Thursday, January 14, 2010

syukur

syukur pada Allah atas anugerah yang diberikan pada aku dan keluarga aku. tak putus2 bibir ini mengungkapkan kalimah suci HAMDALLAH. syukur jua pada-Nya atas kekuatan yang diberikan pada kami menerobosi segala liku2 kehidupan dan cabaran2 yang diberikan-Nya selama ini, terutamanya kebelakangan ini. Sememangnya benar, manusia itu tidak akan diberikan dugaan yang tidak mampu ditanggung oleh dirinya. Dan sesungguhnya jua dugaan demi dugaan itu adalah tidak lain dan tidak bukan berpaksikan kepada percubaan untuk menguji tahap kesabaran, keimanan, ketaqwaan ke hadrat Allah SWT.

syukur kerana aku dilahirkan sebagai Muslim, harap2nya bukan muslim atas nama semata2. syukur kerana aku dilahirkan dalam keluarga Mohd Noor dan Zaliha. Syukur kerana aku ditautkan hubungan sedarah sedaging dengan adik2ku yang aku sayangi. syukur kerana aku dijodohkan dengan Julieana yang memahami diriku atas bawah, kiri kanan, depan belakang, luar dalam, zahir batin. syukur kerana Allah mengurniakan kami zuriat yang sihat sejahtera, cantik paras rupa. Syukur kerana setakat hampir 30 tahun aku hidup di dunia yang fana ini, aku belum lagi terjelepuk kaku dibelasah cubaan demi cubaan, dapat jua kaki dan badanku berpijak teguh dan berdiri utu mengorak hayunan langkah menggapai impian2 hidup di dunia dan akhirat.

syukur jua kerana sehingga ke saat tangan aku mengetuk2 papan kekunci ini, aku bernafas sebagai hamba Allah yang mengaku seabsah dan seluhurnya bahawa TIADA TUHAN YANG AKU SEMBAH MELAINKAN ALLAH, dan MUHAMMAD SAW ITU PESURUH ALLAH!

Related Posts with Thumbnails