Showing posts with label ngocoh di alam maya. Show all posts
Showing posts with label ngocoh di alam maya. Show all posts

Friday, December 31, 2010

rokok. nikmat di mata. siksa di jiwa.

tak payah aku terangkan secara MENDALAM terlebih dulu...silalah nikmati gambar2 dan mesej2 berikut.

SERONOK KAN BUAT LAWAK MACAM NI?




hahahahahaha...kelako, kelako.....!!!




tengok pulak gambo-gambo berikut...









ni pula kesan2 merokok yang dah terbukti secara absah di seluruh donya..




















ni pulak 'analogi2 indah buat para perokok'....








cuba klik imej di bawah ni...














Cuba Tengok pula Kempen-kempen di Youtube dan Media Massa:










Tak puas lagi?

nah ni yang last...



jadinya kawan2 dan tuan puan... fahamilah mesej berikut











jangan nanti dah berada di 6-feet-down under baru nak menyesal....




aku tak pandai nak berhujah tentang hukum-hakam merokok, kerana aku selalu dihenyak2 dengan fakta beralas-alas baeeekkkk punyaa dari sesetengah 'kawan' yang seronok merokok dulu2...hehehe, kenangan manis aku dan kauworang beb. tapi elok kau baca banyak2 tentang makna rokok dan apa pandangan syariat tentangnya...boleh rujuk perbahasan berikut di:





p/s: andai ada yang terasa...memang aku sengaja nak bagi kau terasa! aku takmoh mintak mahap....Kerana aku sayang kamu semua!!! :)

Tuesday, December 21, 2010

KAU SEMPURNAKAN DIRIKU....

Bayangkan.....


Bulan tanpa bintang.




Bunga tanpa warna.




Gula tanpa manis.




Lagu tanpa Irama.



Laut tanpa Pantai.







Bahtera tanpa nakhoda.




Kumbang tanpa bunga (Anterusia?)




Siang tanpa malam.






Kereta tanpa tayar.




Cili tanpa pedas.




Garam tanpa masin.




McD tanpa burger.




Printer tanpa dakwatnya.



Tanpa semuanya itu....

BULAN tetap bulan, BUNGA tetap bunga, GULA tetap gula, LAGU tetap lagu, LAUT tetap laut, BAHTERA tetap bahtera, KUMBANG tetap kumbang, SIANG tetap siang, KERETA tetap kereta, CILI tetap cili, GARAM tetap garam, McD tetap McD, dan PRINTER tetap printer....cumanya, tiadalah satu ungkapan yang disebut sebagai SEMPURNA di keadaan-keadaan atau objek-objek atau zahir sifatnya itu.


S.E.M.P.U.R.N.A


BEGITULAH ADANYA DALAM HIDUP AKU.

aku tak mahu mengungkapkan aku sempurna bila aku dapat sesuatu. kerana aku manusia...manusia telah ditakdirkan tidak akan ultimately atau 100% sempurna selama-lamanya.



aku takkan sesempurna sekarang tanpa....

b
elas restu dan rahmat Ilahi. Aku memanjatkan rasa syukur teramat2 kerana dilahirkan sebagai umat Islam, umat Muhammad (nabi terulung segala nabi, rasul teragung segala rasul, manusia tersuci segala manusia!). Syukur Ya Allah...



Begitu jua, aku hanya mahu mengungkapkan, bahawa aku tak akan sesempurna aku sekarang tanpa insan2 berikut di sisi.


Emak dan Ayah Tersayang! Puan Zaliha Ismail dan Encik Mohd Noor Abdullah




Isteri Tercinta! Julieana Mangsor




Adik2 aku! Khairunnazlee, Siti Fairuz, Khaireena Hazreen, Khairunnazrin, dan Khaireena Fazeera









dan anak2ku, apples of my eyes!
Khairunniesreena dan Khairunnaufal.





haha, dan memang benarlah, aku sempurna bila kalian sempurnakan diriku..... seperti mana bila bintang menemani bulan, warna menyerikan bunga, manis melengkapkan gula, irama merancakkan lagu, nakhoda mengepalai kapalnya, pantai melengkapi lautan, dan seumpamanya.

Bak kata saudaraku di seberang sana.... AKU BUTUH KAMU!!!!


p/s: anda semua diundang dan dialu-alukan untuk mengunjungi FB page kami di ZERO NEGATIVITY DAY - the 15th. check it out!!! :)

Thursday, October 28, 2010

Nyawa jadi murah bila berada di jalan raya

Semenjak2 balik ke Malaysia ni, aku memang ada rasa 'serun' sikit bila driving kat jalan raya. Ntah kenapa, aku cukup suka buat perbandingan dengan keadaannya di Melbourne.

Sepanjang aku berpeluang memandu di sekitar Melbourne, Canberra dan Tasmania, aku rasa cukup selamat dan sejahtera kalau berada atas jalan tarnya. Kenapa. Sebab orang2 di sana (termasuklah golongan imigran macam aku) memang berbudi bahasa dan bersopan santun bila memandu. dah jadi habit, dah jadi satu kebiasaan. Kalau jalan raya tu lurus macam mana jauh sekalipun, kalau di kawasan itu dihadkan bawak 60kmj, maka 60 kmj sajalah orang akan memandu. bayangkan, kat highway yang berada di suburban pun kalau ketetapannya 100kmj, maka 100kmjlah orang akan memandu.

Aku ingat lagi, ada satu kali tu masa mak ayah datang melawat kami di Melbourne, kami pi jalan2 ke Great Oceon Road dan Grampians, aku memotong 5-6 kereta yang bawak slow, dan jalan kemain luruuuusss sampai ke horizon tanpa ada kenderaan yang bertentangan kat depan.. sepanjang memotong tu, semua drivers yang aku potong bunyikan hon keta, bagi high beam, dan bagi isyarat jari tengah kat aku! betapa tingginya etika pemanduan diorang di sana, sampaikan nak memotong dengan selamat pon jadi satu kesalahan..adoyaii.

Kat Malaysia? Lain.

:: Kat highway yang terang lagi bersuluh had pemanduan maksimum hanya 110kmj (paling2 kalu takmau kena saman 120kmj ), tapi berapa ramai yang bawak betul2 ikut had (temasukla aku kadang2)? LUMRAH tengok kereta2 besor speeding gila2 kat line belah kanan sekali, especially keta2 yang bernombor plat singapore, maap cakap ye.
:: Orang gi masjid, gi kedai, naik moto tak reti pakai helmet...sebab nampak remeh, sebab berfikiran bahawa nak gi mesejid pun pakai helmet ka? kelako. tapi bab nyawa, tak kelako beb. berapa banyak berita dan cerita kita tau yang orang meninggal on the way pergi atau on the way balik dari kedai atau masjid atau tempat2 lain yang jaraknya tak sampai 100 meter dari rumah? silalah google kalau tak caye. :,)
:: Budak2 takde lesen yang sah, tapi mak ayah dah anugerahkan LESEN AGUNG untuk drive kereta atau motor pada anak2. sayang katanya. pooodah!!! itu bukan sayang, itu usaha 'tersembunyi' untuk bunuh anak yang tak berdosa. nanti anak2 tak mahu belajar bersungguh2 katanya. adakah itu alasan 'bijak' yang perlu kau worang layan? owh nooooo....
:: Kalau ada kesesakan lalulintas, dan ada van ambulans ka, lori bomba ka ne nong ne nong mintak kereta ke tepi untuk bagi laluan, maka akan lahirlah satu fenomena yang aku panggil 'gerabak keretapi maut'. apa tu? tu haaa, kenderaan2 yang fikir dia worang bijak memintas dan mencantas lalu lintas dengan cara 'membontoti' van ambulans atau lori bomba tersebut. sah2 la van ambulans tu bawak laju, diorang di belakang tu pun bawak laaajuuu... bayangkan kalau van ambulans tu brek mengejut? silap2, yang membontoti van tersebut terruuusss masuk ke dalam van tu untuk tumpang ke hospital sekali, atau terus dihumban ke kubur. Fenomena ni aku dan isteri nampak dan rasai sendiri masa kemalangan BESAR di PLUS highway yang melibatkan dua buah bas dan beberapa kereta dan menyebabkan kematian berbelas2 orang. yang dah eksiden tu dah la, yang lain kat atas jalan raya tu, apehal plak nak menambah statistik kemalangan dan kematian free free aje? aiyyoooo...
:: Tu, geng2 rempit dan mat moto...adoyaiii, suka betul dia worang folo belakang bas ekspress rapat2...katanya tektik curik angin...sebab secara saintifiknya, memandu di belakang bas sebegitu rupa boleh menjimatkan minyak moto kerana moto mereka tidak merentangi angin dari depan...bijak kan? bijakkkkk, tapi kalau dah muka menyembab bontot bas tu secara tiba2..haa, dah tak bijak dah tu, tu namanya bodoh bahlul.

itu sekadar contoh2 ringkas. aku yakin banyak lagi orang lain yang ada pengalaman bertemu worang2 gila atas jalan raya macam di atas. Entahlah...murahnya nyawa manusia atas jalan raya di Malaysia.

Wednesday, September 15, 2010

nose picking or korek hidung

Hahahaha, lately kalau perati si Niesreena yang tengah lepa-lepa tengok kartun kat tv, 'selalunya' dia akan lakukan habit barunya...apa lagi korek hidung la.. kemain dalam lagi dia melombong...khusyuk! cuma tak sempat je nak ambik gambo dia tengah ralit mengenose picking.. ;p
Berkait hobi baru Niesreena tu, tak aku nafikan masyarakat kita tak pandang aktiviti korek hidung ni sebagai sesuatu yang 'indah di pandangan mata'. bayangkan kalau kita tengah makan kat kedai makan, aleh2 tertoleh kat satu kastemer ni tengah syiioookkk korek hidung dan dapat hasil mahsulnya..perghhh, loya jadiknye seh!!

Tapikan, aku dulu2 pernahlah terbaca yang korek hidung ini secara scientific nya pulak adalah satu perkara yang baik untuk kesihatan. AAAA???? YEE KEEE?? iyeee, dan aku try check2 kat internet, jumpalah jugak 2-3 evidence yang menyatakan hal yang sama.



ini antara fakta tentang nose picking habit ni yang aku jumpa:

:: PENGOREK HIDUNG ADALAH ORANG YANG KREATIF DALAM HIDUP

:: PENGOREK HIDUNG TEGAR ADALAH MEREKA YANG BIJAK MENYELESAIKAN MASALAH

:: KANAK-KANAK YANG SUKA KOREK HIDUNG TIDAK USAH DITEGUR, KERANA ITU MENUNJUKKAN SIFAT EKSPLORASINYA. jari-jemari yang menelusuri lobang2 hidungnya mencari 'bijih timah' itu memanifestasikan kemahiran kendirinya dalam mencari ruang2 penyelesaian kepada setiap permasalahan yang dihadapinya kelak (?)

:: ni lagi best, DAH KOREK, MAKAN PULAK TAHI HIDUNG TU SEBAB IANYA BERKHASIAT!! This is about a doctor in Australia, he found out eat the residue in the nose after u drag it out may improve your health. The residue can improve the lymphatic system and the experiment had prove that people who use finger to drag the things out are more healthy and they are more happy. Our nose act like a filter, it collect a lots of bacteria, when this bacteria reach to stomach and intestine area it become certain that of medicine.The doctor had advice to encourage the children to build this behavior which drag the residue and eat (sumber: http://koffeewithkiru.blogspot.com/2010/02/eat-your-nose-shit-it-can-improve-your.html)

Sumber: http://maladagreat.blogspot.com/2010/07/tahi-hidung-yang-lazat.html

Tapi macam mana pun bukti2 yang bersifat saintifik pasal korek hidung ni...aku rasa kita tak payahlah nak percaya sangat. Kadang2 dapatan saintifik ni bersifat imaginasi dan theoretical semata-mata dan ianya tidak diiringi oleh kajian eksperimental dan empirikal yang jitu.


makanya, tak payahlah lepas ni kita senang2 nak ikut korek idung dalam2 depan public dan seterusnya....makan taik hidung tersebut! adusss...toksahlah jadik gitu. nanti karang orang kata, isshhhh harap muka je 'henskem' tapi pengotor!! hahahaha... nak korek hidung tak salah, bahkan ianya normal. tapi nyorok2lah sket... memang habit ini adalah sesuatu yang bagus kerana ia membantu menjamin kebersihan terutamanya dalam 2 serombong hidung kita tu. tu sebabnya masa angkat wuduk pun, membersihkan rongga hidung ni adalah satu perbuatan yang dihukumkan sebagai sunat.


gitulah adanyaaa..............

p/s: taik idung memang rasanya masin kan? heheheheheheheheheheheheheheheheheheheh!!!



Monday, September 13, 2010

Didik anak sambut Ramadan, Aidilfitri bertunjangkan syariat

Alhamdulillah. suasana raya tahun ni cukup indah buat aku, isteri dan anak-anak. perjalanan merentas negeri2 di sebelah pantai barat untuk raya kali ini cukup lancar dan aku tak 'berperang' dengan kesesakan lalu lintas dan kesesakan napas.

Raya di Tapah Road rumah Embah kami, nenek sebelah Julie cukup signifikan bagi aku. Pertama kali dalam hidup aku berpeluang bantu masak lemang dan ketaput sekaligus. lemang, bukan sesuatu yang tak sinonim dengan mulut dan perut aku, tapi cukup asing untuk aku dalam hal membakarnya. Ketupat, aku tak heran, memang sebelum2 ni aku dan adik2 aku dah macam ada 'kontrak' jadi tukang masak ketupat di kampung Batu Pahat bertahun-tahun-tahun lamanya, hehehe.

Begitupun, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, sambutan raya dalam suasana hujan renyai2 kali ini, indah sekali.

Ini ada buah tangan aku untuk tatapan semua orang. Telah disiarkan dalam surat khabar Berita Harian harini, 13 September 2010 dalam ruangan Agama. sekadar meneruskan warisan Nabi SAW untuk tak putus2 sebarkan dakwah Islamiyyah, walaupun hanya dengan sepotong ayat...

***********************************************************

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DidikanaksambutRamadan_Aidilfitribertunjangkansyariat/Article

Didik anak sambut Ramadan, Aidilfitri bertunjangkan syariat
Oleh Khairunneezam Mohd Noor

AIDILFITRI hari umat Islam menikmati rahmat kegembiraan dan kebahagiaan lantaran banyaknya anugerah Allah dikecapi sepanjang Ramadan kepada semua hamba-Nya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bagi orang yang berpuasa itu akan dikurniakan dua kegembiraan, kegembiraan ketika Aidilfitri dan kegembiraan ketika bertemu Allah SWT.”


Tidak dapat dinafikan kanak-kanak adalah golongan paling seronok apabila menjelang Aidilfitri saban tahun. Bagi kanak-kanak yang berlatih berpuasa pada Ramadan, hari raya adalah kemuncak kesyukuran kerana berjaya menyempurnakan ibadah menjadi salah satu tunjang Rukun Islam.

Ditambah lagi, budaya menyambut hari raya di Malaysia cukup meriah, menyemarakkan lagi perasaan gembira di hati kanak-kanak. Pada hari itu mereka akan berpeluang memakai baju serba baru, makan pelbagai juadah istimewa, mengutip angpau berisi dan menonton rancangan hari raya.

Tidak ada salah dan silapnya untuk kanak-kanak merasai keseronokan sebegini sepanjang sambutan hari raya. Namun, mereka perlu dibimbing dan difahamkan konsep ‘wasadtiah’ atau bersederhana menyambut Aidilfitri mengikut lunas Islam.

Selama sebelas bulan manusia bergelumang dengan tuntutan keduniaan dan kehendak nafsu, selama itu jugalah fitrah asal manusia sudah tercemar. Maka, dengan izin Allah, manusia dikurniakan ruang terbaik pada Ramadan untuk berpuasa dan melaksanakan amalan menguatkan serta menyucikan semula fitrahnya.

Dari perspektif Islam, sambutan Aidilfitri bermaksud hari yang disambut sebagai tanda kejayaan dalam mengembalikan fitrah seseorang hamba Allah kepada keadaan asalnya yang suci dan bersih.

Mendidik kanak-kanak menyambut kejayaan mengembalikan fitrah yang suci pada hari raya tidak sepatutnya disulam dengan unsur negatif. Contohnya, boros berbelanja pakaian, terlalu leka menonton hiburan di televisyen, makan terlalu banyak dan membazir, lalai melaksanakan solat dan bermain mercun.

Kanak-kanak perlu diasuh meneruskan kesinambungan amal ibadah yang bersifat khusus atau umum dilaksanakan sepanjang Ramadan pada bulan berikutnya. Ibadat khusus seperti berpuasa boleh diteruskan dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal serta puasa sunat Isnin dan Khamis.

Begitu amalan qiamullail yang diakui kelebihan dan faedahnya daripada pandangan Islam dan perspektif sains. Bertandang ke masjid atau surau untuk solat berjemaah perlu digalakkan. Ajarkan kanak-kanak memperbanyakkan membaca al-Quran, memahami maksudnya, berzikir dan berdoa.

Amalan khusus seperti ini berupaya membentuk jiwa kanak-kanak yang ikhlas untuk beribadah, sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dengan izin-Nya.

Ibadah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) yang sukar untuk ditemui pada bulan lain seperti solat sunat Aidilfitri dan bertakbir juga perlu diterapkan sebagai ‘istimewa’ buat anak-anak kerana kedua-dua ibadah sunat ini menjadi simbolik sifat kesyukuran dan kekuatan umat Islam melaksanakan ibadah wajib berpuasa sepanjang Ramadan.

Pentingnya galakan menunaikan solat sunat hari raya dinyatakan Imam Al-Bukhari dalam riwayat hadis Ummu `Athiyah, beliau berkata: “Kami sekalian diperintahkan keluar pada solat sunat dua hari raya sehingga wanita yang haid pun keluar, kemudian menempatkan diri di belakang kaum muslimin, mereka turut bertakbir mengiringi takbir kaum muslimin.”

Begitu juga tuntutan bertakbir dan bertahmid mengagungkan kebesaran Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu supaya kamu menjadi orang yang bersyukur.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Amalan mulia lain seperti menziarahi pusara sanak saudara dan menghadiahkan mereka bacaan ayat suci al-Quran, menyertai perkumpulan marhaban, menghadiri majlis ilmu, berjimat cermat berbelanja, bersedekah, bantu-membantu orang yang tidak berkemampuan, hormat kepada orang tua, adalah ibadah umum yang perlu disuburkan dalam diri kanak-kanak.

Tujuannya supaya mereka faham konsep ‘amal makruf, nahi mungkar’ iaitu memperbanyakkan amalan mulia dan meninggalkan perbuatan dilarang.

Teguhnya peribadi mulia kanak-kanak yang dibentuk sepanjang Ramadan tidak akan bermakna jika ibu bapa atau penjaga tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai ikutan mereka meraikan Aidilfitri.

Bersederhana dan wujudkan suatu anjakan paradigma untuk beramal ibadah bertunjangkan syariat Islam semasa menyambut hari lebaran ini.

Didikan tepat akan mengubah tanggapan anak-anak yang selama ini menyatukan makna Aidilfitri dengan duit raya, mercun dan bunga api semata-mata kepada terbitnya kemanisan iman serta rasa tawaduk dan syukur ke hadrat Ilahi.

Penulis ialah pensyarah di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

********************************************************

Buat semua kaum keluargaku, khususnya ayah, emak, isteri, adik-adikku, mak dan bapak mentua, kaum keluarga, sahabat handai, dan semua para pembaca blog ini, aku ingin susun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf di atas segala keterlanjuran, salah silap, kekhilafan, dan kedaifanku andai ia pernah sengaja atau tidak sengaja, sedar mahupun tidak sedar, telah berupaya membuat anda semua terluka, terhiris perasaan, termakan hati, dan sebagainya. Bagi pihak diri aku sendiri, aku redha dan ampunkan semua salah dan silap anda semua...Insya Allah.

Semoga sambutan hari raya Aidilfitri kali ini memberi seribu satu kebahagiaan buat kita semua dengan berpayungkan rahmat dan iradat pemberian Allah Azzawajalla. amin...

Sunday, September 5, 2010

Sujud Syukur

Sujud Syukur

Sujud Syukur sunat dilakukan apabila seseorang itu mendapat sesuatu nikmat seperti lahir seorang anak, mendapat harta, terlepas dari bahaya dan lain-lain.Ia bertujuan melahirkan rasa terima kasih kepada Allah SWT di atas nikmat tersebut.

Dalam hal ini, terdapat hadis Nabi s.a.w seperti berikut:

"Dari Abi Bakrah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w ap
abila telah datang kepadanya sesuatu urusan yang menyenangkannya, atau ia gembira kerana sesuatu, lalu baginda sujud menekurkan ke tanah sebagai berterima kasih kepada Allah ta'ala".

Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat

Rukunnya
pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah duduk

(**Sumber: baheis.islam.gov.my)

###########################

Soal jawab tentang sujud syukur


Q: Saya nak tanya berkenaan cara-cara sebenar untuk sujud syukur?


A: Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam al-Fiqh al-Islami (2/118), Sujud Syukur di dalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan di atas kenderaan jika seseorang didalam di dalam permusafiran. Terdapat 5 rukun d idalamnya iaitu:

a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.

Didalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.

Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.

Ibn Qudamah rh juga menyatakan bahawa cara sujud Syukur adalah sama dengan Sujud Tilawah / Sajadah d iluar solat.

Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : "Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama' mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo'a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa."

(**Sumber: http://soalsolatumum.blogspot.com/2010/03/cara-sujud-syukur.html)


###########################

Dari Abu Bakrah: Apabila Rasulullah s.a.w. menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).

Dalam salah satu riwayat dinyatakan bahawa Abdul-Rahman bin Auf melihat Nabi Muhammad Saw. sedang melakukan sujud. Kerana baginda bersujud lama sekali, maka timbullah kebimbangan kepada Abdul-Rahman bin Auf kalau-kalau Rasulullah saw. dalam keadaan'bahaya', mungkin baginda dipanggil Tuhan secara mendadak. Dengan segera Abdul-Rahman bin Auf mendatangi Rasulullah saw. untuk mengetahui keadaan baginda yang sebenarnya.

Sejenak kemudian Rasulullah saw.mengangkat kepalanya, bangun dari sujud dan bertanya kepada Abdul-Rahman bin Auf : " Ada Apa gerangan, wahai Sahabatku, maka anda nampak seperti orang yang bingung ?"

Abdul-Rahman bin Auf menjelaskan kebimbangannya itu, sepertimana yang dinyatakan di atas.

Akhirnya Rasulullah saw.. menyatakan yang maksudnya : " Bahawasanya Jibril datang kepadaku dan berkata : Sukakah engkau : Barangsiapa yang mengucapkan salawat ke atas engkau, maka Allah Swt. akan memberikan salawat kepadanya. Barangsiapa yang memberikan salam kepada engkau,maka Allah akan memberikan salam (pula) kepadanya..Mendengar hal itu, maka saya (Rasulullah) terus melakukan sujud kepada Allah sebagai tanda bersyukur". (HR Ahmad)

Berdasar ke atas Sunnah Nabi itu, maka ianya tidak hairanlah apabila para Sahabat sering melakukan sujud syukur tatkala mereka mendapat nikmat atau memperoleh berita yang menggembirakan. Amalan sujud syukur itu adalah antara manifestasi untuk menyatakan kesyukuran atau terimakasih kepada Allah swt.

#############################

Tatacara sujud syukur

Sujud syukur itu seyogianyalah dilakukan secara spontan (seketika) tatkala mendapat nikmat atau menerima berita menggembirakan.

Adapun cara mengerjakan sujud syukur itu tidak berbeza seperyti mana sujud tatkala solat. Hanya syarat-syarat yang diwajibkan dalam mengerjakan soklat, seperti harus mempunyai wuduk (air sembahyang), menghadap qiblat, pakaian yang bersih daripada najis dan lain-lain, itu semua adalah tidak disyaratkan didalam sujud syukur.

Juga tidak disyaratkan untuk dilakukan di tempat-tempat tertentu seperti masjid/surau, tetapi dibolehkan dilakukan d isetiap tempat, asalkan tidak di tempat-tempat yang kotor, seperti tandas dan lain-lain. Boleh ianya dilakukan di tepi jalanan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi pantai, di atas kereta dan sebagainya.

Dalam pada itu, tidak ada bacaan-bacaan yang khusus pada waktu melakukan sujud syukur itu. Menurut penjelasan Jumhur Ulama, cara melakukannya ialah dengan mengucapkan takbir lebih

dahulu, kemudian sujud, sesudah itu bangkit dari sujud dan terus memberi salam. Ada juga sebatengah Ulama yang berpendapat bahawa sujud syuklur tidak perlu dimulakan dengan takbir dan disudahkan dengan salam, tetapi ianya cukup dengan bersujud sahaja, kemudian bangikit dan duduk kembali.

(**Sumber: hikmah.org.my)


wallahu a'lam.


(Sumber gambar-gambar: blog aku pencinta ilmu, mari jadi baik, anayusof.wordpress.com)

Related Posts with Thumbnails