antara tugas penting sebagai seorang mahasiswa ialah mengagih-agihkan masa di antara belajar dengan aktiviti- aktiviti yang lain seperti melibatkan diri dengan persatuan, kebajikan masyarakat dan aktiviti riadah yang lain. Ilmu psikologi pun menekankan apabila seseorang berada di dalam keadaan tekanan dan ketakutan, dia akan hilang pertimbangan. Jadi sebahagian masa perlu diperuntukkan untuk menenangkan fikiran.
Satu lagi penyakit yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar ialah masalah pengurusan masa. Seringkali apabila diberikan tugasan untuk dibuat, mereka akan mengeluh mengatakan tidak ada masa untuk membuatnya. Mereka akan memberi seribu satu alasan kenapa mereka tidak dapat menyiapkan tugasan tersebut. Kalau benarlah mereka tidak ada masa, bagaimana pelajar lain boleh menghantar tugasan tersebut tepat pada masanya? Keadaan ini berbeza dengan sebilangan pelajar yang akan sampai ke dewan kuliah lebih awal daripada masa yang ditetapkan, pelajar yang suka bertangguh-tangguh akan sampai pada masa atau lewat sedikit. Sikap tidak menepati masa ini sudah terbawa-bawa dalam hidup mereka. Sebenarnya kejayaan juga dipengaruhi oleh sikap positif dan disiplin yang baik.
Jelas terbukti bahawa penglibatan mahasiswa dalam persatuan tidak akan menjejaskan pencapaian akademik sekiranya pengurusan masa dilakukan dengan betul. Misalnya para pelajar dari universiti yang telah lama "establish " seperti Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan lain-lain, sangat aktif berpersatuan dan melibatkan diri dalam kegiatan masyarakat. Aktifnya mereka ini sehingga mewujudkan satu stigma di kalangan masyarakat bahawa suara mahasiswa adalah suara rakyat, bahkan sumbangan mahasiswa dalam membentuk pembangunan negara adalah sangat bernilai dan ditagih.
Setiap detik masa yang berlalu amat bermakna kepada orang yang tahu untuk menghargainya. Oleh kerana masa itu bersifat perdana, anda harus menggunakannya dengan lebih produktif bagi menghasilkan kerja yang bermutu. Kebiasaannya, masa yang lebih produktif dalam sehari ialah pada awal pagi. Seseorang akan berasa segar, berjaga-jaga dan rehat. Kita mempunyai lebih tenaga dan bersedia untuk pergi bekerja. Pada tahap ini, konsentrasi seseorang sangat tinggi dan mempunyai jarak tumpuan yang jauh.
Dalam hal ini mahasiswa perlu sedar bahawa otak yang cergas datangnya dari badan yang sihat. Islam sendiri pun ada menuntut agar umatnya terus berusaha kerana rezeki bermula selepas solat subuh. Peluang ini perlu digunakan oleh mahasiswa sebaik yang mungkin kerana tanggungjawab dan amanah yang perlu dilakukan amat besar sekali. Sekiranya anda menangguhkan kerja terhadap projek yang penting sehingga tenaga hilang, kedua-dua kualiti kerja dan produktiviti secara keseluruhannya akan hilang. Seseorang mungkin tahu tentang diri sendiri bilakah waktu produktifnya dalam sehari. Sama ada awal pagi atau lewat pagi, awal atau lewat tengah hari. Bila-bila sahaja, objektif menepati masa perlu dilakukan dan ianya perlu digunakan secara cekap. Dalam kehidupan kampus, mahasiswa perlu mengguna dan mengagihkan masa dengan konsisten seperti menyiapkan tugasan pada tarikh yang ditetapkan, membuat penyelidikan luar, rujukan di perpustakaan, berpersatuan, beriadah dan mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan.
Keberkesanan pembelajaran boleh didapati dengan pembacaan yang menjimatkan masa seperti menguasai kaedah mempercepatkan pembacaan. Kita semua dibanjiri dengan pelbagai bahan bacaan seperti surat khabar, majalah, jurnal perniagaan ataupun psikologi dan banyak laporan dari syarikat serta maklumat yang lain pada setiap hari. Tetapi sekiranya kita melihat masa untuk membaca semua perkara, kita perlu mempunyai kekuatan bagi setiap masa untuk melakukan kerja yang sebenar. Dalam hal ini pembelajaran yang efektif perlu diamalkan oleh mahasiswa dengan membuat persediaan awal serta melengkapi diri dengan teknik-teknik tertentu sebelum menghadapi peperiksaan.
iii) Segera tetapi tidak penting
Perkara atau kerja dalam kategori ini selalunya menuntut tindakan yang segera tetapi jika diteliti secara objektif perkara ini sebenarnya kurang utama. Contohnya, kita diajak untuk menghadiri satu pertemuan, diminta berceramah, atau seorang kawan mengajak kita menemaninya membeli-belah. Kita mungkin menyedari bahawa perkara- perkara ini sepatutnya kurang diberi keutamaan, tetapi masalahnya seseorang sedang menanti di hadapan meja kita untuk mendapat jawapan. Akhirnya kita tewas, lalu bersetuju kerana kita tidak mampu mencari alasan yang baik dan manis untuk menolaknya.
********************
p/s: aku sendiri sedang mengejar masa dalam 'masa-masa terakhir' di bumi Melbourne ni. :,)
Ok, entry kali ni adalah sambungan entry sebelum2 ni pasal collection Levi's jeans aku yang aku dapat sepanjang di Melbourne ni. Kali ni aku nak cerita pasal 2 jenis Levi's jeans-- Levi Strauss Signature jeans dan Levi's Wayne jeans.
Aku ada dua helai seluar jeans yang camni. Satu aku dapat kat Savers dan satu lagi CitySavers. dua-dua ni kedai sekenhen jual pakaian2 yang ada di sekitar rumah aku. serius, kalau rajin dan teliti mencarik, Insya Allah akan ketemu juga dengan Levi's yang ok2, elok2, rare, walaupun ianya dah sekenhen, terd hen, fot hen..pedulik ape...janji murah dan masih layak dipakai. ;p nak mengarut sket eh...ade orang kedai2 camni tak stended diorang nak pegi...takpalah, lain periuk nasik, lain keraknya...ye tak? so tak salahlah...ada duit ada kemampuan ada kemahuan kalu, terpulang pada masing2...aku, selesa dengan bermurah-murahakan dan berseken-sekenan ..hahaha.
Ok2, sambung balik. Levi's Signature aku ni spesifikasinya lain sket daripada levi's yang lain.
Satu cirinya yang aku suka adalah cutting seluar ni relaxed fit. selesa pakai bukan setakat gi berjalan2, tapi boleh dipakai untuk pegi berkebun! Kainnya pun ada sedikit tebal berbanding Levi's jeans yang lain, sangat sedap dipakai masa winter sejok2 camni.
Ciri-ciri Levi's signature ni adalah patch kat belakang seluar ni tak ada gambo koboi tarik kuda macam biasa, tapi diganti dengan patch yang tertera Levi Strauss punya tandatangan.
Kocek seluar ni pun takde stitches bentuk V macam biasa...kosong..kalau sekali pandang pun memang orang tak tau seluar ni brandnya Levi's.
Zip seluar Levi's yang ori memang akan ada tertera Levi's kat kepala zip. Tapi lainnya Signature ni zipnya pakai YKK zip. apa tu YKK? pergi baca kat Wikipedia dengan klik kat sini ye?
Seterusnya, jahitan benang dari kelengkang ke bawah kaki seluar Signature ni special sebab pakai 2 benang warna berbeza. Kalau ikut collectors, warna stitch yang lain2 ni membuatkan a pair of Levi's Jeans jadi lebih tinggi value and uniqueness nya..ntahla.. macam Signature aku, benang jahit celah kelengkang sampai ke bawah tu warnanya orange dan biru.
Ok, sekarang aku citer sikit pasal Levi's Wayne Jeans. Tak silap akulah ye, seluar jeans ni rare, dibuat tribute to John Wayne seorang actor, director, producer felem hebat di zamannya (RIP dah dalam tahun 1979). Nak tau pasal Wayne ni lebih lanjut, pandai2lah korang check kat internet ye. nak tau pasal Levi's Wayne Jeans? haaa...tu aku buleh tolong eksplen sket..hehehe. Jeans ni aku dapat di Ebay dengan harga yang murah jugak di Melbourne ni. Tak pernah pakai lagi sebab saaaayaaaaannnggggggggg sangat nak pakai! ;p
Spesifikasi jeans ni pun banyak juga yang lain daripada Levi's biasa, maklumla, nak menunjukkan kelainan yang special hanya terdapat pada Wayne jeans ni aje. Tab merah kat kocek belakang tertulis (R) dan tak tulis Levis macam biasa.
Kalau tengok patch belakang jeans ni, tak pakai kulit atau cardboard macam Levi's biasa. Dia guna kain putih dan tulis hanya Levi Strauss and Co dan WAYNE semata2. Ada juga satu calit warna merah yang aku tak dapat nak korek apa signifikannya.
Kocek belah dalam Wayne jeans ni pun warnanya merah...stitches yang diguna untuk jahit jeans ni pun warna merah.
'Misai kucing' yang simple kat belah depan Wayne Jeans ni pun salah satu ciri-ciri yang 'mencantikkan' lagi jeans ni.
Sebab seluar Levi's ni tribute untuk Wayne, maka tertulislah tag putih bertulisan merah WAYNE kat sebelah dalam jeans nih.
Satu ciri lain yang rare pada jeans ni adalah salah satu kain untuk masukkan tali pinggang berwarna merah. dan ciri terakhir dan juga antara paling menggoda aku pada Wayne jeans ni adalah design kocek belakangnya...aduh mak..(korang kalo rasa biasa2 je, takpe..lain worang lain pandang..hehehe)
Pelik Tapi Benar? Space Time Cube?
-
Pelik tapi benar.
Dikampung saya ada tok bomoh rupanya, ada kawan dari jauh datang hantar
ayahnya sakit berubat, yang mana saya yang dekat ni tak pernah ...
Risik Pada Hati
-
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Habis dah *#risikpadahati*. Best cerita ni. Suka tengok lakonan Ummi
Nazeera. Wajahnya lembut sangat dan berkesan ...
KUIH KOLEH KACANG 5 Ramadhan
-
Assalamualaikum wbt
5 Ramadhan 1442/ 17 April 2021
Alhamdulillah.. Sedar tak sedar dah 5 ramadhan hari ni. Hari ni hari Sabtu,
sis sekeluarga berbuka di r...
Dragon Fruit Health Benefits
-
What Absolutely Everybody Is Saying About Dragon Fruit Health Benefits and
What You Must Do [image: dragon fruit health benefits]
Dragon fruit is extremely...
Untuk saudaraku Muslimat.
-
Dont judge a book by it cover adalah sangat tidak sesuai untuk membalas
hujah kepada seruan menutup aurat.Kerana buku yang baik dan disayangi
pemiliknya ak...
rokok. nikmat di mata. siksa di jiwa.
-
tak payah aku terangkan secara MENDALAM terlebih dulu...silalah nikmati
gambar2 dan mesej2 berikut.SERONOK KAN BUAT LAWAK MACAM
NI?hahahahahaha...kelako, k...
لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيبْ
-
لَوْ كَانَ بَيْنَنَا الْحَبِيبْ
Kalaulah kekasih itu (Nabi) ada di sisi kita (zaman kita), …
لَدَنَى الْقَاصِي وَالْقَرِيبْ
… nescaya yang jauh dan dek...
HP baru
-
Pagi-pagi lagi bangun ada kejutan..
"nah yang, hubby hulur kotak ..kotak tu tulis Nokia N97..
isinyer ntah...
sekali bukak betulla..tepon baru..
ish ish ish....
Menjengah 2010
-
Salam
Agak lama aku menyepikan diri daripada menulis di blog ini...
Hampir-hampir enam bulan rasanya. Maaf lah, mungkin kerana kasibukan
bekerja membuatkan ...
Salam Takziah
-
Salam takziah buat Makmor Hassan sekeluarga atas kehilangan ibu tersayang
pada pagi semalam, 25 November 2009. Arwah menghembuskan nafas terakhir
setelah b...
RA
-
I've been neglecting this blog for quite sometime now. Too busy with life
i.e. Zade, research work, travelling home etc. Anyway, today I just got an
offici...
Meet-up for new students in Victoria!
-
Malaysian Students Department of Australia is planning to organize a
get-together with the new students who just arrived in Victoria. In
collaboration with...