Thursday, July 1, 2010

My Personal Collection: Levi's 501xx Big E a..k.a Levi's Big Capital E Part 2






Satu lagi Levi's 501 Big E aku adalah jugak 1966 repro. Kalau tengok reference on how to spot a fake Big E kat internet, memang alhamdulillah, ini bukan fake. Ini memang ori. :)



patch leather -- 501xx 1966 repro


Aku dapat Big E 1966 repro ni juga dari Ebay awal bulan enam lepas.

pandangan belakang


pandangan depan


Tak terfikir pun akan menang bid sebab aku bubuh harga bidding aku tak tinggi mana pun. Aku expect yang aku akan kalah sebab based on pengalaman aku tengok Ebay bidding untuk seluar LVC camni buleh cecah ribuan ringgit. Itupun 2ndhen, 3rdhen dan dah buruk punya pair of Levi's Jeans!





Yang aku dapat ni brand new, unwashed, made in USA tapi ebay sellernya based in France.




Antara ciri2 Big E 1966 reproduction yang aku ingat adalah:

1. Kat bawah button fly atau zip fly tak ada rivet LS&COSF macam sesetengah vintage Big E lain--e.g. 1955 atau Big E 201.


2. Sudah tentulah capital E perlu ada pada sehelai jeans Big E! ;p


3. Kepala kain adalah satu kemestian buat sepasang Big E


4. Kat coins pocket selalunya boleh nampak selvage lining a.k.a kepala kain.
Tapi untuk repro 1966 memang takde.




5. Back pockets untuk 1966 repro ni shape dia empat segi sket. pastu kalau tengok 'V' lines kat pockets belakang ni, curve 'v' tu tak ketara sangat macam levi's jeans yang biasa. seakan2 tengok dah macam huruf 'm' pulak.


contoh v stitches kat back pockets 1966 repro aku.


Ni contoh v stitches yang biasa pada Levi's jeans




6. ciri-ciri untuk 501 pun perlu jugak ditengok. ikutkan seluar big E aku yang ini, oke betul ini memang 501 punya cutting. kalau tengok line untuk tali pinggang sebelah tepi kiri dan kanan, akan attached dengan lining/jahitan lurus kat belakang jeans nih. so, memang sah ini Levi's 501 .




7. Dan satu lagi ciri yang menunjukkan keoriginalan levi's ni adalah ditunjukkan melalui 'finger test'...ni kawan2 bagitaula, kalau salah maklumat aku, maka salahlah maklumat diorg tu jugak..hehehe. Levi's yang ori kita boleh masukkan jari kelingking bawah rivets pocket depan kiri dan kanan. Ini disebabkan jahitannya akan ada lubang sikit antara rivets dengan belt punya lining tu (sebut pun tak pandai, main taram je ;p).


tu ajelah yang aku tau pasal 1966 repro Big E ni. Alhamdulillah puas hati aku. cukuplah dengan koleksi aku ni. pakai pun bukan dapat hari2. tapi bak kata orang, dah ade kat obesey ni, barang2 murah (2nd hand lah banyak), so ambiklah peluang.

ada kawan aku sorang tu siap pesan "kau nanti kalau dah bosan pakai big E yang ni, kau make sure jual kat aku, jangan jual kat orang lain!" hahahahaha....dun wuri brother, aku takkan jual kat sapa2 pun. tapi kau buleh tuntut kat bini aku nanti kalau aku dah arwah (provided tak arwah masa pakai seluar ni la...sanggup ke ko nak pakai? ;p)

So ini surat yang 'konon-konon'nya levi's strauss ni kirim kat akulah sebagai pemilik 501 Big E nih:







p/s: alhamdulillah.



1 comments:

PJY54 said...

memang ori bro...pasal surat tu adalah untuk pemilik levis..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails