Sunday, April 26, 2009

D-Day

Besok pagi, Insya Allah pukul 8 pagi Julie akan melahirkan anak kami 'melalui tingkap'. Harap2, semua urusan kami esok berjalan lancar, dipermudahkan Allah Taala, selamat segala, serba serbinya. Berbeza sedikit perasaan aku kala menanti saat-saat akhir nak dapat baby macam masa dengan Niesreena dulu, aku rasa kurang sikit risau dan kelam kelibut. Mungkin sebab dah ade pengalaman. Tapi aku tak nafikan, jauuhh di sudut hati aku, tetap terdetik rasa gementar dan sering persoalkan "sejauh manakah mampu aku hadapi semuanya ini dengan Julie berdua aje?" Begitu jualah akan kujawab dalam hati, Allah Maha Besar, Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang. Hanya kepada-Nya kami panjatkan agar dijauhkan daripada sebarang rasa gundah gulana, dibuka jalan mudah seluas-luasnya, dan tabahkan hati-hati kami ini menghadapi ujian dan cabaran yang dianugerahkan-Nya...

kawan2, doakanlah kami oke! Doakanlah insan bernama Julieana selamat melahirkan anak kami kelak. Doakanlah seorang lagi bakal umat Nabi Muhammad SAW yang bernama Khairunnaufal akan selamat keluar dari alam rahim berhijrah ke alam dunia yang fana ini, dan menjadi insan sempurna yang kamil, yang soleh, beriman, bijak, dan comel (macam ayahnya.. ;p).

inilah entry terakhirku sebagai bapa kepada seorang anak, dan suami kepada seorang isteri. lepas ni kalau aku menulis lagi, itu adalah lembaran baru dalam lipatan sejarah hidup aku: aku menulis sebagai seorang bapak kepada dua orang anak, dan suami kepada...masih lagi seorang isteri! Insya Allah!

Monday, April 20, 2009

Bersyukur dorong insan lebih tawaduk

Alhamdulillah, harini artikel aku dimuatkan dalam suratkabo Berita Harian, 20 April 2009. Bersempena artikel aku berkaitan rasa syukur kepada nikmat pemberian Allah ini, aku juga turut mahu memanjatkan rasa syukur kepada Yang Maha Esa atas kurniaan nikmat yang tidak terhitung banyaknya kepada kami seisi keluarga. Hanya kepada-Nya kami bergantung harap, hanya kepada-Nya kami meminta, hanya kepada-Nya kami panjatkan doa dan rasa syukur...betapa aku dalam 1-2 bulan ni seakan2 mudah dirundung rasa resah, gelisah, penat, letih dan kesempitan masa. Maklumlah, sebagai ketua keluarga, aku perlu mentadbir urusan isteri hendak bersalin, berpindah ke rumah baru, hal itu dan ini, dan juga penulisan tesisku yang semakin perlu di'double-up'kan tahap kelajuannya..tapi alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya, Allah limpahkan jua jalan-jalan penyelesaian yang tidak tersangka2. Bantuan rakan2 pemudah urusan, kelapangan masa tidak tersangka, rezeki wang ringgit yang tidak terjangka, dan anugerah seorang isteri yang sangat2 menyayangiku, memahami dan memberi sokongan kala suka dan duka.














Hanya lafaz hamdallah dan zikrullah yang tidak henti2 jua wajib kuterbitkan di hujung lidah, di pangkal hati dan di seluruh pelusuk pemikiranku.





*************************************************
Bersyukur dorong insan lebih tawaduk
Oleh Khairunneezam Mohd Noor
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Agama/20090419222128/Article/index_html



Allah SWT telah menganugerahi nikmat yang tidak dapat dihitung banyaknya kepada manusia. Dengan sifat maha pengasih dan maha penyayang-Nya, manusia dapat merasai ‘kelazatan’ nikmat yang pelbagai rupa.

Nikmat kurniaan Allah SWT meliputi nikmat yang bersifat keduniaan (duniawi) dan akhirat (ukhrawi). Misalnya nikmat kesihatan dan kesempurnaan tubuh badan, nikmat akal dan fikiran, nikmat rezeki, nikmat kekayaan, nikmat keamanan dan persaudaraan, dan sebagainya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Surah an-Nahl, ayat 18).

Dalam kesemua jenis nikmat, nikmat Islam dan Iman merupakan kurniaan Allah SWT yang paling berharga buat manusia. Tidak semua manusia dapat mengecapi kedua-dua nikmat ini, dan sesiapa yang memilikinya haruslah bersyukur dan menjaganya sebaik mungkin. Seseorang yang bersyukur dengan nikmat Islam dan Iman tidak akan berasa susah sekalipun hidup miskin dan melarat, kerana jiwa raganya sudah cukup ‘kaya’ dan rasa dekat dengan Allah SWT. Nikmat Islam dan Iman menjadi benteng yang teguh dan kuat dalam mencegah seseorang daripada mendekati kemungkaran dan kemaksiatan. Nikmat Islam dan Iman jualah yang menjadi faktor penyelamat kehidupan di dunia dan akhirat.

Pun begitu, kita pasti biasa mendengar orang menyebut ‘sesuatu nikmat itu selalunya akan hanya dirasai apabila kita kehilangannya’. Inilah senario biasa dalam kehidupan manusia yang mungkin terlupa atau tidak mahu untuk bersyukur tatkala hidupnya bahagia dianugerahi pelbagai nikmat daripada Allah SWT. Golongan seperti ini juga dipanggil sesetengah orang sebagai ‘lupa daratan’ atau ‘kufur nikmat’. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur. Bila nikmat ditarik balik oleh-Nya, barulah seseorang itu mahu menangisi dan menyesal akan kealpaan untuk bersyukur kepada Allah SWT sewaktu dilimpahi nikmat tidak terhitung.” (Surah al-A’raaf, ayat 10).

Dalam hal ini, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum hadirnya lima perkara: masa mudamu sebelum datangnya tua, sihatmu sebelum datangnya sakit, kayamu sebelum datangnya miskin, masa lapangmu sebelum datangnya sibuk, dan hidupmu sebelum datangnya mati” (hadis riwayat al-Hakim). Hadis Rasulullah SAW ini memberi isyarat bahawa kita perlu mensyukuri nikmat-nikmat pemberian Allah SWT. Kita juga diisyaratkan untuk terus tawaduk melaksanakan amal ibadah kepada-Nya walaupun dalam keadaan senang-lenang, bukan hanya ingatkan tuhan apabila sedang susah.
Kita wajib mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT tanpa mengira status diri kita, sama ada miskin atau kaya, tua atau muda, lelaki atau perempuan. Syukur itu merupakan tanda kita tunduk kepada Allah SWT satu-satunya tuhan yang berhak disembah. Ini selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada-Nya." (Surah an-Nahl, ayat 144).

Konsep bersyukur itu menurut Imam al-Junaid adalah “menggunakan atau menyalurkan segala nikmat pemberian Allah SWT ke arah kebaikan dan kebajikan, bukan kemungkaran atau kemaksiatan”. Untuk itu, KH M Syueb Ushul menyarankan untuk kita menyerlahkan rasa kesyukuran terhadap nikmat Allah SWT melalui 3 medium: hati (qalbu), ucapan/lidah (lisan) dan perbuatan (amaliyah).

Mensyukuri nikmat melalui hati adalah dengan menanam azam untuk menyalurkan nikmat yang diperoleh untuk beramal ibadah kepada Allah SWT, membuat kebajikan kepada seluruh umat manusia dan makhluk-mahkluk lain, selain tidak putus-putus mengingati-Nya. Mensyukuri nikmat secara lisan, ialah dengan lidah yang basah mengucapkan dan memperbanyakkan zikrullah dan tidak digunakan untuk tujuan yang sia-sia seperti memfitnah atau mencaci-maki. Akhirnya, mensyukuri nikmat melalui perbuatan adalah dengan mendorong tindak-tanduk dan menggunakan seluruh anggota badan untuk melaksanakan amal ibadah kepada Allah sepenuh rela dan tawaduk serta melaksanakan‘amar makruf dan nahi mungkar’.

Diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah R.A. bahawa beliau telah memerhatikan Rasulullah SAW beribadah penuh khusyuk siang dan malam sehingga bengkak kaki baginda, lalu beliau bertanya: “Ya Rasulullah, mengapakah engkau tidak henti-henti beribadat kepada Allah?” Maka Rasulullah SAW menjawab “Tidakkah aku sepatutnya menjadi hamba yang bersyukur?” Bayangkan Rasulullah SAW, semulia-mulia manusia yang dijamin kedudukannya di syurga, tidak putus-putus menzahirkan rasa syukur terhadap nikmat Allah SWT. Baginda terus beramal ibadah bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati, perkataan dan perbuatan. Apatah lagi kita manusia biasa yang masih perlu diperhitungkan timbangan dosa dan pahala di akhirat kelak, apakah kita tidak mahu menyerlahkan kesyukuran sehebat kualiti manifestasi kesyukuran Rasulullah SAW terhadap nikmat pemberian Allah SWT?
Andainya kita mampu untuk menerbitkan rasa syukur terhadap nikmat Allah secara istiqamah, yakinilah bahawa dengan izin-Nya, segala amal ibadah kita akan diberikan ganjaran pahala dan syurga. Bahkan Allah SWT menjanjikan bahawa nikmat-nikmat kurniaan-Nya kepada kita akan dilipatgandakan. Akan tetapi, lain pula halnya apabila seseorang itu tidak tahu atau tidak mahu bersyukur dengan segala nikmat kurniaan-Nya.

Umpama seseorang yang tidak tahu untuk berterima kasih apabila diberikan sesuatu hadiah oleh orang lain. Apa agaknya perasaan orang yang memberi hadiah, jika orang yang menerimanya berat mengungkapkan perkataan ‘terima kasih’ bahkan perbuatannya juga jauh daripada menunjukkan rasa menghargai hadiah yang diterimanya? Begitu jualah persoalannya, apakah layak seseorang itu untuk terus menerima nikmat dan rahmat daripada Allah SWT jika dia tidak tahu untuk berterima kasih atau bersyukur?

Malanglah nasib seseorang iaitu apabila rasa syukur tidak diterbitkan dalam hati, lidah mahupun perbuatan, kerana balasan azab Allah SWT itu sangat menyiksakan. Hal ini selaras dengan firman Allah SWT, mafhumnya: "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim, ayat 7).

Kesimpulannya, sebagai manusia kita wajib mensyukuri segala nikmat pemberian Allah SWT yang mana ianya sangat-sangat berharga dalam menyempurnakan kehidupan. Ia tidak seharusnya disalahgunakan ke arah kemungkaran dengan menjadikan hawa nafsu dan tipu daya syaitan sebagai ‘nakhoda’ dalam jiwa dan pemikiran. Nikmat yang dianugerahkan Allah SWT perlulah ditanggapi sebagai sumber pendorong diri untuk lebih khusyuk dan tawaduk mengabdikan diri kepada-Nya dan memperteguhkan tahap keimanan diri demi kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Sunday, April 12, 2009

Allah. Tuhan sekelian alam

Semoga kalian mengerti, kalimah Allah adalah kalimah suci. Jangan disalahguna untuk kepentingan peribadi. Kelak merana dunia ukhrawi.

Aku kongsikan artikel ini yang tersiar di Utusan Malaysia, 12 April 2009.

Menelusuri kemelut kalimah
Oleh: Datuk Dr. Syed Ali Tawfik al-Attas

Dewasa ini terdapat mereka yang mengemukakan pendapat bahawa “penggunaan perkataan ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan di kalangan penganut agama Kristian telah diamalkan dengan meluas untuk beberapa generasi di banyak negara, dan ia bukan bertujuan untuk menyinggung perasaan atau mengelirukan masyarakat Islam” kononnya. Terdapat pula wartawan yang telah menemuramah penyunting akhbar mingguan Katolik tempatan, yang dilaporkan mendakwa bahawa “istilah ‘Allah’ yang digunakan oleh orang-orang Kristian, baik di dalam upacara mereka mahupun dalam tulisan-tulisan mereka, tidak bermaksud untuk menggusarkan masyarakat Islam atau mencetuskan kekeliruan. Penyunting akhbar mingguan Katolik tersebut dilaporkan pernah berkata, “Kami mengikut Bible. Bible dalam Bahasa Melayu menggunakan perkataan ‘Allah’ sebagai terjemahan untuk istilah God dan ‘Tuhan’ sebagai terjemahan untuk istilah Lord.” Beliau seterusnya mendakwa “mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya telah memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan perkataan ‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God.” Beliau turut menyatakan bahawa “para penganut Katolik Malta juga menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Timur Tengah.”

Menurut seorang paderi Katolik, “para penganut Kristian yang tinggal di negara-negara majoriti-Muslim menggunakan kalimat ‘Allah’ apabila merujuk kepada Tuhan dalam upacara doa umum (liturgy) mereka. Biarpun pihak berkuasa tidak membenarkan penggunaan perkataan-perkataan tertentu, pihak gereja akan terus memakainya kerana perkara ini bersangkut-paut dengan buku-buku suci kami” (huruf condong adalah penegasan saya). Pendapat yang serupa turut dinyatakan dalam satu laporan terbitan akhbar The Star pada 28 Disember 2007. Dalam rencana tersebut, seorang paderi Katolik tergamak untuk mendakwa, “kami berpendapat yang kami berhak untuk menggunakan perkataan ‘Allah’.” Iaitu, tambah beliau, “Kami telah mengambil ketetapan agar kedudukan kami di sisi undang-undang mengenai penggunaan perkataan tersebut diputuskan oleh mahkamah” (huruf condong penegasan saya). Cara wakil Katolik tadi menghujahkan dasar pendirian mereka, pada hakikat sebenarnya, hampa dari pertimbangan yang bernas lagi benar. Hujah tersebut yang menegaskan bahawa “perkara ini bersangkut paut dengan buku-buku suci kami”, dengan jelas menggambarkan bahawa golongan tersebut tidak mengambil kira bahawa istilah ‘Allah’ tiada kaitan langsung dengan agama mahupun akidah Katolik, hanya bersangkut paut dengan buku-buku suci agama tersebut kononnya. Selebihnya, dengan tidak mengenali hakikat tersebut, nampaknya wakil pihak Katolik telah mengambil ketetapan agar kedudukan mereka itu di sisi undang-undang diputuskan oleh mahkamah, seolah-olah perkara ini berkisar soal undang-undang nista semata-mata dan bukannya berkaitan dengan soal akidah mereka. Seterusnya, ia memberi gambaran bahawa pihak mahkamah lebih mengetahui soal akidah berbanding Tuhan mereka.

Sejumlah dakwaan mereka seperti yang dilaporkan media sudah kita sorot; sekarang, marilah kita arahkan pembicaraan kita terhadap dakwaan-dakwaan tersebut. Untuk memulakannya, biarlah saya tegaskan bahawa dakwaan yang mereka tidak berniat untuk “menyinggung perasaan masyarakat Islam atau menimbulkan kebingungan” sarat dengan unsur perbantahan. Hakikatnya, perlakuan dan sikap mereka dalam mengemukakan hujah telah menggusarkan masyarakat Islam dan mencetuskan kekeliruan. Mereka lupa, atau tidak memahami hakikat bahawa bahasa dan fikiran, yang satunya saling mencerminkan yang satu lagi; dalam perkataan lain, cara untuk mempengaruhi pemikiran adalah melalui bahasa, dan bahasa memberikan kesan terhadap cara seseorang berfikir. Kita telah diperingatkan akan dakwaan mereka, “Bible bahasa Melayu menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan kepada istilah God dan ‘Tuhan’ untuk Lord.” Jelas bahawa makna-makna bagi istilah tersebut dalam Bible bahasa Melayu yang mereka rujuk, adalah salah. Apakah mereka ingin menunjuk dan mengajar orang-orang Melayu mengenai peristilahan yang betul yang terdapat dalam bahasa Melayu? Bahasa Melayu memahami istilah ‘Tuhan’ untuk merujuk kepada istilah God juga dan bukan untuk merujuk kepada istilah Lord semata mata. Orang-orang Melayu faham bahawa apabila istilah bahasa Arab ‘ilah’ digunapakai, ia membawa maksud ‘Tuhan yang disembah’ dalam bahasa Melayu, yang dirujuk menggunakan istilah ‘God’ dalam bahasa Inggeris. Justeru, apabila kalimah shahadah diterjemahkan dalam bahasa Melayu, bunyinya “tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah”, yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai “there is no God worthy of worship except Allah”. Sekiranya istilah God diterjemahkan sebagai ‘Allah’, maka terjemahan tersebut akan berbunyi “Tiada Allah melainkan Allah” (“There is no Allah but Allah”), yang merupakan satu percanggahan. Terjemahan yang sebegitu janggal bukan sahaja tidak menjernih dan menyelesaikan masalah, bahkan akan menimbulkan perselisihan dan rasa bingung. Istilah bahasa Arab rabb yang terkandung didalam al-Quran membawa maksud ‘Tuhan yang mencipta, memelihara, dan memiliki sekalian alam’, yang mengguna pakai istilah ‘Lord’ dalam loghat bahasa Inggeris. Akan tetapi, istilah ‘Lord’ dalam loghat bahasa Inggeris tidak mencerminkan Tuhan agama Islam yang mencipta, memelihara, dan memiliki sekalian alam walaupun istilah tersebut diterjemahkan sebagai ‘Tuhan’ dalam bahasa Melayu. Istilah ‘Lord’ dalam loghat bahasa Inggeris merujuk kepada Tuhan agama Kristian semata-mata, dan Tuhan yang dimaksudkan itu tidak lain daripada Jesus Christ. Oleh yang demikian, faham ‘Lord’ tersebut tidak terkandung didalam rangka pandangan alam Islam. Sekiranya kita merujuk kepada ‘the Lord‘s Prayer’, ianya ditakrifkan sebagai doa yang dikatakan diajarkan oleh Jesus Christ (the Lord) kepada pengikut-pengikutnya, yang bermula dengan ‘Bapa kami’. Ini dengan jelas menggambarkan bahawa tuhan yang disembah atau ‘God’ menurut agama mereka itu, bergelar Bapa. Oleh yang demikian, sekiranya istilah ‘God’ yang membawa maksud Tuhan yang disembah menurut agama mereka itu diterjemahkan kedalam bahasa Melayu, ia harus mengguna pakai istilah ‘Bapa’ dan bukan istilah ‘Allah’. Seterusnya, apabila terdapat kata-kata ‘the Lord God’, yang pada hakikatnya merupakan terjemahan daripada bahasa Yunani, ia tidak boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai ‘Tuhan Allah’ oleh kerana kita telah menunjukkan bahawa istilah ‘Lord’ merujuk kepada Jesus Christ, manakala istilah ‘God’ merujuk kepada ‘Tuhan yang disembah mengikut faham agama Kristian’, atau ‘Bapa’. Oleh yang demikian, sekiranya terjemahan kepada kata-kata ‘the Lord God’ kedalam bahasa Melayu ingin mencerminkan faham agama Kristian, ia harus berbunyi ‘Bapa Jesus Christ’.

Kita melihat bahawa wakil pihak Katolik sememangnya sarat dengan percanggahan. Dalam laporan-laporan akhbar, beliau menggunakan rangkai-kata ‘Bahasa Malaysia’ merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam terbitan mingguan mereka untuk memenuhi keperluan “ramai para penganut Katolik yang bertutur dalam bahasa Malaysia” di negara ini. Bagaimanapun, beliau kemudiannya berhujah dengan menggunakan peristilahan yang terdapat hanya dalam bahasa Melayu. Apabila seseorang itu merujuk kepada satu bahasa yang mencerminkan faham-faham maknawi ajaran-ajaran atau kelaziman akidah yang tertentu-dalam hal ini bahasa Melayu-dia tidak seharusnya melalaikan pengertian penting bahasa tersebut bernisbah kepada bahasa-bahasa yang lain. Walau bagaimanapun, jelas bahawa wakil pihak Katolik bergantung kepada fakta yang Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa bahasa Melayu tidak lagi dirujuk sebagai ‘Bahasa Melayu’, tetapi sebaliknya sebagai ‘Bahasa Malaysia’. Itu ketetapan siasah dan justeru itu mungkin hanya bersangkutan dengan medan siasah. Secara ringkasnya, bahasa Melayu adalah khusus bernisbah kepada orang-orang Melayu. Ia adalah satu bahasa yang faham-faham utamanya yang berkenaan dengan hakikat insan dan nisbah antara yang Kudus dengan yang nista (the Sacred and the profane) telah dilahirkan dari rahim agama Islam dan kebudayaan Melayu. Oleh kerana itu, sekiranya peristilahan dari agama lain mengenai faham-faham utama itu diterjemahkan dalam bahasa Melayu, ia wajiblah mencerminkan kelaziman Melayu, yang berpunca dari agama dan kerangka pandangan alam Islam.

Wakil Katolik juga ada mendakwa, “Kami mengikut Bible”, mengenai penggunaan istilah ‘Allah’ bila merujuk kepada istilah ‘God’. Apakah itu benar? Apakah beliau betul-betul menggunakan Bible sebagai sumber rujukannya? Terjemahan atau versi Bible yang mana yang beliau rujuk? Terdahulu kita telah memetik laporan media bahawa Paderi Lawrence mendakwa “semenjak awal abad ke-19, para penganut agama Katolik di Malaya telahpun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan ‘Allah’ telah digunakan untuk merujuk kepada God, dan para penganut Katolik Malta juga menggunakan istilah ‘Allah’ untuk merujuk kepada God, dan demikian juga para penganut Kristian di Indonesia, Pakistan dan Timur Tengah.” Jelas di sini bahawa, sumber rujukannya bukanlah Bible seperti yang didakwanya, tetapi sebaliknya masyarakat Katolik abad ke-19 Malaya, Malta, Indonesia, Pakistan dan Timur Tengah. Dengan demikian, Wakil tersebut mengandaikan masyarakat itu satu kejadian hidup (being) yang pasti boleh berfikir dan bertindak berdasarkan akal fikiran. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, masyarakat bukanlah satu kejadian hidup (being), dan justeru itu tidak mempunyai kebolehan berfikir dan bertindak secara aqliah. Sekiranya sesuatu itu tidak boleh berfikir secara aqliah, bagaimana ia boleh dikutip sebagai sumber rujukan yang sah, apatah lagi dalam hal-ehwal nisbah hubungan antara yang Kudus dan yang nista? Tambahan pula, dan lebih penting lagi, perkataan ‘Allah’ adalah nama khas (proper name), sedangkan kalimat ‘Tuhan’ (God) adalah istilah umum yang merujuk kepada objek tumpuan kemuliaan teragung yang tiada nama, Pencipta Yang Maha Esa dan Pemerintah alam semesta. Berdasarkan kepada hakikat bahawa perkataan ‘Allah’ adalah nama khas, ia bukanlah istilah yang mencerminkan bahasa kebangsaan. Justeru, hujah wakil Katolik yang mendakwa Bible Melayu menggunakan istilah itu, seolah-olah penggunaan istilah itu dalam bahasa Melayu mencerminkan bahasa kebangsaan, adalah karut semata-mata. Tambahan pula, walaupun seseorang itu mungkin mengakui bahawa benar orang-orang Kristian Arab di Timur Tengah menggunakan istilah ‘Allah’, mereka tidak menggunakannya merujuk kepada istilah God yang tercermin dalam Bible atau terjemahan-terjemahan Bible dalam bahasa Arab. Kalaupun mereka ada menggunakan istilah ‘Allah’ dalam pertuturan mereka, itu adalah kerana mereka menuruti kelaziman orang-orang Arab sejauh mana yang berkenaan dengan kebudayaannya, dan bukan untuk membayangkan sehimpun kepercayaan i‘tiqad yang tertentu. Pernahkah wakil-wakil Katolik membaca terjemahan-terjemahan Bible dalam bahasa Arab? Bahkan, apakah mereka memahami bahasa Arab?

Dari segi falsafah maknawi, tidak terdapat taswwur kefahaman mengenai ‘Allah’ dalam agama Kristian, dan dalam sebarang agama yang lain pun begitu juga; oleh kerana itu, agama-agama tersebut tidak berhak untuk menggunakan istilah ‘Allah’. Tidak ada disebut mengenai nama khas Tuhan dalam Bible. Jika ada yang mendakwa nama Tuhan adalah Jesus Christ, maka kenapa istilah ‘Tuhan’ (God) diterjemah dengan menggunakan kalimat ‘Allah’ dan bukan ‘Jesus Christ’? Oleh kerana nama khas Tuhan tidak disebut dalam Bible, berlakulah suatu kekaburan mengenai siapa yang disembah. Apakah nama khas Tuhan dalam agama Kristian? Sesungguhnyalah kita boleh menghujahkan bahawa ketiadaan nama khas-Nya bercanggah dengan sifat Tuhan Yang Maha Mengetahui. Tidakkah Tuhan mencipta manusia supaya dia mengenal dan menyembah-Nya? Tetapi siapakah yang disembah oleh manusia sekiranya dia tidak kenal siapa Tuhan? Oleh kerana kita telah berhujah bahawa kalimat ‘Allah’ adalah nama khas dan pengertian sedemikian tidak ada dalam agama Kristian atau apa-apa juga agama lain, kita bolehlah dengan ini menyimpulkan bahawa sumber rujukan sebenar wakil-wakil Katolik bukanlah Bible atau perkumpulan masyarakat Katolik abad ke-19 di Malaya, Malta, Indonesia, Pakistan, dan di Timur Tengah, tetapi sumber asal mereka adalah al-Quran. Oleh itu, marilah kita meneliti apa yang dinyatakan dalam al-Qur‘an mengenai siapakah Tuhan yang wajib disembah. Untuk tujuan ini, kita akan merujuk kepada surah al-Quran yang ke-112 dan pengenalan tafsirnya. Pengantar huraian surah tersebut berbunyi,

Peliharalah iman agar sentiasa murni dan tiada cemar. Allah benar wujud, Yang Maha Esa, Yang Maha Tunggal; Yang Maha Kekal Diperlukan, sunyi dari sebarang keperluan; kepada-Nya bergantung semua perkara, kepada-Nya kembali semua benda;

Dia tidak beranak, berbapa atau berpasangan. Bagi-Nya tiada suatu pun tara. (Lihat Abdullah Yusuf Ali, The Meaning of the Holy Qur‘an, Brentwood, Maryland: Amana Corporation.)

Jelas bahawa bahagian akhir penerangan tafsir menyanggah pemerian Tuhan Tiga-Bersatu (Trinity) oleh Bible. Sekiranya pembaca meneliti surah itu sendiri, ia berbunyi,

Katakanlah: ‘Dia adalah Allah, Yang Maha Esa. Allah, Yang Maha Kekal Abadi tiada berkesudahan. Tiada Dia beranak, dan tiada pula Dia diperanakkan. Dan bagi-Nya tiada suatu pun tara.’

Dari awal-awal lagi nama khas Tuhan yang wajib disembah dinyatakan, Allah. Ini diikuti dengan pemberian bahawa Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa yang kepada-Nya pengabdian wajib diserahkan, maha suci lagi maha murni yang nyata tiada taranya dengan khalayak makhluk-Nya; sebarang benda yang lain semuanya hanya bayangan pucat bernisbah kepada-Nya. Allah tidak mungkin difahami sebagai memiliki anak atau bapa kerana itu akan memasukkan sifat benda bernyawa dalam kefahaman kita mengenai-Nya; sifat-sifat dan hakikat-Nya tunggal tersendiri tidak ada tara-Nya (ringkasan kepada catatan no. 6296, Abdullah Yusuf Ali, The Meaning of the Holy Qur‘an, Brentwood, Maryland: Amana Corporation, 1991, ms. 1714). Ayat “tiada Dia beranak, dan tiada pula Dia diperanakkan” menyangkal kefahaman agama Kristian mengenai Tuhan, “Bapa”, “Anak”, dan seterusnya (rujuk catatan no. 6299 dari sumber yang sama). Bahagian terakhir surah tersebut, “Dan bagi-Nya tiada suatu pun tara” memberi amaran “jangan menanggapi Tuhan dalam sifat rupa-bentuk manusia (anthropomorphism), iaitu kecenderungan untuk menanggapi Allah menurut rupa dan bentuk serta sifat kita sendiri, satu kecenderungan licik yang menyusup dalam setiap zaman dan di kalangan semua bangsa” (huruf condong penegasan saya, lihat catatan no. 6300 sumber di atas). Nyata bahawa ‘Tuhan’ agama Islam bukanlah ‘Tuhan’ agama Kristian. Akan tetapi wakil-wakil Katolik mengigau bahawa Dia satu dan sama. Apakah mereka mewakili pandangan kebanyakan penganut Katolik? Apakah pendapat mereka yang ‘berkewibawaan’ menggambarkan pandangan Gereja Katolik, ataupun pandangan Paus (Pope)? Apakah benar yang pandangan mereka tidak bermaksud untuk menggusarkan atau mengelirukan orang-orang Islam? Nampaknya usaha mereka bukanlah agar orang-orang Melayu masuk dalam agama Kristian; bahkan lebih jauh dari itu, ia merupakan satu percubaan agar agama Kristian memeluk pandangan hidup orang-orang Melayu. Kaedah mereka adalah melalui bahasa; akan tetapi, oleh kerana kita telah menghujahkan hakikat bahawa bahasa dan fikiran adalah saling mencerminkan satu sama lain, sebarang istilah dari satu tradisi pemikiran, apabila diterjemahkan, perlulah membayangkan tradisi pemikiran yang asal, jika tidak maka makna sebenar peristilahan yang diterjemahkan akan menjadi kacau-bilau. Dalam hal ini, wakil-wakil Katolik menghujahkan bahawa menurut tradisi pemikiran Katolik istilah ‘God’ dalam bahasa Inggeris diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai ‘Allah’, satu kalimat yang mencerminkan tradisi akidah dan pemikiran Islam. Dan justeru itu, makna sebenar istilah asal God, seperti yang tergambar dalam tradisi pemikiran Katolik, dengan sengaja sedang kelam dikelirukan.

Singkatnya, anda sama-sekali tidak memiliki hak atau keizinan untuk menterjemahkan peristilahan yang terdapat dalam satu tradisi pemikiran aqidah agama dengan menggunakan ungkapan-ungkapan tradisi pemikiran aqidah agama yang lain, khususnya ungkapan-ungkapan yang merujuk kepada siapa itu Tuhan yang tidak ada faham tasdiqnya dalam tradisi anda sendiri. Anda mesti memperlihatkan rasa hormat kepada istilah-istilah penting dan erti-erti maknawi yang mencerminkan agama Islam dalam bahasa Melayu, persis sikap masyarakat Islam yang menghormati istilah-istilah dan faham-faham dasar anda. Kami tidak merujuk kepada tempat-tempat pemujaan anda selaku masjid, tetapi sebagai gereja, kuil, candi dan seterusnya. Kami tidak menganggap pemimpin sembahyang berkumpulan kamu sebagai imam, melainkan selaku paderi, sami dan seterusnya. Lebih penting lagi, kami tidak merujuk kepada tumpuan sembahan anda sebagai Allah, tetapi sebagai Tuhan. Kami tidak menafikan hak mana-mana golongan penganut agama lain untuk menterjemahkan buku suci masing-masing dalam bahasa Melayu; cumanya, seandainya ada mereka yang hendak berbuat demikian, maka golongan tersebut mestilah memiliki ilmu dan keahlian mengenai Bahasa Melayu, dan cukup berdaya-cipta lagi berilmu untuk menggunakan peristilahan yang benar-benar mencerminkan tradisi pemikiran aqidah agama mereka masing-masingnya. Sementara itu, adalah wajar bagi wakil-wakil Katolik supaya bersikap lebih teliti, waspada dan berhati-hati.

Datuk Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Friday, April 3, 2009

Teori RAHMAN...signifikan seh!!

Aku retrieved artikel dalam BH 3 April 2009. Memang best!

Najib pelengkap teori ‘Rahman’

HARI ini tercatat satu lagi sejarah apabila Datuk Seri Najib Razak, 55, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-6, muda setahun daripada usia Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mula menyandang jawatan itu pada 1981.

Tetapi ayahnya, Tun Abdul Razak Hussein lebih muda ketika mula memegang jawatan Perdana Menteri pada 1970 ketika berusia 52 tahun, manakala Tun Hussein Onn berumur 54 tahun ketika mengangkat sumpah jawatan sama pada 1976.

Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berumur 54 tahun apabila dilantik ke jawatan itu sebaik negara merdeka pada 1957.

Ini bermakna semua Perdana Menteri berusia 56 tahun ke bawah, kecuali Perdana Menteri ke-5, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang berusia 63 tahun ketika mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Istana Negara pada 31 Oktober 2003, sebulan sebelum menyambut hari lahir ke-64.

Dengan Najib mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pagi ini, diikuti majlis penyerahan jawatan antaranya dan Abdullah di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada sebelah petang, maka lengkaplah peralihan kuasa kepemimpinan negara iaitu kesinambungan penyerahan kuasa antara yang paling tersusun dalam sejarah politik Asia.

Hari Jumaat - penghulu segala hari bagi umat Islam dan Jumaat jugalah ketika Abdullah mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri lima tahun enam bulan lalu, diikuti majlis penyerahan kuasa daripada Dr Mahathir di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Najib dijangka membuat pengumuman penting tetapi ringkas pada ucapan pertamanya dalam rakaman khas selepas majlis penyerahan kuasa petang ini untuk disiarkan di televisyen pada kira-kira jam 8 malam ini.

“Ucapan ini cuma mengambil masa tiga atau empat minit tetapi padat dengan pengumuman. Bagaimanapun, ucapan sulungnya untuk rakyat, yang sedang dirangka akan dilakukan pada suatu tarikh yang belum ditetapkan,” kata pembantunya.

Ini juga bermakna, sudah dua kali upacara penyerahan kuasa berlaku di Tingkat Lima Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya itu - pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang diasaskan oleh Dr Mahathir.

Penyerahan kuasa antara Tun Hussein dan Dr Mahathir pada 16 Julai 1981 berlangsung di Jabatan Perdana Menteri yang ketika itu terletak di Jalan Dato Onn di ibu negara. Pada sebelah pagi tarikh itu, Tun Hussein menyaksikan Dr Mahathir mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ahmad Shah.

Bagaimanapun, majlis serupa penyerahan kuasa antara Perdana Menteri kedua dan ketiga tidak berlaku berikutan kematian mengejut Tun Razak pada 14 Januari 1976 ketika masih memegang jawatan. Tun Hussein mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketiga di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Yahya Petra, sehari selepas Tun Razak meninggal dunia.

Tetapi Tunku menyaksikan Tun Razak mengangkat sumpah jawatan sebagai penggantinya pada 22 September 1970, hari yang sama Tunku menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kedah yang juga anak saudaranya. Ia adalah juga tugas rasmi pertama Tuanku Abdul Halim, sehari selepas baginda mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima.

Jika tiada aral melintang dan Dr Mahathir hadir di Istana Negara pagi ini, bermakna beliau sempat menyaksikan majlis angkat sumpah dua Perdana Menteri ketika hayatnya, tetapi Tunku sempat menyaksikan tiga Perdana Menteri berbuat demikian iaitu Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Mahathir.

Dengan itu juga, lengkaplah teori ‘Rahman’ - bermula dengan huruf ‘R bermaksud Tunku Abdul Rahman, diikuti Abdul Razak, Hussein, Mahathir, Abdullah dan diakhiri huruf ‘N’ untuk Najib.

Selepas Rahman apa pula? Bagaimana pula jika kita ciptakan perkataan ‘Mahathir’ untuk kepemimpinan seterusnya? Apakah huruf ‘M’ nanti akan bermaksud Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 62, yang bakal dilantik Timbalan Perdana Menteri apabila Najib mengumumkan rombakan Kabinetnya tidak lama lagi.

Selepas ‘M’ ialah ‘A’ yang boleh dikaitkan dengan nama Naib Presiden Umno paling kanan sekarang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, 56, manakala huruf ‘H’ selepas itu, boleh dipadankan dengan seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 47.

Selepas ‘H’, adalah huruf ‘A’, ‘T’, ‘H’, ‘I’ dan ‘R’. Sudah tentu penyokong kuat Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak bersetuju dengan teori ‘Mahathir’ ini kerana tiada huruf ‘K’ di situ. Namun, ia cuma suatu teori yang tidak semestinya boleh dipercayai atau menjadi kenyataan.

Kita tidak tahu sebenarnya siapa pencipta teori ‘Rahman’ itu, tetapi pada suatu ketika apabila Tun Musa Hitam dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri selepas Dr Mahathir, teori itu sudah nampak tempang atau mula kelihatan tidak menjadi.

Selama lima tahun, orang tidak bercakap mengenai teori itu sejak Musa dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1981 sehinggalah meletak jawatan pada 1986 ketika berusia 52 tahun. Tempatnya kemudian digantikan oleh Tun Abdul Ghafar Baba (1986-Oktober 1993), barulah teori itu muncul semula tetapi ramai juga ketika itu tidak yakin Ghafar akan naik menjadi Perdana Menteri kerana beliau dilihat lebih kepada tempoh peralihan sementara menunggu calon sesuai.

Bagaimanapun, teori itu kelihatan mula menjadi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menggantikan Ghafar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1 Oktober 1993. Sepanjang lima tahun itu, Anwar seakan-akan bakal pengganti Dr Mahathir sehinggalah musibah menimpanya pada 1998.

Rupa-rupanya, huruf ‘A’ selepas ‘M’ dalam teori ‘Rahman’ itu ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Namun, orang yang paling gembira hari ini ialah Tun Rahah Mohd Noah, ibu Najib - keluarga yang melahirkan dua Perdana Menteri. Tun Rahah yang kini berusia 75 tahun mungkin tidak pernah terfikir Najib akan menjadi menteri apatah lagi Perdana Menteri seperti ayahandanya. Bagaimanapun, alhamdulillah Najib mengikut jejak ayahandanya apabila mencapai tahap tertinggi dalam kerjaya politik.

Allahyarham Tun Abdul Razak sentiasa menasihatkan anak supaya rajin belajar dan mendapat keputusan bagus dalam pelajaran, selain mesti bekerja kuat seperti beliau kerana Allahyarham memang seorang yang kuat bekerja.

Keperibadian Tun Abdul Razak yang ada pada Najib ialah kedua-duanya kuat bekerja dan dedikasi untuk berkhidmat kepada masyarakat. Dalam hati Allahyarham memang kuat bekerja untuk berkhidmat kepada masyarakat dan itu yang dilakukan Najib sekarang.

Wednesday, April 1, 2009

Ucapan Salam dari Perspektif Islam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Aku himpunkan beberapa dapatan dan maklumat yang sangat baik berkenaan SALAM daripada blogs dan websites yang aku tak dapat nak huraian satu-persatu darihal pemiliknya. Terima kasih atas usaha murni anda. Yang pasti, perkara yang positif dan baik adalah sangat elok untuk disebarluaskan dan dikongsi bersama-sama demi menyelesaikan kemaslahatan ummah dan bersama-sama mendapatkan keredhaan Allah SWT.Insya Allah.

*************************

Sesiapa yang memerhatikan nas-nas umum yang menyuruh supaya menyebarkan salam akan mendapati ia tidak membezakan antara lelaki dan wanita seperti hadis yang menyeru supaya memberi makanan, menyebarkan salam, menghubungkan tali persaudaraan, sembahyang malam dalam keadaan orang lain sedang tidur. Dalam hadis yang sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud:

Demi jiwaku di tangan-Nya kamu tidak akan memasuki syurga sehinggalah kamu beriman, kamu tidak akan beriman sehinggalah kamu berkasih sayang, mahukah aku beritahu kepada kamu sesuatu yang kamu lakukan kamu akan berkasih sayang? sebarkanlah salam di kalangan kamu.

Di antara dalil yang umum itu, firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). (Surah al-Nisa`: 86)
Prinsip berkenaan dengan Khitab Syari’ (mesej Allah) ialah merangkumi lelaki dan wanita kecuali yang dikhususkan dengan dalil. Berdasarkan kepada nas al-Qur`an, sekiranya seorang lelaki muslim memberi salam kepada wanita muslimah maka menjadi kewajipan kepadanya untuk menjawab salam dengan cara yang lebih baik atau sekurang-kurang dengan cara yang sama.

Begitu juga sekiranya seorang wanita muslimah memberi salam kepada lelaki muslim, maka menjadi kewajipan kepadanya untuk menjawab dengan cara yang lebih baik atau dengan cara yang sama selagi nas-nas itu umum dan tidak terdapat nas lain yang mengkhususkan dan membataskannya.

MENGUCAPKAN salam dan berjabat tangan kepada sesama Muslim adalah perkara yang terpuji dan dituntut oleh Islam. Melalui amalan ini umat Islam dapat saling bersatu dan berkasih sayang antara mereka.
Di samping menunjukkan sifat tawaduk seorang Muslim, perbuatan ini juga menggambarkan kebersihan dan kesucian hati seseorang dari sifat dengki, dendam, sombong dan rasa memandang rendah orang lain. Amalan tersebut juga salah satu kaedah menghidupkan sunah Nabi Muhammad s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidaklah bertemu dua orang Muslim kemudian berjabat tangan kecuali Allah akan mengampuni dosanya sebelum berpisah.” (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi).
Sesungguhnya Allah s.w.t memberi petunjuk kepada hamba-hambanya bahawa salah satu jalan menuju kemaslahatan hidup ialah dengan bersikap budi pekerti yang luhur terhadap sesama manusia.

Memberi hormat kepada orang lain atau membalas penghormatan dengan yang lebih baik merupakan cerminan penerapan nilai-nilai akhlak yang luhur. Dalam zaman globalisasi ini sangat sukar dibayangkan jika manusia hidup tanpa mempedulikan orang lain. Adakah kita ingin kembali kepada zaman jahiliah? Ingatlah bahawa salah satu tujuan diutus Nabi Muhammad s.a.w. adalah dalam rangka menyempurnakan akhlak manusia, sehingga manusia tidak selayaknya hidup di dalam hutan belantara yang bersifat nafsi-nafsi itu.

Manusia mempunyai berbagai cara untuk menunjukkan rasa hormat-menghormati sesama mereka. Kaum Nasrani memberi hormat dengan meletakkan tangan pada mulutnya. Kaum Yahudi memberi isyarat dengan jari tangan, sedangkan kaum Majusi memberi hormat dengan cara membongkokkan punggungnya.cIslam telah mengajar cara yang terbaik serta luhur dalam memberi penghormatan terhadap sesama manusia. Kita diajar agar mengucapkan kalimat salam apabila bertemu dan berpisah dengan seseorang. Salam merupakan bentuk penghormatan yang telah Allah tetapkan bagi kaum Mukminin. Tegur sapa sesama orang Islam ialah salam, pengakhir sembahyang mereka adalah dengan salam, sapaan mereka pada hari mereka bertemu dengan Tuhan ialah salam.

Oleh itu mereka menghulurkan salam sesama mereka lalu salam menjadi perkara umum, sama ada di kalangan lelaki atau perempuan mahupun kanak-kanak.
Begitu juga berjabat tangan digalakkan dalam agama untuk melahirkan kemesraan dan kasih sayang antara umat Islam terutama apabila sesekali berjumpa. Sirah Nabawiyyah menceritakan bahawa Nabi s.a.w. apabila berjumpa sahabatnya, Baginda dahulu yang memberi salam dan berjabat tangan (yang dikenali dengan berjabat salam) dan tidak melepaskan tangannya yang mulia melainkan saudaranya melepaskan tangannya terlebih dahulu.

Dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Jika seseorang – siapa pun memberimu penghormatan berupa ucapan salam, ucapan selamat, doa dan semacamnya, maka balaslah penghormatan itu dengan penghormatan yang lebih baik atau yang sama. Sebab, sesungguhnya Allah selalu memperhitungkan segala sesuatu yang kecil mahupun yang besar” (Surah An-Nisa Ayat 86).

Adab memberi salam

1. Hukum syarak menganjurkan untuk memberi salam

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki rumah-rumah
yang bukan rumah-rumah kamu, melainkan sesudah kamu meminta izin dan
kamu memberi salam kepada penghuninya." (An-Nur:27)

"Apabila Kamu memasuki rumah-rumah, maka hendaklah kamu memberi salam
sesama kamu, sebagai penghormatan yang berkat, lagi baik disisi Allah."
(An-Nur, ayat 61)

2. Cara-cara memberi salam

Orang yang memulakan salam: Assalamu alaikum warahmatullaahi
wabarakaatuh
Orang yang menjawab salam: Wa alaikumus salaam warahmatullaahi
wabarakaatuh


Dari Abu Daud dan At-Tirmidzi kepada Imran bin Al-Hushain r.a.

:Telah datang seorang lelaki kepada Nabi saw lalu berkata: Assalamu
alaikum! Salamnya dijawab oleh Nabi, lalu orang itu pun duduk. maka Nabi
mengatakan kepadanya: Pahalanya sepuluh.

Kemudian datang yang lain memberi salam lalu Nabi menjawab salamnya dan
Nabi mengatakan: Pahalanya dua puluh.

Kemudian datang orang yang ketiga memberi salam dan dijawab oleh Nabi
dan Nabi mengatakan: Pahalanya tiga puluh.

3.Golongan sepatutnya memberi salam
• Orang berkenderaan sepatutnya memberi salam kepada orang yang berjalan kaki
• Orang yang berjalan kaki patut memberi salam pada yang duduk.
• Kumpulan yang sedikit patut memberi salam kepada kumpulan yang banyak
• Orang muda patut memberi salam pada yang tua

4.Dilarang daripada meniru gaya salam golongan bukan Islam

Sabda Rasulullah SAW:

" Bukan dari golongan kami sesiapa yang meniru orang yang bukan golongan
kami. Jangan kamu meniru kaum Yahudi dan Nasrani, kerana cara salam kaum
Yahudi itu mengisyaratkan dengan jemari-jemari, dan cara salam kaum
Nasrani pula dengan mengunjuk tapak tangan" (At-Tirmidzi dari Amru bin
Syu'aib)

5. Golongan ibu-bapa atau tua patut memulakan memberi salam pada
anak-anak

6.Cara menjawab salam orang bukan muslim

Sabda Rasulullah SAW:

Apabila kaum Ahlil-kitab memberi salam kepada kamu maka katakan
kepadanya: Wa alaikum (Al-Bukhari dan Muslim)

"Jangan memulakan memberi salam kepada kaum Yahudi dan Nasrani"
(Al-Bukhari dan Muslim)

7.Memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menjawab salam , maka ia akan mendapat pahala. Dan sesiapa
yang tidak menjawab maka ia bukan dari golongan kami," (Ibnu As-Sunni)

"Sesungguhnya orang yang paling utama disisi Allah ialah orang yang
memulakan memberi salam."


Makruh memberi salam dengan ucapan: "Alaikumus salam"
karena di dalam hadits Jabir diriwayatkan bahwasanya ia menuturkan : Aku pernah menjumpai Rasulullah maka aku berkata: "Alaikas salam ya Rasulallah". Nabi menjawab:


"Jangan kamu mengatakan: Alaikas salam".

Di dalam riwayat Abu Daud disebutkan: "kerana sesungguhnya ucapan "alaikas salam" itu adalah salam untuk orang-orang yang telah mati". (HR. Abu Daud dan At-Tirmidzi, disahihkan oleh Al-Albani).

Dianjurkan mengucapkan salam tiga kali jika khalayak banyak jumlahnya.
Di dalam hadits Anas disebutkan bahwa Nabi apabila ia mengucapkan suatu kalimat, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada suatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali" (HR. Al-Bukhari).

Termasuk sunnah adalah orang mengendarai kendaraan memberikan salam kepada orang yang berjalan kaki, dan orang yang berjalan kaki memberi salam kepada orang yang duduk, orang yang sedikit kepada yang banyak, dan orang yang lebih muda kepada yang lebih tua. Demikianlah disebutkan di dalam hadits Abu Hurairah yang muttafaq'alaih.

Disunnatkan keras ketika memberi salam dan demikian pula menjawabnya,
kecuali jika di sekitarnya ada orang-orang yang sedang tidur.

Di dalam hadits Miqdad bin Al-Aswad disebutkan di antaranya: "dan kami pun memerah susu (binatang ternak) hingga setiap orang dapat bagian minum dari kami, dan kami sediakan bagian untuk Nabi Miqdad berkata: Maka Nabi pun datang di malam hari dan memberikan salam yang tidak membangunkan orang yang sedang tidur, namun dapat didengar oleh orang yang bangun".(HR. Muslim).

Disunatkan memberikan salam di waktu masuk ke suatu majlis dan ketika akan meninggalkannya.Kerana hadits menyebutkan:

"Apabila salah seorang kamu sampai di suatu majlis hendaklah memberikan salam. Dan apabila hendak keluar, hendaklah memberikan salam, dan tidaklah yang pertama lebih berhak daripada yang kedua. (HR. Abu Daud dan disahihkan oleh Al-Albani).

Disunnatkan memberi salam di saat masuk ke suatu rumah sekalipun rumah itu kosong, karena Allah telah berfirman yang ertinya:

" Dan apabila kamu akan masuk ke suatu rumah, maka ucapkanlah salam atas diri kalian" (An-Nur: 61)

Dan karena ucapan Ibnu Umar Radhiallaahu 'anhuma :
"Apabila seseorang akan masuk ke suatu rumah yang tidak berpenghuni, maka hendaklah ia mengucapkan : Assalamu `alaina wa `ala `ibadillahis shalihin" (HR. Bukhari di dalam Al-Adab Al-Mufrad, dan disahihkan oleh Al-Albani).

Dimakruhkan memberi salam kepada orang yang sedang qada’ hajat (buang air),
hadits Ibnu Umar Radhiallaahu 'anhuma yang menyebutkan "Bahwasanya ada seseorang yang lewat sedangkan Rasulullah sedang buang air kecil, dan orang itu memberi salam. Maka Nabi tidak menjawabnya". (HR. Muslim)

Disunatkan memberi salam kepada anak-anak, kerana hadits yang bersumber dari Anas menyebutkan: Bahawasanya ketika ia lalu di sekitar anak-anak ia memberi salam, dan ia mengatakan: "Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah ". (Muttafaq'alaih).

Tidak memulai memberikan salam kepada Ahlu Kitab, sebab Rasulullah bersabda :
" Janganlah kalian terlebih dahulu memberi salam kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani....." (HR. Muslim).
Dan apabila mereka yang memberi salam maka kita jawab dengan mengucapkan "wa `alaikum" saja, karena sabda Rasulullah :
"Apabila Ahlu Kitab memberi salam kepada kamu, maka jawablah: wa `alaikum".(Muttafaq'alaih).

Disunnatkan memberi salam kepada orang yang kamu kenal ataupun yang tidak kamu kenal.
Di dalam hadits Abdullah bin Umar disebutkan bahwasanya ada seseorang yang bertanya kepada Nabi : "Islam yang manakah yang paling baik? Jawab Nabi: Engkau memberikan makanan dan memberi salam kepada orang yang telah kamu kenal dan yang belum kamu kenal". (Muttafaq'alaih).

Disunnatkan menjawab salam orang yang menyampaikan salam bagi pihak orang lain dan kepada yang ditujukannya.
Pada suatu ketika seorang lelaki datang kepada Rasulullah lalu berkata: Sesungguhnya ayahku menyampaikan salam untukmu. Maka Nabi menjawab : "`alaika wa `ala abikas salam"

Dilarang memberi salam dengan isyarat kecuali ada uzur,
seperti ketika sedang solat atau bisu atau orang yang akan diberi salam itu jauh jaraknya. Di dalam hadits Jabir bin Abdillah diriwayatkan bahwasanya Rasulullah bersabda: "Janganlah kalian memberi salam seperti orang-orang Yahudi dan Nasrani, kerana sesungguhnya pemberian salam mereka memakai isyarat dengan tangan". (HR. Al-Baihaqi dan dinilai hasan oleh Al-Albani).

Disunnatkan kepada seseorang berjabat tangan dengan saudaranya.
Hadits Rasulullah mengatakan:
"Tiada dua orang muslim yang saling berjumpa lalu berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah" (HR. Abu Daud dan disahihkan oleh Al-Albani).

Dianjurkan tidak menarik (melepas) tangan kita terlebih dahulu di saat berjabat tangan sebelum orang yang dijabati itu melepasnya.
Hadits yang bersumber dari Anas menyebutkan: "Nabi apabila ia diterima oleh seseorang lalu berjabat tangan, maka Nabi tidak melepas tangannya sebelum orang itu yang melepasnya...." (HR. At-Tirmidzi dan dishahihkan oleh Al-Albani).

Haram hukumnya membungkukkan tubuh atau sujud ketika memberi penghormatan,
karena hadits yang bersumber dari Anas menyebutkan:
Ada seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, kalau salah seorang di antara kami berjumpa dengan temannya, apakah ia harus membungkukkan tubuhnya kepadanya?
Nabi menjawab: "Tidak".
Orang itu bertanya: Apakah ia merangkul dan menciumnya?
Jawab nabi: Tidak.
Orang itu bertanya: Apakah ia berjabat tangan dengannya?
Jawab Nabi: Ya, jika ia mahu. (HR. At-Tirmidzi).

Judi? Memperjudikan? Diperjudikan? Terjudi? Kejudian?

Salam sejahtera. Akhirnya harini keluarlah semula artikel aku kat BH--Bahagian Agama, setelah beberapa bulan 'hibernate'. Isu aku tulis kali ni tidaklah menjadi sesuatu yang asing dalam hidup masyarakat Melayu Islam kita--Judi. Majoriti memang tak get involve, even tak kuasa nak bergelumang dalam dunia perjudian. Tapi, kadang kala, kita tergelincir, terlupa, atau teruja nak dapat 'untung atas angin', maka kita terrrrjebak juga dalam perjudian. Satu masa dulu, kemain ghairah orang masuk SMS Contest yang offer Toyota Camry, flat skrin tibi, etc, tanpa sedar yang itu berunsurkan judi. Nasib baiklah dah kena stopped, sebab alim ulama' dan ahli akademik dan juga masyarakat yang waras pemikirannya menjalankan tanggungjawab dakwah islamiyyah mereka agar masyarakat umum tak terus terjebak dan terjelepuk dek kerana judi!

Kat OZ ni, aku tengok judi bukan main hebat lagi diamalkan, maklomla.. Kat Tibi,kat Internet, kat tepi2 jalan, kat kedai jual suratkabo, kat suratkabo, kat mags, etc..havoc! Tapi still ada banyak kumpulan dalam masyarakat dan NGOs di OZ tidak iktiraf ia sebagai sesuatu yang bermanafaat. Itu sebab ada banyak intervention programs, gambling addiction programs,preventing gambling addiction support, etc. Bayangkan orang sini ponnn 'berdakwah' sesama mereka untuk berenti gambling, apatah lagi ianya sebenarnya lebih mudah dibuat dalam kalangan masyarakat Islam kita di Malaysia.

Oke cuba tuan2 dan puan2 tengok senario yang biasa aku tengok depan mata aku (bahkan depan mata anda suma) berkaitan masyarakat Muslim Malaysia yang dipanggil taik judi:

:: seorang lelaki membonceng Honda C70 buruk, parking betul2 depan kedai 4D. dengan baju compang-camping, kasut berlubang, badan berbau getah sekerap, boleh dikatakan dia adalah seorang lelaki yang berada dalam kelas masyarakat di bawah paras kemiskinan. Tanpa membukak helmet, langkahnya diatur laju menuju ke dalam kedai 4D dan menulis2 nombor2 atas kertas 'permohonan penyertaan' yang dah 1-2 minggu ni difikir2 bertuah dan 'ada ong!'.

:: seorang lelaki smart aje kelihatannya, pakai kemeja kotak2, bercermin mata hitam, berkasut kulit jenama krokedail, me'marking' kerete proton saga seken hen kat depan kedai 'Sepot Tho-Tho'. Anak2 adala 2-3 orang dibawak sekali dan disuruh pulak pergi kedai buku sebelah tu ha, konon2 rajin dan bagus bawak anak2 pegi kedai beli buku atau majalah ilmiah. baek punya bapak. Tapi di bawah cermin mata hitamnya itu, sebenornya melilau anak matanya ke kiri ke kanan, maklumla, takut2 ade orang yang kenal, tak ke malu nanti bila heboh satu kampung, kata si 'anu' tu main nombor!Pastu siap dipesan dah kat anak2, "jangan keluar kedai buku tu selagi abah tak datang, paham!!" hehe...tau pun bersalah, dan tau pun apa dibuat tu salah, tapi tetaaappp kenntaallll nak berjudi! podah!

:: yang ni menarik, sorang lelaki susah payah naik bas dari kampung nak pegi pekan. kunun dibagitau kat mak aji (bini diala), "abang nak gi potong rambut jap". Tiba kat pekan, belum sempat kedai gunting dijenguk, kedai 'Sepot Tho-Tho' tu jugaklaa yang jadi destinasi persinggahan pertama a.k.a utama. Yang best, lebai atas kepala kemain cantik pakai masa on the way, disimpan kejap dalam kocek seluar masa kat kedai 'Sepot Tho-tho'. Maklumla, lebai tu dipakai untuk ke tempat2 'suci dan murni' saja. tempat tak 'suci dan murn' perlulah 'dipelihara kesucian lebai itu'.hehehe...pak aji, pak aji...apa nak jadi daaa

mengarut? mungkin ada yang kata aku mengarut. tapi tuan2 dan puan2, ini hakikat, hakikat yang berlaku depan mata aku! takkan aku nak tipu?

so, bertitik tolak daripada isu judi ni, aku cuba coretkan isi hati dan minda aku ke dalam bentuk tinta, dan aku usahakan agar ia dapat sikit sebanyak mentarbiahkan kita yang tidak pernah akan menjadi, sedang tegar menjadi, dan bekas taik judi agar tahu yang Islam mengharamkan judi! 100% haram! hayatilah ia...

**********************
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Agama/20090401010014/Article/index_html

Berjudi menjurus manusia kepada kelalaian, syirik
(Berita Harian, 1 April 2009)

Berjudi merupakan salah satu jalan singkat yang salah untuk mengejar kekayaan dan wang ringgit. Di dalam bahasa Arab, judi disebut sebagai 'Al-Maisir'. Al-Maisir ditafsirkan sebagai suatu bentuk permainan beradu nasib, yang menggunakan wang atau harta benda sebagai taruhan dan pemenang dalam pertaruhan itu akan mendapat hasil taruhannya berlipat kali ganda.

Perjudian di negara kita amnya diamalkan dalam pelbagai bentuk antaranya menggunakan dadu dan daun terup, jackpot, tikam, loteri, pertaruhan permainan sukan, mesin slot, atau nombor ekor. Lebih canggih lagi, zaman sekarang berjudi turut boleh diamalkan dengan mudah melalui internet.

Bila berjudi, seseorang tidak perlu mengerah keringat dan tulang empat kerat. Bahkan modal yang diperlukan tidaklah begitu besar. Bak kata orang, goyang kaki pun boleh dapat hasil lumayan. Inilah antara faktor yang menyemarakkan semangat kaki judi untuk terus terjebak dengan gejala buruk ini. Apatah lagi, kalau pernah sekali dua ‘tuahnya terkena’ dan menang sejumlah wang, bertambah galak dan bersemangatlah si kaki judi ini melaburkan wangnya ke premis-premis judi kononnya untuk mengaut keuntungan yang lebih besar lagi.

Sungguh menyedihkan melihat masih ada ramai umat Islam yang mengunjungi premis-premis perjudian pada hari ini. Apa yang lebih memilukan adalah sesetengah mereka yang kental mengunjungi pusat atau premis perjudian ini boleh dikategorikan sebagai ‘warga emas’. Sudahlah begitu, anak cucu sendiri pun kadang kala dibawa bersama ‘singgah’ ke premis-premis judi untuk membeli nombor atau bertaruh tanpa ada perasaan malu dan segan.

Jika si kaki judi beranggapan bahawa judi adalah satu bentuk usaha untuk memperbaiki taraf kehidupan, mereka silap kerana sebenarnya matlamat tidak sesekali menghalalkan cara. Demi mengejar sesuatu matlamat, kita sepatutnya berusaha bersungguh-sungguh, menggunakan saluran yang betul dan mengerah sepenuh akal fikiran dan tenaga. Islam telah meletakkan keutamaan kepada pencarian rezeki dan nafkah hidup yang bersih lagi halal. Bukannya mencari jalan singkat mengumpul harta melalui judi yang hukumnya adalah haram daripada perspektif Islam.

Islam menegah umatnya daripada bergelumang dengan perjudian yang ternyata bersifat keji dan amalan warisan syaitan. Selaras dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?” (Surah al-Maidah, ayat 90-91).

Daripada segi akhlak, seseorang kaki judi itu akan menjadi lalai dalam beramal ibadah, malas untuk berusaha, tamak dan haloba, iri hati, dendam, khianat, suka berhutang, membazir, bercakap bohong dan berputus harap kepada Allah SWT.
Apabila penyakit berjudi semakin kronik membelenggu, maka si kaki judi ini sanggup pula menggadaikan akidah mereka dengan melakukan perbuatan syirik dan menyekutukan Allah SWT seperti bertilik nasib, memuja kubur, mendapatkan bantuan bomoh dan memakai tangkal azimat.

Perbuatan syirik seperti ini dimurkai oleh Allah SWT dan akan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan terkutuknya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT tidak mengampunkan dosa orang yang menyekutukan-Nya dan dia akan mengampunkan dosa-dosa selain itu bagi mereka yang dikehendaki-Nya...” (Surah an-Nisa’, ayat 48).

Andai kata, seseorang meraih hasil daripada perjudian, ketahuilah bahawa ianya adalah sumber yang haram dan tidak diberkati Allah SWT. Maka kesan seterusnya yang terpaksa ditanggung akibat berjudi adalah ahli keluarga sendiri. Apabila rezeki haram disogok ke mulut isteri dan anak-anak dan sebati menjadi darah daging mereka, tidak mustahil kesan-kesan negatif akan terserlah sama ada dalam jangka masa pendek atau pun panjang.

Contohnya, luntur nilai silaturrahim sesama keluarga, kehidupan porak peranda, tiada kepercayaan dan hormat-menghormati, sukar mencapai kejayaan dalam apa jua yang dilaksanakan, terjebak dalam masalah sosial dan sebagainya. Di akhirat kelak penderitaan yang terpaksa ditanggung adalah lebih dahsyat lagi, seperti mana sabda Rasulullah SAW: “Setiap daging yang terjadi dari bahan makanan yang haram itu api nerakalah yang layak baginya” (riwayat Imam al-Tirmizi).

Untuk itu, sebagai umat Islam yang bertanggungjawab, kita harus membendung gejala judi ini secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat merentasi pelbagai umur. Terdapat begitu banyak permainan berkonsepkan judi yang ada di kedai-kedai runcit, misalnya permainan tikam, telur plastik berisi hadiah, dan lain-lain. Ianya cukup mudah dimainkan dan menarik minat anak-anak untuk mencuba-cuba nasib mereka walaupun untungnya setakat beberapa sen sahaja. Untuk, mereka harus dibimbing dan dikawal dari usia mudanya untuk tidak berjinak-jinak dengan dunia perjudian ‘mini’ seperti ini dan sedar akan kesan-kesan buruknya.

Untuk golongan orang Islam dewasa yang terjebak dengan perjudian, maka gerakan dakwah yang halus, berhikmah dan strategik perlu dilaksanakan oleh semua pihak termasuklah keluarga, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan, jabatan agama Islam dan masyarakat umumnya. Kata-kata nasihat, program bimbingan keagamaan dan kaunseling merupakan kaedah berlembut yang mungkin boleh dipraktikkan untuk memberikan kesedaran kepada golongan kaki judi.

Pihak pengamal media misalnya, boleh memainkan peranan untuk mendidik masyarakat akan bahaya berjudi melalui iklan dan dokumentari yang berkesan, siaran perbincangan oleh ahli intelek dan ulama, atau pun dalam bentuk drama dan filem. Jika ianya tidak memberikan kesan, perlulah pihak yang berwajib melaksanakan tindakan dari segi penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan tegas untuk menginsafkan golongan ‘tahi judi’ ini kembali ke pangkal jalan.

Natijahnya, tidak ada sekelumitpun faedah dan nilai positif hasil daripada perjudian. Berjudi membuatkan seseorang lalai dan ingkar dengan tuntutan Islam agar mencari rezeki melalui saluran yang halal dan diredhai Allah SWT. Impaknya, musnahlah kebahagiaan diri di muka bumi ini, bahkan turut menjerumuskan seseorang manusia itu menjadi teman syaitan di neraka jahanam kelak.

Related Posts with Thumbnails