Friday, January 23, 2009

kawan baik, kahwin dengan kawan baik

ramai yang ada ramai kawan baik..ramai juga yang memilih2 agar tak ramai kawan baik..ramai 'kawan baik' tak selayaknya jadi kawan baik..so, baik2lah pilih kawan baik, sebab kawan baik saja yang baik untuk paham diri kita yang selalunya kita pikir 'baaaiiikkk sesaja'..paham ka? bace la pelan2 3-4 kali..huhu.

ok, nak citer panjang malas. aku sekadar nak kongsi dengan anda semua sapa agaknya kawan2 baik aku yang sempat aku jumpa sepanjang balik ke Malaysia ni. Tak aku nafikan berpuluh2 malah beratus kot kawan baik yang aku pernah jumpa dan pernah sama2 melalui saat2 'berkawan bak' dengan depa sejak kecil sampai sekarang. Pada aku kawan baik adalah seseorang yang ada cas2 positif dan negatif yang seimbang dengan aku, mempunyai ID, EGO, dan SUPER EGO yang setara dengan aku, memiliki the way of thinking yang sehala dengan aku, yang sudi setulusnya kongsi rasa gembira dan duka dengan aku, yang sabar dengan silap salah dan 'kekurangajaran' aku, orang yang aku boleh terima teguran dan pembetulan yang cuba diberikannya dan seumpamanyalah.

so masa aku tadika dulu, aku rasa takde sorang pun yang aku buleh anggap sebagai kawan baiklah..paling2pun kawan2 yang aku bergaul secara rawak-rawak je (ape tu?). contohnya Malik Idris, Maria Fida, Tasya..masa sekolah rendah kat Jementah dari darjah satu hingga tiga,antara kawan baik aku namanya Kamarulzaman--selalu fight dengan dia utk dapatkan nombor satu dalam kelas, Mamat--kawan yang dok dekat dengan rumah aku, Azhar--anak ustad Sabilan yang mengajar aku mengaji, dan Nurul Huda--anak Penghulu Jementah (cun seh..wahaha marah bini aku weh!). Masa aku masuk sekolah rendah Gemereh (darjah 4-6), antara kawan baik aku adalah Hisham--selalu fight dengan aku dapatkan no satu dalam kelas, Malik Idris--kawan setadika jumpa lagi kat Gemereh, Sabirin,Han and Wan--adik beradik yang jadi jiran aku, Amirul a.k.a Bitut si Taik Lalat (kat muka dia ada taik lalat besar siap berbulu2 lagi), Cartas Syuhada--adik beradik dia suma nama start dengan Cartas, dia dok depan aku dalam kelas darjah enam, Hafiz Zaabah, Izuan Ismail--anak cikgu Habibah yang sekarang jadi English Lecturer di UITM Segamat, Rafidah (pernah aku cuba nak tackle dia, ada response tapi apakandaya, dia milik orang lain, masa tulah..huhu), Rais (abg sedare aku yang dok kat rumah aku mase dia nak amek UPSR, SRP dan SPM, dia lah yang ajar aku cakap terbalik: contohnya== nama dae roang ngai lobeh denhak hatu pae ngai keng'au wubat kedat lajamah-lajamah tawina ngai mem'ak keng'au lebi..wahahahaha!! hapam?==, Faizlin--pernah jadi adik angkat aku, Farah Norrati Hanum--senior setahun tapi banyak ajar aku maths, English, pegi Jambori Pengakap Daerah Segamat sesama, Khairul Abidin Salleh--kawan baik juga, especially mase wakil peringkat daerah main takraw, Jamain--suka gi rumah dia sebab mak dia suka masak sedap..wahaha dan seumpamanya.

Masa aku masuk sekolah menengah, ramai betul kawan baik aku. Maklumla, aku sekolah kat banyak sekolah-SMKA Segamat, Segamat High School, SM Teknik JB, dan Sekolah Tuanku Abdul Rahman Ipoh. Kat SMKA aku sekejap aje, rasanya dalam 3 bulan saja masa Tingkatan 1--so kawan baik aku sikit je, Hadi--partner aku man badminton, menang untuk selection wakil sekolah, tapi aku tak dibenarkan wakil sekolah atas alasan aku baru Form 1, (erkkk ada ka patot..huhu),Halim--masa tu dia anak D.O. Mersing,Hakim--teror main hoki, Rasis--ala2 kopab sikit, minat Haleeda penyanyi top mase tu, dan Nurul Huda-- seorang lelaki dan kawan sekatil (bukan tidur sekatil tau, tapi dia tido atas katil double decker aku, positip sket aa berpikiran yerk? ;p).

Kat STS kawan baik aku tak lain tak bukan si Rahim (sekarang dia join kumpulan In-Team yang nyanyi lagu nasyid syahdu syahdan itew). Rahim banyak ajar aku tentang hukum tajwid, kaedah taranum a-Quran, camne nak bawak motor (1st time bawak motor kat Kg Tanjung Sengkawang, si Rahim la yang ajor, TQ AROS oit!). Then, kawan baik aku yang lain antaranya, Farid (naik sama bas dengan aku gi sekolah, budak Kg Tasek), Marlia Adilah, Budak2 Kg Jawa macam Shukor, Ijam, Jeri, Shahril, pastu si Zaki (Apam), Nazariza, Samsurizal(Budak Kg Tengah--ajar aku macam mana nak buat murtabak maggie, makaseh la beb..huhu), Jasbinder Singh (anak cikgu Harbajan Singh, cikgu english aku masa darjah empat), Siti Hajar,skulmate mase sekolah rendah dan classmate mase form 2-3, dan lain-lain.

Pastu mase aku masuk Sekolah Teknik, aku takde sorang pun kawan yang boley dikategorikan sebagai kawan baik..nah, agaknya aku kereeekkkkk sangat kot tak mo berkawan rapat dengan sesapa..huhu. tapi sebenarnya, sebab aku ada kat sekolah tu kejap sangat,tak sampai 2 bulan..pastu terus pindah ke STAR Ipoh.

Kat STAR, kawan baik aku ialah Mohd Noor a.k.a Manoque, freshie Yellow House budak Shah Alam. Dia ni brilliant dalam Fizik, Chemistry and Add Maths. Kawan yang paling memahami aku masa di STAR. Tapi aku dengar cerita beberapa tahun lepas dia accident dan koma untuk beberapa lama, lepas tu dia sedar balik tapi dia dah tak berapa perfect lah dari segi fizikal dan mental..yang terharunya, kawan2 STARIAN aku ada cakap dalam banyak2 orang dia cuma ingat beberapa nama sahaja dan antaranya adalah LUTUT. tau sapa LUTUT tu? aku lah..itulah nama gelaran aku kat STAR dulu. Terharu seh..meleleh air mata. Last time kami jumpa adalah masa duduk kat bumbung bangunan akademik STAR sambil cakap pasal masa depan..al-Fatihah untuk kau Manoque, ada kesempatan aku jumpa kau jugak nanti..amin. Sorang lagi adalah Reza a.k.a Suharto..muka memang Jawa dan dia dok kat Felda Suharto kat Selangor tu. Dia nila ajar aku minat lagu2 independent and rock macam Smashing Pumpkins (lagu paling aku suka--Perfect dan The Beginning is The End is The Beginning, fuuhh memang best!), Oasis, Green Day, etc. Pastu Pet a.k.a Hafizzy, yang selalu ajak aku gi rumah dia kat Setiawan.Pastu AFRO, bekas budak St John yang setia jadik barber aku masa kat STAR..FOC, cuma kena sekali sekala jadik 'jambu' dialah..wahahaha.

Pastu bila aku masuk ke UTM Skudai buat bachelor, pun aku dapat ramai kawan2..namun antara ramai2 tu kawan baik aku antaranya adalah Wan Said a.k.a Kap. Budak Simunjan Sarawak yang tua 2 tahun daripada aku. Dialah kawan yang paling senang aku nak bercakap, nak berlawak, nak meluahkan rasa marah, geram, suka, menyampah, etc. Dialah jugak kawan yang palng mudah nak dimintak tolong, nak mintak jasa baiknya tanpa perlu balasan. Dialah kawan yang sanggup kongsi dengan aku makan nasik berlaukkan kicap semata2 masa duit JPA/PTPTN belum masuk, kawan menangis sama2. Dialah kawan baik aku yang paling rapat dengan family aku. Mana taknya, masa cuti semester 3 bulan, dia tak balik Sarawak, dia stay kat rumah aku dan kerja sambilan dengan Pak Amin kontraktor. Mak bapak aku dan adik2 aku anggap dia macam anak dan abang kandung sendiri sebab mudahnya dia bergaul dengan kami semua. Ada sekali masa dalam 1st year, aku pernah hampir2 nak bertumbuk (sebenarnya nak kena tumbuk dengan dia sebab kelancangan mulut aku..haha), tapi bila difikir2kan, menyesal aku buat dia nak bergocoh dengan aku, sebab dia memang seorang yang baik (walaupun lawaknya tu kadang2 kasar, haha). Mak abah Kap sendiri pun pernah datang rumah kami di Gemereh ni masa si Kap dan aku nak konvokesyen tahun 2002..seminggu jugakla diorg dok umah kami, sampai sedeh dan sayu sangat hati kami sekeluarga bila mak abah Kap nak balik ke Kuching semula masa tu..huhu. Tapi Alhamdulillah, baru2 ni aku dan family berpeluang melawat dia di Kuching..aku rasa seronok tengok Kap dah mempunyai kerjaya yang mantap, isteri yang baik, anak2 yang sehat walafiat, dan mak abah dia pun nampak happy dan sihat masa kami melawat mereka di Kg Pantong Melayu,Simunjan Sarawak tu.

Selain Kap adalah jugak 2-3 orang kawan2 lain yang aku kategorikan sebagai kawan baik. Antaranya Shah Rollah--sekarang lecturer di FPPSM UTM, Alwi (PTD di Kementerian Kesihatan), Juliyana Seali, Linda Perlis, Baba Sammasi, Santhana Mukundhan a/l S.R. Mohan, Steven Raj a.k.a Macha, Azu (Pengarah Sukam 2000), Pakea a.k.a Raja Intan al-Farisha, dan beberapa org yang lainlah.

Malina Vaida a.k.a Malin, juga merupakan kawan baik aku, yang aku kenali masa aku join jadi penganjur SUKAM 2000 di UTM tu. Malin ni aku anggap dia macam akak lah sebab dia memang mudah dibawak berbincang, nasihatnya ringkas tapi tepat, boleh dibawak bergurau, sporting, kerjanya tip-top, dan sebagainyalah. Dia jugaklah ang jadik AGEN CARIK JODOH yang paling ngam sekali dalam hidup aku, sehingga bertemulah aku dengan seorang gadis yang bernama apetah mase tu..juleng, juling..ala, ingat2 lupalah nama pompuan tu...haaa..Julieana Mangsor. Si Julie ni adalah kawan baik si Malin, sampaikan diorg dapat duduk sebilik untuk 2 tahun kat Kolej KTF tu..cheh, mengelat! Si Julieana ni mula2 macam nampak sumbung la, dia pun tak berapa nak layan aku, sebab mase tu mungkin aku tengah ade 'affair' dengan pompuan2 lain..hahaha..takyah citerla pasal affair tu, nanti mau 8-9 minggu citer tu tak abes2 diungkit2 dek bini aku sekarang nih..wahahaha! okey, berbalik pada citer si Julie ni, dia ni pun bila dah makin rapat dengan aku, memang aku rasa dia ada 'ngam2' dan 'sherashi bershama' (lagu Ajai dengan Nurul) dengan aku. Dia mudah dibawak berbincang, mudah ketawa bila aku berlawak, mudah terima pendapat, senang nak bergurau, dan sebagainya. Sehinggalah setelah beberapa kali kami ikut gi rumah Atuk Malin kat Kulai, berjalan2 ke JB sesama kawan2 lain, handle SUKAM sama..aku rasa macam masing2 boleh terima dan faham hati budi masing2. So, nak dipendekkan cerita, si perempuan ni sudah JATUH CHENTA lah sama si lelaki ni. si lelaki ni pun apa kurangnya. tapi masing2 cover baeeekkkkkkk punya. tapi last2 tak tertahan jugak, maka si lelaki ni pun 'adjas' la si pompuan ni dengan 'offer' dia untuk jadi gelpren. soalannya--nak ke tak nak. aleh2 si pompuan bagi response baeekkkkk punya..maka tulah jadinya si kawan baik aku yang bernama JULIEANA MANGSOR ini dah menjadi gelpren aku, seterusnya tunang aku, seterusnya isteri aku (yang pertama....dan terakhir ;p), dan seterusnya jadi mama kepada anak2 aku yang terchenta. Haaa, nampak tak, kawan baik jadi bini maa.. ;p anyway, I WILL ALWAYS LOVE YOU MY BESTEST BEST FREN--JULIE CHAYUNK!


oke, then Masa aku buat master degree kat UTM tu, aku berpeluang mengenali 2 lelaki yang masa Bachelor dulu adalah senior aku..sapa lagi kalo bukan Saidi a.k.a Ujang dan Syahrul Nizam a.k.a Zam. Diorang la kawan yang banyak sama2 dengan aku luangkan masa wat assignment sesama, wat thesis sesama, makan sesama, etc. Ujang banyak ajar aku jadi seorang dewasa..kami sama2 kerja dengan Dr Rosman (lecturer kami di FPPSM tu) jadi marketeers, ajar aku ilmu agama, ajar aku pantang larang seorang lelaki a.k.a bakal suami, berfikir dengan matang etc. Zam plak banyak layan perangai2 pelik aku, dia seorang yang cool and stylo. Aku pun memang suka sangat tumpang bilik dia kalau2 kelas habis lambat atau aku nak stay kat kampus dan takbalik Segamat. Sorang lagi Abg Sham--Pengurus Besar Bank Rakyat Terengganu sekarang. Abg Sham lah yang sangat2 baik hati tumpangkan aku naik kereta Honda Integra dia berulang dari Segamat ke kuliah di UTM Skudai tu. ada cerita tau masa aku wat thesis master ni...aku kena hentam dengan penilai2 aku..so, Abg Sham, Ujang dengan Zam la banyak bagi aku semangat untuk berhadapan dengan saat2 paling sukar dalam masa buat master tu. seriously, diorg bukan takat bagi moral support, bahkan lebih daripada tu..hanya Allah yang mampu balas jasa korang beb!

Masa aku kerja jadi cikgu sandaran, aku tak begitu rapatla dengan mana2 cikgu..kawan biase2 aje..ade gakla beberapa cikgu sandaran pompuan yang nak jadikan aku 'kawan baeeeekkkkk' diorg. tapi apakan daya, aku sudah 'berpunya' pada masa tersebut(sedehnya...;p).

Masa aku start keje jadi lecturer kat PTPL College KL Sentral, punnn aku ada kawan2 baik. Kak Tini, Kak Fizzi, Armizam dan Eni. Tapi ada dua orang ni nama dia Cik Azam dan Hafiz, banyak bimbing aku dalam waktu2 awal aku mula bekerja. Diorg memang seorang yang matang, easy-going, banyak pengalaman kerja, etc yang membuatkan aku rasa mudah melalui waku sukar masa di PTPL.

Bila aku masuk USIM plak, kawan baik yang sangat2 serasi aku jumpai..Encik Mohamad Isa Bin Amat a.k.a wak Isa. Dia ni saling ta tumpah macam Kap, kawan yang sanggup sama2 susah sama2 senang. Banyak guide aku especially dalam hal2 agama dan kerja. Apa2 pun sampai sekarang, aku akan tetap rujuk dia untuk tanya itu dan ini. Wak Iso ni plak memang kaki lawak yang mempunyai mulut yang suka megocoh tak sudah2..wahaha. memang inilah tag-team aku masa aku balik ke USIM kelak, Insya Allah. Then, aku kenal dengan Amin al-Haadi a.k.a Hadi. kami lebih rapat masa aku dengan dia di Melbourne. Masya Allah, si Hadi ni memang manusia yang sungguh2 down-2-earth, sangat2 bersederhana dalam tindak tanduk, dan mudah untuk dibawak berbincang. Hadi pun banyak jugak tanpa segan silu share certain masalah dia dengan aku, membuatkan aku rasa macam bangga laks kalo dapat memberi sedikit sebanyak opinion.

Di Melbourne jugak aku punyai ramai sangat kawan2 baik. Encik Shaharudin a.k.a Cik Din dan isterinya Kak Gee. Aduuuhhhhh, memang banyak2 org di Bundoora, Cik Din dgn Kak Gee yang paling rapat dengan aku and Julie. Merekalah sahabat, abang kakak, tuan penasihat, manusia paling ringan tulang bantu kami, etc. Bayangkan, masa birthday Julie, Kak Gee panggil kami datang ke rumah dia, dan buatkan kek Chocolate special untuk Julie dan diorg sekeluarga nyanyikan lagu birthday untuk Julie! Terharu seh, terharu.

Then, kawan2 baik aku yang lain adalah Kak Ema (Penghulu Bundoora terulung..wuhuuu!!),si Akmal, Diana, Kak Thasa dan Aleh hubbynya, Pak Tam dan Kak Nur, Hairil, Umi, Kak Fadz dan Abg Zizi, Gadis2 rumah Main Drive dan Barnes Way, Asra and Wadi Hubbynya, Kak Leen, Abg Hamdan and wife, Hamzah and Fiza isterinya, dan ramai lagi yang tak tersebut dek aku atas sebab ramainya insan2 special ni. Mana tak special, kami di Bundoora ni sangat2lah rapat sehingga boleh dikatakan kami memang 'suka selak tepi kain oranglain' kerana kami anggap semuanya cam adik beradik, okey tak?

perghh, gila ramai seh kawan2 baik aku. tu baru kawan baik, belum lagi nak senaraikan kawan biase, x-gelprensss, gelprens, boyprens, huhu..lagilah panjang listnya. Kawan baik sesungguhnya memang susah nak dicari. Ada kalanya, kawan baik tu kita dapat apabila dah bertahun2 berkawan dengan dia. Ada kalanya kawan baik tu sekelip mata je buleh jadi kawan baik. Terpulang kepada keadaan bagaimana Allah Taala takdirkan kita bertemu dengan kawan baik. Yang penting kawan baik ni adalah kawan yang membawa kita ke jalan yang benar dan diredhai-Nya.

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah,ayat 2, mafhumnya:
...Dan bertolong-tolonglah kamu atas kebajikan dan berbakti,dan janganlah kamu bertolong-tolong an atas dosa atau permusuhan...

Firman Allah SWT lagi dalam surah Ali-Imran, ayat 103, mafhumnya:
Bersatupadulah (berpegang teguhlah) kamu semua dengan tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.

ok, ni aku saja nak share dengan awak semua antara orang2 yang aku iktiraf sebagai kawan baik yang mana aku ada peroleh gambo2nya...


ni kawan baik aku sejak aku ade dalam perut dia..huhuhu..sapa lagi kalau bukan emak yang aku sayanglah, Puan Zaliha Binti Ismail..luv you so much!


ni Encik Mohd Noor Bin Abdullah, ayah aku (dalam gambo sedang dikelilingi oleh anak2 sedare dia mase raye baru2 ni..),kawan baik aku yang selalu sebat aku masa kecik2 dulu...nasib baik dia sebat aku dulu, kalo tak rasenye aku tak merase nak jejak kaki ke unibersiti, bahkan ke Melbourne ni..semua nasihat yang ayah bagi aku, masih aku pegang sampai ke hari ini..makaseh banyak boss!


Ni Nazlee adik bawah aku je. Memang kawan baik aku sejak hampir 27 tahun lepas. kawan main, kawan gaduh, kawan masa sama2 kena sunat, kawan buat mak menangis sebab nakal sangat, kawan masa kena belasah dengan ayah, kawan masa kena tido luar rumah sebab balik lambat main bola sepak, kawan wakil kampung main takraw, pengapit aku masa aku first time kawin, tuan penasihat, tuan akauntan, tuan kaki gaduh a.k.a bouncer, and macam2. dialah orang harapan aku untuk tengok2kan mak ayah dan adik2 sepanjang aku takde kat Malaysia.


Ni gambo Rais, sepupu aku a.k.a kawan baik aku jugakla..huhu..


Nilah dia Rahim a.k.a Rahim In-Team, kawan aku masa di STS dulu... Rahim berdiri di tengah2..



ni gambo Thahira Bibi a.k.a BIBOT, bukanlah kawan baik aku, tapi dia seorang kawan yang baiiikkk sangat masa kat UTM dulu..seolah2 macam 'Mak Tiri' akulah..wahahaha, suka nasihat aku.mekaseh Bibot!



Nilah Wan Said--a.k.a Pok Kap, kawan baik aku kat UTM


Nilah Malin(baju biru muda) dan Zaileha (baju merah) kawan baik aku dan Julie masa wat Bachelor di UTM.



Nizam--twin aku masa wat master..sebab nama sama, muka dia hensem, aku tak..huhu



ni Gambo Wak Isa kawan baik aku USIM..dia dah ade kawan baik dahhhhh...huhu, sapa lagi, bini dia--SU dan anak dialah--Afif.


Ni gambor Hadi, kawan masa di USIM tapi jadi kawan baik di Melbourne


Ni kawan baik aku kat Melbourne, macam abang akak aku sendirilah diaorang ni--Cik Din dan Kak Gee..


Ni Kak Thasa and Mr Aleh, banyak jugak bagi khidmat nasihat yang sangat2 berguna untuk kami..aaa, nanti pun nak mintak khidmat nasihat bagaimana melahirkan anak di Melbourne..huhu, boley yaaa?


aaa..ini Cik EmaZull, seorang wanita yang jadi role-model aku, cukup tabah, cukup kuat semangat, cukup banyak bagi nasihat kat aku and Julie..makaseh banyaklah ye Puan Penghulu... ;p



Nilah kawan baik aku yang paling baik sampai aku takde pilihan lain dah..selain 'terrrrr' pakse kawen dengan dia..huhu.I LOVE OU SO MUCH!





ni kawan baik aku jugak ni..hari2 jumpa dia, hari2 melayan kerenah dia, hari2 ketawa dengan dia, (hari2 gak nangis kena buli psychologically dengan dia..huhu)...anway, I luv you too Reena!


Thursday, January 15, 2009

anak ayah dah sehat! anak ayah makin nakal! sabola Julie oit! rindu orang Bundoora!

memang besar rahmat Allah SWT bagi di sebalik dugaan-dugaan yang diberi-Nya..

Niesreena 2 kali masuk hospital--4 hari kat HKL, 5 hari kat Hospital Segamat. apa sakit? apa sebab? susah nak cakap. Demam panas turun naik tak tentu masa sampai cecah 39.5 degree celc, batuk, selsema, dehydrated, muntah2..melepek jer..kesian..doktor diagnosed kate darahnya masuk virus..macam2 antibiotic niesreena dapat. alhamdulillah, akhirnye sehat semula..syukur.

Tapi niesreena dapat beberapa habit baru. nak tau ape?

KUAT MAKAN!! bagilah apepun makanan, reena takkan menolak..bahkan mintak tambah lagi..fuuhh!! susu? jangan sebutla..lagi kuat dia minum..satu hari dia boleh mintak "SHUSHU" sampai 5-6 kali..fuuhh.

MAKIN LASAK! aduuuhhh, tak terlayan Ayah Tok dengan Mak Tok nak mengejor dia ke sana ke sini. Bangun awal, tido lambat. Dah pandai merajuk, mintak itu mintak ini.Fuhh!!

SUKA MENGOCOH! membebeeeeeeel aje start bukak mata bangun pagi sampaila tutup mata nak tido malam hari! banyak dah vocabulary dia dapat semenjak dok Malaysia ni. Nanti dok Bundoora harap2 vocab Englishnya pun bertambah banyaklah jugak! --takpun vocab Vietnam, huhu..sebab gi mana2 ramai je org Vietnam.. ;p

SUKA DENGKI ORANG! nak duduk tempat mana orang duduk, nak main apa orang main,nak ayam kat tangan ayah masa tengah lunch, nak main game kat henset ayah masa ayah tgh nak sms orang, nak tengok cartoon channel kat astro masa orang tengah 'layyaaann' tengok cite best/tengok Man Utd punya match! fuuhhh!

Tengok kelaku niesreena lepas dia baik sakit ni, terbayang rupa dia mase admitted kat spital baru2 ni...alhamdulillah, syukur pada Allah sebab Niesreena dah totally ok! mak bapak dia yang jadi KO. takpelah. inilah blessing in disguise. Inilah keadilan yang Allah jelaskan pada kami. Setiap musibah, kesulitan itu adalah dugaan sebelum dikurniakan rahmat dan kesenangan...syukur pada-Mu ya Rahman, ya Rahim.




############

kesian kat julie isteri kesayangan aku ajelah, masih lagi diduga Allah SWT untuk perkuatkan sifat sabar dan tabahnya itu. dia banyak makan hati dengan orang2 harapan dia yang letakkan dirinya 'dekat di mata tapi jauh di hati'. sabarlah sayang, masih ade orang lan yang sudi 250% untuk 'dekat di mata, dekat di fikiran, dekat di hati, dekat di jiwa' dengan sayang. Takpa2, harini hari diorang, harap2 Allah Taala beri peluang pada kita cakap kat diorg satu hari nanti 'harini hari aku pulak dengan izin Allah SWT yang bersifat maha adil dan maha penyayang'.



###############

tak sabarnya nak balik Melbourne..tak sabarnya nak tengok apa perkembangan study aku. Tak sabarnya nak jumpa last time dengan principle supervisor aku yang akan pindah university lain. Tak sabar nak tengok ape episod hidup aku, julie Niesreena dan bakal baby baru yang Insya Allah akan lahir di Melbourne tu bulan 5 ni.

Kawan2 kat Bundoora, jemputlah datang No 16 University Mews 1251 Plenty Rd Bundoora..datanglah mengimarahkan rumah aku yang dah lama takde orang sudi datang sejak Asra, Wadi dan baby, dan sorang lagi kawan aku hidupkan seri kat rumah aku tak lama dulu.Mehla datang, aku cuba entertain korang walau dengan secawan kopi 'wok' atau secubit jemput2. yang penting nak lepak2 borak2 senyum ketawa kongsi suma duka dan duka dengan korang. Rindu seh kat suma orang kat Bundoora. aku dengan julie selalu cakap2, terkenang2 kehidupan yang cukup bahagia di Bundoora dengan orang2 Bundoora yang dah surupa abang akak dan adik2 kandung!

dengar2 dah hebat suma2 main Rounders Malaysian Version eh?? Pak Tam pun katanya jadi key player?? fuuhhhh hebat sehh. tak sabo nak joenn..kawan2 oit, aku bawak satu game baru nak ak dalam kehidupan di Bundoora tu?? aku bawak BOLA TAKRAW eh? aaaa, pasni tengokla Tiqie, Faliq, Nana, Fiza Hamzah, Fiza S'pore, waima kakak2 yang sudah ade anak 4-5 orang pun mungkin mao join main sekali..huhu. tak sabo tak sabo..18 February kami turun flight kat Tullamarine, Insya Allah..nantikanla kepulangan kami ber'empat'.

Saturday, January 3, 2009

Dugaan, Rahmat, Kifarah, Ampuh, Bawah Tapak Kaki, Katak Lemas dalam Tsunami

Ya Allah, betapa hebat dugaan yang kau berikan pada kami sekeluarga kebelakangan ini. Selama ini kami begitu ampuh bertahan dan bersabar menghadapi walau apapun yang Kau beri sebagai cubaan demi memperteguhkan tiang keimanan. Begitupun, dugaan yang kami tempuhi lewat masa-masa ini cukup hebat dan perit. Umpama seekor katak yang bersampankan sehelai daun keladi yang sedang terumbang ambing, kelemasan menempuh gelora tsunami ganas yang bergulung-gulung setinggi menara KLCC lagaknya! Tak keterlaluan kalau aku katakan dugaan ini pedih..sepedih jantung yang sedang dirobek2 kasar oleh pisau tajam menikam dan menusuk2 hingga hancur jadi cebisan-cebisan daging yang dah cemamai.

Namun, aku tetap sedar di sebalik dugaan-dugaan yang diturunkan, Kau juga telah melimpahkan sebegitu banyak rahmat, rezeki, keberkatan dan keredhaan-Mu kepada kami sekeluarga.Banyak sebenarnya kebaikan yang kami terima sama ada ianya kami sedari atau ianya terselindung daripada pandangan mata kasar mahupun mata hati dek kerana sifatnya yang diskrit atau maya atau tersembunyi lantaran sifat kami yang boleh dikategorikan sebagai manusia biasa yang banyak lemah di sana dan sini.

Ramai juga mengungkit bahawa mungkin celaka / dugaan yang diberi adalah suatu KIFARAH yang Allah berikan demi membersihkan noda dan dosa lampau kami. Kami redha, redha jika ianya benar kifarah... kami akan terus bersabar, cuba untuk bertenang, menjauhkan diri daripada sumber-sumber 'perosak ketenangan hidup', dan mungkin juga boleh aku katakan 'beralahlah macam biasa', demi kebaikan hidup kami sendiri dunia akhirat.. semoga Allah menerima amalan-amalan kami dan digolongkan dalam golongan orang yang akan mendapat syafaat nabi Muhammad SAW di akhirat kelak..amin.

Julie sayang...terima kasih atas sokongan yang diberikan. terima kasih juga sebab sudi berkongsi '100% SUKA DAN DUKA' dengan abang, dulu, kini dan selamanya.Semoga Allah merahmati rumah tangga kita dunia akhirat. Semoga dugaan2yang akan mendatang dapat kita sama2 hadapi dengan sabar, bijak dan tenang.

Buat manusia2 yang selalu meletakkan aku di bawah tapak kaki mereka sewenang2nya selama ini..aku nak bagi special statement untuk anda semua---- ALLAH MAHA KAYA. ALLAH MAHA BESAR. ALLAH MAHA BERKUASA. kalau sebelum ni kau gelak terbahak2 melihatkan muka aku mengerang kesakitan di bawah tapak kaki kau, sedarlah bahawa aku dah berubah dan akan bertindak sebagaimana yang sepatutnya. Selama ini aku 'terpaksa merelakan' kaki kau ada atas muka aku kerana aku perlu berkorban demi seseorang. Tapi mulai hari ini,aku dah sedar bahawa aku tak sepatutnya terrruuuussssss mengalah duduk di bawah tapak kaki kau sebab itu akan terus membuatkan kau riak, takbur, sombong (bodoh sombog sebenarnya), eksen dan lupa bahawa Allah itu lebih berkuasa daripada kau. Aku takkan buat benda yang sama pada kau, sebagaimana yang kau buat kat aku. Aku cuma nak kau tahu aku layak berdiri seperti mana kau..bukan lagi bawah tapak kaki busuk kau..wahahaha. kalau kau cuba nak paksa aku membongkang dan serahkan kepala aku kepada tapak kaki kau...kau takkan merasa lagila..Insya Allah. Aku WAJIB sedarkan kau, wahai orang2 sombong..sori..BODOH SOMBONG. Tujuan aku hanya nak sedarkan kau...kau tu manusia biasa macam aku jugak. Kau akan dihitung di akhirat kelak, kau akan melalui Siratul Mustaqim, kau akan ditentukan ke neraka atau syurga..sama macam aku. so, bertaubat dan sedarlah kau wahai 'BEKAS PEMIJAK KEPALA AKU YANG BODOH SOMBONG'.


p/s: entry aku yang bersifat 'drama swasta' yang sangat pelik dan emosenel.. wahahaha.. ;,)

Wednesday, December 3, 2008

Sihir paksi kejahatan syaitan sesatkan akidah umat

Alhamdulillah, hari ni sekali lagi artikel tentang sihir ni keluar di paper, tapi kali ni di Berita Harian (3 Dec 2008). Buat kawan aku &%^#@&, aku harap kau terus tabah hadapi kesan jahat manusia durjana yang pendek akal menyeksa hidup kau.Allah maha berkuasa, nanti pasti yang benar akan terserlah, yang benar juga sentiasa ditabalkan sebagai yang haq bukan yang batil!


Sihir paksi kejahatan syaitan sesatkan akidah umat
Oleh Khairunneezam Mohd Noor

Ilmu hitam jadi amalan orang fasik, kufur kembang biak persengketaan dalam masyarakat

Dalam zaman serba moden pada hari ini, janganlah terkejut andai mengetahui bahawa sesetengah ahli masyarakat kita masih kuat terbelenggu dengan amalan sihir yang boleh mencacatkan akidah. Sebut sahaja nasi tangas, angin tuju-tuju, santau, ubat guna-guna, minyak dagu, dan seumpamanya ia pastilah antara cabang-cabang sihir yang tersohor dan masih tegar diamalkan dalam masyarakat kita.

Sesungguhnya perbuatan sihir ini tidak lain dan tidak bukan adalah berpaksikan kepada ilmu atau ajaran syaitan yang sememangnya mahukan akidah umat Islam terus sesat dan rosak binasa. Sihir tidak memberikan apa-apa kebaikan untuk orang yang mengamalkannya, lebih-lebih lagi orang-orang yang menjadi mangsanya.

Sihir yang menggunakan perantaraan jin dan syaitan tidak lebih daripada bermatlamat negatif untuk memenuhi nafsu serakah, melunaskan dendam kesumat, mahu menunjukkan bahawa diri seseorang itu kuat, atau pun sebagai isyarat diri tidak boleh dicabar dan diganggu-gugat secara fizikal, perasaan dan emosinya.

Baru-baru ini penulis dihubungi oleh seorang sahabat karib sewaktu sama-sama belajar di universiti dahulu. Sahabat ini menceritakan perihal keluarga dan dirinya sendiri yang menjadi mangsa sihir oleh orang-orang tertentu. Apa yang menjadi kekesalan buat penulis adalah perbuatan sihir tersebut telah berlarutan bertahun-tahun lamanya. Banyak impak buruk yang terpaksa ditanggung oleh sahabat dan keluarganya termasuklah menderita pelbagai penyakit misteri, diganggu jelmaan lembaga hitam, mengalami mimpi yang mengerikan dan sebagainya.

Sahabat penulis ini dan keluarganya telah berusaha sehabis daya untuk berubat menggunakan amalan perubatan moden dan tradisional, serta bertemu pakar perubatan berasaskan Islam. Namun, masih juga kesabaran dan keimanan mereka diuji Allah SWT apabila kesan-kesan sihir tersebut masih tidak berkurangan, bahkan semakin hebat mengasak kesejahteraaan hidup mereka. Sememangnya berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul sengsara kesan sihir ini.

Dalam kes yang dialami oleh sahabat penulis ini bahkan sesiapa sahajapun mangsa sihir, pasti akan mengundang beberapa persoalan. Jika benarlah ada orang lain membuat sebarang kesilapan, salah faham, mengganggu hak peribadi atau sebagainya terhadap kita, apakah tidak ada kaedah lain yang lebih tepat untuk kita menyelesaikan pertelingkahan tersebut selain daripada amalan sihir? Apakah agaknya nilai kepuasan diri orang yang menyihir apabila melihat mangsa-mangsanya tersiksa secara fizikal, emosi dan mentalnya bahkan sehingga tercabut nyawanya?

Bukankah elok jika persengketaan itu diakhirkan dengan perbincangan yang telus, maaf-memaafkan, redha-meredhai dan berdamai. Firman Allah SWT yang bermaksud: ‘Dan jika mereka condong kepada perdamaian maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui (Surah al-Anfal, ayat 61).

Jelas, manusia yang sanggup melakukan sihir adalah rapuh nilai keimanannya. Golongan ini mudah bersekongkol dan tunduk mengalah pada bisikan dan hasutan syaitan. Inilah amalan orang-orang yang fasik dan kufur. Orang-orang seperti ini tidak sedar bahawa Allah SWT adalah maha berkuasa dan maha adil. Jika baik amalan seseorang itu, maka balasan yang baik jualah yang akan diterimanya daripada Allah SWT, begitulah jua padah yang sebaliknya jika dia melakukan kejahatan. Ini selaras dengan Firman Allah SWT yang bermaksud: ‘Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula’ (Surah al-Zalzalah, ayat 7&8).

Agama Islam sangat-sangat mencela dan melarang umatnya daripada terjebak dalam amalan sihir ini. Rasionalnya adalah kerana amalan sihir ini dengan mudah merosakkan akidah dan menghancurkan keimanan seseorang Muslim. Sihir menyebabkan seseorang yang mengamalkannya hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT bahkan menganggap dirinya lebih berkuasa kerana mampu mendatangkan mudarat kepada pihak lain sesuka hatinya. Sihir berupaya menebalkan rasa sombong, takbur dan zalim dalam kalangan pengamalnya.

Sihir juga akan mengembang biakkan persengketaan, sifat dendam yang tak surut-surut, mengundang fitnah, berpecah belah dan hilang kepercayaan sesama ahli dalam masyarakat. Bayangkanlah jika sihir menjadi permainan sebati dalam hidup, kalau tercuit sedikit perasaan marah terhadap orang lain, maka sihir pantas dijadikan alat untuk membalas perbuatan orang tersebut. Bermakna, tak habis-habislah orang di sana sini sakit menderita dek permainan sihir yang tak kunjung padam.

Sebagai masyarakat muslim kita perlu secara kolektif, bersungguh-sungguh dan istiqamah menangani dan membasmi perbuatan sihir. Antara lainnya adalah dengan cara:
• Segenap lapisan masyarakat perlulah utuh mendalami, menyebarkan dan menghayati ajaran Islam dan menjadikan ia sebagai cara hidup. Islam itu sendiri bermaksud taat, akur dan penyerahan diri kepada Allah SWT dan juga memberi maksud sejahtera. Maka, menghayati Islam bermakna membugarkan kesejahteraan hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah SWT.
• Menyelesaikan pertelingkahan dan salah faham dengan kaedah yang tepat dan rasional serta mengamalkan konsep maaf-memaafkan sesama individu.
• Sentiasa memohon taufik dan hidayah daripada Allah SWT agar sentiasa teguh keimanan dalam diri dan diberi perlindungan daripada hasad dengki, perbuatan jahat dan sihir manusia, jin dan syaitan.
• Menjadikan al-Quran dan al-Hadis sebagai panduan dalam semua aspek kehidupan. Begitu juga mengamalkan hafazan dan bacaan ayat-ayat atau surah-surah tertentu dalam al-Quran. Dengan izin Allah SWT ia mampu menjadi pendinding, penangkis dan penawar kesan sihir kepada seseorang.
• Memberi didikan kepada masyarakat akan bahayanya amalan sihir yang bukan sahaja merosakkan akidah seseorang bahkan tindak-tanduk dan pemikiran akan turut menjadi porak-peranda dan tidak rasional.
• Berdakwah secara berhikmah dan mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan sihir supaya dibukakan hijab dalam hatinya untuk segera berubah dan bertaubat nasuha kepada Allah SWT.
• Tidak menyokong dan bekerjasama dengan pengamal sihir supaya amalan jahatnya itu akan lenyap dan tidak diwarisi oleh sesiapapun.

Bagi yang terkena amalan sihir, apa yang perlu dibuat adalah terus yakin dengan kekuasaan Allah SWT. Dengan izin-Nya serta sifat pengasih dan penyayang-Nya, pasti dapat kita menangkis sebarang perbuatan sihir jahat manusia, jin dan syaitan. Janganlah pula kaedah yang sama (iaitu sihir) hendak dipraktikkan untuk membalas kembali kejahatan pihak pengamal sihir tersebut.

Sifat sabar juga perlu terus ada dalam diri. Teruskan mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan menepati syariat Islam dengan penuh tawakkal kepada Allah. Anggaplah bahawa ini adalah salah satu bentuk ujian Allah SWT untuk menguji keteguhan nilai Islam dan Iman dalam diri seseorang itu sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: ‘Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya’ (Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Sambut Aidiladha di perantauan tak semeriah di tanahair

Hari ni (2 Dec 2008) artikel aku keluar di BH. Ini antara artikel paling pendek diedit BH, tapi tak kesah, janji maksudnya sampai..huhu.. tribute to all my fellow friends di Bundoora yang tak 'dapat' balik beraye di Melesia macam aku..huhu...

**********************

SESUNGGUHNYA umat Islam ternanti-nanti tibanya Aidiladha atau Hari Raya Korban yang secara rasminya akan disambut 8 Disember ini di seluruh negara.

Berdasarkan pengalaman peribadi, menyambut Hari Raya Korban di perantauan tidaklah semeriah seperti yang dirasakan di tanah air. Perantau sekadar dapat peluang bersolat sunat di masjid atau surau. Ada juga dalam kalangan komuniti perantau seperti pelajar atau pekerja yang menganjurkan majlis kenduri kecil-kecilan atau takbir beramai-ramai, sama ada di kedutaan Malaysia, di rumah atau di dewan komuniti.

Peluang untuk berhimpun beramai-ramai seperti ini memberikan ruang kepada semua untuk melepaskan rindu terhadap sanak-saudara di Malaysia, bertukar fikiran, berkongsi suka dan duka, dan sama-sama menghayati erti yang tersurat dan tersirat mengenai pengorbanan.

Sambutan perayaan yang dibuat adalah sederhana, tetapi jauh di lubuk hati masing-masing sedar bahawa mereka sedang melaksanakan erti pengorbanan yang bukan calang-calang.

Pengorbanan untuk meninggalkan keluarga tercinta jauh beribu-ribu batu di tanah air, menimba ilmu dan mencari pengalaman di bumi asing, mengangkat senjata membantu menjaga keharmonian dan keselamatan negara yang sedang dilanda krisis, bersusah payah membina kehidupan dan berdikari, dan mentadbir hal-ehwal makanan dan pakaian keluarga adalah contoh pengorbanan yang cukup berbeza dan unik jika dibandingkan dengan ibadah korban yang biasa diamalkan di tanah air.

Namun, semua pengorbanan ini tetap bersandarkan kepada matlamat mendapatkan keredaan Allah membawa balik segala ilmu dan pengalaman yang ditimba di luar negara untuk dikongsi bersama dengan anak bangsa.

Related Posts with Thumbnails