Tuesday, June 15, 2010

Tips: Taktik atasi tabiat lengah kerja

Seorang pengunjung dan pengikut blog aku, Mr Cekodok bertanyakan pasal tips berkaitan malas. Makaseh untuk permintaan tersebut. Untuk itu, aku kongsikan tips yang aku ceduk dari buku Resipi Istimewa Untuk Belajar karya Prof Madya Sapora dan aku (2008) untuk tatapan semua worang.

*********************

TAKTIK MENGATASI TABIAT MELENGAH-LENGAHKAN KERJA

Dr. Norman Vincent Peale, seorang menteri yang ternama, penulis yang prolifik (bukunya yang hebat bertajuk "The Power of Pisitive Thinking") serta juga seorang pemidato, mengaku melakukan perlengahan kerja adalah sukar untuk mencapai kejayaan. Berdasarkan kepada pengalamannya sendiri, apabila melibatkan dirinya dalam projek yang kurang menarik, Dr. Peale mula berlengah tetapi kemudiannya terpaksa bekerja dengan tergopoh gapah. Akibatnya, dia telah bekerja hingga ke tahap yang memenatkan dirinya dan gagal memenuhi semua perkara yang dilibatinya. Lima strategi yang dihasilkan oleh Dr. Peale untuk mengatasi tabiat melengah-lengahkan kerja adalah:

1. Pilih satu aspek masalah melengah-lengahkan kerja dan selesaikan masalah tersebut secara eksklusif sehingga masalah tersebut dapat dikawal. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menghapuskan perlengahan kerja dalam semua aspek kehidupan, maka anda akan dapati yang matlamat anda adalah terlalu banyak dan tidak terbuat. Sekiranya anda dapat mengawal sebahagian daripada masalah anda, bermakna anda telah bersedia untuk menyelesaikan sebahagian yang lain.

2. Tentukan keutamaan dan tumpukan kepada satu masalah pada satu masa. Ingat bahawa kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk bertindak balas terhadap semua perkara yang kita perlu lakukan. Disebabkan kita dapat memenuhi semua kehendak dalam masa yang ada, maka adalah penting bagi kita untuk menumpukan usaha pada tugas-tugas berkeutamaan tinggi. Menyelesaikan masalah satu demi satu akan menolong anda untuk menumpukan perhatian dan tenaga anda. Hasilnya anda dapat menyelesaikan masalah dalam jangka masa yang singkat.


3. Tentukan tarikh akhir untuk diri sendiri kerana ia membolehkan anda menumpukan perhatian dan tenaga terhadap tugas-tugas tertentu. Ramai orang yang bekerja bertungkus-lumus dalam keadaan tertekan boleh menghasilkan banyak usaha apabila tarikh akhir semakin hampir. Dalam kebanyakan hal, anda boleh mengatasi perlengahan kerja hanya dengan menentukan tarikh akhir dan berpegang padanya.


4. Jangan cuba mengelakkan diri daripada masalah yang sangat rumit. Tangani masalah yang paling sukar dahulu. Menyelesaikan masalah yang paling sukar dengan berkesan akan melenyapkan rasa takut dan membina keyakinan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran yang serupa tahap kesukarannya pada masa akan datang.


5. Orang yang ketagih kerja (workaholic) sering mencemuh mereka yang lembab bekerja. Terlalu sibuk sehingga tidak sempat untuk bercuti merupakan satu lambang kebanggaan orang yang ketagih kerja. Namun begitu, orang yang terlalu asyik bekerja jarang-jarang produktif seperti pengurus masa berimpak yang mampu mengimbangkan antara waktu kerja, masa lapang dan perhubungan peribadi.

Produktiviti bergantung kepada apa yang berjaya dilakukan, masa lapang dan rekreasi. Dalam hal ini, mahasiswa perlu memperuntukkan sebahagian daripada masa untuk berekreasi dan membuat perhubungan yang mesra dengan rakan-rakan melalui aktiviti-aktiviti seperti bersukan, berinteraksi secara berhadapan atau melalui internet, berbincang, beribadah dan sebagainya.


Cara hidup yang seimbang memerlukan perhubungan yang bermakna. Cara yang boleh dilakukan ialah dengan menumpukan masa untuk memupuk dan mengekalkan hubungan. Kualiti perhubungan bergantung kepada beberapa faktor. Masa perlu untuk membina hubungan.

Hubungan dipupuk berdasarkan minat yang sama, saling hormat- menghormati antara satu sama lain. Misalnya hubungan harmoni antara mahasiswa dengan rakan sebilik atau serumah amat penting di dalam menjalani kehidupan seharian seperti bertukar- tukar pendapat, berkongsi masalah dan sebagainya.


**************************



p/s: Baru nak ke opis lepas Zohor ni, maklumla, semalam ada 3 game best World Cup berturut2! adoiyyyaaiii, demam bola punya pasal! ;p

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails