Perghh, setelah seminggu dodok kat rumah mak ayah di Segamat ni, memang tak dinafikan ada beberapa benda yang dah berubah pada diri kami sefamili, espesyeli aku. bertambah - berat badan, bintat2 kena geget nyamuk, malas, etc. berkurang - kerajinan, waktu tak tido, eksesais, waktu tak main Wii.
ok2 malas nak citer dan type ape terjadi kat kami seminggu ni..sebab malas tu beratnya dah bertan-tan kat jari-jemari aku.
Tadi lepas sarap roti telur bawang kat sebelah taman bendahara, kami nak pi Giant beli barang dapor. aleh2, aku terrrrsinggah lak kat satu kedai bundle ni. Rambe Bundle.
Perghhh, memang menyingkap kembali nostalgia masa di Melbourne, saat2 aku menyelak2 baju2 sekenhen di kedai2 op shop, savers, salvos, dan sewaktu dengannya. banyak treasures dalam trashesnya di Rambe Bundle ni. Mata aku memang tak tercari2 macam2 kecuali gantungan jeans2 dan jins2 dalam kedai ni.
Levi's melambak2! macam2 cutting termasuklah engineered jeans. Yang aku tak sempat nak jumpa, Big E.
Yang aku perasan, regenya secara relatifnya di bundle ini kurang lebih opp shop di Melbourne. cuma kualiti di Melbourne tu lebih baiklah untuk rege yang ditawarkan. Kat Rambe Bundle ni, Levi's yang nampak cantek lagi, regenya pun makin canteklah.
Tak sempat aku nak belek2 lebih lama, bini aku sudah berteriak manja dari luar kedai "Bang, jomlaaaa!!!" (baca dengan nada marah 20%, manja 70%, dan 10% lagi geram ;p)
Naufal dah mengantuk dan mengamuk nak shushu..haaaiii, kacola anak ayah ni!! ;p
Sempat gak mata aku melirik2 Levi's kepala kain yang digantung2 seperti spesyel jua adanya di satu sudut dinding Rambe Bundle ni. nantilah, aku akan datang lagi..mana tau ada 'rezeki' dan 'jodoh' aku dengan mana2 levi's tu, akan adalah jua 'ole2' untuk aku di segamat ni.. hehehehehe.
Sehingga ketemu lagi wahai Rambe Bundle...jua Nain Bundle, dan kedai2 bundle lain di Segamat. takdak kerja kalu, aku ziarah korang lagi...dan lagi...dan lagi....dan lagi......! ;p
p/s: damainya hidup di Segamat.... :,)
Cuti Hari Jumaat atau Sabtu?
-
*Kisah kerja Hari Jumaat.*
Alkisahnya, saya ni orang Terengganu, dah biasa cuti hari Jumaat, bila
zaman remaja hijrah kerja kilang di Bangi terkejut jug...
4 weeks ago