Saturday, January 3, 2009

Dugaan, Rahmat, Kifarah, Ampuh, Bawah Tapak Kaki, Katak Lemas dalam Tsunami

Ya Allah, betapa hebat dugaan yang kau berikan pada kami sekeluarga kebelakangan ini. Selama ini kami begitu ampuh bertahan dan bersabar menghadapi walau apapun yang Kau beri sebagai cubaan demi memperteguhkan tiang keimanan. Begitupun, dugaan yang kami tempuhi lewat masa-masa ini cukup hebat dan perit. Umpama seekor katak yang bersampankan sehelai daun keladi yang sedang terumbang ambing, kelemasan menempuh gelora tsunami ganas yang bergulung-gulung setinggi menara KLCC lagaknya! Tak keterlaluan kalau aku katakan dugaan ini pedih..sepedih jantung yang sedang dirobek2 kasar oleh pisau tajam menikam dan menusuk2 hingga hancur jadi cebisan-cebisan daging yang dah cemamai.

Namun, aku tetap sedar di sebalik dugaan-dugaan yang diturunkan, Kau juga telah melimpahkan sebegitu banyak rahmat, rezeki, keberkatan dan keredhaan-Mu kepada kami sekeluarga.Banyak sebenarnya kebaikan yang kami terima sama ada ianya kami sedari atau ianya terselindung daripada pandangan mata kasar mahupun mata hati dek kerana sifatnya yang diskrit atau maya atau tersembunyi lantaran sifat kami yang boleh dikategorikan sebagai manusia biasa yang banyak lemah di sana dan sini.

Ramai juga mengungkit bahawa mungkin celaka / dugaan yang diberi adalah suatu KIFARAH yang Allah berikan demi membersihkan noda dan dosa lampau kami. Kami redha, redha jika ianya benar kifarah... kami akan terus bersabar, cuba untuk bertenang, menjauhkan diri daripada sumber-sumber 'perosak ketenangan hidup', dan mungkin juga boleh aku katakan 'beralahlah macam biasa', demi kebaikan hidup kami sendiri dunia akhirat.. semoga Allah menerima amalan-amalan kami dan digolongkan dalam golongan orang yang akan mendapat syafaat nabi Muhammad SAW di akhirat kelak..amin.

Julie sayang...terima kasih atas sokongan yang diberikan. terima kasih juga sebab sudi berkongsi '100% SUKA DAN DUKA' dengan abang, dulu, kini dan selamanya.Semoga Allah merahmati rumah tangga kita dunia akhirat. Semoga dugaan2yang akan mendatang dapat kita sama2 hadapi dengan sabar, bijak dan tenang.

Buat manusia2 yang selalu meletakkan aku di bawah tapak kaki mereka sewenang2nya selama ini..aku nak bagi special statement untuk anda semua---- ALLAH MAHA KAYA. ALLAH MAHA BESAR. ALLAH MAHA BERKUASA. kalau sebelum ni kau gelak terbahak2 melihatkan muka aku mengerang kesakitan di bawah tapak kaki kau, sedarlah bahawa aku dah berubah dan akan bertindak sebagaimana yang sepatutnya. Selama ini aku 'terpaksa merelakan' kaki kau ada atas muka aku kerana aku perlu berkorban demi seseorang. Tapi mulai hari ini,aku dah sedar bahawa aku tak sepatutnya terrruuuussssss mengalah duduk di bawah tapak kaki kau sebab itu akan terus membuatkan kau riak, takbur, sombong (bodoh sombog sebenarnya), eksen dan lupa bahawa Allah itu lebih berkuasa daripada kau. Aku takkan buat benda yang sama pada kau, sebagaimana yang kau buat kat aku. Aku cuma nak kau tahu aku layak berdiri seperti mana kau..bukan lagi bawah tapak kaki busuk kau..wahahaha. kalau kau cuba nak paksa aku membongkang dan serahkan kepala aku kepada tapak kaki kau...kau takkan merasa lagila..Insya Allah. Aku WAJIB sedarkan kau, wahai orang2 sombong..sori..BODOH SOMBONG. Tujuan aku hanya nak sedarkan kau...kau tu manusia biasa macam aku jugak. Kau akan dihitung di akhirat kelak, kau akan melalui Siratul Mustaqim, kau akan ditentukan ke neraka atau syurga..sama macam aku. so, bertaubat dan sedarlah kau wahai 'BEKAS PEMIJAK KEPALA AKU YANG BODOH SOMBONG'.


p/s: entry aku yang bersifat 'drama swasta' yang sangat pelik dan emosenel.. wahahaha.. ;,)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails